ok, sebenarnya kan x tau macam mana nak mula. banyak benda dalam hati saya nih. berkata-kata. tp nak luah x reti.
ok mcm nih. kadang2 kita rasa kita dah rapat sgt dgn seseorang tu sbb kita selalu keluar makan dengan dia, kita selalu bercerita dengan dia, kita selalu mcm2lah dengan dia. tp kita x sedar apa yg kita ckp tu kadang2 dia terasa hati. sepatutnya kalau rapat dan selalu terus terang, terasa hati ni x timbul kot. tp dengan dia ni kita terasa hati...sebb apa ye?
saya ada dua kategori kawan. satu, saya rapat dengan dia tp kami keluar sama bila ada keperluan saja...kiranya kalau dia nk keluar ngan kwan dia, dia keluarlah, saya keluar dengan kawan saya yg lain. kalau tiba2 kami terasa ada hal yg nak buat sama2 atau kami sama2 boring kami keluar la sama2....dia x berkira dengan saya, saya pun insyaAllah cuba untuk tidak berkira dengan dia. kiranya kami ada give and take. kalau ckp bersembang pun gitu. rasa nak marah pun kami bohhh ja sesama kami kalau benda tu salah. kadang saya tegur dia, kadang dia tegur saya. tp masing2 insyaAllah x terasa hati. so far kami ok. kalau gado2 mulut pun sekejap ja. habis time tu jugak. lepas tu boleh gelak bahak2 balik.
satu lagi kategori kawan yg saya ada, saya rapat dengan dia, selalu keluar sama, selalu jugak dia tolong saya sama mcm saya tolong dia. tp saya selalu terasa hati dengan percakapan dia....tak tau kenapa. saya yang telebih sensitif ke atau dia yg x sensitif dengan perasaan orang lain?. contohnya mcm saya mc sbb saya demam.....tp nak jd cerita ada benda yg bos perlukan kt opis dan benda tu hanya ada pada saya...jd saya pun mai lah jugak opis sbb nak pass menatang alah tu kt bos...ingat cik jah ni cemerlang sgt ka pun demam pun nak mai opis tadak pasai???...tp sungguh pun demam, tidakla smpai x boleh bangun semua. demam mcm demam urat ja pun. tau demam urat cemana?...demam yg seram sejuk tu. pehtu rasa sendi2 sengal2 tu..haa gitulah..tidak lah smpai x boleh bangun.
jd dptlah cik jah ke opis jumpa boss sat...pehtu bila serempak kawan cik jah nih, dia tanpa rasa besalah kata
'elehhhh mc konon...sihat ja nih?'....ok la kot..kita anggap la dia bergurau. cik jah pun secara bergurau jwb la '
aku demam la wei, denyut2 pala aku nih haaa. pass demam ni kt hang baru tau'....dia jwb lg...
'elehhh baru buat keje lebih skit demam. tu nak ngelat la tu'. ok...cukup. cikjah x jwb dah :D.
pada saya benda lain mungkin boleh buat gurau kot. tp sakit pening semua ni kita pun x mintak kot....jd hormatlah skit. saya demam ka sihat ka sudahnya mmg keja tu saya jugak yg buat....org lain mmg x buat pun. jd tiada alasan ngelat pun....bukan sekali dua saya terasa hati. berkali2...smpai dah lali. ksudahannya bila dia ckp benda2 yg buatkan saya terasa saya akan ckp benda lain...tukar topic terus hehehe...
ni peringatan untuk diri saya la jugak....kita ni nak tegur org biarlah beradap skit. saya kalau nak tegur kain baju org ke apa ke mmg x smpai hati nak direct. kot ya pun org tu pakai x cantik ke apa ka saya lebih rela x cakap apa2. pada saya suka hati dia lah dia nak pakai apa pun.
tp ada ja org yg kalau tegur tu ayat dia mcm ni '
eii apasal pakai cemni nih?'...tu siap ngan mimik muka tau...hudoh prangai! hahahah . satu lg ayat dia cemni
'eiiii naper pakai tudung x iron nih?, pemalasss'...hulamakkkk direct ckp org pemalas...kalau sayalah nak tegur.kalau la ye saya kata...kalau saya nak tegur, ayat saya cemni la kot...bla bla bla benda lain dulu pehtu tanya ~
'tudung ni x iron ke mmg kain dia gini?' haaa kahkahkahkahka...haa tu kalau saya nk tanya lah...tp jgan harap lah..mmg x akan punya lah hahah...serius, sbb mmg ada kain yg jenis ko dah tekan iron sampai berasap pun tp dia kemot2 juga kan. tetambah yg ada anak kecik dok melepek ja nak berdukung. iron cantik2 pehtu dkung anak abih kemot..haa gitu. mungkin dia dah iron, jd sila berbaik sangka.
ni sesuka hati ckp org malas iron tudung. ko mana tau org tu dah iron smpai naik hangit iron pad dia haaa....tak pasal2 ko berdosa bagi dia sakit hati..dah la ckp dia pemalas depan2 org lain....haihh jagalah sikit perasaan org. berkawan rapat x semestinya kita boleh ckp dia apa saja...kadang lg rapat kawan lagi kita harus jaga perasaan dia. kita kena la support kawan. bukan menjatuhkan kawan kan.
lg satu, dtg pagi2 ke ofis..kadang2 kita pgi2 mcm2 hal kt rumah kan. smpai ofis, baru nak tune pala otak, kadang2 muka tu serius je kan...tetambah kalau yg mmg dr pagi dah liat nak p opis heheheh. mood MALAS la selalunya jd cemni nih hehe. bila muka serius, kwn ni tgk, dia terus sound 'haa ni pepagi dah meroyan, sign surat pencen je lah'...erkkk...bukan aku merempan kat ko pun kan? aku dok diam je sorang2 nih ha....amik mood org kata. tang mananya yg aku meroyan tu?...tak pun ayat dia cemni 'haa ni pepagi dah emosi...' ehhh tang mana yg emosi lak nih? uihhh awat yg pelik2 nih....kan ke elok ckp 'assalamualaikum' x pun boleh la tiru omputeh skit 'good mowninggg bebeh'..haaa sedap skit lubang tingat aku nih dengaq....terus hilang mood-mood malas ni semua kan. kalau pun nak ckp pelik2 skit tukaq la ayat tu skit cemni 'awat pg2 muka x comei nih?..haaa tang tak tu x dengar, tang comei tu pun dah sejuk tinga dah kan khakhakhakhakahka :P
ok lah kita berbaik sangka lah...mungkin dia x berniat nak menyakitkan hati kita tp dia nak bergurau...heeeheheh. lg satu nak tegur apa2 pun cuba la jgn depan org lain..biar antara kita ja, jd org lain x perlu dengar dan yg ditegur x rasa malu..ok?
ok sekian, terima kasih :)