Thursday, July 31, 2008

positive

Dah lama saya dpt email ni. Baru baca. Baca secara menyeluruh maksudnya. Hmm bagus untuk panduan kita bersama....Tp dlm email, cantik ada gambar katak2, copy paste dlm blog ilang pulak itu katak. But it's ok, the lesson is more important.

Lets take a positive part from this story...

Cerita tentang katak kecil

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,... ... yang berlumba lari Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perl umbaan dan memberi semangat kepada para peserta...

Perlumbaan dimulai...

Secara jujur: Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan mencapai puncak menara. Terdengar suara: "Oh, jalannya terlalu sukar !! Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak." atau: "Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Menaranya terlalu tinggi...!! Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu... ....... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya!" Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah... .......Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak akan menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak! SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata... Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!! Kata bijak dari cerita ini adalah: Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... ...kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.. Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu! Kerana itu: Tetaplah selalu.... POSITIVE! Dan yang terpenting:

Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu! Selalulah berfikir: I can do this! Kirim pesanan ini kepada minima 5 temanmu. Berikan mereka motivasi!!! Kerana teman yang baik adalah teman yang saling memberi motivasi satu sama lain.

Hmmm ya kalau kita mampu buat pekak. Tp sebagai manusia biasa kadang kala kita akan terpengaruh juga dengan cakap2 orang lain. So what we have to do is be POSITIVE....InsyaAllah we can achieve our goal...

Tuesday, July 29, 2008

blk kg....

Entry ni dah lama tersimpan. Lupa sudah nak publish. Ni kejadian masa balik kg. lebih kurang 2 weeks ago. Kebetulan Maktok & Tokwan tdor kat dusun ja sementara tunggu buah gugur, so kami balik pun terus ke dusun ja. Tp tak la tdoq sana. P makan buah ja. Hangkut nenek sekali. Masa ni durian baru mula gugur, so buah tak banyak lagi dan tak berapa elok sgt. Yg banyak langsat, manggis dan rambutan.

Yang peliknya bila benda banyak depan mata sikit pun tak teringin. Makan main cuit2 ja. Tp skarang ni bila tengok org jual tepi jalan sakit hati la pulak kan..hehehehe...geram ja rasa...ishhhh.

Elyn kat dusun....

Balik malam tu singgah rumah Mak Uteh @ Kak Iza. Dia masak2 jamu kami makan....Mee kari..perhh sedappp....Lepak rumah dia smpai malam....

Kami balik kali ni atas urusan penting. So tidak la balik ni rasa enjoy sangat. Hari Sabtu balik kg, Selasa balik semula ke Puchong....

p/s: EshaElyn dpt sepupu baru lagi.....Mak Long dah bersalin semggu lepas. Namanya Hadi Fahim. Tp gambar Fahim satu pun tak boleh ambil lagi. Hari tu dok bawah lampu sebab jaundice, skarang ni dok dlm incubator pulak sebab ada infection kat paru2 dia..hohoh siannya baby Fahim....semoga cepat sembuh. Mak Long pun masih kat hospital. Dia tanak balik, nak temankan anak dia kat spital smbil berehat2...

Monday, July 28, 2008

good morning everybody.....

Good morning everbody....Amelyn harini in a good mood. Tp tanak senyum. Bangun pagi ajak mandi, ok, suruh gosok gigi ok...siap mintak tambah tooth paste..hehehe sedap kot rasa strawberry. Bila mintak posing skit...terus berdiri tegak. Tp bila dah sudah, lepas flash dah kluar baru nak gelak tekekek-kekek.

Dia tengok kakak duduk kat meja having breakfast, dia pun sama nak duduk.....share makan chocolate cake dengan kakak.

Posing sekali lagi.....okeh gaya lain pulak. Tangan kat kepala senget2 skit...hehehe Tp still tanak senyum. Rambut tanak ikat. Ok jom p skolah jom....

p/s : Permulaan hari yg baik....Hmm i'm also in a good mood today....Smileeee hehehehe

Sunday, July 27, 2008

HAPPY BIRTHDAY MAMA ALYA....

Haritu tersilap wish...tercepat sebulan....bukan sehari okehh, SEBULAN..hahahaha...ok kali ni betui2..tak silap dah...tadaaaa..

Sila nyanyi kuat2 okehh...1...2...3
HAPPY BIRTHDAY TOO YOUUUU
HAPPY BIRTHDAY TOOO YOUUUU
HAPPY BIRTHDAY TO MAMA ALYAAAAAA
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUUUUUUUUU
Waaa.....clap clap clapppp...tiup lilin..tiupppp...

So Mariah, happy birthday, semoga panjang umoq, murah rezeki, sehat tubuh badan, aman bahagia ngan suami dan anak2 smpai akhir hayat, jaga kandungan elok2..Semoga semuanya selamat la hendaknya. Semoga persahabatan kita berkekalan smpai bila2 insyaAllah.....walaupun aku tak pernah ckp tp aku sayang hang..uhuhuhuhu. Tetiba sayu.....

Walaupun gambar ini agak pelik, tp saya suka.

Wednesday, July 23, 2008

lawaknyaa....

Kahkahakhkahkaha sat la bagi la cik jah gelak dulu puas2..hahahaha....adeehhh lawak cik jah rasa. Kelakar loqlaqqqq la..hahahahaha...adoiiii..hhi hi hi hi.....

Ada ja benda yg menceriakan kita setiap hari kan. Bila baca email2 yg lawak bengong, blog2 yg kesah2 lucu, kadang gegar2 pc ni kalau cik jah gelak tau. Tp orang kata kalau kita selalu gelak ni awet muda. Tp kalau terlebih gelak orang kata GILA!...he he he..Cik Jah ok lagi nih.

Cik Jah suka baca email yg happy, blog yg jalan2 ceritanya lucu, dari baca yg kesah2 sedih, sebab nanti ayaq mata cek pun meleleh...rugi. Kalau baca yg marah2 nanti emosi ai terganggu. Aww tak rela..hahahaha...adeehh Cik Jah gelak smpai meleleh2 ayaq mata, over dah ni...dah sudahhh sudah..


Gambar ni tadak kena mengena ngan lawak kelakar loqlaq itu ya. Dan NN juga bukanlah bahan yg buat saya gelak tu. Ni gmbar pg tadi seblom kami pergi perhimpunan dwi bulanan. Kami ni walaupun kerja seblah2 bangunan je tp jumpa waktu ada perhimpunan atau apa2 majlis je kat perbadanan ni. Kalau tak saya tak kenal la ninironna tu.hahahahahhaha ampunnn nini. Tp lebih bagus centu kan nini, jumpa selalu pun tak best gak kan kan kan..hahah

Ok saya stop skarang. Saya nak smbung buat kerja dengan sopan hiksss.

Tuesday, July 22, 2008

ngantuk..



Budak ni sepatutnya baca buku,esok ada exam. Tp pukul 830 tadi dah selamat.....buku ke mana dia tah ke mana. Patutlah dia nak makan cepat. Malam ni masak nasik goreng saja. Dia tanak tunggu dah, nak makan dulu. Makan la sorang2....lepas makan dia ckp nak baca2 buku tp nak baca kat bwh,takut dok atas sorang2..hisshh apa daa penakut. Tp sekali tngok hohhh dah pengsan, siap dengkur2 lak lagi.

Penat sangat la nih...Sian...Tadi balik skolah dia ngadu dia batuk2....sama cam adik kata dia. 'Ok la nanti mkn ubat', Mama jwb. Lepas ja makan nasik tadi dia tanya 'Mama dengar Esha batuk lagi tak?'....'tak pun, awat?', Mama jawab. 'Esha dah baik batuk Mama'..aikk cepatnya baik kan....cam ada smthing ja nih...'abih tu kalau baik awat?'...'Esha nak makan aiskrim satu Mama plsssss...'. Ooo patutlah tetiba baik batuk, nak makan aiskrim rupanya...Cis auta lebih tau. Tp tetaplah Cik Jah tak kasi dia makan aiskrim tu. Tunggu baik betul dulu.

Aiskrim yg dia nak tu aiskrim malaysia...alah yg dulu kecik2 mak kita buat pakai plastik panjang2 pastu simpul kat hujung tu. Cik Jah buat banyak la pulak haritu. Esha kecoh kata nak aiskrim tu, buatkan lah. Tp syarat, dia boleh makan sehari satu ja. Tp kadang kalau terlepas pandang 2-3 batang gak dia balun. Mau tak batuk.



Alahhai malas pulak nak rotate gmbr ni. Belasah jalah....budak kecik ni lagi tidoq awai. Pukul 8 dah tak sedar diri dah. Tu pun seblom tu puas la dia ngamuk. Ngantuk sgt. Dekat sapa pun dia tanak, nak ngan Mama ja. Cam rindu la sangt, cam tak jumpa sethn. Nak berdokong ja. Lepas lap2 skit badan dia, bagi ubat batuk + selsema siap2, terus masukkan dlm buai, Susu pun dia tanak dah time nih. Sementara mama nak ngemas, iron baju semua biar la dia tdor dlm buai dulu, dah settle baru boleh angkut naik atas.....confirm tak bangun dah nih. Tp subuh besok, kunci jam pukul 530, tp pkul 5 dia dah kacau mntak susu dah.

***Tengok anak2 dah tdo, saya pun dah terkuap2...huarrrghhhh ngantuk....

Monday, July 21, 2008

anak-anak

Tengah2 rancak buat kerja, teringat kat Esha. Cemana la dia harini. Saya mungkin tak p jengok dia kat skolah tengahari nih. Ada hal, Ayah dia pun keja luar Putrajaya harini. Tp pg tadi bincang2, ckp2 dia kata ok dia boleh manage diri dia sendiri. Saya pun kena ajar2 dia juga untuk uruskn diri sendiri, manalah tau one day tak dpt pegi tengok dia kat skolah, dia dah boleh handle sendri.

Selalunya setiap tengahari saya akan ke sekolah Esha untuk bagi dia makan dan bwk baju untuk Sekolah KAFA pulak sebelah petang. Dlm pukul 1 gitu saya pegi bagi dia makan semua, dia tukar baju pastu masuk balik KAFA (kat skolah yg sama). Skarang ni saya pegi temankn dia makan ja, lain2 semua dia dah boleh buat sendiri. Dah 7 bulan kan sekolah. Awal2 dulu sebulan dua yalah semua kena ingatkan, skrang tengok dia dah boleh handle.

Tp hari ni betul2 tak boleh pegi. Pastu bila tanya dia, dia kata ok dia boleh 'dont worry Mama' dia kata..heheh eksen tau. Sepanjang jalan ke sekolah dia pagi tadi saya pun bagi la pesanan yg 1001 jenis pesanan tu 'makan tau tengahari nanti, jgn beli aiskrim, makan cepat2 pastu tukar baju. Lipat elok2 kain skolah tu smpan dlm beg. Jgn asik main2 je sebok ngan kengkawasn, uruskn diri Esha dulu bla bla bla...' dia pun ' ok, ok, ok Maa dont worry. Esha tau...'. Ayah dia pun tak ketinggalan bagi amanat...'jgn g mana2, terus masuk class, petang tunggu Ayah kat gate tu bla bla bla'...

Bagi duit skolah lebih skit la harini, untk pg dan petang. Kain baju pun siap bwk satu beg. Pesan soh dia makan semua, pastu peluk cium + tiup2 skit.heheheh doa dari seorang ibu gitu kan. Sayu je pulak tengok dia masuk skolah heret beg gitu. Tp saya sedar, sekali sekala saya kena ajar dia 'susah' skit...baru dia tau erti hidup. Saya tanak anak saya spoil. Saya nak dia jd 'orang'. Semoga dia tau Mama Ayah dia kerja keras untuk membesarkan dia dan adik2. Kami suami isteri berkorban untuk kebahagian mereka adik beradik.

Semoga semuanya baik2 hari ni. Esha seorang anak yg baik boleh berdikari cuma kadang2 dia 'terlalu' manja. Tambah2 kalau saya dan Cik Li ada dengan dia. Saya yakin dia boleh buat kalau keadaan memerlukan dia begitu.

Elyn pun tak berapa sehat harini. Saya dah bekalkan ubat, dan tpon cikgu dia untuk tanya perkembangan. So far ok cuma selsema dan ada wheezing skit2....Dia still active. Melompat sana sini.

***Tiba2 saya rindu dengan anak2 saya...ohh emosinya saya hari ni.....

Friday, July 18, 2008

why do i hv blog?

Dulu masa kerja kat getah saya dah ada blog. Tak ingat thn bila. Dlm 2004 gitu kot ke awal lagi tah. Tp saya dah delete blog tu. Sayanggg...masa tu banyak merakamkan karenah Esha yg masih kecil, masih belajar2 becakap...Menyesal lepas delete tp benda dah tak ada. Tak guna nak menyesal pun. Memang tk pikir panjang masa tu, delete je terus.

Tp skarang the reason why i hv blog sbb saya nak memorikan semua kenangan saya dan anak2, kerjaya saya. Blog saya blog yg happy2 story je sebenarnya. Walaupun ada terselit juga kisah2 sedih saya, waktu2 saya down, frust tp tak banyak. Mybe one day EshaElyn can get 'somethng' dari entry2 saya.....somethng that they can use in their life....diorang akan tau betapa dalamnya kasih sayang saya dan Cik Li pada diorang. Semua kenangan2 indah dlm keluarga kami saya cuba simpan dlm blog ini. Kalau boleh saya tak mau tertinggal satu pun cerita bahagia kami. That's the main reason why i have this blog.

Dunia saya sekarang family - anak2 dan suami especially....Saya tak pernah kacau orng melalui blog saya ini. Tak ada faedahnya pun. Lagipun waktu2 saya down tu Cik Li selalu pesan 'biarlah, jgn layan orang2 yg mcm tu, tak untung apa pun'....betul jugak kan. Saya amat beruntung sebenarnya ada suami yg amat memahami. Dia lebih kenal siapa saya dari org luar yg mengaku rpat tp sebenarnya tak tau apa2 pun. Untung juga saya bila ada kawan2 yg selalu menjd pendengar setia. Tak kira waktu susah atau senang. Kwn yg saya boleh cerita apa saja. Kami tak pernah bergadoh dan bermasam muka. Dari zaman berutus2 surat, email2 dan chatting kalau ada yg tak kena, kami saling tegur menegur. Kami juga tak pernah menandingi antara satu sama lain, tak cemburu atas kelebihan masing2. Kami ikhlas dlm persahabatan kami. Terima diri masing2 seadanya....Alhamdulillah dan insyaAllah semoga persahabatan kami berkekalan.

Saya berpegang pada satu prinsip untuk hidup bahagia - jgn sibuk hal orng, jaga tingkahlaku, bersihkan hati, buang perasaan benci dendam sakit hati syak wasangka dengki semua tu lah...insyaAllah hidup kita akan tenang....Saya sangt2 berharap Allah memberikan saya peluang untuk terus menikmati ketenangan & kebahagiaan yg saya kecapi dengan suami dan anak2 saya spt skarang ini smpai ke akhir hyat saya, InsyaAllah.

***Manusia memang tak pernah lari daripada perasaan marah & benci. Semoga Allah lindungi saya dari perasaan dan penyakit hati spt ini yg boleh membinasakan saya. Aminnn....

Thursday, July 17, 2008

GATHERING

Gathering kali ni yg paling ramai yg dtg...bestnya. Tp yg buat saya terkilan saya tak dpt lama2 nyembang. Ada hal di kg yg membuatkan kami sefamily balik segera ke Kedah. So saya cuma sempat luangkan masa lebih kurang 1 jam saja. Hmm sorry kawan2, tak dpt nyembang lama. Especially my roomate la. Dia dah la turun dari Melaka semata2 nak gathering ni...
Kami jumpa di Alamanda saja. Lepak2 di taman. Maybe next time kita g PD pulak ke kan???? InsyaAllah...
Suka gambar ni, nampak meriah. Perubahan selepas hampir 9 thn.....

Cam tengah menurun pun ada nih..hahahah

Kebetulan birthday kroll, so celebrate la sekali.

Lepak2 makan kek. Meriah...
With Kak Ana yg masih vogue.


Roomate....maintain je makcik ni walaupun ada anak 4 orang ye, semua hero....hebat kan.

Memang kami plan untuk pakai white top with denim.....tp sorry to kak ima, alahai Cik Jah lupa betul info penting ittewww..sorry kakakku...

Inilah kroll...dulu masa study dia dok depan Cik Jah. Kawin gak dia ngan robot..hiksss..masa dolu2 kalau ngantok2 tu dia la yg Cik Jah kacau, cucuk ngan pensel la mcm2 la..hehehe kenangan sungguh.

Gambar ni pun Cik Jah suka, cam berseri2 ja semuanya.....

p/s: haritu cam tak sengaja pakai tudung putih sama ngan Mama Alya & Cik Madu. padahal tudung tak diplan pun untuk sama hehehe....tp sayang tadak pulak gambar sama2...Saya betul2 nak cepat haritu. Hati dah smpai kg sebenarnya....again...sorry kawan-kawan....

amikk amik semua....

N entry lama. Hampir basi. Haritu Mamadeela ada cerita dia jumpa satu kedai jual beli barang terpakai. Pastu blinggg blingg idea dlm kepala ni timbul. Ada 2-3 barang yg menyemak ja dlm rumah ni. Simpan pun buat habuk ja. Nak buang dok tunggu Cik Li carik lori tak jumpa2 juga lagi. Barang lama tp boleh la pakai, sayang pun ya jugak.

Pastu hari Sabtu lepas paksa juga Cik Li tpon apek tu. Dah sembang2 semua tunggu la apek tu smpai. Dlm pukul 10 centu apek tu smpai, terus Cik Jah tunjuk barang2 yg Cik Jah nak buang tu. Tilam queen size satu, baby punya satu, sofa 2 seater 1, single satu, karpet 2 keping ngan satu dapor gas + oven. Semua sekali dia amik, pastu dia bayar RM 80..hehehe bagus kan....dia tengok gak la barangnya cemana kan. Kalau sofa kita tu baru lagi dia boleh la amik 2-3 ratus tengok rupa bentuk, material gak la kan. Tp dlm kes Cik Jah ni, janji barang tu dikeluarkan pun dah cukup besar rahmat..hehehe rimassss. Memang nak buang ja kalau ikut hati, tp dok sayang sayang...lepas dah pikir2 nak simpan pun tak guna, just let go jalah. Murah ka mahal ka tak jadi hal. Kalau kawan-kawan nak jual barang ka apa ka, contact la apek nih eh....ym Cik Jah, nanti ai pass nombornya.

Tilam ni beli untuk Esha dulu, tp tak suit pulak ngan katil. Smpai dah jd kuning2 tak pakai. Terperap ja bawah katil.

Sofa lama ni masa Cik Li bujang2 dulu lagi. Dah belas thn la kiranya....buat nyemak ja....amik la apek...karpet tu pun sekali. Elyn kan tak boleh habuk2, Cik Jah pun tak berapa tahan ngan habuk, so tak pernah pakai. Terperap ja dlm stor..

Nak amik muka tokey dia malu, hahaha amik la muka workers dia. Proses angkut mengangkut sedang berlaku.

Nama apek tu Chew.....baik orgnya. Bak kata Mamadeela apek tu kata 'amikk amikk....semua barang pun wa amik, tp orang wa tatak amik'..he he he. kalau boleh nampak no tpon dia tu nak call terus pun boleh. Dia kata semua tmpt pun dia boleh p. Tatau la kalau sebut Kedah dia sanggup p ke tdak kan..hehehehe

Friday, July 11, 2008

pagi yg indah

Pagi ni saya gembira. Tak ada apa2 sebab cuma saya tak rasa sedih cam smalam yg sewell...heheheh....Buang semua perasaan marah, sedih, dengki, busuk hati, prasangka tak baik insyaAllah kita akan sentiasa rasa tenang. Ecehhh cam ceramah pulak. Tak...bukan saya berceramah, saya mengingatkan diri saya sendiri....kawan-kawan pun boleh jdikan panduan kan....untuk kebaikan bersama.
Tambah buat saya rasa semangat bila dtg opis tengok bunga2 saya ni cantik ja.....segar bugar berseri2. Saya diamanahkan jaga pokok2 ni, nama pun kerja landskap kan, haruslah ada bunga2 yang cantik untuk hiasan.

Cantik kan kan kan....mula2 diorang bagi yg warna merah/pink ni kat saya, saya kata nak purpleeee satuuuuu....esoknya dpt la purple...waaahhh cantikkknya...nama bunga ni gloxinia...ka centu la lebih kurang bunyinya. Kena dok tmpt sejuk je bunga nih, kalau panas dia kecut & tak cantik.

Radio merah ni pun selalu buat saya happy. Kalau tak dak radio ni saya boleh pengsan + koma. Bosan gila ok. Dah la dok kat depan ni sorang2. Kalau bos meeting memang kejuung la sorang2. Bila bos tak der radio ni kuat la skit melalak, kalau bos ada, slooowww je bunyinya. Cukup2 saya sorang je dengar. Kalau bos dtg depan saya nak ckp kadang langsung saya tutup..heheheh. Kadang2 bleh gelak sorang2 oo kalau ada slot2 lawak sarkis. Cam haritu dengar Nabil kat ERA. Kekek2 sorang...dah cam mental. Umor redio ni dah nak masuk 6 thn..heheheh....berjasa ni, dah antik pun.

Ni koleksi kesayangan saya. Baru 3 pasang boleh ke kata koleksi??? belasah ja lah. Bos2 g Holland haritu diorang bagi souvenir. Yg besaqqq sekali tu bos lama kat getah dulu bagi...yg lagi 2 pasang tu bos2 kat sini yg bagi...lepas ni harap2 diorang bg kasut yg saiz saya la pulak...wakakakaka....
Apapun saya happyyyyy la harini...esok nak jumpa kawan2 lama masa belajar dulu....waaahhhh bestnya.....next entry pasal gatheringg la pulak...

Thursday, July 10, 2008

emosii...

Kenapa nak kena marah2....sabar. Bukan saya yang marah2 ye pepagi nih. Kurang rezeki nanti. Ni kesah seorang pegawai yang marah. Saya pun tak tau apa yg dia marah sgt. Kadang orang kata pegawai pompuan ni emosi lebih, tp saya diam sebab saya pun pompuan. Takan nak condemn kaum sendiri kan. Tp kadang sungguh. Emosi perempuan ni memang kadang-kadang tak tentu arah sikit. Cuma kalau pada sayalah, mcm mana kita handle marah tu dan mcm mana kita lampiaskan marah kita tu, kat siapa, waktu mana, semua tu biarlah bertempat.

Kalau angin datang je hempas barang tu hempas barang ni memang la tak akan settle apa pun. Org lagi menyampah tengok ada la kan. Pastu nanti mulalah timbul pegawai tu kekwat, pegawai ni lorat. So kalau nak marah tu biarlah berhemah sikit. Saya pun manusia biasa, ada jugak perasaan marah. Tp sekurang-kurangnya saya tak la marah orang yg tak bersalah membabi buta. Saya tau orang pun tak akan suka kalau mcm tu caranya. Walaupun lepas dah marah2 tu dia ckp 'sorrylah i bukan nak marah u sebenarnya'..ohooo...abih tu yg tadi ko sumpah seranah tu ko tuju kat sapa ye?....pedih lubang telinga aku ni tau..hmm kalaulah saya tergamak ckp mcm tu kan....

Saya tak kata semua pegawai perempuan mcm tu, segelintir saja. Tp sebagai pegawai yg baik, if u want ppl to respect u as a leader, u MUST respect other ppl too. Jgn semua main belasah 'AKU PEGAWAI' gitu kan. Orang lain pun ada perasaan. Remember that plssss.

p/s : Saya sangt2 tak sbar untuk tunggu BULAN DEPAN yg dijanjikan pada saya. Saya dah letih dengan semua ni. smtime i feel i wanna cry, but dunno on wat reason. At this moment, i only wish God will gv me patience, lotss of patience.....

Saturday, July 5, 2008

esha yg rongak giginya

sedap2 tengok 'jangan lupa lirik' Esha ckp "Mama, gigi esha nak patah". Time tu dia tunjuk gigi tu dah tekehel..hohohoh....takuttt..hahaha..."Cepatt p soh ayah cabut. Kang tak cabut, tdo malam karang tertelan"....hahahah ok dak ugutan tu?...Seriiau la Cik Jah...

Pastu dia p kat Ayah dia tunjuk lagi gigi yg terkehel tu. Ayah tengah ralit ngadap laptop, cam endah tak endah je "hmmm goyang2 la dulu bagi longgar, karang senang la cabut"... Sekali budak tu godek2 sendiri pastu dah tanggal. Hehehe sendiri buat. Siap usung sana sini, takut cicak makan gigi dia..wakakakak cicak pun tak lalu. Sebok nak soh tanam. Malam2 buta nak menanam cemananya. Esok la anak oit.....



Alahai hudohnya la hai rupa Esha tadak gigi haahahahaha....Esok2 besar kalau dia tengok balik rupa dia tadak gigi camni sure malu nih. Skarang ni ok la gelak2 lagi org tunjuk rupa dia camni. Tak pe nanti naik gigi baru cantik la balik kan sayang kan kan kan...bodek nih.

jalan-jalan

Lepas lunch, dlm pkul 4 lebih keluar ke Jusco. Nak ambil sim card baru Cik Li. Dia buka sim card tu, pakai sim card satu lagi, pastu boleh dia lupa mana dia campak sim card yg asal tuu...ceh boleh pulak centu kan. Layan jalah. Hehehe lupa lupa ni faktor umur kan kan kan...hehehe dia dah tua le tuhh....

Cik Jah pun ambil kesempatan cuci2 mata. Belek pinggan mangkuk, bed sheet, sudu garfu, kain baju..hehehe pompuan biasalah. Tp bagus la, satu pun tak beli....hehehe...



Penat jalan, lepak2 tengok orang, makan2...pastu jalan2 lagi....smpai surrender.



Best kan boleh jalan2...walaupun hanya ke JUSCO hehehehe.

Tuesday, July 1, 2008

mari beronggeng prt 2.

ecehhh part 2 pulak..heheh sebenarnya entry haritu la nih yg tak boleh post gambar. geram ja card reader rosak pulak time tu....


Kesah disebalik perjumpaan kami ni agak lawak sebab kononnya nak celebrate besday Mama Alya.....sekali silap hb daaaa..hahahahah....ingat 27.6 sekali 27.7 la pulak. Ni Cik Madu la punya angkara nih. Nasib baik tak buat lagi suprise party kat Mama Alya ni, kalau tidak dah sah2 kami yg tersuprise. Tp kami on jugak sebab dah lama tak jumpa, lepak2 & makan2. Masing2 sebok ngan hal sendiri. Selalunya centulah kalau plan awal2 comfirm tak jdi. Tp kalau last minit punya planning sure jd. Tu pun mak Intan last minit tak dtg sbb tak sehat. So kalau ada kawan2 yg kecil hati sebab Cik Jah tak jemput tu jgn la terasa hati pulak. Kalau nak buat makan2 cam time raya ke, birthday anak2 ke sure Cik Jah akan jemput semua kawan2.....

Dah nama pun jumpa nak makan & lepak, haruslah kat meja makan ja tmptnya kan..hehehehe kawan2 datang rumah ni rezeki orang kata kan. Tambah2 kawan2 yg jenis tak kesah cam depa2 ni. Jamu apa pun belasah ja....suka Cik Jah.

Heheh Mama Alya sorang ja yg dah cun, orang lain selebet lagi. Dia nak p makan kenduri pastu haruslah dia bergaya anggun kan.....kami semua lepas tu layan bluesss sebab ujan, cuaca pun mendung2 ja....sedapnya lenaaaa....


Budak ni kalau ada orang sure dia akan pasang magnet kat mama dia.....melekat ja. Mana p pun ikutt ja bontot mama dia...


Esha tadak kerja, abih semua dia amik gambar...tatau la apa pesen amik gambar rupa ini ngan apa pesen mya posing camni...amik gambar telinga ka tangan pun ntah la....



Ini la Cik Madu....dia ni lemah lembut, sopan santun orgnya, sebab tu gambar dia bercahaya2 gitu.......dan yg pasti dia masih SOLO ya....hehehe nida aku tengah bodek hang nih wei.....

Apapun memang best la sesekali berjumpa nih. Bak kata orang tua2, jumpa selalu2 bau taik, kalau jumpa sesekali bau bunga....so jgn la jumpa slalu2......hehehehehe....