Wednesday, August 29, 2007

eSHa & hOMeWoRk

Esha tengah baca buku lepas buat homework....alhamdulillah umur 6 tahun dia dah lancar baca Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. IQRA pun alhamduillah lancar. Harap-harap dia akan jadi contoh yg baik untuk adik dan bakal adik-adik dia nanti. Bakal adik-adik?????..huh.....hehehehehe

Mama rasa macam silibus diorang sekarang susah. 6 tahun dah belajar grammer segala. hmmm...

Friday, August 24, 2007

SaMa tApi X SeRuPa


Sambil dia betulkan mainan yang bersimpul tu mulut dia pot pet pot pet...tak abih-abih menceceh + berleter. itu ini itu ini.....dan dia hanya akan diam waktu dia TIDOR!

Si kecik ni pulak kalau dah mengantuk tak kira tempat, keadaan dan cuaca sekalipun dia akan TIDOR dengan nyenyaknya......tak terganggu langsung dengan kebisingan mulut si kakak.

Depa dorang ni kan sama tapi tak serupa...hehehehehe.....

Thursday, August 23, 2007

mY lOveLY DaUGhTeRs

Kakak & Adik. Sama tapi tak serupa.

Muka budak yang kekenyangan selepas menyusu....

OrKiD lahh......



Bunga baru yang menggantikan bunga sepit udang (kata cik madu) yang dah layu....heheh cam blog bunga pulak dah. Cantik orkid nih. 'Baru berseri ofis ni'....kata boss. hehehehe

Monday, August 20, 2007

wEeKeNdS 2....

Ahad 19 Ogos 2007 / 6 Sya'ban 1428H

Pagi bangun kemas-kemas apa patut sikit. Lepas tu terus gerak ke Ampang rumah 'mak long'....dia nak masak special, heh best.... Singgah beli buah-buahan sikit nak bawak. Sampai ja tolong masak dan yang paling penting tolong MAKAN heheheh....ada masak lemak ketam, ada sambal sotong,ikan goreng, kari daging, ada sambal belacan, ulam petai, jantung pisang, jagung rebus....alamak abihlah diettt....hahahah....yalah diet.

Balik dari Ampang, Ayah ajak ke IOI Mall. Ada benda nak beli kata dia. Mama on ja..heheheh janji boleh berjalan. Ingatkan nak beli apa.........rupanya.....tadaaaaaaaa....



Thankssss Abang.....katanya hadiah birthday in advance. Tak kesahlah....hehehehe. I love u lah...muaaahhhh...hahahah dapat hadiah ja I love u no..khakhakahkhka

Handphone lama ni bakal dimasukkan ke dlm kotak dan disimpan. Cadang nak bagi kat mak tok sebab hphone mak tok dah uzur. Walaupun hphone ni agak kuno kononnya sebab tadak camera, tadak apa benda pun..heheheh tapi Mama sayang sangatttt kat dia....kecit comei dan banyak jasanya. Takpalah kita bagi mak tok jaga dia pulak.



wEeKeNdS....

Sabtu, 18 Ogos 2007 / 5 Sya'ban 1428H

Dari pagi bawak ke petang kemas rumah, masak makan, rehat. Petang baru terasa boring. Perlu keluar!..heheheh jalan-jalan cuci mata. Plan nak dinner kat luar. Lagipun nak pegi tukar baju Esha yang baru dibeli. Mama terbeli yang agak besar + terlalu labuh. Makcik sorang tu dah la kurus kering....melorot ke bawah je sluar tu.

Lepas maghrib terus ke Alamanda. Lepas tukar baju Esha tu, terus round-round. Ingat nak cari jam tangan. Belek-belek jam tangan....tengah asyik tu terjumpa pulak dengan Awien. Dia pun tengah ronda-ronda dengan family dia. Sembang-sembang sat, lepas tu babai-babai..hehehe

Round punya round...perut pun dah lapar....terus pegi makan. Lepas tu balik. Sekali tengok jalan nak ke Masjid Putra jemmmmm....pannnnnnjanggggg sangat....ada apa lak nih. Ingatkan sebab malam minggu. Rupa-rupanya ada International Firewoks Competition...tu pun ingat bila dah sampai ke rumah..hehehe....tapi kalau tengok gaya orang ramai-ramai macam tu sure Ayah tanak pegi. Dengan Elyn yg dah mengantuk, hmmm lain kali la.




Lapar sungguh nih....


Sebenarnya, budak baju ijau ni tengah dalam kesakitan. Satu badan dia merah-merah + gatal-gatal. Dia tak boleh makan seafood kecuali yg FRESH!...huh....sunggah susah. Tak bagi makan langsung dia pun teringin jugak. Dah bagi, sakit, susah pulak nak jaga....ni jadi sebab dia makan keropok lekor. Tah apa ikan tah keropok tu. So Esha.....lepas ni tak boleh makan seafood lagi. Kecuali yang betul-betul Mama yakin baru naik dari laut. heheheh....Bahaya alergy ni. Dr. kata kalau tak hilang + masih gatal-gatal kena cucuk....dengar kena cucuk pun dia dah semacam macamana dr. tu nak cucuk???......

Budak ni pulak baru pandai meniarap. Asik nak meniarap ja....pantang letak mesti pusing, dah tu abih satu tilam dia pusing....berguling-guling. Dah tak boleh letak atas katil hishhh takut jatuhhh.....sangat lasak.

Friday, August 17, 2007

BuNgA......

Bunga baru. Cantik juga tapi tak secantik bunga haritu. Yang haritu dah dibuang. Dah kecut.....Yang ni gubah sendiri. Boleh la dari kosong ja meja tu kan.

Mama : Boh bunga plastik jerlah bos. Senang skit. Tak yah tukar-tukar.

Boss : Ishh...nak boh plastik baik jangan kerja ngan Landscape.....

Mama : Errkk...oo okey. Kita boh yg idup lah. hehehehehe

Thursday, August 9, 2007

KONVENSYEN & KARNIVAL PENYUSUAN SUSU IBU

Selasa 7 Ogos 2007 / 23 Rejab 1428H

Mama pegi konvensyen yg kat atas tu dengan Mamadeela. Bagus untuk ibu-ibu yang tengah menyusukan bayi, ibu-ibu mengandung dan yang akan mengandung. hehehehehe..sebab lepas dapat pendedahan buat mama lagi berkobar-kobar nak menyusukan Elyn. Kesian Esha dulu tak menyusu lama. Banyak sebabnya, antaranya kurang knowledge dan keduanya tak tahan SAKIT!!. Minggu-minggu pertama menyusu agak menyakitkan. Bengkak susu la, berdarah la, infection la. aduihhh.....so Esha sempat menyusu hanya 2 minggu.

Kali ni dari mengandungkan Elyn lagi mama dah bertekad nak cuba sehabis baik. Nak menyusu selama yang boleh. Ermmm 2 thn la maksima, tak dapat 2 thn at least 6 month pun dah ok la. Dan sekarang Elyn dah hampir 5 bulan. Walaupun masa dalam hari hampir2 give up sebab kena infection dan demam sebab bengkak susu, berkat kesabaran alhamdulilah semuanya kembali ok. Sekarang di nursery ada jugak campor susu formula. Elyn dah kuat menyusu dan stok tidak mencukupi hehehehe.

Bila dan terbuka minda ni, barulah tau teknik sebenar nak simpan susu, bila patut mula buat stok dan macam-macam lagilah. Kawan-kawan yang masih menyusukan anak masing-masing pun slalu bagi support. Especially Mamadeela ni la. Dia ni banyak betul information pasal breasfeeding nih, cam buku panduan bergerak..hehehehe. Dan.......amatlah terasanya kesal tak menyusukan Esha dulu. 'Tapi takpalah Esha, at least mama sempat menyusukan Esha 2 minggu kan....ayat nak menyedapkan hati sendiri'.

Antara pamplet dan brosure yg dikidnap masa konvensyen tu.......simpan boleh buat rujukan.....

Panduan-panduan berguna....

Ada jualan masa konvensyen tu. Berkenan dengan gaun ni, terus sambar. Ingat nak cari baju warna pink jugak untuk Esha. Tp tak jumpa yg berkenan lagi...

Friday, August 3, 2007

CaNTiKNyErrr..........

Lawa bunga ni. Wangi. Besar-besar. Mula-mula ingatkan plastik. Setelah dibelek-belek, dicubit-cubit rupanya asli. Kagum.....

Tuesday, July 10, 2007

TRIP TO PD

Last weekend kami cuti-cuti ke PD dengan family mak njang @ kak abok. Kami stayed di Avillion Village Resort. Hari Sabtu pagi lepas siap-siap, kami gerak ke Putrajaya. Ayah ada kerja yang perlu disettlekan. Dah abis tu terus ke Alamanda. Perut perlu diisi. Lapar yang amat sebab breakfast makan roti saja.

Sampai Alamanda terus pergi makan dulu, pastu round-round sekejap. Sekali terserempak Dina Malaysian Idol tengah nyanyi-nyanyi. Ada program apa tah LIPTON untuk kebajikan. Esha kalut nak beli bunga telor yang dibuat dari uncang teh LIPTON. Setiap bunga telor tu harga RM 3.....tak taulah pulak berapa yang disalurkan untuk tabung kebajikan tu.

Lepas pusing-pusing Alamanda, terus gerak ke PD. Sampai PD lebih kurang pukul 4 lebih. Mak njang & family dah ada. Esha dah tak sabar-sabar nak mandi kolam. Mama ngan Elyn tengok-tengok ja kat tepi kolam dengan mak njang...sekali Elyn terlompat-lompat cam nak terjun dalam kolam sebab geram tengok kakak mandi....heheheheh celup-celup skit kaki dia dalam kolam. Sukanya dia......tak pa nanti Elyn dah besaq skit mama belikan pelampung okeh.......

Malas la nak cerita lagi....tengok gambar jom.


Seronok mandi kolam sampai kecutttt...hehehehehe



Jalan-jalan ke pantai di pagi Ahad seblom breakfast. Najli tak turun sebab ngantuks...nak tido dia kata. Hah gasak.....


Pemandangan di pagi hari. Waktu ni air surut lagi. Baru pukul 7 lebih kurang.


Gambar bilik yang kami duduk.



Adik Elyn dengan kakak Najwa.


Elyn geram ja tengok air...ishh ishh ishh.


Ayah & Esha masa breakfast.

Mama & Elyn time dah nak check out.

ARIANA & AMELYN

Nak buat posting pasal trip ke PD tapi tak sempat. bzssssss...so letak gambar-gambar esha & elyn masa kat PD haritu....