Wednesday, December 5, 2007

fAriSha & KoNSeRt

Smalam skolah Esha ada Hari Anugerah & Konsert Tahunan. Tp anugerah tak berapa anugerah sebab result exam tak kuar lagi. Ujung mggu ni baru dpt. Boley centu?. Heheh gasaklah cikgu oit. So konsert ja lah.

Petang smalam Mama mintak kat bos nak balik awal sebab konsert tu buat di KDE Ampang. Jem la pulak sementara nak sampai tu nanti...Bos kata 'baliklahhh'...'TQ bos'. Hehehe laju la Mama balik. Amik Elyn dulu kat skolah. Masa tu Esha tengah dimake up2 oleh chegunya...so tinggal la dia dulu...sekali dah siap ni lah rupanya.





Ayah ckp "alamak, anak Ayah dah jadi cam Hantu Korea!"...khakhakhakhakah gila gelak. Esha kata 'alah Ayah jeles la tuh, kan Ma kan..' hahaha. "Haah Ayah jeles, haritu kat Mama pun dia gelakkan, ni Esha pun dia gelakkan".. Tp memang dia dah masuk mood la nak nari2 lagu 60an tu. siap bila soh pose je terus jadi mcm2..haha tekejut Mama...Anak aku ke ni?..hahahah. Elyn tengok kakak dia tak berkelip...Hairan ka takut pun tah la..hahahaha.
Ayah dia dok usik tak sabar Ayah nak tengok Esha nari2...dia sengih2 ja. Nak minum ka apa ke semua risau takut lipstik abih hiks. Last year nyer konsert cikgu dia tak beria sangat sebab dia 5yrs. Tp dah thn ni kira dah senior la konon pastu dah last la nak perform centukan so beria la skit


Group dia kena buat persembahan ke dua. Ok budak2 ni menari. Sama ja. Semua concentrate. Tak der main2. Ada sorang budak laki kecik ni. Kiut la sangat dia nari. Tak berapa clear gambar dia...comel bila dia joget2..suka Mama tengok. Persembahan diorang ni la yg dpt tepukan gemuruh pun. Best skit la dari yg lain. Yang lain tu nyanyi cam koir gitu ja....dah tu bley plak tengah2 menari, turun p kat mak bapak kat bwah la. Cabut songkok kawan la. Main tepuk2 la...ada yg tetiba tersungkur sorang2 sendiri kat atas stage tu..hahahah lawak. Btul la jadi cikgu ni kena sabar. Macam2 peel budak2 besar nih.
Tak sangka la pulak Esha pandai joget...harap2 result exam pun hebat cam menari smalam gak la yer Esha yer...hehehehe....suspen ja tunggu....Mama tak la harap yg bagus sangat, tp biarlah setanding belajar dan suka2 nih. Harap2 ok.

Masa ni nyanyi lagu Ulik Mayang ngan lagu apatah satu lagi. Esha kat belakang yg tengah tu dlm gmbr kedua.
Malam tadi Adik tak tdo seperti selalu. Asik nak berdukung ja pulak....Orang makan pun semua dia nak makan.

Dah abih semua, baru penyampaian sijil. Esha dengan Chekgu Besarnya.

Esha dpt cabutan bertuah jugak malam tu. Tp hadiahnya lawak la pulak. Wet tissue. Tak paham tak paham....bagilah buku ke, pensil ke kan....ishh banyak lak bunyi Mama ni kan. Dpt gak.

Esha & Sarah.
Kidnap kejap masa dia turun dari stage nak p ke belakang.
Dah abih semua, rambut pun dah bukak sekali Ayah kata 'Hehehe rambut kakak cam singa'..hk hkah hak hak...macam2 la Ayah nih.

Dah sudah menari / menyanyi baru la terasa penat. Baru nak makan. Esha dengan Amir & Ashraff (baju biru).. Ashraff ni nampak malu2 tp bila joget ilang malu.

Monday, December 3, 2007

HaPPy BiRtHdaY SaYaNg....


Happy birthday to you....
Happy birthday to you....
Happy birthday to Farisha Ariana
Happy birthday to you.......


2 Disember 2007, genap umor anak Mama 6 thn. Semoga menjadi anak yg baik, dengar ckp, pandai, bijak, murah rezeki, sehat tubuh badan dan sejahtera selalu...Mama, Ayah & Adik Elyn sayang Esha sangat-sangat....muahhsss....

Mula tu kitorang kelentong kata nak p beli kek tuk besday nenek. Kebetulan nenek ada kat rumah. Sekali dia kata beli la kek yg cam besday Mama tu. Demand.....so tala la ke secret recipe dia tmn equine. Dah tu tapau KFC ngan pizza hut skali. Semuanya planning last menet. Sebab Ayah baru balik dari outstation awal pagi Ahad tu. So itu jalah yg sempat. Kalau Mama sorang nak prepare semua tak sempat & tak larat.
Dia tak perasan lagi kata besday dia. Sekali nak tiup konon nenek tak larat tiup nak soh la dia tiupkan...panggil dia soh baca dulu apa yg tulis atas kek tu.....berubah muka dia...cam terkedu. 'Maa naper nama Esha lak ni?'. Pastu bila dah pakat2 nyanyi happy besday kat dia, muka dia cam confuse...hahaha.....pastu dia kata 'Esha tak tau ni besday Esha....'
Hadiah?..tunggu keputusan peksa kluaq dulu no....hadiah kira 2 dalam 1 la. hahaha aci la centu kan. Kerap2 hadiah, bengkok la Mama ngan Ayah. Ujung mggu ni baru bley tau keputusan. So tunggu ye sayang...
Budak Aish ni kan tak kira la besday sapa pun semua dia nak sebok tiup sama. Bersepai2 air liorrr... he he he.
Dengan hadiah dari nenek....

eNTrY bASI - kURsUs D mELAka

Kursus kali ni memang best. Penceramah tak membosankan. Tekekeh2 sepanjang kursus. Tmpat best, cuma masa tak cukup. Nak jalan2 ke pantai pun tak sempat. Mama cuma sempat teman Esha mandi di pool. Tu pun sejam ja, sebab kena bersiap untk dinner malam tu. Cewah cam la bersiap apa.

Masing2 ingat dinner biasa ja sekali kena catwalk bagai kot atas titi kat tepi pool tu. Dinner pun buat kat pool side. Hah gasak kauu..hahahaha...sessi mamalukan diri sendiri la kononnya malam tu. Siap yg tak pernah2 joget karaoke bagai pun kena gak. Naik sheh la semuanya.

Tp sebab Ayah ikut, so Mama cam malu2 kucen la skit kan..hahahah....tu pun balik bilik siap kena gelak lak lagi...ingatkan dia tak bley tengok dari atas, rupanya bila balik Mama tengok dari atas, mak aihh clearrrr...malluuuuuuuuuuuuuuu....Esha ckp Ayah dia gelak sampai tekan2 perut. Ciss...Tak pa takpa....


Nama skarang Everly Resort Hotel Melaka. Nama dulu Rivera Bay Resort kalau tak salah. Cantik tmpt ni. Lenkali kena mai lagi. Untuk berehat sahaja...



Group Mama. Semua best2 + sporting. Kak Sue, Kak Ruby, Kak Sidah + Kak Siti. Yer semua kakak2...saya sorang je adik yer...hiks prasan muda taw.

Siannn dia, penat sampai pengsan. Ampunn Nini....hikhiks.


Suka la tengok gambar nih. Kak Ros asik tesengih ja....



Seblom sessi memalukan diri sendiri, semua jamu2 perut dulu.





Sessi memalukan diri sendiri yg buatkan Ayah gelak tekan2 perut kata Esha...Mama + the group nyanyi lagu seiring sejalan...nari2 lak tu. ciss ciss cisss.




Malam tu Mama bertuah, seblom ni kalau ada function, cabut la berapa bnyak pun.Jarang nak dpt...hehehe tp malam tu dpt...besttt.





Muka-muka bertuah. Kak kmal....apahal akak nyer kotak lagi besar dari kita?????. Sungguh tak adilll!. Mamadeela malam tu tidoq pun senyum sebab dpt adiah....




Penceramah yg sporting + best....tp kan asal dia pegang ja mickrophone dia balun lagu dangdut. Asal pegang ja lagu dangdut. Mas Idayu lak tu..hahahah sakit perut malam tu gelakkan orang. Selamba ja mmekak tp kolam tu.




Gruop ni klakar....sakit perut gelak. Nama kumpulan ni 'the gelllitersss' baca cam ejaan tu. Ampunnn june...ampun..Ibu AfiffArissa, aku tak tahan dengan ko nyer 'aaahah!'





Ibu AfiffArissa naik sheh malam tu. Suka sangat dia ngan microphone tu. Asik nak nyanyi je..hik hik



The one & only PA lelaki kat PPj. Sporting + selamba.




Tengah berjoget-joget. Unplugged lagi..hahaha kelass.




Dia kan...dia kaann..bley ke ckp kak???. Bley eh...dia kan tengah bahgia gitu....dah tu malu orang masuk blog dia sebab bnyak puisi2 jiwang katak puru dlm tu. hiksss....




Ibu AfiffArissa ni dpt Anugerah PA Tercantik...Cantik ke?.hahaha. ayat dengki!...Yalah dulu dia masuk Ratu cantik donia kat Pakistan. Tp tak dpt masuk final sebab kena pakai bikini. Hiks. kan kan kan?


Mamadeela yg prasan nak jd pari2.


View dari bilik. Cantiknya suasana pagi...tenang ja tengok laut.




Mama jd pendek dlm gambar nih sebab nak dptkan view belakang tu. Mama ni ada penyakit gayat. So masa nak posing tu Mama mengundur la..hahaha....kalau tengok ke bwh pun jauh2. ja. Jengok skit, pastu dah. Tak bley lelama, pala jd pening.


Masa kat sana Esha asik makan ja....Tengah2 malam pun mintak milo la, biskut la. Tp tak gak bulat.....cekeding gak badan.


Budak ni kat sana dpt parut kat idong satu. Panjat sana sini pastu jatuh idung kena bucu meja....dah sememeh idong...hishh...


Nampak, rasa badan dia susut..ringan je dah. Asik demam ja lately. Ni baru nak pulih balik, makan pun baru ok skit. Mama kalau baby suka yg bulat2..lagi bulat lagi best...tp Adik Elyn ni jenih yg halus, genit rasanya. Sebab dia tak panjang cam Esha. Dia kecik. Tak kesahlah. janji sehat. Sakit2 Mama pun susah hati.





Breakfast pg....Dia akan round tengok semua dulu pastu alih2 itulah jugak yg dia amik. Tak jemu2....p la hotel mana sekali pun itu jerlah yg dia angkut.


Tp adik walau cemanapun, mesti nak tdo...sebab dia akan bangun seblom orang azan subuh. So masa orang makan dia akan mengantuk yg amat2...so tdo dik, tdo....

Seblom masuk bengkel, Mama layan la dulu diorang ni main benda2 alah nih....siap nyusukan adik semua. Baru tenang nak berkursus.

Benda tu tak jalan pun sebab tak boh syiling..hehehe. Eksen je lebih.

Credit to Ayah sebab dah expert jg adik + Esha sekaligus. Seblom ni nak jaga adik tak berani ja. Esha boleh, Adik Elyn dia tak berani. Tp sebab Mama kena kursus dia gagah la gak. At last boleh pun. Dah bley dpt sijil. Pg Mama turun breakfast diorang ikut. Pastu nanti naik tdokan adik sekejap. Pkul 10 lebih kurang turun sebab Esha nak mandi kolam. Lunch pun order room service ja. Ptg mandi kolam lagi. Boring2 main la PS2..hehehe....

Balik, sampai ja rumah Esha dah pengsan. Adik masih ada hati nak mengganas...dia perati ja kakak dia tdo. Sekali dia panjat, tarik rambut, cucuk mata idong semua..sian Esha. Tp dia biar ja adik dia buat gitu...seronok la budak tu.

Lain-lain gambar-gambar best....