Wednesday, October 29, 2008

walimatul urus

Ahad, 26/10/08 kami ke PD. Kenduri kawin kawan sepoly Cik Jah dulu. Zam. Zam ni dulu masa praktikal sama tempat ngan Cik Jah. Kami buat praktikal kat Ampang. So zaman2 Cik Li ngorat Cik Jah dulu, Zam la antara saksi terawal kejadian ittew..wakakakaka....dan Zam juga la antara 'lamp post' yg kami heret time dating kat mamak belakang opis dulu2.

Sebenarnya masa awal tu Cik Jah yg temankan Zam sebab kwn Cik Li (si tutttt) ajak Zam minum, nak tekel2 la tuh, tp yg menjadinya time tu Cik Jah ngan Cik Li bukan Zam ngan si tuttt.....hahahaha cemana tu?. Ok tu kesah lain. Tp bila tengok husband si Zam ni, ohooo taste dia pun rupa2 cam dia gak la. Chinese look gitu. Sweet ja diorang berdua nih. Patut la tak heran ke si tutttttttttt...khakakakha...


Pengantin. Semoga Zam dan suami berbahagia ke akhir hayat la hendaknya. Aminnn............


Time ni kami bley lupa ke laki Zam yg kat seblah tu. wahaahahaha...sorry la pengantin ye.


Kali ni ala2 gathering jugak untuk budak2 DSK sebab kebanyakan nya turun untuk kenduri Zam ni....Kredit to Mya untuk gmbar yg menampakkan Cik Jah berseri2..hahahaha....bercahaya cahaya gitu. Time ni kami menunggu Zam selesai makan beradap sebab nak snap2 pics ngan dia pulak. Sempat nyembang2 bagi2 duit raya kat anak2 buah ni....lama gak la kami nyembang sampai ada org mai cekak pinggang kat pintu belakang bagi signal 'JOM BALIK!'...wakakakakaka.....tp Cik Jah buat tak kesah jerrr.....siap jwb 'sat eh...sattt ja lagi nak tunggu amik gambar ngan Zam sat he he he'.


Bergambar ramai2...Nampak tak seblah pengantin lelaki yg kecik comei hensem tu...tulah pensyarah kesukaan ramai heehehehe.....sporting abis pensyarah kami yg sorang nih. Apapun memang best la attend kenduri Zam haritu. Meriah...suka tengok gambar ni, masing2 kalut ngan anak2, tp laki masing2 sorang pun tak masuk dlm gambar. Semua happy sgt jumpa kawan2 abih laki2 diketepikan..lupa la pulak kan...hik hik hik.

Dah lama tak cerita pasai budak bertuah sorang nih kan....meh nak cerita akai pala otak budak ni lagu mana rupanya skarang nih.

Seblom exam penggal akhir haritu bapak dia janji 'kalau dpt no. 1, ayah bagi henpon, mama bagi beli buku/novel/majalah yg Esha suka'....ok, deal. Tp kriteria Mamanya ni tak la semestinya no. 1. Asalkan markah meningkat, kekal bagus ok la. Sebab paham budak2 skarang saingannya sengit. Tp tak la ckp kat Esha tak dpt no 1 tak pa. Cik Jah iyakan jalah apa yg bapak dia ckp tu.

Sehari dua seblom exam, asik la ngadap tibi, laptop majalah. tibi, laptop, majalah...ohooo ini sudah lebeyyyy. Terus Cik Jah bertukar jd hijau, biru dan merah....prong prang prong prant pretttt...dia pegang la buku sat. Bila hari exam tanya ok tak 'Ok mama, senang je' okeyyy over confident..kita tunggu dan lihat ehhh...siap kouuu.

Bila dpt paper yg dah ditanda markahnya semua 96,94, 92, paling rendah 84. Spelling BM ngan BI 100......tp sebab ada gak markah yg lapan ploh lebih so andaian tuk mendapat no. 1 adalah tipis. Tp.....bapak dia ngan 'confident' jugak kata, 'Esha ni tak no. 1, no. 2 - 3 bley kot'. wah wah wah Cik Li.......anak org lain lagi pandai2 tau dak, bukan anak awak sorang ja markah gitu. Semua seratus ka manalah tau kan. Tp tu Cik Jah balas dlm hati ja he he he.

Dan betul seperti jangkaan Cik Jah....dia dpt no. 6!....hambik habuan...pastu nyesal tak baca buku. Sebab tak bley naik stage amik hadiah...dah merayu2 nak henpon, merayu2 nak novel segala...rasakan....org ckp tak nak dengar...heiiieieieiei kalau boleh ku piat2, ku sunat2kan skali lagi biar dengar ckp skit.

Tp biar la, dia pun baru darjah 1...tamau la push2 sngt. Tu pun dia dah jd over confident smpai tamau baca buku semua. Sebab dia masuk darjah 1, dia dah mengira nombor tolak2 ratus, membaca dah 3-4 suku kata, tp silibus skolah masih 2 sukukata, kena tulis balik a-z, kira balik 10-5, 3+2....dia jd bosan. Dah jd malas. Kadang2 kalau check homework dia pun, dia boleh skip2...waahhh banyak cantik. Benda yg cikgu tak ajar lagi beria pulak dia buat. Satu jalah budak Esha ni dia suka cabaran. Tp mak dia yg pantang dicabar ni agak kurang sabar ya ngan peel2 begitu. Asssikk la rasa nak bekhen ja sedass dua.

Hadoihhh penat arr. Agaknya mak kita dulu pun centu kot kan. Tp kan dulu Cik Jah rasa Cik Jah senang bela woooo, dengar ckp, rajin bla bla bla....untung Maktok hiksssssssss....dah dah buat kerjaa cik jah oitt.....

Tuesday, October 28, 2008

Sabtu 25 Syawal 1429H

Pagi kami anak beranak melepak kat mamak. Dah kenyang balik belek2 pokok kat belakang rumah.
Pokok cili ni la yg Nenek main campak2 ja biji dia. Besar dan sehat ja pulak. Dalam dok belek2 tu terselit sebiji cili hijau, kecik skit dari tapak tangan Cik Jah....ye tangan saya tu boh penampar barang sedass dua pun sedap.
Sebenarnya balik raya haritu dah ada sebiji, tp tak smpat nak snap gambar Maktok dah potong dan campak cili tu dlm kari(gulai) he he he.....Bila Cik Jah kata 'lah, awat mak boh cabai tu dlm gulai....org tak amik gambar lgi ni'. Maktok jwb 'awat pulak nak ambik gambaq cabai dok tak dok nih. Tu dlm peti ais banyak cabai ambik la'. Hohohoho......tak kan la nak ckp 'mak, org kan blogger, harus gmbar cabai pun nak ambik'. Macam la Maktok kesah kalau Cik Jah ckp lagu tu kan he he he.....
Daun kesum tepi pokok pisang ni pun main cucuk2 ja naik elok la pulak. So kesimpulan disini, kalau nak bercucuk tanam, cucuukkk jalah sesuka hati, InsyaAllah dia akan naik subur. Kalau kita hari2 dok belek, tenang tenang he he he lambat suboq tak pun tak naik langsung he he he. Tanam tanaman ni cukup la habuan Cik Jah nak main masak2 seminggu sekali tu. Kalau hari2 pun cukup la untuk kami anak beranak...kalau ramai2 kena beli kat pasar jugak la kan.
Tengahari kami siap2 nak pg open house Perbadanan. Tengahari tak masak. Makan pree kat opis.
Lepas makan-makan, lepak-lepak tengok persembahan. Cik Jah tak bwk camera, takat guna camera hp ja. Kelabu asap. Gasak jalah.
Ida ngah nyanyi lagu raya. Tah lagu sapa tah dia nyanyi.

Elyn yg kat bwh ni keras tak gerak2 dah....dek kerana terpukau ngan sora acik ida ka, terpegun ka tah la. Tp smpai acik ida abih nynyi la dia duduk centu.

thank u so much.....

Saya dpt ini daripada kawan2 KUTU sempena birthday saya yg lalu. Antara wishlist saya juga (tp wishlist saya brand lain hikssss)....Apapun terima kasih sangat-sangat.....dapat ja terus saya pakai, he he he gumbira sungguh rasa dihatiku ewahhh....

Sebenarnya saya sangat menghargai persabahatan ini. Yg paling penting adalah ingatan dari kawan-kawan. Pada saya ingatan lebih mahal daripada hadiah2 yg boleh dibeli. Tp kawan-kawan, thn depan jangan la bagi ingatan saja, TOLONG BAGI HADIAH LAGI BESAQQQQ OK...MAK NAK KETA SEBIJIK hahahahahahahahahahahaha.

Friday, October 24, 2008

jamuan aidilfitri landskap

Malas arr nak story, tp cam tak best ja pulak dah lama tak update. Cerita pun dah basi.

Ni semua masa jamuan raya Jabatan Lansdkap17/10/08 haritu. Buat kat atas bumbung he he he. Panas terik yg amat. Boleh je pulak canopy ada 2 ketui je. Cis sungguh tidak sesuai. Luntur make up kami woo....he he he cam la bermake up sgt...bedak je pun.

Walapun pun panas terik, tp kami masih boleh maintain pose...senget sana, sendeng sini. Sesuka ati.

Semua-semua yg diatas adalah mak org, kecuali sorang dua tu yg masih single. Tp Cik Jah prasan, mana cik jah pegi ada ja budak dayah nih..dengki no tengok cik jah posing???....

Haaa tengok tengok dengki tak dengki, muka cik jah nampak suku ja. padahal seblom tu cik jah yg posing bagai nak rak...

Panasssss............peluh menitik2....dari atas smpai ke kaki hahahahaha....tak selesa sungguh, berlengas!.


Agaknya sebab panas sgt, makan pun jd tak selera sangat. Makanan banyak, macam2. Ngan satenya, nasik tomato, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, kueh2, kueh raya, mihun, laksa, lemang, rendang. Tp Cik Jah makan skit ja (skit la dari selalu wakakakakak). Walau pun sikit-sikit, dari pagi bwk ke petang kami asik makannnn ja he he he...
Tp dlm banyak2 tahun cik jah kat perbadanan ni, thn ni la meriah skit sambutan aidilfitri jabatan walaupn dlm panas terik dan peluh yg meleleh2....

Thursday, October 23, 2008

ya ke saya ada blog???

He he he bley ke tetiba buat lupa saya ada blog?...gasak saya la kan.
Sebenarnya kan Cik Jah dihinggapi penyakit malas + penyegan (org kedah kalau penyegan ni kira malas nak mampuih la nih, he he he) + tak lalu (bukan x selera, tak lalu la tak lalu, melugai tau melugai? hahaha) = tadak entry baru. Sekian la kesahnya.
Tunggu la nanti2 tiba2 penyakit saya dah sembuh, saya akan update dengan tekun. Mcm la ada ramai peminat ckp mcm ni kan. Ok, saya tak ramai peminat, he he he, so pernyataan di atas saya tujukan buat Cik Madulebah yg asik tanya bila saya nak hapdet blog hiksssss...
Time tu nanti saya doakan Cik Madu tidak terkejut lantas kejung sebab saya akan update sehari 5 entry he he he. Gigih kan?. Ok skarang saya nak sambung buat kerja apa yg patut......daaaaa....

Wednesday, October 8, 2008

Aidilfitri 1429H

Raya kali ni, cik jah kurang selera nak bergambar. Raya pertama ja bergambar, masuk petang raya pertama saja, kamera dan hp terperap dlm beg. Sesekali ja jengok hp untuk tengok kalau ada call dan sms. Kami lebih banyak lepak2 kat rumah. Raya pertama & kedua ada la jalan rumah sedara mara sikit2 mana yg ada. Raya ketiga, petangnya p merisik bakal mak usu untuk pak usu(adik Cik Jah yg bongsu). Raya ke empat dah bertolak balik ke KL. Raya ke 6 Cik Jah dah keja hohoho...

Thn ni pagi raya pertama kami di rumah keluarga Cik Li. Walaupun rumah mentua dan rumah mak Cik Jah dekat2, kami tetap bergilir. Kejap sana, kejap sini, sukahati kami ja nak duduk mana/bermalam kat mana, tak kesah. Kalau kena time rumah Cik Jah banyak sedara mara dtg, kami lepak la situ, pastu nanti kot ada sebelah Cik Li buat prgram apa2 pulak, kami balik la sana pulak. Esha sebab sepupu sepapat sebelah Cik Jah ramai yg sebaya dia, dia lebih suka dok kat rumah Maktok dari rumah Neneknya.



Dengan family sebelah Cik Li. Tema thn ni purple, tp biru pun ada. Belasah jalah...



Lepas dah salam2 raya sebelah Cik Li, kami balik ke Tmn Uda pulak (seblah Cik Jah)....tiap thn kami nak amik gambar kat pondok Tokwan & Maktok ni. Konon tiap thn akan ada gambar view yg hampir sama, cuma baju lain dan mungkin ahli keluarga bertambah. Heheheh tp thn ni tangga kat pondok tu dah ilang. Jgn thn dpn tiang ilang sudah la.


Elyn susah sungguh nak bergambar. Esha senang dan suka bergambar , tp dok cover gigi yg tak cukup pulak hahahahaha. Takpa Esha nanti gigi tu semua dah naik balik sure cun punyalah anak mama.... hi hi hi.


Kami tgh prasan romentik sat he he he.

Di sebalik kemeriahan hari raya, ada jugak kekalutan lain. Ecehh kekalutan konon..ni semua Amelyn punya pasallll....balik kg haritu tatau la apa jd kat dia, dia punya aktif jd double triple. Dah la buas, 'baikkk' la sangat, lasak pulak lagi. Dia tengok sepupu sepapat dia melompat mengelinjat sana sini, dia pun nak buat, tak padan kecik. Pakai baju raya pun sekejap ja comeinya, lepas tu comot. Senangnya salin bagi pakai baju biasa, hah gasak lah nak melasak sgt.



Ni gambar dia tengah memunggah basikal kat rumah nenek, dpt ja basikal tu, naik, tolak2 ngan kaki, cam pandai ja. Mulut pun makin banyak. Garang pulak tu, tak kena gaya jgn la usik, mau dia ngamok tuntut bela he he he.

Sekian la sudah kisah raya kami anak beranak thn ni. Tiada part 1, part II maupun part IV. Hanya part inilah semata2 he he he.

Tuesday, October 7, 2008

+ 1

Alhamdulillah.....harini genap umor Cik Jah 29thn. Syukur dengan nikmat yg Allah kurniakan selama harini. Cik Jah selalu berdoa agar menjadi insan(anak/isteri/mama/kawan/pekerja/bos ecehhh tetiba bos plak kan) yg lebih baik setiap hari/thn. Dimurahkan rezeki , diberkati selalu, disihatkan tubuh badan dan segala mcm doa yang baik2.

Terima kasih juga pada kawan-kawan yg wish happy birthday thru email, sms, blog...terima kasih banyak2 atas doa2 kalian. Terharu sungguh rasa hati. Hanya ucapan terima kasih yg dpt Cik Jah balas.

p/s : Sebenarnya Cik Jah nak buat entry pasal raya....tp bagi laluan kat entry special ni dulu. heeee special sgt la nih kan....rasa cam baru 19thn, tp rupanya dah 29thn..still remaja kan kan kan???kahkahkhakha....hanggukmu remaja, prasan kouu jahhh.....apapun age is just a number.....yg penting hati kan....