Wednesday, March 11, 2009

laparrrrr....laparrr.

Ahli majlis yg lain belum smpai masa ni. Saya dengan As saja. Saya makan nasik lemak + rendang daging. Rendang ni sgt sedappp...Saya makan banyak banyak sebab satgi tengahari saya nak tdoq tnpa gangguan hua hua hua...so makan kenyang2 siap.

Bila ahli majlis yg lain dah smpai mcam ni la jd. Sesak dan kecoh. Smbil makan smbil bercerita. Selalunya pkul 8 la jd mcm ni.

Shikin & Dayah makan roti banjir, roti dah abih, tinggal yg banjirnya saja hi hi hi.

Dia ni tertinggal ketapi. Org dah habih mkn baru dia nak mkn....sudahnya dia ngadap Cik jah. Agaknya muka Cik Jah ni muka menyelerakan khakhakhakhak....so kena makan ngadap Cik Jah la gitu. Tp penyakit dak Ida ni memang la dengan telefon. Smbil mkn pun tangan tu tit tot tit tot tekan telefon...huihhh rimass ok.
Catatan CJ : Dah kenyang baru boleh buat kerja dengan aman.....

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul.

Selamat menyambut  Maulidur Rasul.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sunday, March 8, 2009

Al-Fatihah

Pagi tadi dlm pkul 9 pg, saya telefon Bapak saya (Tok Wan). Kononnya nak tanya apa perkembangan Abg. Hazli.  Bapak kata dia tengah dlm bot kat tengah laut. Dia ikut polis marin buat gerakan mencari. Dan kebetulan waktu saya call tu mayat dah dijumpai. Dah dibawa masuk dlm bot untuk bwk ke hospital.
Bukan pertama kali arwah pergi memancing, tp dah ajal kan. Sedih rasanya bila kenangkan anak2 dia yg masih kecil, 4 orang semuanya lelaki. Sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dlm  golongan org2 yg beriman....
Dalam keratan akhbar ni diorang letak nama arwah salah (Asli Bin Che  Ani). Yg sebenarnya Hazli Bin Che  Ani.
Catatan CJ : Takziah juga untuk officemate saya kak Suriati Talib yg kematian suaminya semalam.  Al-Fatihah juga untuk arwah.....

Saturday, March 7, 2009

Saya dpt sms dari kak inah inform, sepupu saya Abg. Hazli (anak Pak Ngah) yg ada di Langkawi, hilang di laut lepas pegi mengail (memancing) dengan kawan2.  3 orang dah dijumpaii, tp sorang meninggal. Sepupu saya tu smpai skarang masih tak jumpa2 lagi....Ya Allah....berderau darah saya dpt berita ni. Semoga semuanya selamat....Kesian isteri dan anak2 yg masih  kecil...

sate

Petang tadi, Nenek ajak  makan di Kajang. Sate samuri.  Katanya Idah @ Mak Teh nak belanja. Sempena dpt gaji dan smpena dpt keja baru he he he..baguss..murah la rezeki lepas ni hendaknya...aminnn.


Sate Samuri kat Kajang ni best dari cawangan Sate Samuri yang lain. Sebab kat sini, bakar secara manual, bakar atas api. Sedap. Kalau kat cawangan lain tu rasanya diorang guna oven. Tak garing mcm bakar atas api.

Dari kiri, Mak Teh, Nenek & Mak Lang...Mak Teh dengan rambut barunya yg curly2....he he he.  
Makan makan makan

Budak ni kalau tengok dia makan memang beria2...10x org makan, 10x la dia mkan. Dah tu bersungguh2 gaya dia makan tu. 

netball

Saya nak update secara pantas. 

Landskap dpt no. 3. huhuhuhu....anyway ok la tu. At least tak dpt nombor last hua hua huaaa.....lagipun kalah tipis ja ngan yg no. 2 tu. Kena kira perbezaan mata ja sebab kedudukan seri.

Baju biru tu coach kami. Kak Su jugak namanya...banyak sungguh nama Su. Kak Su ni kami import khas untuk trained kami saja, dia amatlah baik hati. Macam2 tips dia bagi kami. Tak jemu2 ajar kami. Pattnya harini dia tak dtg. Tp sebab nak bagi sokongan dia dtg juga, smpat la dia tengok kami  main 2 game. 
Ni lepas game pertama. Awal game mula. 830 sharp dah start.  Landskap lwn Perkhidmatan Bandar. Seri.   Perlawanan secara liga. Laju la sgt. 1st half 7 minit, rehat seminit, 2nd half 7 minit lagi. 

Baju putih tu pengadil. Sangat baik. Siap guide2 lagi kami2 yg main cam taik ni hahhahaha...Siap offer beria2 bagi contact no segala suruh kami joint KL open ujung bulan ni. Kata dia kami semua main bagus, ada bakat.  Ohh apakahhh...

Kak Mai & Kak Sue yg sibuk  siapkan sandwich untuk kami....sedapppp ok.


 
L to R. Wati, Nini, CJ, Jaja, Cik Kasih & Wina.



Menanti bola yg tak smpai2....



Gol pertama yg Cik Jah masukkan. Gigil..hehehehe. 



Pom pom girls Cik Jah..


Lepak tunggu game seterusnya.  Cik Li & anak2 tunggu Cik Jah main smpai game kedua saja. Lepas tu diorang pg amik ibuk mertuaku @ Nenek  yg dtg dari Kedah nun.




Gol jaringan Su.

L to R. Alesha (anak Kak Sue), Kak Sue, CJ & Izza.

Lepak tngok game org. huduh rupa CJ pakai spek rupa tu...spek Cik Li tu...pnjam hik hik hik

Smpat lagi pusing belakang tengok tiang gol  wujud lagi ke tidak hua hua hua....

Cik Kasih kata nama group kami ni 'gerin gorjes' wakakakakak...gorjes la sangat kan.
CJ & CK wahahahaha.....

Team korporat....hebat diorang ni..

Gambar dah berterabur, tah mana dulu mana kemudian. Belasah sajalah...


Kalah menang belakang kira, yg penting enjoy...main happy2..

Lepas dah abih semua game,  kami  sempat la lepak tengok team lelaki landskap lawan bola tmpr....lepas tu kami ramai2 g makan kat Teja pr. 9

Muka2 penat & lapar.




Cik Kasih tu mcm nak masuk dlm pinggan, dengan tuala kat leher, tak sempat2 lapar punya pasal. Ida seperti biasa, tak habis2 dgn telefon. Makan pun tangan sebelah pegang telefon....tp penyakit ni akan terhenti dengan sendirinya bila dah kawin he he he..

CJ makan bihun sup. Tp supnya masam & masin telebih.....
Lepas dah kenyang, CJ, CK dan Ida balik  ke opis. Kami upload siap2 gmbar dlm pc. Sent email gambar2 to semua pemain. Pehtu sembang2 sementara nak tunggu Cik Li jemput....Pkul 230 ptg jugak la smpai rumah...

Catatan CJ : Rasa penat, tp puas....

Friday, March 6, 2009

sibuk & buat2 sibuk

Saya sibuk. Tak smpat nak update. Bahan pun tak menarik.

Tunggu besok2 lepas saya dah habis tournament netball saya update. Tu pun kalau rajin :p

Wednesday, March 4, 2009

pelik

Harini mood saya sagt tidak stabil. Macam2 rasa ada. Asik nak sentap saja. Tp jgn risau, saya tak libatkan org lain. Saya duduk diam2 kat depan ni. Buat kerja saya smpai siap. Bagusss.


Tadi saya dpt call lagi tanyakan pasal T*B...hmmm rasa nak angin la jugak. Haritu tak menyempat2 kata semua tugas diambil alih oleh sekian2 org. Tp kenapa nama saya masih kat board tu. Org pun masih dok call2 tanya itu ini. Bosan ok....kan saya dah kata saya tak mau terlibat langsung dah dengn tmpt tu. Mimpi ngeri ok berurusan ngan tmpt tu.....

Kadang manusia ni peel macam2....yg menyusahkan org, yg menyenangkan org, yang tak membantu langsung pun ada kan. Tp dlm kes saya ni, saya bantu org pun jd salah juga. Serba tak kena. Satu lagi perangai saya yg susah saya nak ubah, saya susah nak ckp tak boleh. Kadang macam tak smpai hati. Kendiannya saya yg makan hati bila jd kes2 macam ni. Sebab nak bantu org la nih. Tp org tak mengenang budi gitu kan. Lepas ni kalau org minta tolong apa2, saya akan teliti dulu tahap pertolongan yg boleh diberikan...eceeehhh..cam hapa ja niat hua hua hua....

Ok, stop dulu arr. Cik Jah ada keja skit...kerja hakiki, lebih penting dari tolong org tp dpt penyakit huhuhuhu....

no tittle

Saya tujukan entry ni untuk awak...ya awakkk...........

Dalam satu situasi, awak dibagi pilihan untuk buat sesuatu yg awak suka, minat dan jarang2 awak boleh buat, dan satu lagi tanggungjwb yg sememangnya awak kena buat, tp masih ada cara/pilihan lain untuk awak laksanakan tanggungjawab tu. Mana satu yg awak akan pilih????. Cuba awak ckp dengan saya?.
Dan........kalau awak ada masalah dengan org lain, tolonggg la jgn nak marah2 saya. Boley??? Cuba la bwk2 bertenang, settle baik2. Cakap elok2. Kan elok. Tak la sakit sgt telinga, hati perut usus saya segala dengan peel awak. Saya pun ada perasaan ok.
Catatan CJ : Seperti biasa, bila marah, sedih ke apa rasa sekali pun saya akan diam....diammmmmmmmm smpai hati saya sembuh!.

Tuesday, March 3, 2009

batuk uhukk uhukk

Smalam balik kerja terus singgah klinik kat Puchong Prima. Budak ni batuk kong kong kong...malam2 lagi meriah. Ni kali kedua amik ubat. Malam kalau sejuk sgt, batuk2 smpai muntah terus....tengah2 malam bangun tukar bed sheet. Banyak kerja ok. Ubt yg dpt smalam bagus, diam terus budak ni he he he he....

Lasak tetap.....tak diam seminit.

Sementara tunggu Cik Li tapau burger, bagi diorang mkn roti dulu.
"Makan maa makan...", hik hik hik tak larat sgt dah la tu, suap mulut mama pulak.

Monday, March 2, 2009

sukaneka

Esha tengah bersukaneka.....tp game tak la mencabar sgt. Cikgu2 malas nak buat yg susah2 kot sebab yg senang gini pun jenoh la nak jerit ke budak2....
Kalau ikut darah 'keatlitan' ~ada ka word mcm ni??? Cik Jah dulu2, Esha ni kira mengikut la jugak....tp Cik Li kata dia punya darah 'keatlitan' lagi kental..haaa nak jugakkk..ambik la ambik semua...yg best2 semua la dia..... :p

Sunday, March 1, 2009

emmpphh sedapnya...

Dah dpt mkn laksa petang tadi....2 pinggan. Siap tapau bwk balik lagi 1 bekas. Tp smpai rumah tadi dah tak larat nak mkn. Simpan dlm fridge. Esok boleh makan. Kuah laksa kalau dipanas2kan lagi sedapppp....

Skarang saya dah mengantuk  gilaaaa.....nak tdoqqq. Elyn pun baru saja lena. Esha tengah layan PS2...gasak la dia. Esok tak sekolah, tp nak p dentst. Kalau kejut besok tak  bangun, nasib la. Tinggal!!!!. Cik Li tengah layan bola kat bwh. Hat tu pun kalau dikejutkan besok tak  bangun, TINGGAL!!!  muhahahaha......

nak p klang

Cik Jah dah tak boleh lena dah. Anak2 ngan Cik Li dok membuta lagi....hisshhhh walaupun smalam tdor lmbat dekat2 pukul 2, pg tadi bangun pkul 6 tp siang ni memang tak boleh la nak lena lama sgt. Ni dok tunggu depa semua bangun sebab nak ajak pg Klang, rumah Kak Abok. Nak ambil baju yg Kak Iza @ Mak Uteh kirim....dia pg Indon haritu, dia beli kain nak buat baju untuk kenduri Maman@Pak Usu bulan 6 nanti. Nak sedondon semua....
Bukan takat mak ngan pak sedondon, anak2, ipaq biras semua nak sama...tu pun haritu ada gak buat lawak kata nak amik jurusolek tuk solek muka kami adik beradik + ipaq + anak buah...weiiii sapa yg nak kawin ni..org mai nak tengok pengantin la weii bukan nak tengok hampa wakakakak...Tp tak palah....layan jalah. Last kenduri pun 5 thn lepas....Abg Nan punya kenduri. Ni kalau lepas Maman kenduri ni tah la bila pulak rumah kami nak berkenduri besaq2....Yg sorang tu tak nmpak gaya nak kawin pun...kerja dok buat koleksi awek ja.....
Antara sebab lain nak p klang tu sebab nak mkn laksa...huhuhuhu. Hani anak buah Cik Jah pulak dok tunjuk2 gmbar laksa tu dlm blog dia...sungguh la haihhh...Patutnya kami p klang smalam, tp Cik Li sudah kepenatan. So Cik Jah paksa Kak Abok simpankan laksa tu. Dia buat dengan Kak Inah. Smalam Kak Inah tdoq sana, sebab Kak Abok tolong jaga anak2 dia. Dia p tengok konsert MNasir...oo mak aji minat mnasir ghupanya....Tak tau pulak Cik Jah...kalau pak aji nya tu minat Mawi tau lah Cik Jah..fanatiik ok..semua cd Mawi pun dia beli he he he he....
Ohhh cepatlah bangunnnnnn...nak laksssaa...huhuhuhu...

sukan sekolah esha

Pukul 730 kami dah keluar rumah. Katanya Esha kena berkumpul pukul 8. Pkul 745 lebih kurang dah smpai.  Hantar Esha, tengok dia berkumpul semua dulu. Lepas tu kami keluar balik, pegi kedai mamak. Bosan ja nak tunggu budak2 tu berbaris bagai. Ada kawat rumah2 spt biasalah hari sukan kan....Esha dah mkn roti kat rumah, so kami2 yg tak makan lagi ni lepak  la kedai mamak dulu.
Kalau dah smpai kedai mamak kena paw Mama/Ayah coklat ka gula2 ka baru cukup lengkap kan.  Kalau tak tak senang hati nak makan. Nak gula nak gula....Cik Li la punya ajaran ni. Sesat sungguh. Skarang asal kedai mamak ja kena ada gula2...haru ok.

Lepas kami dah kenyang, pg balik skolah Esha. Tengok Cikgu dia bagi nasik lemak sorng sbungkus...cam pelarian PATI ja makan smbil cangkung mcm ni kan...Awat la hampa tak duduk elok2 anak2 oitt...

Budak Esha ni confirm la mkn tak habis. Tambah ada2 sambal segala tu, memang tak makan la dia. Kena pedas skit pun dah mcm nak pengsan.

Patutnya gmbar ni dulu baru gmbar atas tadi  he he he...belasah jalah Cik Jah.

Uishhh bestnya dpt melasak kat tmpt lapang2 mcm ni kan....Elyn memang all out la....dia pusing merata. Mama dia yg rasa nak termuntah penat...
Esha dengan kwan2..
Dengan Ammar & Elyn. Ammar ni anak officemate Cik Jah, Kak Iza. 

Kak Iza dengan Ammar.....
Banyak la parents mai dok melepak sama tengok anak2 bersukan. Kalau zaman Cik Jah dulu, tak pernah la Mak Tok ngan Tok Wan p tengok kami bersukan....mau Cik Jah pengsan kalau depa mai tengok Cik Jah bersukan bagai hikhikhik....dulu semua buat sendiri la ngan adik beradik.  Tak pernah la p sukan skolah ka persembahan apa2 ka Mak Tok ngan Tok Wan p tengok. Tp yalah zaman dah berubah. Kalau Esha ni kami tak bwk, mau tak  bersukan la dia..he he he.

Tp Cik Jah rasa, Cik Jah lagi  banyak keluar peluh dari Esha ooo...dok ligan Elyn lagi mendatangkan penat.  Dan sebab tau, Cik Jah akan jd amat comot, dah la smalam ujan, padang becak, Cik Jah repeat baju smalam hahahahahah......Tak kuasa nak cantik2...

Esha memang tak payah ckp la....dah tak serupa org dah comotnya....
Elyn menyebok kat bwh kemah dengan kakak.

Budak yg paling comot ni dah mengelupur sana sini, penat la kan. Abih sebotol mineral water dia belasah.

Penat berdiri, cangkung la pulak...

Haaaa amikkkk habuan, terus terduduk.....makin ke tengah padang pulak tu.


Tarik ke tepi balik. Langsung Cik Jah pun sama melepak atas padang....penat nak pengsan.
Esha masuk sukaneka ja 2 acara.  Hadiah wakil dah ambil, hari selasa baru dpt. Senin sekolah cutiiii....seronok la tu.   Kami tak tunggu smua game abis pun. Ada lagi sukaneka untuk ibubapa tp tak masuk la pun....Tak snggup dengan Amelyn yg super duper lasak.  Dlm 1130 lebih kurang kami gerak balik. Singgah Equine nak bayar bill tepon, pehtu balik rumah. Nak qado balik tdoq pagi tadi he he he he.....
Catatan CJ : Ada vdeo Esha bersukaneka tadi. Esok baru keluar, sebab tak boleh publish....tak tau la pasaipa...