Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin



Ikhlas daripada:
Fadzli Mohamed
Hafidzoh Hassan
Farisha Ariana Fadzli
Fariha Amelyn Fadzli

Monday, September 22, 2008

haaahh hambikkk sekali cik jah update masuk ni dah 5 entry untuk harini saja (15.9.08) Tp untuk entry ni Cik Jah buat autopublish, he he he minggu depannya baru keluar(22.9.08)....dan mungkin lepas ni cik jah akan menyepi smpai lepas raya hahaha.....tp tataulah kalau tiba2 esok cik jah akan rajin update setiap hari ka pulak kan....

Apapun cik jah nak wish la siap2 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan dan kenalan. Maafkanlah yg terkasar bahasa, terguris hati dan segala mcm kesalahan yg mungkin dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Halalkan makan dan minum dan jemputlah datang ke rumah cik jah di Aloq Setaq sana nun...kalau smpai sana roger2 insyaAllah Cik Jah ada...
Cik Jah akan gerak balik ke kg 26hb mlm nanti. Lepas ofis terus gerak. Singgah rumah Pak Tam @ Abg. Peet dulu kat Penang. Esok paginya baru balik Aloq Setaq. Hoohoohoh tak sabaq okeh....


Selamat Hari Raya Auntie & Uncle......Duit raya jgn lupa ehhh he he he...

Monday, September 15, 2008

makan-makan @ tmn wetland

Entry ni lagilah bapppak lama. Tp nak publish juga sebagai kenangan. Landskap buat jamuan makan 29 Ogos 2008 haritu sempena nak sambut ramadhan dan lain2 kejayaan yg landskap dpt la kiranya. Santai ja, buat bbq di tmn wetland secara gotong royong. Best...makan pun sedap. Gambar tidak mengikut susunan.....malas nak taip panjang2....
Lepak-lepak ngadap taman yg cantik.


Cik Jah ngan sheila...


Macam-macam ragam....

Persiapan sebelum majlis. Esha pun tolong sebab dia tak dak skolah petang hari jumaat, so angkut la dia sekali.

Ngan auntie Ida....
Pantang suruh posing.....

13 Ramadhan 1429H

Lagi entry dah basi......baru terhegeh2 nak update.

Sabtu = 13 Ramadhan 1429H kami berbuka puasa dekat ChiangMai Restaurant, Sg. Buloh dengan kawan-kawan kutu, Cik Madulebah & MamaAlya. Mak Intan ja tak ikut sebab ada hal.. Tmpt ni dulu sngt lah best ada pendapat cik jah. Tom yam dia superb.....dulu lah. Tp sekarang ni cam kurang la pulak. Dah la servis lambattt....ada jugak yg diorder tak smpai. Dulu tak macam ni pun, servis tip top....makanan lazat2...why why????? hohhh org lapar memang cepat emosi.

Sebab dah penat tunggu makanan, makanan smpai, makan, pastu dah ilang feel nak amik gambar, so amik gambar Elyn jalah. Esha ngan Alya tah mana lari, tengok ikan la, main2 kat luar. Tmpt ni cantik, macam istana Raja Siam. hehehehe. Interior design dia pun cantik la sangat.

Susah nak suruh dia duduk diam2 ambil gmbar. Sure dia pusing sana sini. Bila flash dah keluar baru dia sengih2..hohhhh....Tak mcm Esha pantang nampak camera sengih2. Esha sangat suka bergambar.


Tengok mak dia sikit punya posing senget2 segala, dia buat derk ja.



Lepas dah sembang2 skit pastu masing2 pun nak beransur pulang. Tp amik la gmbar dulu. Opsss he he he hari kejadian kan...Cik Madu dtg ditemani oleh kawan 'tutttt' kuanggg kuang kuangggg...Tengok dah pakai topeng, sebab dia malu kata Cik Madu hiksss.

p/s: Alhamdulillah dah 13 hari kita berpuasa.........

12 Ramadhan 1429H

Hari ni kami sekeluarga memenuhi jemputan berbuka puasa di Residence Hotel Bangi. Ok la makanan sedap2. Yg paling buat cik jah teringat2 roti jalanya...huiihh sedap. Tp perut pulak tak selesa, makan skit ja. Sebab rasa dah angin2 senak segala. Sebenarnya dari tengahari dah mula rasa tak sedap badan. Tp gagahkan juga sebab dah janji nak datang.
Esha yg sediakala kurus makin kurus. Harini dia puasa penuh. Stakat harini baru tinggal 3 hari. Pencapaian yg baik berbanding thn lepas. Alhamduillah. Mcm biasa berbuka kat hotel, harus Cik Jah paksa dia makan makanan berat dulu sebelum dia boleh makan benda2 lain. Dia dah pandai cari makan sendiri kalau pergi ke buffet ramadhan macam ni. Round2, pilih2 apa yg dia nak dia akan ambil sendiri, kalau tak boleh atau payah, Ayah dia la yg rajin melayan. Mama dah tentu sebok layan adik yg memang jenis pemakan...


Misi mencari yg berkenan di tekak.....

Amelyn harini baik alhamdulillah. Tak berbunyi langsung suara dia. Ckp mintak makan pun main bisik2. Hehehe malu kot dengan kawan2 cik jah. Bagi duduk dlm baby chair tu, pastu bagi dia makan diam la dia. Bagus...lulusss. Lain kali boleh bawa lagi.


Dah kenyang, salam2 tuan rumah, balik la kami.....Cik Jah dah penat sgt. Badan cam tak berapa sihat. Smpai ja rumah telan ubat, pastu buat apa yg patut, pastu terus pengsan.....

Friday, September 12, 2008

Sejak bulan2 puasa ni, mood nak update blog TIADA hehehehe.....Tiap hari sibuk habiskan kerja untuk dpt balik awal. Kadang masak, kadang main tunjuk2 saja. Tp pun makin hari makin la tak lalu makan. Baik berbuka baik sahur. Tp yg lagi ajaib dan pelik, kain cik jah bertambah ketat, bukan longgar...hohhhh...

Agaknya sebab ...agaknya lah ya, time sahur contohnya, Esha dan ayahnya tak lalu makan, so cik jah tak bley la tunjuk tak lalu jugak nanti lagilah diorang jd tak lalu, so cik jah kena makan dengan bersungguh2 untuk menaikkan selera makan diorang. Ok tak alasan mcm tu? he he he. Kesannya sekarang kain cik jah bertambah ketatttt cissss..

Ok, tinggalkan pasal kain yg ketat itu, sebab ada lagi kain2 yg longgar, kalau semua dah ketat baru cik jah isytiharkan darurat.

Meh nak cerita pasal anak dara kecik cik jah yg sorang ni. Makin besar makin macam2 peel dia. Sejak dah boleh bercakap sepatah dua nih, makin demand dia ni tau. Cer tengok gaya dia makan kueh ni. Ni kueh bakar ka bangkit arr...cik jah panggil kueh bakar. Cik Jah yg suka sangat kueh ni, jumpa ja kat pasaraya haritu terus angkut. Sekali dah balik rumah Amelyn yg pulun. Suka sungguh. Dia boleh mengadap kueh ni 15-20 ketul sekali. Kueh ni kecik2 je pun, tp bersungguh2 dia makan.

Tengok gayanya cam org besaq. Tak bagi org pegang balang kueh tu. Tp bila dah habis kat tangan heret la balang tu kat sapa2 yg dekat minta bukakan. Suruh duduk kat kerusi ka kat lantai ka elok2 tak mau, nak dok atas tangga ni jugak. Nikmat sungguh tengok dia makan. Hahahah tension ja kakak dia. Tengok adik makan kueh pun boleh terliur. Tp sungguh gaya dia makan tu nampak cam sedap sangat la haih...he he he he. Siap belek2 kueh tu pastu masuk mulut, pastu belek2 lagi pastu jilat2 hahahahaha.

Kecoh mulut dia 'mik..maa mik, kut mik kutt' terjemahannya bunyi lagu ni la lebih kurang 'amik mama amik, biskut amik biskut'. Tiap kali biskut dia abih dia akan ulang dialog yg sama. Smpai dia puas makan dia letak la balang tu atas meja atau dia mula pecah2kan kueh tu seluruh rumah yg buatkan Cik Li migrain lepas tu dan terus capai vacum dan vacum satu rumah he he he.

Saturday, September 6, 2008

6 Ramadhan 1429H

Hari ni dah 6 hari kita berpuasa. Sekejap ja rasanya. Pagi tadi kami ke Nilai. Ambil langsir yg Pak Tam tempah haritu. Dah lama siap, orang kedai tu dah telefon suruh ambil. Baru hari ni sempat nak ke Nilai. Sempat juga Cik Jah smbar tudung 2 helai he he he he....

Balik dari Nilai singgah pasar borong Serdang. Beli barang sikit untuk masak. Cik Jah teringin nak makan bubur jagung. Tp merata tmpat cari jagung tak jumpa....cisss..kalau tanak makan tu sepah2 ja jagung tu tepi jalan kan....at last tukar plan la. Buat bubur cha cha....sedap gak, boh sagu...hmmm.

So menu harini sup ikan merah, kari kepala ikan merah ngan bendi & terung, ikan goreng, sayur bayam....selera makan. Masak sendiri memang puas makan kalau compare ngan beli kat pasar ramadhan tu. Tp kalau hari kerja tak larat la Cik Jah nak kelam kabut memasak. Ngan Elyn yg kadang2 berangin satu badan pun satu hal jugak. Datang angin kus2 dia, confirm Cik Jah kena memasak sambil dukung dia dengan sebelah tangan. Dengan Cik Li pun time tu dia tepis2 ja.Tension oooo.....

Esok tak tau la lagi nak masak apa....Tp seboleh mungkin Cik Jah akan masak kalau weekend. Jemu arr semggu berbeli ja......Esok masak apa eh??? ada idea?....

Thursday, September 4, 2008

puasa la.....

Lama tak update. Ada cerita..banyyyaakkk.....majlis bbq, mula puasa bla bla bla banyak la nak story. Tp malas la. Bley?. Balik rumah on laptop untuk main game. Puasa2 ni mood amatlah 'mandom'...hikss.

Esha, alhamdulillah thn ni blom tinggal puasa lagi. Ingat cam dia tak tahan jugak sebab dah sekolah. Tp so far so good. Petang2 ja la melepek skit. Dah pkul 6 lebih gitu. Tp pujuk2 tanya apa yg dia nak makan, belikan, bodek2 skit ok la. Thn ni tak janjikan ganjaran pun. Duit raya tetap dpt, cuma nak suruh berpuasa tu tak janjikan ganjaran. Nak dia tau, puasa tu wajib bagi orang yg mampu laksanakan. Sehat tubuh badan, kena puasa la kiranya. Ok paham. Harap2 boleh penuh sebulan.

Elyn pun dah berapa hari tak sehat. Demam, batuk, selsema, complete. Dah tu tak mau makan, tak mau minum susu. Tekak dia merah dr. kata. Dah kurus dah pun. Huhuhhhh siannn.....Harini Cik Li jaga. Demam dah kurang, batuk pun dah kurang. Alhamdulillah. Tp masih tak berapa lalu nak makan.
Hari ni nak berbuka apa arr?.....mula la otak ni pikir pikir.....Saya masak waktu sahur dan hari mggu je ya he he he....petang2 beli ja lagi senang. Takat nak makan bertiga tu seketul ayam pun tak habis. Rugi ja masak. Smalam berbuka beli ayam percik seketul, ayam goreng untuk Esha seketul. Sup daging satu, asam pedas ikan pari seketul. Popia. Tu ja. Cukup la. Tu pun ayam percik separuh ja laku, separuh lagi makan waktu sahur.

Hmmm...rasa nak makan A&W la harini.....makan burger..hmm...sedap sedap.