Tuesday, April 29, 2008

LAYOUT

Apa lagi la yg tak kena kan, asik tukar layout ja....Mama cam tak puas hati. Tp kali ni insyaAllah dah ok. Tak tukaq dah kot hehehehe. Letih wooo tiap kali tukaq abih link ilang...apa hal pulak nak taip balik satu2 kan...
Cantek dak????? cantek kan kan kan????

Monday, April 28, 2008

EXTRA JE....

ISNIN 28 APRIL 2008
Tadi pagi dlm pukul 10.30 lebih kurang, Mama dpt call dari PRO perbadanan. Dia kata 'H....u boleh tolong I tak?'...'tolong apa?' Mama tanya. 'Tolong I, turun kat pusat khidmat pelanggan kat bwah ni jap, jd extra untuk dokumentari OSC'. 'Huh???....sape je lagi?'. 'Ramai lagi PA yg ada kat bwah ni, dtg eh?'..Pastukan tah apa angin Mama tah terus kata ok ja. Kalau tidak bab2 camni sorry la Mama nak joint. Hehehe bukan apa, saya ni pemalu tawww..hakhak hak..

Sebelum turun tu smpt lagi call NN tanya dia dipanggil ke tidak. Dia ckp dia pun sama. So turun la kami ni berjemaah. Dlm hati ni 'Sure keja kak kemal nih. Sure dia yg kasi nama'...sekali betul...Tima kasih ye kak kemal bagi peluang kami mrassssaaa jd artis....len kali panggil lagi taw...tp len kali tu ai nak watak utama tau..hak hak hak hak.Tanak dah jd2 pelakon tempelan nih..mati la demand...


Rupa Mama setelah dimekap..hehehe tunjuk kat Ayah gambar ni, tanya dia 'cantik tak Mama???'. Cepat ja dia jwb 'cantik!'..huhhh tak ikhlas tau bunyinya.....tp berani dia ckp tak cantik....haaaa nak kena la tuh...

Tak kesah la...tp Mama tetap rasa chunn gitu.. hahahahaha setelah hampir 7 thn Mama tak make up beria camni (tak la beria mana, org tu ckp touch up je...kejap ja dia buat). Percaya tak last sekali Mama make up masa kawin dulu. Lepas2 tu tak dah...takat mekap sendiri, sapu bedak skit, boh lipstik tu adalah, janji tak nampak pucat sudah....

Yg lawaknya, masa shoot yg mula tu just kena berdiri depan kaunter tu cam tunggu turn la konon...rasanya nampak la sipi2 je muka Mama. Nasib tak touch pun waktu tu. Kot iya nampak sipi, nak lagi keji nampak ujung skirt ja.hahahha....abih scene tu, baru touch up untuk next scene. Sekali buat shoot lain pulak. Pastu soh g rehat pulak. Lepas dah makan semua tentulah nak p solat dulukan seblom smbung balik. Abih la mekap tu kan....so next scene yg fokus muka skit tidak la saya bermekap..hahahaha....tak paham tak paham. Kali ni kena acting ala2 tunggu turn nak dptkan khidmat pelanggan. Kena purak2 berborak ngan rakan yg sama menunggu gitu...kiranya pengalaman pertama menjadi 'artis' nih ok la..hahahaha artis katanya...baru jd pelakon tempelen kan..

Tengah boring tunggu shooting start.

Sunday, April 27, 2008

HAPPY BIRTHDAY MY DARLING..

Ahad 27 April 2008 / 20 Rabiulakhir 1429H

HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO
CIK LI SAYANG...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....

Selamat hari lahir yg ke 32 thn. Semoga dipanjangkan umor, dimurahkan rezeki (cepat kaya eh..hahaha), dilimpahi Rahmat Allah selalu & Mama sayang Ayah..muaahhhs.....

ni birthday wish dari Esha & Elyn pulak....

happy birthday ayah.esha sayang ayah.adik pun sayang ayah juga.
Tunggu Esha abihkan taip sebaris ayat kat atas tu berejammmm..adeehhhh...

Saturday, April 26, 2008

WEEKEND & ANAK2

Sabtu 26 April 2008 / 19 Rabiulakhir 1429H

Hari ni Cik Li tak dak. Outstation Johor. Esok birthday dia...hehehehe hadiah semua dah siap balut smalam masa anak2 dah tdo...Jap g tengahari dia dah balik. Mama tunggu call dia jelah nak amik dia pkul berapa.



Esha blom bangun, tp Elyn dah menganas. Panjat tangga la, kerusi la. Comot ngan muka tak mandinya. Masssammm...Biskut dah 3 keping, roti dah setengah keping abih. Mama pegang mouse, dia capai nak tekan keyboard. Gasak la adik...


Mama tengah cari ilham nak masak apa nih. Simple2 je la kot. Kalau tanya Esha nak makan apa sure dia kata "telor dah la Ma...". Bubur adik dah siap masak tadi. Adehhh....apalah nak masak nih.

Mama boh dia atas kerusi ni, kacau sngt....diam la sat. Adehh penat nak pengsan ngan dia. Tp bagus la jugak, ala2 excercise la konon kan hehehe. Haritu Mama menari poco2, dia pun sama naik kiri kanan kedepan belakang. Hiks. Lupa lak nak soh Ayah amik video masa tu.

Dah la dulu. Elyn pun makin mengganas nih. Nak bagi dia mandi dulu, pastu tidoq. Senang mama nak memasak. Kalau tidak abih la tunggang langgang dapoq dengan dia.

Friday, April 25, 2008

MAKAN-MAKAN

Jumaat 25 April 2008 / 18 Rabiulakhir 1429H

Pagi tadi ada buat makan2 sempena hari terakhir Cik B di Landskap. Cik B ni budak praktikal. Sambil-sambil tu buat smbutan kecil2an untuk staff yg birthday bulan Januari - April. Pttnya buat setiap bulan atau setiap 2 bulan. Tp haritu semuanya yg pompuan2 cuti besalin, tak kuasa la Mama sorang2 nak mengelola. So tunggu la semua2 ada.
Majlis pun simple2 saja. Buat kat dlm panty. Menu pun nasik lemak bungkus, kuih2 skit, kek..cukup la untuk sarapan. Apapun nasik lemak yg ditempah oleh As amatlah sedap sekali... karipap pun sedap. X cukup la sebijik....pasni kalau ada makan2 lagi bley tmpah kuih kat makcik tu. Terjamin kelazatannya.
Sama cam kek birthday Elyn haritu. Sebab rasa haritu sedap, so kali ni Mama tempah kek yang sama. Abih dah semua kata 'ikut sukati kak pzah la yg mana sedap', so Mama pun pilih la yg Mama bekenan.
Cik B tengah bagi ucapan akhir. Nasib tak kena nyanyi tau...haaa...hiks
En. B menyampaikan hadiah kepada Cik B sebagai kenang-kenangan..hehehe berapa banyak B daaa...
Birthday girl & birthday boy...hiksss....tuo2 girl & boy katanya..cehh.

Makan time....tengok seblah En.Haris ada gunting besaq...huahuahua...keja Jab. landskap memang centu. Tambah bahagian maintenance cam kami. Mesin rumput pun ada dlm opis, apa nak heran , kan...

Sedap sgt nasik lemak tu, semua pulun makan tak ingat....

Abih yg jejaka2 dah penuh kat pantry, jejaki2 makan la kat luar...siap lapik ngan tutup kotak A3 paper lagik tu ye.

Posing tetappp....

Wednesday, April 23, 2008

UNDER CONSTRUCTION

Tangan Cik Jah gatal2, edit sana, tekan sini. Tukar itu, tambah ini...sekali bendalah2 kat tepi2 blog ni ilang...huhhh panic Cik Jah. Tp tak pa...Cik Jah sukakan cabaran. Ni tengah godek2 nak bagi semuanya kembali kepada keadaan asal.

Tuesday, April 22, 2008

jIwA kAcAU!

22 April 2008 / 15 Rabiulakhir 1429H

Harini sungguh jiwa kacau. Rasa nak tembak orang pun ada. Kalau la, saya kata kalau yer...kalau saya ada pistol time ni, sapa yg lalu tu saya tak bekenan, 'ponggg' saya tmbak..hahaha sound effect dia 'pong' eh?...sungguh tak sedap la bunyi pistol tu. Ok ok....tp saya menyabarkan diri.
Bukan masalah wanita, tp rasa tak best ni sungguh tak best untuk diterangkan. Cam tamau kerja pun ada, ada dak tak kerja, tiap bulan dpt duit????....Ada dak?
Huhhh....

Monday, April 21, 2008

MaRi MemaNCiNg Part.2

Sabtu 19 April 2008 / 12 Rabiulakhir 1429H

Ewah ada part2 pulak. Mggu ni kami ke Semenyih lagi. Tp ke kolam di 'Tangguk-Tangguk'. Ok gak la tmpt ni, tadak kuda yg mengacau. Meja pun banyak untuk nak makan2. Huh...nampaknya Ayah dah ketagih memancing.....tp takpa...mancing ikan takpa. Jgn nak mancing benda lain pulak kan haaa....Kami gerak dari rumah pun lebih kurang mcm haritu jugak. Kali ni Mak Teh ngan officemate Mama si Pjal ikut skali. Dia hangkut dia punya ehemmm ehem skali, Cik Pia? Peah? Pea?...haa gitulah bunyi namanya.Janji jumpa Pjal kat depan UNITEN. Pastu terus gerak ke tmpt mancing.
Mama siap masak2 lagi pg tu. Bawak cekodok ikan bilis, nasik, ikan terubuk masin, ikan goreng, sambal belacan ngan sayor kubis tumis air. Pjal lak bwak macaroni. Huhhh selera makan ngan angin sepoi2 bahasa tepi kolam tu. Esha yg kalau nak makan kena paksa pun tetiba haritu mintak nasik dengan rela hati. Elyn yg memang jenih suka makan, asik la makan. Apa orang makan semua dia nak makan. Sat biskut, sat kropok, sat bubor....smpai tegang2 buncit perut dia. Scary ok....


Muka budak kuat makan. Dlm tangan tu dok genggam biskut.


Ayah dia pesan "Esha jgan ckp banyak, kalau tak ikan semua lari hehehe". Tp manalah makan saman budak ni. Pot pet pot pet...salah sentap. Tak kena gaya pun sentap, merajuk..huhhh...ikut suka dia ja berangin. Time baik tu ok la, sengih ja. Kalau tidak huhhh...ya ampun.



Tengah pasang strategi he he he...konon la kan..


Cik Jah declare tak diet hari kejadian, so awal pagi pun Cik Jah dah balun nasik...smbil pot pet pot pet ngan Cik Pia sedapnya nasik masuk mulut....satgi macaroni pulak..satg2 cekodok pulak...huiii nikmat.


Dah kenyang perut, layan mata la pulak. Elyn ni ngantuk bukan kira tmpat, ok saja. Lama gak la dia lena, naik kebas2 kaki Mama.



Nyenyak dia tdoq...



Mama layan macaroni di tepi kolam pulak ye. Second round gitu. Ni la padah kalau bosan, makan, makan dan makan.....bapak lama depa mancing, naik bosan la pulak kan.



Gosippppp....


Elyn bekenan sungguh ngan Cik Pia. Cik Pia pun expert jaga2 budak ni sebab dia chegu taska.

Layan blues sorang2..bosan punya hal.


Huhhh..dpt ikan dpt ikan...

'yeh yeh dpt ikan yeh'.....eksen ok....Time ni Cik Li dah hentak2 kaki kat tanah sebab tak dpt ikan...hahaha. Dia dpt la ikan tp yg kecik2 ja. Tak main ikan kecik2 kata dia. Buat bagi kucing makan ja.


Kuarkan mata pancing dari mulut itu ikan ye adik2...

Ikan2 yg Pjal dpt. Sekoq tu rohu, dua yg dlm jaring tu talapia..besar2....Ye semua Pjal yg dpt yer. Cik Li tak dpt ikan dihari kejadian..heheheeh

Depa cucuk2 mata ikan tu, korek2 badan dia. Ishh ingatkan geli. Tp dak rupanya.


Kalau kat Sukida ada kuda, kat Tangguk2 ada ayam sabung ok...mahai ayam ni, walaupun kurus kering....seribu lebih katanya.

Kali ni sempat g mandi manda kat Sg. Tekala. Mandi smpai kecut2. Yg kecik tu pun kemain...Mulut bising jerit2 main air sg. heheh enjoy sngt la tu.

Monday, April 14, 2008

mArI mEMaNciNG.

Ahad 13.4.2008 / 6 Rabiulakhir 1429H

Pkul 730 centu dah gerak dari rumah. Benti breakfast kat Kajang dulu. Pastu terus ke Semenyih carik kolam pancing. Tergoda ngan gambar2 Ernie g mancing di Sukida Resort. Dah lama sebenarnya Ayah dok ajak Mama g mancing, tp asik la ada hal. Abih dah Ahad tu tadak apa2 plan, bangun ja tdo terus kami plan nak ke sana. Masak bubur untuk Elyn dulu, siap2 terus gerak. Tmpat pun tak pasti kat mana, yg tau area Semenyih ja.

Kawan Ayah ada ckp kat satu lagi tmpt, nama Kolam Pak Mat, so kami pun nak tengok2 ja mana tmpt yg bekenan. Jumpa, tp tmpt dia cam kurengg la. Mama nak lepaskan Elyn pun rasa tak konfiden. Berpasir pastu cam ada bau yg kureng menyenangkan la tmpt tu..hehehe. Tp Cik Li nak la jugak try kat kolam tu....kejap je kata dia. Dpt je sekor kita blah kata dia...kot dpt, kalau tak dpt cemana Cik Li?????


Mencuba nasib di Kolam Pak Mat.



Dpt talapia merah ngan itam. Besar2 tapak tangan. Tp Cik Li kata kecit. Adehh nak besar mana Cik Li oittt????. Layan ja la....tunggu lagi. Tp dah lama skit, dah bosan, dia ajak p tmpt lain pulak...

Round la kami carik kolam lain. Jumpa la Tangguk-Tangguk, Seri Bayu Resort & Sukida Resort. Nak lepak kat Tangguk2 tu ramai la pulak orang. Tmpt pun cantik. Seri Bayu pun ok, tp sebab dah tergoda ngan entry Ernie, so nak try kat Sukida dulu la. Masuk dan carik port baik punya nak lepak. Ada kuda, huh best2.

Mula ja best...tp bila kuda tu mengacau cam tak best la jadi. Patutlah Ernie pesan soh jaga2 sama itu kuda....huhhh ngeri jadinya.

Abih umpan pancing Cik Li dia baham. Siap bwk lari bekas ijau tu lak lagi. Masa ni semua berterabur lari. Elyn peluk Mama kuat tak ingat, Esha dah mencicit ikut mana Mama lari. Hahaha...tekejut pun sama. Hampeh punya kuda. Seriau kot dia sepak ja....


Cik Li hanya mampu memerhati dari kejauhan umpannya dibawak lari. 'syohh syohhh...' kata Cik Li. hahahahahah ada ke halau kuda syohh syohhh...tu halau kucing arrr.


Konon nak tuntut bela. Kejar smpai dpat!...Siap kouu kuda!!!

"Abih umpan power aku kuda tu makan...biol punya kuda!!..huh!!!", Cik Li tak abih2 merungut.

Yg budak ni sebok ajak mandi sungai....

Budak ni senang. X meragam. Layan ja angin sepoi2 bahasa bwh pokok tu.

Baring2 sambil dengar2 lagu. Elyn tu eksen cam ckp tpon, tp tu layan lagu tu...siap berenjut2 lagi badan dia.

Close up skit...heeehehe

Dah bosan, buat geget la pulak....

Tunggu punya tunggu, dpt la 2 ekor talapia besar skit dari tapak tangan.

Sebok soh kakak dukung dia. Melayang2 kakak dukung. Dah la kurus. Adik tu semangat.

Alahai anak dara Mama ni sorang. Kurusnya...bila tunjuk gambar ni kat dia, Mama soh dia makan banyak skit, bley dia jawab "Esha diet la Mama..."..huh nak terkeluar tulang bley kata diet....Tp skarang tengahari sure Mama paksa dia makan nasik. Malam pun mesti makan skit. Nak soh makan cam nak kena kerah buat apa ja.

Dlm pkul 2 lebih kitorang pun gerak balik. Niat nak singgah mandi kat Sg. Tekala pun tak jadi sebab ujan dah mula turun.....Kalau mggu depan tadak hal, nak pegi lagi. Kali ni nak prepare betul2. Baru best.....