Monday, August 31, 2009

APARTMENT UNTUK DIJUAL

ENTRY INI AKAN KEKAL UNTUK BEBERAPA WAKTU. ENTRY BARU ADA DI BAWAH....TQ.
Entry ni dah berkurun 'kakak' saya sorang ni mnta tolong war-warkan. Tp saya yg pemalas ni konon nak copy terus dari email yg dia bagi nak paste kat sini, huhuh dah tentu2 tak boleh. Tapiii sebelom itu 'kakak' murka dan hentak2 kusi meja dan sumpah saya durhaka, lebih baik saya buat cepat2 hehehehe.....Anyway sis, 10% eh huahuahua....
Ok, kepada sesiapa yg berminat nak membeli apartment dengan butir2 seperti yg dinyatakan, silalah berunding dengan tuan punya rumah di nombor telefon yg dinyatakan dibawah...

· Taman Puchong Prima.
· Tingkat 4, Block G
· 3 bilik, 2 bilik Air
· Berhampiran dengan Maybank,Hong Leong Bank, Petronas.
· 5 Minit ke IOI Mall,Tesco,Giant Bandar Puteri

HARGA BOLEH DIRUNDING
HUBUNGI : 0129764954 / 0193010829

Monday, August 24, 2009

belotok

Hhehehe cam best ja tajuk. Belotok ni nama kueh ye adik2....sepanjang saya idop kat donia ni, memang salah satu kueh yg paling saya suka bila bulan puasa, kueh belotok ni la. Sebab apa nama dia belotok saya pun tak pasti, tp saya syak mak saya reka sendiri sebab rupa paras belotok ni yg montok2. Kreatif kan mak saya?????... Tp kan sekreatif mak saya, kreatif lagi abang ipar saya. Dia bantai tukaq nama belotok ni jd 'blower' hik hik hik.....smpai sekarang dia panggil blower...belasah jalah janji rupa paras dan rasanya sama.


Belotok yg saya buat ni betui la montok...hehehe pttnya kecik2 skit bujurnya. Tah cemana gemok pulak jd kui kui kui....belasah jalah.

Sebenarnya saya baru buat belotok ni hari Sabtu lepas. Sepanjang saya kawin lebih kurang 8 thn, ni first time saya try buat sendiri. Sblom ni saya mnta mak saya buat ja. Kali ni rasa gedik sungguh nak buat sndiri. Tp yalah air tangan mak tu tiada tandingan kan. Walaupun hampir menyamai rupa dan rasa, tetap mak buat juga best. Saya buat, saya rasa mcm kulitnya liat skit (konfirm telebih tepung huhuhu), intinya kureng pedas dan masin....aterrr kata puasa, cemana nak rasa, main belasah jalah letak garam...ok itu semua alasan. Mak saya buat pun time dia puasa gak tp sedap gak kan....

Belotok ni intinya sama ja cam inti yg saya buat karipap haritu, guna kentang dan daging, tp perasa lada itam. Kulitnya mcm kulit cucur badak, pakai ubi keledek....tp ni satu lagi saya silap. Mak saya pakai keledek yg warna oren, saya p belasah beli keledek yg warna purple, terus hitam kueh saya hahahahaha...ya ya saya amat gemar warna purple, so saya beli la keledek purple dengan harapan kueh saya cantik. Tp saya silap perhitungan, rupanya purple bila lepas direbus dan digoreng jd itammmm...huhhh...

Harini saya tak masak, nak beli ja. Sebab barang basah pun tak ada dlm fridge. Nak p cari lambat pulak nak berbuka nanti. So harini beli ja lah senang. Sahur nanti saya masak. Walaupun goreng telor tp lagi sedap yg simple2 mcm tu. Alhamduillah juga kali ni saya sihat dan kuat untuk puasa. Masa mengandungkan Amelyn dulu pun masa bulan puasa saya tengah ngandung 4 bln lebih kurang. Tp masa tu saya lembik, tak tahan sgt. Adalah saya tinggal puasa 6-7 hari lebih kurang. Tp kali ni saya boleh tahan, dan harap2 saya boleh puasa penuh thn ni. InsyaAllah.
Ok la, selamat berpuasa dan selamat berbuka kawan2...

Tuesday, August 18, 2009

roh memasak

Bak kata Cik Puan Mya, asal dia rajin memasak ja roh memasak sudah merasuk.....saya pun sudah dirasuk roh memasak hari sabtu lepas hik hik hik...~ kesah sabtu, selasa baru nak publish...very the slow.

Start dari pg sabtu tu saya terasa nak mkn mcm2. Bangun2 ja pagi tu belek2 dlm fridge, hmmm tadak apa pun. Yalah dah lama tak memasak. Barang basah pun tak ada. Tp gagah nak belek2 juga hahaha...ok ok tak lawak. Lepas tengok2 ada la pisang sesikat. Ok siap cekodok pisang....makan2 smpai kenyang.

Lepas tu dlm tengahari p cari apa nak masak tengahari pulak. Saya teringin sgt nak mkn sup cendawan, tp tamau beli. Nak buat sendiri. Dpt la cendawan, tu pun tinggal 2 peket. Letak fishball, carrot + suun...goreng ikan ngan buat sambal belacan. Ya Allah sedapnya rasa mkn......bertambah2 ok walaupun lauk simple. Baru rasa puas. Kalau tak beli kat kedai sure saya mkn sikit saja lepas tu rasa tak selera dah.

Lepas mkn kami keluar kejap ada hal, blk tu singgah kedai beli kentang, saya teringin nak mkn karipap pulak. Tanak beli tp nak buat sendiri. Beli daging cincang siap. Smpai ja rumah terus proses karipap pulak. Gigih ni nak makan punya pasal. Lagipun nak try papan canai yg baru ~ hik hik hik beli dah setengah thn tp skarang baru nak guna. Saya soh mak saya tmpah dari org belakang rumah kat kg. Tempah papan canai tp penggelek tadak, mak saya ckp cari kat supermarket ada..heheheheh tp tak beli2 pun. Sudahnya saya gelek pakai cawan plastik hahahaha.

Kali ni saya try buat inti tak guna rempah kari mcm selalu. Saya guna lada itam....sedap gak. Dtp la dua puluh ketul karipap...tak la goreng semua sekaligus.....smpan untuk breakfast esoknya separuh.

Masa dah siap tak teringat amik gmbar, dah tinggal 2 ketul ja baru teringat nak snap hehehehe....Makan panas2 smbil tertiup2 tu lagi nikmat hahahaha......

Malam tu langsung saya pengsan kepenatan + kekenyangan...hak hak hak.

Catatan CJ : Puasa lagi 3 hari tp saya dah pikir apa nak masak hari2....dlm kepala otak ni mcm2, sempat ngan tak sempat, larat ngan penat jalah masalahnya. Tp saya akan cuba memasak setiap hari, sebab saya semakin tak lalu makanan yg dibeli...huhuhuh...susah sungguh selera saya skarang....

Monday, August 17, 2009

breakfast

Tak ada cerita menarik pagi nih, melainkan saya yg rasa amat bosan dan semua rasa yg tak best.

Sambil belek2 katalog avon (matiklah time keja belek katalog avon :P), saya melayan rasa mual dengan kunyah2 asam gemok warna merah. Tak tau la nama asam ni apa. Tp kalau mkn sure abih semua mulut gigi tangan semua tukar jd merah2....Saya mual bukan sebab morning sickness tak abih lagi...tak....saya mual sebab saya salah pilih makanan pg tadi.

Jarang saya ambil nasik putih skarang nih tambah2 sebelah pg. Tp disebabkan tergoda tengok daging masak kicap (tp sebenarnya bukan daging, tu hati lembu yg keras kematu cihhh tak shedddap), saya minta nasik putih separuh. Letak smbal sotong sikit. Pun smbal tu buatkan selera saya terbantut...Patutnya dah nama sambal harus la pedas kan, ni sambal tu manis. Hohhhh sungguhhh jem!!!. Dah la bila saya mintak kicap, kakak tu ckp 'tak ada!'...'huhh...sombong arr ~ saya jwb dlm ati jalah smbil jeling2'. Langsung saya hanya boleh mkn suku ja dari separuh tu. Lepas tu tolak2 ngan air suam sebab nak makan ubat pulak lepas tu. Harus perut berisi jgn kosong.

Nasib juga saya ada bwk bekal roti bun 2 ketul. Tak la perut saya menggelodak kelaparan.....

Moral of the story, jgn salah pilih breakfast, sebab ianya akan mempengaruhi hari anda hikssss...

Friday, August 14, 2009

PENCEGAHAN H1N1

Sekadar nak berkongsi email yg saya dpt sehari dua ni. Pasal cara nak mencegah H1N1.....

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2.tuang air kelapa
3.biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

Sorang kawan office saya demam2. Kalau demam tak baik juga dia kena ke hospital semula. Tp selepas cuba kaedah kurma dan air kelapa ni alhamdulilah sembuh dari demam. Bahan-bahan pun mudah nak dicari kan.

Kat bwh ni pun kisah pasal H1N1 juga......

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB..... My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room... Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father... First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem. Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip.... ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)... This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

Satu lagi cara pencegahan dari email yg saya terima mcm kat bwh nih.

Minum air susu & buah. Mkn makanan yg dbuatdrpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segarmampu membersihkan atom2 H1N1.

Apapun kita mencuba dan berikhtiar, selebihnya kuasa Allah SWT.....wallahualam....

Wednesday, August 12, 2009

party durian & buah-buahan tempatan

Cerita ni jumaat minggu lepas. Lupa sudah nak publish.....Perbadanan belanja semua staff makan durian dan buah-buahan tempatan. Boleh makan sebanyak mana larat tp tak boleh bawak balik konsepnya.

Saya ambik durian 5 ulas ja ngan pulut sikit, ni pun makan berdua ngan Shikin....nak makan banyak takut panas nanti batuk pulak. Dah batuk susah pulak nak baik nanti. So setakat jamah sajalah lepaskan teringin.
Masa selera makan tak ada haritu, durian ni pun saya menyampah tengok. Bau pun boleh buat saya marah. Tp skarang ni ok dah skit. Teringin jugak la seulas dua. Sedangkan seblom ngandung sebiji pun saya boleh hadap sorang.


Shikin tengah tayang langsat...ehh dokong...ehhh ni dokong ke langsat arr?? konpiuss....

Yg bawah khemah kuning ni ada buah2 pulasan, dokong, manggis...
Nampak yg bawah khemah ramai2 tu?...tengah kerumun durian......

Kami makan bwh panas.....nama pun jamah2 ja...lepas tu semua terus balik sebab majlis ni petang. Tima kasih Perbadanan. Thn dpn buat lagi eh....:))

Check Up

Harini saya ada check up kat klinik kerajaan. Org seperti biasa memang ramai, malah ramai dari biasa. Yg nak buat saringan H1N1, yg nak check penyakit lain2, ibu2 mengandung, macam2 lah. Tp yg peliknya masih banyak yg tak ada kesedaran lagi tentang penyakit bahaya yg tengah merebak skarang nih. Selamba ja bwk anak2 kecik ke klinik tp tak pakai face mask. Anak2 berlari sana sini. Yg ibu-ibu ngandung tu pun selamba ja tak bertopeng. Boleh bilang berapa org saja yg pakai face mask termasuk saya.

Walaupun rasa dah macam otromen semput pakai topeng rupa tu, tp sebabkan saya ni pun senang berjangkit kalau org selsema bagai jadi saya pakai la jugak. Demi kesihatan. Cik Li nak temankan saya pun saya paksa dia pakai jugak walaupun mula tu dia malu2 nak pakai. Saya pakai pun dia sengih2...hohhh kalau kena penyakit pelik2 nanti p dok dlm hutan sorang2......sengih2 sgt.... Terus dia pakai bila saya bising2. Bila dah pakai dah tamau buang pulak, smpai p mkn lepas tu pun dia nak pakai topeng jugak....overrrr okeh.

Masalah org kita ni, selagi benda tak isytihar darurat ka apa ka memang semua benda ambil mudah. Kita tak tau apa yg ada dlm kandungan udara kita skarang nih....bahaya ok. Sedangkan dlm paper dlm tv radio hari2 ckp ada ja org meninggal pasal wabak selsema barbie ni, tp masih tak beringat juga. Tak kena tak pa lah....dah kena, kena kuarantin baru nak insap??? hohh terlambat sudah.

Skarang ni pun saya tak berapa suka bwk anak2 ke mana2. Baik dok rumah lepak2 tengok tv. Ke sebab sejak pregnant sama saya agak malas nak berjalan2 saya pun tak pasti, jd duduk di rumah adalah perkara yg terbaik....

Ok, sudah lunch time. Nak berehat sat na...daaaa.
Catatan CJ : Membebel pasal selsema barbie, lupa pulak nak story pasal kandungan saya yg dah masuk 4 bln. Baby dlm keadaan yg baik, dan saya pun bertambah sihat...berat naik setengah kg...he he he...ok la tu....alhamdulillah.....

Tuesday, August 11, 2009

Pertandingan Gubahan Orkid

FLORIA dah habis......saya ada di FLORIA pun smpai Jumaat lepas saja. Mlm Jumaat tu saya perlu pulang ke kg, ada hal....

Oh nak lari topic pulak....saya nak cerita pasal pertandingan gubahan orkid yg saya joint + tiba2 menang haritu he he he tiba2 katanya.....Haaa jgn tak percaya kami memang no. 2 kategori komuniti....nasib memang no. 2, kalau nombor 1 pengsan hahahah pengsan sebab tak percaya. Ada 3 kategori semuanya. Setiap satu kategori akan ada 3 pemenang. Saya, Cik Aetot & Cik As satu group. Kami memang masuk nak suka2 saja. Konsep nak gubah pun nak main belasah ja. Semua pun tak pernah ada pengalaman gubah mengubah. Takat cucuk sesuka hati tu biasalah. Sapa pun boleh kan. Masuk pertandingan ni percuma dan bahan2 semua disediakan. Peserta cuma dtg bwk diri saja. Untung kan...

Sebelum pertandingan bermula. Tekun dengar taklimat dan ada sessi demo terlebih dulu oleh juri profesional. Memang handal la juri tu....lebih kurang 10 minit ja dia boleh siap 1 gubahan yg cantik. Konon2 pagi seblom pertandingan tu saya sempat selak2 buku gubahan orkid yg dipinjam dari Kak Wan. Konon nak cari idea tp kesudahnnya 'haaahhhh belasah jalah, payah ja yg dlm buku ni' he he he gitulahhh...

Cik As tukang gunting, saya dan Cik Aetot tukang cucuk.....

Memang kami enjoy habis masuk pertandingan nih. Tak target nak menang pun. Kami la yg paling tak serius skali. Sambil menggubah smbil gelak2 kekek2.... Kata belasahhhh kan....heheheh cucukkkk ja janji cantik la konon kat mata kami.

Patutnya daun ni kami cucuk tegak skit so dia akan jd bahgian belakang. Sekali daun tu terlentang la kahkahkahkahka.....hantam saja la....so gubahan ni agak capang la skit diakhirnya nanti hahahaha.

Cucuk punya cucuk suka hati, sekali dah siap.....pehtu tengok2 org keliling ehh tak siap lagi. Siap pengerusi pertandingan annouce ada 15 minit lagi..hahah kami dah siap. Pehtu depa tmbah lagi masa tambahan 15 minit..wahhh dah kami rasa lain mcm sebab siap awal...Tp tengok2 bunga tu rasa mcm kalau adjust2 lagi ni lingkup terus ni nanti. So jgn usik lagi dah. Redha jalah kawan-kawan hiksss.

Sekali masa juri tengah belek2, dia angkat gubahan kami tu ke satu sudut, kira masuk final la konon....wahhhh dah teruja nih...hahahaha.....capang2 pun juri suka eh. Sekali dia letak pulak sebelah. Huk huk huk....keciwa pulak ingat dah tak dak harapan....tp mengenangkan niat asal tu suka2 so tak kesah la. So masa umum keputusan tu kami pun relax2 la...Sekali umum tmpt ketiga dah dpt kat org lain. Cik Jah kata kat kwn2 'hah tak dpt dah kita, nombor 3 pun dah org lain'. Ingat kalau nak menang pun no. 3 tu pun dah besar rahmat la kan. Sekali dia announce tmpat kedua 'Pn. Hafizahhhhhh' (wakil kumpulan la konon) 'ehh aku ka tu aku kaa????' hahahah, cam hapa ja.....Cik As ngan Cik Aetot dah terlompat2 kesukaan. Dpt la hadiah RM 150....ngan seketul pokok orkid. Alhamdulillah....rezeki terpijak namanya nih.

Terima hadiah daripada Isteri Menteri WP.

Kami bersama hasil gubahan yg capang dan hadiah pokok orkid.

Catatan CJ : Gubahan ni dlm gambar tak berapa cantik la, tp kat luar cantik la jugak capang2 pun...kagum la jugak kami ngan diri sendiri. Terus lepas menang tu Cik As kobar2 ajak Cik Jah masuk lagi apa2 pertandingan yg ada...over tau Cik As ni hikssss...

kalau ikut hati ...

Penat sgt sgt rasanya pagi ni. Saya baru smpai dari kg pukul 2 pg tadi. Dan saya hanya sempat tidur lebih kurang 3 jam saja. Skarang mata saya rasa melekat2.

Kalau ikut hati memang saya nak smbung cuti lagi harini. Tp mengenangkan tuntutan kerja dan reputasi juga harus dijaga, saya gagahkan juga dtg kerja. Kalau ikut hati juga, memang boleh saja saya ke klinik nak mintak MC. Memang senang2 saya boleh dpt dalam keadaan saya mcm ni. Tp hati saya yg sebahagian lagi tak terasa nak buat mcm tu. Gerak hati saya amat kuat kata saya perlu kerja harini.

Dan.....alhamdulillah. Nasib juga saya dengar kata hati saya.....saya datang kerja. Kalau saya bercuti juga harini, saya tak boleh imagine apa yg akan menanti saya esok...hohhh ngeriiiii.


Catatan CJ : Kerja dan 'tanggungjawab' adalah dua perkara yg berbeza tp sama kepentingannya. Terpulang pada kita untuk mengendalikannya. Jgn terlalu mengejar tanggungjawab smpai mengabaikan kerja dan begitu juga sebaliknya. Hati2 org sekeliling juga perlu dijaga.

Thursday, August 6, 2009

Jalan-Jalan @ FLORIA

Dah tak ingat dah day ke berapa nih....abih tarikh publish asik lambat dari kejadian asal saja he he he....Ok untuk menunaikan janji saya nak publish gmbar taman dan bunga banyak2, dan setelah bertungkus lumus upload gmbar baru lepas semuanya....tu pun ada yg kira halal tak lekat nak tepek tu nasib la eh..
Pesanan penaja ~ gambar2 juga bukan la dari jurufoto perophesional gitu jd paham2 la eh...takat camera olympus yg cenonet tu apa lah sgt kan.....kelabu hasap itu adalah perkara biasa ye harap maklum hiksss.
Gambar2 ni semua saya main belasah letak ja. Tak ikut susunan. Ni pun saya snap dari atas buggy ja. Hek hek hek jgn la harap Cik Jah nak jalan semua kawasan tu berjalan kaki, silap2 baru smpai 2 tmn dah nenong nenongg nenongg ambulans mai ambik bwk p spital nanti.....


Model upahan saya Kak Wan di dpn Taman Agro Ornamental. Dalam ni macam2 adaaa....antaranya............


Buah yg pelik ni namanya terung susu. Kak Wan ckp....kalau dia tipu, saya pun tipu la...hahahha.


Ni tak kan tak kenai kot kan....cili tp warna dia prple2 skit....


Ada ayam serama, ada burung ( hohohoh tak tau burung apa).

ohh ada rabbit juga...Saya geli menatang bulu2 nih...tp gedik jugak nak pegang...nasib tak mati arnab tu saya cekik lepas tu saya lempar wakakakaka.


Ni namanya kobis bulat ye adik2.....berani petik la....ngamuk acik kamala yg jaga kobis ni nanti ;))

Depan taman ni ada menara, diorang susun nenas, cempedak, kelapa banyak2....Kak Wan ckp 'abih FLORIA nanti kita amik nenas ni cicah kuah rojak yg belambak kat opis tu' hahahahah kot ye smpat kak wan oit.....silap2 hari2 ilang sebiji2.

Mula2 saya ingat tomato ni plastik rupanya ori ok...comei2 buah dia. Nak petik dah sbijik, tp Acik Kamala tu dok jeling2 ja dari jauh kui kui kui tak jdi la...

Taman botani punya taman...ehh paham ke tak?...ok belasah jalah. Sempat ambil gmbar signboard dia ja...time ni Shahril bwk buggy kemain laju. Soh perlahankan pun dah telepas tmn.

Perbadanan Putrajaya punya taman, tp dlm nya saya tak tau mcmana. Tak masuk tengok pun

Negeri Johor punya taman. Memang tmpat pertama rasanya. Tp serius cantik. Dia gantung orkid scara terbalik, unik.

Ni saya lupa sapa punya taman....tp cantik. Tepi tasik lak lagi.

Ohh ok ni DBKL punya taman. Gambar yg atas tadi tu pun sama. Tu sebelah kanan, ni yg seblah kiri taman DBKL.

Taman Jabatan Landskap Negara.


Sempena FLORIA ni boleh naik cruise dengan diskaun. Seorang RM 10 ja tak silap saya...huihh murah la tuh.

Ada kiddy gardin juga untuk anak2...sementara mak2 nak tengok bunga, lepas la anak2 main2 kat tman ni semuanya percuma.....

Taman Jabatan Pertanian. Pun saya tak turun tengok kat dlm dia ada apa....intai2 gitu ja.

Ni Taman MMU....area sini semua taman2 universiti dan sekolah2. Tp saya snap gmbar taman yg paling comei je la. Yg lain tu sama ja lebih kurang.

Sepanjang laluan ke taman2 kiri kanan penuh bunga2.

Bunga2 di depan organizer village.

Model upahan saya depan tempat urusetia di organizer village.

Laluan utama.

Ni semua taman2 yg dlm khemah beraircond. Gambar agak gelap ye harap maaf.

Model upahan saya dpn taman yg saya tak tau nama he he he.

Dalam2 hutan rimba segala tiba2 ada katil2 bagai kan he he he.

Taman ni lagi unik, org gantung bunga dia gantung payung, bunganya skit ja kat bwh tu. Tp tetap jd tumpuan.

Diorang lekatkan kuaci kat badan badak ni...kreatif ok.

Kalau tengok live memang cantik, tp dlm camera saya gmbar jd tak cantik sebab gelap.

Model upahan saya keletihan smpai terlena di gerai F & B hik hik hik....

Entry seterusnya pasal pertandingan gubahan orkid pulak. Tp tunggu tu Acik As tu forwardkan gmbar.....camera saya tak dpt berbakti pada masa kejadian...blur kesemua gmbar huhuhuh.....

Wednesday, August 5, 2009

Esha & Elyn @ FLORIA

Nak update gmbar taman2 bunga2 tp lambat la pulak. Memandangkan gmbar2 ni dah ada cuma blom dipublish, so publish yg ini dulu la. Ni kejadian ahad lepas masa diorang dtg time saya lunch...kami lepak2 kat F&B smbil minum2.

Budak ni skarang kalau soh bergambar kemain gedik lagi....dulu malu2.

Suka sgt buat gigi manjalara hahahaha.....

Esha yg dah serabut serabai...

Ni kat rumah pulak. Ada cameraman lain yg amik gmbar sebenarnya tp saya pun nyebok kat belakang cameraman ituu....

Kejadian sebenarnya mcm ni he he he........berkali2 dia snap gmbar anak2 dia....mcm la tiap kali snap tu rupa lain hak hak hak.....sama la jugak kan.

Catatan CJ : ok ok gmbar bunga2 is on the way.......ohh smalam saya masuk pertandingan mengubah orkid, group kami menang no 2 oooo...entry tu kendian nanti eh....