Friday, February 29, 2008

KuRsUS TeAMBuiLDiNg -pUTeRi ReSorT, AyEr kErOh MeLaKa

Malas nak hapdet pasal kursus. Sebab nanti Mamadeela ngan Ibu AffifArissa akan tolong hapdet..hehehehehe.....jengah2 la blog IbuAfiffArissa tu. Details story morynya. So Mama tepek gambaq serba skit ja untuk kenangan gitu kan....

Apapun kursus ni memang la besttt.....balik hilang sora la dibuatnya...asik gelak ja...Dan tak akan kulupa kejadian di mana Mamadeela cuba menegakkan benang yg basah...'dah bintangg...'...'dahhh...dah bintanggg'. Hik hikhik....padahal fasilitator tu tanya dah bintang tak bintang tu kalau dah kawin tadak la bintang...heheheh dia ngaku dia dah bintang...pening sat...hikhikhik...


Tengah layan blues tpon En. Ayah....time ni cam nak pengsan rindu ke anak2 & bapak anak...hehehe


Dah tak bwk anak2 kali ni Mama bley la layan2 diri jadi budak2...tingin nak pengsan la naik benda2 alah nih hikhikhik. Tp ada anak2 cam tak dan kan so kali ni semua Mama balun. Gasak la kan. Tak yah kontrol2 cun. Nak naik gasak ja. Nasib la Mamadeela ngan Ibu AfiffArissa pun sama....pakat la kami membudak-budakkan diri. Hiksss bestt wooo...


Burung, kuda semua jd mangsa. Layannn



Geng-geng sekumpulan yg best & sporting.



Dengan teman sebilik.


Teman sekumpulan. Asik gelak ja kami. Gelakkan orang, gelakkan diri sendiri heheheheeh....




Cer teka yg mana satu Mama, yg mana satu Ibu AfiffArissa???hkihikhik...memang pakai mask ni rasa cam "BERTUKARRR"...hahahah cam gaban tu. Memula tu Mama risau sungguh nak main paintball nih. Ganas la rasanya kan. Tp bila dah try fuiyoo bestt wooo. Tetambah group kami menang la pulak. 3 round la kami bley main.


Masa main game round ke-2, 3 biji la Mama kena tembak. Mula tu sakit kena tembak ingat bley ilang la, sekali lebam smpai skarang ada lagi. Besaq2 lak tu....huhhh... Game kedua je ye saya dimatikan. Game pertama ngan game ketiga saya idop sampai last. menang okehhh.




Group Mama nama Lotus...menang wooo...dlm gambar ini kaum wanitanya semua mak2 budak.





Sebelum game bermula...huhhh saspen okehhhh..Masa laga2 tangan tu pun Mama rasa cam dah nak terhumban2.....tp tu masa seblom try. Dah try pastu Mama pun jd gagah hahahahaha....ganazzzz...


Tak ingat ni sebelom lawan ke dah abih lawan...posing tetapppp...


Aga gaya tak pegang senapang tu??? Marah orng tu kalau panggil senapang. Katanya panggil 'maker'. Tah cemana tah ejanya. Tp bunyi centulah.
Ada gak aktiviti river crossing...Mama suka aktiviti cam ni. Panjat bukit, turun bukit semua dah try. Flying fox ngan kayak blom try....ada rezeki bley cuba best gak.




Sebelum balik, posing dulu. Gambar dengan group Lotus & fasilitator.


Dlm bas semua pengsan kepenatan. Tah sebila la Ibu AfiffArissa ni tangkap gambar. x reti penat tau makcik tu. Mama dah lama tak bersenam balik tu mak aihhh abih urat sarat mogok....huhu...cam kena aktif balik la pasni. Kalau tidak sesekali bersukan camni la jadi, abih sakit....

Banyak lagi gambar2 lain, tp malas Mama nak tepek dah. Kat blog Ibu AfiffArissa & Mamadeela ada lagi gambar2 best.....

Thursday, February 28, 2008

PeNAt, pEnAt & PeNaT

Malasnya nak update.....nak upload gambar susah sangat ni hawatttnya...bosan la. Nak boh sekeping pun susah....apatah lagi berkeping2...Nanti2 la update.

Suara tadak, tekak perit, idung meleleh2 ingusss....ciss ciss.....
Nantikan kemunculan entry dengan gambar2 yg ganazzz, gegar dan aksi2 gediks yg melampau hik hik hik......

Gambar ini tiada kena mengena ngan kenyataan 'gediks' di atas yer, harap maklum.

Thursday, February 21, 2008

MaRah Ni..tAu TaK???

Harini mood Mama sungguh tidak comey!...berangin dari pg. Pagi tadi Mama gado ngan Esha. Gado anak beranak biasalah. Sentap sat Mama ngan dia. Sepanjang jln dari rumah ke skolah dia Mama tak bercakp cam selalu. Ngan Ayah pun Mama sentap. Rasa geram sgt. Rasa nak picit2 ja dua2 beranak tu....eii eii ieiiiii...haa centu.

Smpai skolah dia, dia tau dia salah kot, dia salam + cium pipi Mama. Dia kata "sorry Maa"....huh...Mama tengah merajuk, Mama hmmm ja....

Ayah yg konon nak memujuk ajak2 sembang pun malaih Mama nak layan. Dia ajak g minum dengan eksennya Mama kata 'kan tadi orang dah bungkus....'. Dia kata 'takpe lah. Makan la nanti2...skarang teman la Abg. minum jap'...tak smpai ati la pulak kan. Angguk jalah.

Ayah ni cam ada jmpi2 Mama tau...selalu centu. Nak marah ja tak boleh lama2.....pas minum2 ja Mama lupa dah tadi Mama tengah sentap sebenarnya....alamak cemana tu????Siap dia kata makan syer ngan Abg jerlah, pun Mama angguk...cisss cisss ciss.....Benci la...tp Mama tak smpai atttiii....geram tau..huh huhh....tampaq2 pipi sendiri berkali2.......

Wednesday, February 20, 2008

AmELyN lAgi...

Budak ni manja yg amat skarang. Marah skit dah merambu2 ayaq mata. Belakon sungguh. Tp kejap ja. Pujuk2, peluk2 diam la balik. Sengih2 tunjuk gigi. Sehari dua ni meragam nak berkepit ngan Mama ja kerjanya. Cam tau2 je ujung minggu ni dia nak kena tinggal..huhuhuh......Mama rasa nak hangkut je depa semua waktu g kursus nanti. Tp kakaknya skolah, payah lah pulak.

Ayah kata, takpa Ayah boleh jaga. Nenek pun nak dtg tolong tengok2kan cucunya. Takut Elyn demam sebab tak pernah berenggang lagi, especially waktu malam la. Kakak dia dah tak risau sgt, dah besar, dah paham....kot Elyn tak demam, Mama yg demam...

Tuesday, February 19, 2008

Petang smalam, otw balik ke rumah....

Mama : Esha makan apa tadi waktu rehat?
Esha : Esha beli kopok lekor je singgit.
Mama : Singgit Esha beli?. Habih ke makan?.
Esha : Abih.....
Mama : Esha bwak berapa keping duit pagi tadi? (ckp kira keping senang. sekeping seringgit,
kalau dak tak paham budak nih).
Esha : Esha bwk satu je Ma, yg lain Esha letak dlm box (tabung la tuh).

*Dlm situasi di atas, En. Ayah hanya jd pemerhati/pendengar smbil angguk2....mungkin layan ubat selsema yg belebihan, mungkin tengah pikir cemana nak bagi benti ingus yg asik meleleh, Mama kurang pasti.

Pagi ni, otw ke opis/skolah Esha.....

Mama : Smalam beli kopok lekor smpai singgit tu Esha mkn ngan sapa? (tanya lagi sebab
cam tak caya dia bley abih smpai 5 kpg kopok lekor)
Esha : Esha makan sorang je la. Kawan Esha makan kueh.
Mama : Singgit dpt 5 keping kan?...
Esha : Esha amik dua je. Pastu Esha kasi kakak tu singgit.
Ayah : Abih tak amik baki?. Dua tu empat puluh sen saja. Sekeping kan dua puluh sen.
Esha : Kakak tu tak kasi pun. Esha tunggu dah lama. Pastu Esha pegi jelah..
Mama : Mana boleh mcm tu. Lain kali bagi duit cukup2 je. Atau pun Esha mintak balik baki.
Kakak tu lupa kot.

Kalau hari2 dok sedekah kat orng kantin tu jenoh la Mama kan. Tp Mama percaya nanti dia akan pandai sendiri. Mama baru2 pegang duit dolu2 pun ada gak jd centu kot...kot, hahahah yalah kot sebab dah lupa. Tp seingat Mama dulu Tokwan tak pernah bagi pegang duit banyak2. Duit skolah dulu 5 kupang saja (50 sen). Cukup beli kueh, air. Mee goreng 30sen pun ada masa tu kalau tak silap. Tp seciput la pun kan. Kueh dulu baru sekupang seketul.

Skarang memang kalau sringgit tu mcm sikit. Tp Mama tak akan bagi lebih kat Esha selagi dia tak pandai betul uruskan duit dia. Ni dah kali keberapa tah dia beli tak amik baki. Mula dulu memang dia tatau ada baki, pastu dah diajar, dah tau, lepas tu lupa sebab sebok nak ikut kawan. Ni dah malas pulak nak tunggu baki....

Memang kalau tengok proses jual beli antara budak2 ni ngan orang kantin tu bley buat Mama migrain....dah la tak berator, pastu semua pakat jerit 'kak, kopok satu kak... kak eskrem satu kak....kak roti satu kak'....cer bayangkan kalau 10-20 orng ckp benda yg sama serentak...tak ke kepoh jadinya. Sora sorang2 nyaring, halus, jerit pun ada. Orang kantin tu pun tatau mana satu nak tala. So tak salah dia jugak la kalau dia lupa nak pulang baki duit budak2 tu. Dpt yg berani + kuat jerit bley la dia jerit tunggu baki dia. Dpt cam Esha yg 'pemurah' pakai tak mintak dah la.

*Tengah cari idea nak kurangkan pemurah dia tu hehehhehe....

Monday, February 18, 2008

aMeLyN

Hari ni 18.2.2008 genap umur Amelyn 11 bulan. Dia la ni tengah gila berjalan. Dah tak yah pegang apa2. Laju ja ke sana ke sini..lenjun2 baju basah dek peluh. Dah tak larat nak ikut. So biarkan aja. Tengok jalah mana dia pi. Kadang dah penat dia benti kat tangga, dok kat tangga bwh skali, kaki juntai ke bawah dan goyang2....heheeh nak tegelak pun ada tengok gaya dia.

Dah pandai kalau orang kata hello ja tangan sebleh tekap ke telinga, kepala dan kat mana yg sempat di tekap. Tak kiralah kalau tengah pegang tuala, tuala la yg ditekap. Tu tengok tu dia usung hp purple tu kemana saja. Kakak pun surrender nak ngasuh dia. Penat!. Tak reti dok diam.

Kalau panggil Elyn, slow je dia pandang kita, tp kalau panggil Adik cepat dia dtg. Tamau adik dah kot???..hahahahah Tp Mama Ayah dia nak lagi khahkahkhakhaka....

Thursday, February 14, 2008

cAnTik....

Esha : Cantiknya Mama harini........

Mama: Ye ke....tima kasih....tp duit skolah Esha tetap singgit jerrr...

Esha : arrr??...heheheheh (tersipu-sipu...)

* dia baru lagi belajar konsep bodek dpt upah ihikss...

Wednesday, February 13, 2008

BuNgA????..BoNuSSS???

Dah lama tak dpt bunga. Tak dpt dah kot.

Rasa nak beli ja bunga plastik boh atas meja nih. Tp nanti kata tak 'berjiwa landskap' pulak....hmmm tak perduliks la kan. Nanti nak p carik gak sejambak/segubahan yg lawa.

Bonus/honororium???. Pun tak nampak bayang nak dpt lagi. Apa daaaa.....

Ada orang tu kan dia kata "tadak bonus, tadak undi!"...huh kok gitu???? hikss...

x lALu MaKaN....JeRiNg pUnYa PaSaL...

Masa CNY haritu Mama ada belajar masak lemak cili api ngan nenek. Dah berthn kawin baru tingat nak belajar masak eh...hahahah. Sebabnya kalau Mama masak Ayah ckp tak sama cam nenek buat. Memanglah tak boleh sama bini masak ngan mak masak kan. Tp takpa. Mama belajar gak sebab nak tengok tang mana yg tak sama tu.

Pttlah tak sama. Nenek boh cili mak aihhh melambak...Mama boh agak2 pedas2 terasa ja. Pattlah Ayah ckp tak pedas. Huhuhu....dah tu nenek tak boh bawang langsung atau kalau boh pun skit la sangat. Okey tu ja yg tak sama ngan air tangan la. Mana boleh sama masakan mak kan....Yg speselnya lemak cili api nenek ni yg boh jering punya. Memang kaw2 lah. Tp selama hari ni memang Mama tak makan jering. Kalau buat lemak cili api pun Mama tak boh jering2 nih. Tak bley masuk arr. Tp sebab dah try masak haritu, Mama try la makan. Seketul ja pun try. Kuah dia bley pulak telan. Tp natijahhnya lepas tu........badan saya sakit2, perut saya mulas2. Rasa nak kentutttt ja...adui. Tak selesa sungguh.

Terus pastu x lalu makan, smalam cirit birit. Tp tak teruk. Pg smalam cuma makan nasik lemak sbungkus. Tenghari dah tak makan. Malam syer roti canai dengan Esha. Pun tak abih. Sehari seblom tu pun lunch tak makan dinner tak makan. Bfast beli tapi tak lalu makan. Mee goreng tu masin ya ampun. Cam tertumpah garam ka kicap ka apatah.

Pagi ni otw nak hantar Esha ke skolah benti beli kueh. Makan 2 ketui cekodok. Kalau tak pepagi selera Mama kira dasyhat la....mesti nak nasik lemak, mee goreng atau apa saja yang heavy. Roti kosong pun kalau sekeping cam tak cukup. Tp harini masih cam smalam dan kemarin, sungguh tak terasa nak makan. Cuma gagah makan sebab takut pengsan.

Kalau terus-terusan macam ni Mama akan kuruih + kering. Tp gagah minum air banyak sebab nak bagi ada tenaga skit. Jugak kesian kat Elyn sebab dia menyusu. Mama tak makan, mana nak mai susu????.

Moral of the story. Len kali jgn makan jering!....ke len kali jgan masak lemak cili api boh jering???? hahahahaha kan Ayah kan kan kan???. Nak makan balik kg! Hiks...

Monday, February 11, 2008

tRiP To kUaNtAn

Kami ke Kuantan lagik. Konon nak tengok anak Mak Ngah yg baru lahir haritu. Tp agenda lain yg banyak. Plan pun last menet punya kes, so Pak Ngah tolong bookingkan motel..ishhh la cam boleh tdoq jalah, tp nak lepak lelama dlm bilik ohhh tidakkkk....cam suram skit....bersih, bersih. Tp tatau la tak suka la.

Sebab plan lain banyak, kaedahnya satu keping gmbaq baby pun tak snap...hehehe cam tak ada rasa gitu nak bergambar waktu tengok baby tu. Malam tu kami makan ikan bakar di Tj. Lumpur....perhhh sedappp....tp Mama lagi suka ikan bakar kat Melaka tu, yg makan ngan nasik lemak tu. Tp petang tu Mama tak lupa bungkus sata dari gerai Mok Na dan makan di gerai ikan bakar sementara tunggu ikan dibakar lama yg hamat, naik fedup. Orang bercuti ramai time tu. Esoknya balik ke Puchong balik....
Malas nak story mory, pala pening2 miung2...tengok gmbar jom...

Elyn mengganas dlm keta. Letih ngan dia sekarang. Pegang cam tak lekat. Tengok tu Mama smpai capai ujung jari dia ja. Waktu tu benti kat mana tah, kenapa benti pun tak ingat la. Entry dah basi kan....Dia mengganas sebab dia dah bosan dok dlm keta lelama. Jem masa nak on the way ke Kuantan haritu. Bagi tdo pun tamau....smpai naik lembik la Mama. At last dia tdoq gak. Tp pun setelah hampir pengsan Mama dikerjakan.

Dia nak diri kat situ je sebenarnya. Tp dah abih segala signal, wiper semua dia tarik....Tp tau lak tu, tarik tengok benda tu gerak, tolak balik ke tmpat asal, benti...dah tarik benda lain pulak.

Sebelom betolak balik ke Puchong, singgah Teluk Chempedak dulu lepak2. Pagi gak la lagi waktu tu. Tp orang dah ramai.


Pose biasa dari Elyn + Minnie nya. Sure tdoq dulu kalau p memana. Ni dari dlm keta dah lena. Kalau tak lena, harap nak tdoqkan, nak tepuk2 bagi tdoq dlm ni sorry la..


Kejap ja dia dah bangun...berjalan sana sini pulak. Ni pun nak try lepas dari kakak. Jalan masih terhoyong hayang tp gigih berusaha hikss.


Dah banyak kerja, lapar la pulak kan.. benti makan sat. Biskut tiger penambah tenaga!!!


Esha yg kebosanan snap sana snap sini. Dia dok minta nak main layang2. Tp sorang pun tak layan. Abih dia godek camera snap itu ini.


Sebab dah tak tahan dengar Esha nak main layang2, Paksu + Mak Teh dia pun layan la. Tp layang2 tu naik sat menjunam...lebih banyak aksi berlari nak bagi naik dari tengok aksi layang2 tu kat atas hehehehe.

Tak sedar waktu mana Ayah amik gmbar ni. Leka perati budak2 tu main layang2, ngan angin bertiup sepoi2...puhhh...tengok Elyn yg lentok tu...bley terlena woo. Layan ja lepak situ.



Tengah main elok2 tetiba sentap lak makcik nih. Moncong ja. Soh posing nak amik gmbar pun mau tak mau ja...gado ngan Paksu, berebut layang2 yang tak naik2 tu katanya. Kena nyakat la tu.

Elyn dah start boring........


Nak jalan pulak. Laju lak tu kalau biarkan dia. Bukan jalan, cam nak berlari.


Alamak jatuh lak...




Bangun balik. Smbung lagi latihan. Puas sental pastu sebab dah comot.

Dah puas lepak2 terus gerak balik....seronok jalan2 ni tp penat!.

Tuesday, February 5, 2008

eShAeLyN

Apa saja yg kakak buat dia nak ikut, nak buat. Walaupun belom cukup inci, blom cukop umor, tp semua tu tak jd halangan. Janji bley ikut.


Makcik ni buat kerja skolah di pagi hari Jemaat lepas. Wilayah cuti kan. Tp dia kobar2 nak siapkan homework. Tak mandi tak apa terus nak buat keja skolah.

Geram tengok rambut 'sunsilk' tu... bila diugut nak potong baru dia ikat. Sat...Satgi lepas balik. Mama ikat dia lepas, Mama ikat dia lepas. Lama-lama, hahh gasak la Esha oit.


Yg si kecik ni pulak ngacau je kerja dia. Terjerit2 kakak bila dia amik ruler, eraser segala. Kakak dia gantung beg yg dah rosak zip belakang dia. Kehulu kehilir dia heret beg tu. Dia ni mulut dia diammm ja tp ada kerja dia buat....


Tak makan saman punya....dia buat derk ja kakak dia pot pet pot pet...Selamba kering ja amik itu ini, tarik buku dan segala macam hal....Kakak ni pun satu orang soh buat homework dlm bilik kat meja tulis elok2 tamau. Nak buat kat bwh jugak. Ni lah akibatnya. Penakut yg amat Esha ni, siang2 hari pun takut nak dok atas rumah sorang2.


Kakak makan aiskrim pun dia nak gak.


Heheeh...sukaaa....nak lagi la tu. Siap gelak kekeh2...