Monday, November 23, 2009

esha @ kg.

Ohh saya masih idop kat dunia blog....menyepi tu sebab saya dpt penyakit MALAS saja. Dasyat penyakit nih. Jd tah hapa2 sudah saya nih.

Jumaat lepas, kakak saya dari kg dtg bertndang ke rumah. Hari Sabtu dia blik kg. Esha pun nak ikut blk. Nak bercuti kat kg kononnya. Ok lah. Bagi la....walaupun dlm hati saya dan Cik Li agak cuak, sebab dia tak pernah berenggang dengan kami berdua. Selalunya salah seorang mesti ada. Kalau saya kursus luar, ayah dia ada, kalau ayah dia outstation, saya ada. Tp kali ni dua2 pun x ada dengan dia. Dlm hati, boleh ke???. Tp kami suami isteri pakat2 kata ok lah biarlah, dia pun dah besar, kita tngok la cemana. Tak sherashi kat kg nanti kita amik la balik.




Sabtu dia pegi, Ahad dia tpon saya dan ckp bisik2 'mama....esha nak balik cepat skit boley tak?'....'kenapa, tak best ke kat sana?', saya tanya dia....'best....tp esha rindu kat mama'. Hek hek hek...mula lah Cik Jah pun nak emo2 kan hahahaha poyo ja. Tp kontrol la....buatnya saya yg nangih dulu pehtu dia bantai meraung kat sana cemana nak p amik time2 tu gak. Bukannya dekat. Pehtu saya tanya dia lagi 'Esha nangis ke?'...dia jwb 'Esha tak nangis pun tp air mata Esha je keluar time Esha nak tdor' hahahahah ok lawak la tuh. Saya pun ckp la, smggu dua lagi saya blk la kg amik dia balik. Dah agak dah.....tak boley lama punya lah. Kalau dia ada kat rumah tu riuh, begadoh ngan Elyn nya lain, gado ngan saya lagi tu blom bab gado ngan ayah dia lagi. Tp bila dia tak ada ni semua mcm mati kutu. Sunyi ja rumah tu. Abih sgt dengar la suara Elyn menyanyi sorang2...tu dah tahap apa dah boshannya tuh hahaha. Elyn pun dah pandai ckp 'adik boshan la mama' hahahaha....Tau bosan, kakak ada, asik buli kakak ja.
Cik Li pulak memang rapat ngan Esha. Asik la dok sebut, boringnya Esha tak der....alahai....Selalu mlm2 Esha rajin teman dia tengok bola. Saya memang tak boley harap bab2 tengok bola nih. Tak minat sepasal, tak boley tengok pun ya jugak. Konfem tertdor punyalah. Tp Esha la selalu rajin melayan Ayah dia. Mlm sabtu haritu dia telefon ayahnya pukul 11 lebih gitu....bila ayahnya tanya kenapa belum tdur, dia jwb 'Esha tunggu Ayah la ni, ayah tgh tengok bola kan'...huhuhuh sedih ok....terus Cik Li pun teremo sama hahaha.....poyo gak Cik Li pun....


Smalam seharian lagilah teruk saya ngan Elyn bosan. Cik Li boley pulak kena kerja petang smalam, tinggal la saya ngan Elyn. Punya tak tau nak buat apa, mkan + tidor jalah kerja kami smpai ke petang. Dah la mendung2 ja. Smpai petang tu dah tak boley nak tdor dah, mulalah Elyn merengek sana sini. Sat dia ajak p kedai la, sat dia ajak menyanyi la, sat2 dia mintak gula2 la...mcm2 hal la dia buat. Last2 dah boring sgt terus tertidur he he he sian...Mlm Cik Li balik, baru lah kami keluar melepak sejam dua kat mamak. Tu pun masing2 mandom ja... rasa tak cukup korum la gitu.
Mood raya pun tak mari2 lagi. Kawan2 kat opis ni masing2 dah sebok cerita nak blk kg. Saya relax je lagi. Tak rasa nak raya pun. Cuti tmbahan pun saya tak apply. Tengok jadual kerja Cik Li jugak. Buatnya dia kerja pulak hari raya tu buat rugi je cuti...baik cuti lepas2 tu. Apapun tengok la keadaan.
Doakan penyakit M saya ni cepat2 sembuh ehhh hehehehe.....

Wednesday, November 11, 2009

meh kita nyanyi lagu air pasang pagi versi amelyn....

air pashang pagi sulut pkul lime ~ air pasang pg surut pukul 5
nyona banun padi shilam potok buna ~ nyonya bangun pagi siram pokok bunga
potok buna melo tanam tipi **&*&*&* (tah tak reti dia bunyi cemana tah hahahah) ~pokok bunga melor tanam tepi batas

ayam bitilo itik *&**& (sama mcm diatas kihkihkih) ~ ayam bertelor itik menetas

cik babe jato dlm palit ~ cik baba jatuh dlm parit

cik amitah kitawa jilit2.... ~ cik aminah ketawa jerit2



Baris2 seterusnya cik jah dah tak paham sebutir pun hahahahaha....dah la smbil menyanyi termuncong2 mulut, menitik2 ayaq lioq, bersungguh2....tp kalau amik camera nak rekod sure dia stop nyanyi...hehehehehe...


Ada banyak lagi lagu2 yg dia nyanyi tapi tak reti la pulak haih mama dia nak translate.....kadang macam lagu tak penah dengar pun ada.


Ada sekali dia balik nyanyi lagu cemni


Satu linggit, golila kopek kulit kopek kulit.....pisanggggg satu linggit, golila kopek kulit kopek kulit...khakhakhkahkahka apa menatang la anak oit gorila kopek kulit pisang nih. Mama skolah dulu cikgu tak ajaq pun lagu tu. Tp bila cik jah nyanyi kat dia lagu anak itik tok wi jatuh dlm kolam, dia tanya pulak 'lagu apa tu ma??'. Agaknya lagu2 rakyat kat kedah ngan lagu rakyat kat selangor lain2 kot eh....he he he.


Tu lagu melayu, kalau lagu omputeh hhakhakhakha im sorry la jwbnya. Twinkle2 little star ja yg cik jah paham. Lain2 tu peninggg. Kalau lagu yg biasa dengar tu boley la jugak agak2 bila dengar rentak tu kan. Kadang tak pernah dengar. Nak agak pun tak reti.
Ok, sudah la dulu buat masa ini he he he tiba2.....entry ni terhasil dari kesan pengambilan nasik yg berlebihan yg mengkibatkan mengantuk + biol2 blur sikit.....

Monday, November 9, 2009

Kursus Teambuilding @ Morib

Setelah berapa lama balik dari kursus, semangat kobar2 haritu pun dah tinggai sejmput ja baru terhegeh2 nak update......Saya sekarang sgt malas......tp gagah la juga.

Ok kesahnya 30 Oktober - 1 November baru ni saya kursus teambuilding di Morib. Satu bahagian kami berkursus. Dari bos smpai ke PAR semua diangkut sekali. Tp team kami ni tak ramai. Dlm 19 org saja. Tengok gmbar ja eh....tp kan gambar adalah disusun sesuka hati saya hak hak hak...sekali lagi saya mengaku saya malas mau susun comei dan teratur. Nak tengok lagi bnyk gmbr kat FB nanti saya upload lagi...wahhh cik jah dah pndai jaja FB okeh hik hik hik....

Kat lobi utama...dlm cubaan nak mengatakan saya masih ramping diusia kandungan 7 bln kah kah kah....prasannn hang cik jah oit.

Sekali ida buat keji amik gmbr kot tepi.....hamikkkk ramping...kembung ok...

Jalan nak ke dewan....nampak tak belakang saya tu ada momok dok ngikut.....momok yg pantang tengok camera.

Bilik hotel....hotel ni walaupun baru dan hanya 3 star...tp cantik dan selesa...Ok la takat nak lepas2 penat nak berehat anak beranak tanak pegi jauh2..boleh la dok sini. Bilik mcm yg kami dpt ni ratenya tak silap Cik Jah RM 155 ja semalam. Ada katil queen + katil single seketul.

Kebetulan masa g kursus haritu Cik Jah dpt bilik sorang, Cik Jah angkut la anak beranak laki semua mai teman....Cik Jah p berkursus depa dok la berkubang kat kolam renang belakang bilik tu.

kan dah kata gmbar tak ikut urutan. Main belasahhh ja mana dan. Tiba2 gmbr ni pulak kan.....terselit pulak 2nd bos kat blakang tu....Cik Jah, Dayah & Aci Kamala.

Gambar bilik dari sudut lain.....sini ada astro jgn risau...hehehe...masa Cik Li nak mai teman Cik Jah haritu dia over ok, siap tanya dulu. Ada astro tak?..tadak tamau mai ok....eksen. Sebabnya mlm tu ada bola. Arsenal lawan hapa tah. Jadinya bila dengar ada astro baru la laju dia mai.

Buka ja tingkap bilik nampak swimming pool. Cantik oo view dari tingkap bilik.

Buka pintu bilik terus tmpat park keta. Dekat sgt. Senang nak ngangkut barang segala.

Kami berlima ja pompuan dlm kursus ni. Berdiri atas kiri Ida & Dayah. Duduk, kiri Kamala, Sis Zaida & Cik Jah.

Sebelum senaman pagi rasanya time ni. Kursus ni enjoy. Semua yg attend pun kepala otak gila2...memang best la. Release la sat stress2. Bos2 pun sporting abih.


Semua game Cik Jah belasah ja main, kecuali terompah gergasi ni la...he he he gilo la haih nak main terompah gini, mau terbersalin atas padang tu nanti. Ni group Cik Jah, tp time main terompah gergasi ni group pompuan yg 5 ketul tu diasingkan atas sebab2 kesopanan dan kesusilaan hak hak hak.

Tp penat juga la dok jd pom pom girl kat group ladies nih he he he....

Ni tah mlm kedua kot tak silap....ada BBQ kat tepi kolam renang. Makan smpai sengkak. Tengah berselera la katakan....

Antara game indoor. Masing2 pulun abih he he he.

Lepas tu buat logo PJC. Konon cam jigsaw puzzle la. Tp dah boley agak la apa benda yg nak dibuat kan...alah kursus2 mcm ni biasalah.....nak semai semangat perpaduan la gitu.

he he he gemok gila...dagu berlapis2......ada benda yg ditulis kat kertas tu......kena pakai sepanjang class pulak tu he he he..memalukan cis cis cisss.

Sekian la sudah kisah kursus saya kali ni hi hi hi....semoga berjmpa lagi dimasa akan dtg...kalau saya rajin hua hua hua....

Thursday, November 5, 2009

satu masa dulu.................

khakhakhakhkahkahkahkaha...............................ehh tiba2 gelak besaq pulak.

Awat la kaki saya bengkok rupa tu...mcm cacat pulak. Tp saya rasa kot saya nak samakan paras ketinggian ngan kawan saya si Fareeza tu kot. So saya berdiri bwh skit dan kaki kena bengkok skit hahaha agaknya lah.

Saya jumpa gmbar lama waktu saya darjah 6 di FB. Kawan sblah saya si Fareeza tu saja jmpa balik lepas saya terjumpa SONE . Tp Fareeza skarang dah cun melecun anggun semua cukup. Kiranya masa darjah 6, tulah bestfriend saya. Ke hulu ke hilir saya naik basikal ngan dia. Zaman tu kan budak2 suka naik beskal duduk kat palang tengah la, berdiri kat belakang la.

Gambar ni masa lepas UPSR, skolah buat lawatan ke Cameron.....best gilak masa nih.

Tp kan....tiba2 saya rasa walaupun dolu2 saya selenga, belemoih segala tp comei la jugak kan khakhakhakhkahkahkahkahakha...................................