Monday, March 30, 2009

Tetamu Ahad

Mak & Bapak saya dtg dari Aloq Setaq. Hari Ahad semua berkumpul kat rumah saya. Masak2 makan2 ramai.

Menu semua yg bakar2. Ikan bakar, ayam bakar, air asam, sambal belacan ulam2. Makan memang tak ingat dunia la....bertambah2...punah dietku selama berbulan2 huhuhuh.

Tuan rumah selaku ketua bakar membakar juga.

Ulam-ulaman, sambal belacan dan air asam Mak Tok yg boleh membuatkan kita tambah nasik berkali2 tanpa sedar.

Elyn dengan bibik bibiknya wahahaha...gigih ok Mak Njang buatkan dandan lipan segala. Kejap pastu dia bukak...

Waktu mkn paling best skali. Sila abaikan saprah saya yg very unik itu. Bentang hidang dari ujung sini smpai ujung sana. Periuk belanga semua keluar...yg best lauk abih...perrhhh bagus2 tak membazir.
Fahim yg debab....budak ni buat peluk sedap....cam bantal.
Lepas makan semua pengsan. Petang bangun buat cekodok bilis ngan goreng pisang pulak. Tp lupa pulak nak amik gambar sebab sebok sgt makan he he he.....
Seronok adik beradik ramai nih. Kalau berhimpun meriah. Setiap ruang kat rumah penuh jdnya. Saya selalu bayangkan saya ni banyak duit, boleh beli rumah besar2, bangelooo la tuh supaya mudah sedara mara dtg nak berkumpul. Tp setelah dipanggg diri sendiri sedas dua baru saya sedar diri. Rumah yg ada sekarang pun dah alhmdulillahhhh.....bersyukurlah apa yg ada kan...alhmdulilahhhhhh.






Tetamu Sabtu

Sabtu lepas punya cerita ni. Harini baru nak story. Weekend banyak agenda langsung tak berupdate...story dah basi pun basilah kan...


Sabtu lepas, ada tetamu mai rumah. Cik Madulebah & Cik Ika. Saya plan nak buat satu masakan lepas tu nak soh Cik Madu jd bahan kajian saya. Tp takut pulak Cik Madu sakit perut lepas tu, dan langsung tak boleh perform sebab mkn masakan saya, saya pun tukaq plan. Saya buat macaroni/mee sup saja. Mudah cepat dan tak menyakitkan perut cik Madu hik hik hik.


Cik Madu dlm debar2 nak beraksi di atas pentas, makan masih berselera he he he baguss.

Jmput makan....

Cik Ika & Esha. Saya baru tau anak saya suka macaroni sup.....seblom ni sup mkn ngan bihun ka mee ka kurang la pulak dia mkn...
Lepas tetamu balik, saya belasah tdor smpai petang. Pukul 5 lebih keluar ke Putrajaya untuk jmput Cik Li yang baru balik dari Alor Setar.
Esoknya (Ahad) ada satu team lagi tetamu yg akan dtg...masakan akan lebih meriah sebab ramai. Saya suka berkumpul ramai2 ni, sebab mkn jd mcm berselera sgt...Lagipun tetamu yg dtg tu kan membawa rezeki....insyaAllah murah rezeki saya dan keluarga....alhamdulillahhh.

Friday, March 27, 2009

kadang2 bosann....

Tak dak idea nak update. Pg masuk lmbat, pukul 9 baru smpai office. Saya kena hantar Cik Li dulu. Dia kena pg Kedah, tp esok petang balik sini balik. Lepas hantar dia ke ofis dia dulu, masuk ja office kerja bertimpa2. Tp saya layan email dulu seround dua, bagi enjin panasss dulu baru buat kerja.
Tengahari tadi malas nak kemana. Kalau nak ke Alamanda pun sure sesak, org baru gaji kan. Lepas g ambil beg sekolah Esha, singgah pasar tani. Hah ambil beg saja. Esha ada kem bistari solat kat skolah harini. So petang baru balik. Kat pasar tani, beli buah2 sikit lepas tu terus balik office...huhhh panasnya kat luar walaupun ujan cam renyai2. Tp peluh menitik2...tak tahan tak tahan.
Balik office, makan rmai2 ngan Kak Wan, Mar & Kak Ros. Pot luck. Ada yg dibeli ada yg kakak2 ni masak. Dah kenyang semua pakat nak p tdor berjemaah pulak. Tp harini saya tak ngantuk. Saya turun jalan2 kat bwh. Pegi mebeng dulu, pehtu jalan2 kedai2 kat bwh ni pusing sana pusing sini, pehtu naik la office balik. Bosannya rasa idop harini hahahaha....
Tak sabar nak balikkkk...esokkk cotiii yahooooooooooooooooooooo.

Thursday, March 26, 2009

60 EARTH HOUR

Cilok gmbar ni dr blog anak buah Cik Jah he he he....

Mula2 dengar promo pasal benda ni kat radio cam tak berapa paham skit. Kena tutup lampu kipas segala ka?...dtg office, nyembang2 keluar la mcm2 hal contohnya mcm ni :

"Alahhh takper arr padam lampu, kita kuar arr g supermarket...shoping2. Time tu kan dah gaji...ehh supermarket tu pun kena padam lampu eh???" ~ khakhakhakah ok ni idea Cik Mok eh.

"Tidur jelah dah padam lampu tu. panas lak nanti cemana" ~ Sebab ingat kena padam main suis tu so padam segala la kononnya tu. Padahal, padam je lah lampu, kipas tu pasang la pun....ishh la haih.

"Tp mlm tu ada AF la pulak cemana?"...alah sejam ja nak dipadam pun berkira...Time tu AC bru tengah dok habaq list nama penaja he he he. Tak pun budak2 dan mak2 budak tu bru dok gedik2 menari menuju puncak.

He he he macam2 la kan...sebenarnya padam jalah lampu tu sejam saja sebagai tanda sokongan dari kita rakyat M*sia ni kan....Kalau bagi Cik Jah sefamily, kami no hal. Kami memang malam2 kalau dah kul 9 tu semua dah padam. Tinggal TV dan aircond dlm bilik saja. Lain semua dah padam sebab memang kami semua tdor awal. Tp ni malam mnggu kan so boleh la adjust sikit. Bukan selalu pun kannnn.

Catatan CJ : Bersama-sama menangani isu pemanasan global....

jeruk

Sila jamu mata...

Orang penang tengok ni mesti tak heran dah kan....tp saya heran sebab saya jarang2 jumpa. Kalau jumpa pun jarang saya boleh makan. Kalau teringin sgt saya kena basuh dulu bagi ilang rasa2 'gas' dia tu. Sebab....kalau saya makan jugak, satgi Cik ASMA tu mesti mai melawat saya. Tak suka ok....dia akan start dengan batuk batuk batuk smpai biru...pehtu sesak napaih. Sebab tu saya amat jaga pemakanan saya. Takmau la jumpa Cik ASMA tu. Tak best.

Tp harini saya tak tahan godaan. Shikin bwk ke opis, dia letak kat pantry. Saya amik serba skit boh dlm bekas bwk ke depan. Smbil buat keja smbil mulut ngup ngap ngup ngap....

Sekali tinggai banyak ni dah huhuhuhuh........

Catatan CJ : Seblom makan tadi, dah check ada dak ubat dlm handbag..he he he ada adddaaa....harap2 tak jd apa2lah. Sebab jeruk kalini cam kureng 'gas'nyaa...insyaAllahhh....

hujan

Ni entry asal ada namanya ya....lately ni memang tadak idea nak update blog. Peminat2 ai dah marah2 dah ai tak update blog wakakakak gila prasan. Suka hati Cik Jah la kan nak prasan ka hapa ka kannn..hik hik hik.

Ni kejadian petang smalam ye...nak update smalam, saya dah tak larat nak celik mata. Pukul 930 saya dah pingsan.

Balik petang smalam ujan lebat ya ampunnn....masa Cik Li ambil saya tu pun, nak masuk ke kreta saya dah separuh kuyup...


Semua kereta pun jd cam siput. Slow2. Gelap gelemat...

Masa Cik Li smpai ja dia buat signal soh saya dok belakang. Sekali tengok rupanya Esha dah ketiduran kat depan. Elyn pun lali2 kat krusi belakang. Sejuk2 kan ngantuk la kot. Tp dia nampak saya ja terus dia jd segar bugar....


Tengok dia start buat pelik2 dah. Dia nak keluar dari kerusi tu tp saya tak layan, terus mengamok he he he...seronok menyakat budak ni skarang. Mulut dah pndai. Kita ckp kat dia, dia balas balik kat kita. Kalau kata 'eeieieie gerammnya budak ni' smbil picit2 pipi dia, satgi dia jwb balik 'eieieie eyamnya mamaaaa' (eeeieie geramnya mama) hahahahaha....

Ok, itu lah saja entry tah hapa2 dari saya....hiksss.

Wednesday, March 25, 2009

peningg oohhh

Saya pening. Rasa cam pusing2, mual loya semua ada. Bila bangun jalan2 lagi rasa pinau2 bijik mata ni. Member kat office ni ckp 'kak mkan la gula2 kak bagi ilangkan pening + mual'. 'Huhhh naik rongak dah gigi akak ni asik makan gula. Mualnya tak ilang jugak'...serius tak ilang. Naik rasa kebas mulut ni kemam gula2.
Bila jd mcm ni, nafas rasa cam tersekat2. Sungguh tidak selesa.....
Dan saya saspek, mee yg saya mkn pagi tadi banyak pak aji naik moto!!!

Tuesday, March 24, 2009

sejuk...beku.

Pagi ni hujan. Patutlah mlm semalam panass sgt. Dok dlm aircond pun tak berasa sejuk. Pagi ni 2 kali saya mandi pagi sebab peluh2....Seblom masak breakfast saya dah siap mandi. Lepas tu saya memasak. Lepas memasak nak solat rasa tak selesa sebab dah berpeluh2. Saya mandi lagi sekali he he he....haaa baru rasa lega dan selesa.

On the way ke office dah start renyai2. Skarang dah lebat.

Bos saya kursus harini....kursus di bwh pokok kelapa sawit sana. Patutnya saya happy sebab bos tak dak huahuahua...tp skarang saya adalah boring!!!!....dan oleh sebab skarang sejuk2, ujan2 ni, bukan takat saya hampir beku, otak saya dah tepu dulu.....

Ada masa tp tiada idea......till we meet again........babai.

Monday, March 23, 2009

bz...masa....

Setelah 5 hari bercuti, saya harini adalah slow. Tp kerja adalah banyak. Maka saya tak la boleh slow sgt. Gigih gak la ni buat kerja segala. Bos pun ada harini huhuhu....saya masih imagine kalau saya cuti selama2nya tp tiap bulan gaji saya ada seperti biasa malah makin bertmbah bulan ke bulan....huhuh ya saya amat kuat berangan.

Anak2 pagi ni pun ok, tak memberi masalah nak ke sekolah. Esha excited sebab dah lama tak jumpa kawan2. Mcm2 nak bercerita la kot....Elyn dari smalam saya dah pesan, 'esok Elyn kena gi sekolah eh....mama kena g keja...'. Dia angguk2...dan pagi ni dia mcm biasa ja nak p skolah, tak heran apa pun. Tp saya pulak yg cam sayu2 nak tinggai dia hahahaha ok saya over....kalau hari kerja mcm ni memang masa saya dengan dia dan Esha amat terhad. Tp at least Esha ada disepanjang perjalanan pegi dan balik kerja dengan saya. Tp takpa,selagi terdaya saya dan Cik Li akan cuba sebaik mungkin penuhkan masa dengan anak2.

Ok skarang saya kena smbung buat kerja....saya nak balik sharp pukul 5 huhuhuh kalau boleh.....

Saturday, March 21, 2009

esha & elyn

Esha ni cuti2 skolah 'rajin' la sangat nak ulangkaji pelajaran ngan nak baca sifir. Kadang smpai boleh gado2 satu rumah oo nak soh dia belek2 buku. Kalau biarkan memang dari pagi smpai malam tvvvv ja kerjanya....Makan mandi pun boleh miss.....
Tp saya tak  la kejam. Kalau dia dah belajar sejam lepas tu saya bagi la dia main game ke tengok tv ke atau buatlah apa dia nak buat. Tp kadang budak ni melampau la jugak....agak2 org dah lepa ja mulalah dia nak ambil kesempatan....
Tengah saya belek2 blog ni tadi, dia ckp 'maa, Esha nak baca blog mama'....saya jwb 'tak boleh, baca sifir dulu'...sekali budak kecik yg sorng lagi tu selamba ja sound 'haa tak oleh, ace cipirr'...khakhakhakhakha lawak ok.....kadang kalau saya tengah angin kat kakak dia selamba ja dia ckp 'kakak, naik!'..hahahah konon2 dah kena marah tu naik la dok dlm bilik ke hapa kan, sebijik2 dia tiru ok.  Bahaya jugak nih. Memang waktu mcm ni la dia akan belajar mcm2 perkara kan. 
Ok dah penat. Tiba2 ja rajin update 3 entry skaligus...dah la...nak p bersiap nak p jalan2...

kembang

Kadang payah la pulak  nak ambk gmbar budak kecik nih....sat dpt idong ja. 

Ni dpt seblah pipi ja...

Suruh senyum, tp dia tunduk pulak...


Haaa baru dpt depan2...dah rupa kucing parsi siam dah kembangnya dia hahahahahahah.....kalau dukung memang selambak la rasa....setengah jam ok lagi lepas tu boleh pengsan he he he...

jalan2 hari minggu

Lepas breakfast tadi, kami lepak kat bwh pokok tepi longkang. Sementara tunggu keta dicuci....


Bosan dah sebenarnya. Mengantuk balik pun ada sebab perut dah kenyang.

Satgi nak terjah Alamanda. Ada misi khas yg dipesan oleh Kak Iza @ Mak Teh. Lepas tu cadangnya nak  ke Klang. Nak melawat org sakit.....

Friday, March 20, 2009

bestnya cutiiii...

Saya baru bangun dari tdor..he he he....lepas semayang zohor tadi saya baring2 pastu lelap sat...syok ooo...tak pikir langsung hal office. Time ni la saya dok bayangkan best ooo tak kerja tp tiap bulan dpt duit...hik hik hik bley?. 
Best gak sesekali jg fulltime housewife. Masak, makan, urus keperluan anak & laki he he he....pastu bulan2 dpt duit bley shopping, jalan2 makan angin...huhhh bestt...ya  ya silalah berangan Cik Jah oitt...pree kan katanya berangan...
Ok, saya nak p merayap ke blog kawan2 sat na....daaa....

jalan2 last part.

Ini kira last part jalan2 kali ni. Lepas check out, singgah dataran pahlawan sekali lagi. Esha nak ambik gmbar kat kota ni. 

Orang tak ramai sgt. Agaknya weekdays kot. Walaupun cuti skolah, org nak dtg pun tunggu ujung mggu...

Ok, skolah dah start nanti, boleh buat karangan pasal meriam he he he...

Nasib tak panas sgt...kalau tak sorry la...tak tahan.

Macam model dak?? he he he.


Lepas dah penat merayau2 kat luar, masuk balik dlm complex. Kena aircond huhhh lega. Walaupun tak panas sgt tp tetaplah nak aircond jugak...layan la budak2 ni tengok ikan2 yg gemok2 dlm kolam ni sat lepas tu pegi food court bagi depa mkn nasik ayam...Saya dan Cik Li tak makan, sebab tak tau nak mkn apa. Last2 kami balik mkn kat Bangi Lama. Dlm pukul 6 lebih kurang dah smpai rumah...alhamdulillahh..
Catatan CJ : Best cemana pun dok hotel 3, 4 & 5 bintang sekalipun, rumah sendiri juga yg best...home sweet home......

Thursday, March 19, 2009

breakfast & check out....

Ehh buat2 tekejut pulak dia....

Ermm sedapnya...


Abih licin..
Lepas mkn, terjun kolam lagi seround. Kali ni Cik Jah pun joint sama. Sesekali lepas gian best gak kan..
Catatan CJ : Kami tengah bersiap2 nak  check out sudah...

makan makan dan makan

Hotel ada wireless gagah nak guna berokbenk.....dah tentu la slow kan hik hik hik.....mulanya tak perasan hotel ni ada wireless bila dah sedar baru tukar guna wireless haaa amikk  hang lajuuuu...

Smalam lepas maghrib kami pun bersedia nak potong2 kek. Sebab kalau tunggu lepas balik  dari  keluaq nanti, takut Amelyn lena pulak. Lagipun dah penat seharian kan....

Sedap kek tiramitsu ni..murah pun murah sebab bakers cottage buat promotion apa tah.

Berselepung dengan bedak itu birthday girl. Kembong2 pipi dia tiup lilin...perhatikan muka Esha yg dah start sentap sebab atas kek nama adik saja...aduiiihhhai dah nama pun birthday adik ishh pening cik jah okkk.
Ok meh kita potong kek sama2 mehh...

Hehehehe gebu ok muka birthday girl

Errmm sedappp...

Ok, kakak pulak......

Budak  kecik ni kalau makan memang beria2...mkn la apa pun seronok tengok.
Dah sudah potong2 kek segala kami  berdesup ke sini pulak....heheheh saya teringinnnn la sgt nak mkn ikan bakar.

Umbaii....tmpat ni dah baru la...dah cntik...baguss ada peningkatan.

Huhh sila kecoq ayaq lioq ya...Kak inah, Kak Abok, meh la plan ke Melaka. Kami boleh jd tourist guide he he he

Kami meratah ja pun. Nasik lemak tu sebungkus kami share tiga beranak. Cik Li tak reti mkn ikan bakar ngan   nasik lemak dia nak nasik putih juga.
Elyn kalau makan mesti nak fork & spoon. Tak boleh sudu saja atau garfu saja, nak  dua2...pandai la tu dia adjust2 kuis2 nasik tu he he he. Dah tu skarang ni pantang ckp 'smile adik smile'  tersengih teruih..he he he.
Lepas dah kenyang, balik la....

Macam ni la  rupa bila  keletihan he he he he........

Wednesday, March 18, 2009

jalan2

Lepas dah siap check in, zohor semua, dlm pkul 3 mcm tu kami keluar balik. Pergi makan dulu lepas tu ke Dat*ran P*hlawan. Nak cari kek untuk Elyn ngan Cik Li nak survey2 beberapa perkara.

Masa tengah tunggu makanan....Esha menyentap. Tah la apa sebab lupa dah pun. Dia ni sehari berapa puloh kali sentap pun ntah lah..memang pesen sejak kecik. Sentaapppp ja kerjanya...ckp adik  comei sentap, ckp dia comei pun sentap jugak...kita tak boleh jwb teka teki yg dia bagi pun dia sentap ok...hohhh...anginnn angin.

Dah ok dah. Tak sentap  dah...Sementara tunggu Cik Li survey itu ini, kami dah terduduk penat.

 

Budak ni memang ulat buku. Dpt buku ja comfirm dia akan behave. So nak bagi dia diam, beli la buku ka majalah ka sebuah ok settle. Dari kulit depan smpai kulit belakang dia baca.

Tak lama pun dok  kat situ, dlm pukul 6 mcm tu balik ke hotel balik. Lepas tu acara biasa la. Budak2 ni mana tahan tengok swimmg pool. Mcm nak loncat dari tingkap bilik rupa sorang2. Mula cadang nak joint sama. Tp dok ja tepi kolam rasa mcm tak jadi ahhh...paksa Cik Li sorang ja temankan anak2...Cik Jah jd photographer he he he.

Elyn ni tak boleh lepa sikit....dia nak meniru apa saja yg kakak buat. Lentang2 la,  kuak2 la...berapa kali air masuk idong...jenoh ayah dia kawal.

Letak kat tepi ni sat ja satgi dia lompat sendiri masuk dlm kolam ok...kalau leka memang terlepas la...Walaupun dia boleh berdiri dlm kolam ni, tp kalau tersungkur lemas gak  ni hiiiiii seriau.

 
Esha time mood baik, senyum  manis ja. Cer kalau mood tah hapa2. Tp mood dia berubah tak tentu masa ok.....Tp Esha budak baik kan.....hik hik hik..bodek dia skit eh.
Agak2 dah kembang dok berendam tu, semua pun naik....satgi lepas mghrib nak p....jeng jeng jengg.....hahahah cam la suspen sgt.....ok next entry.....daaa.