Monday, December 28, 2009

Update ringkas2...

Skarang bos saya dan bos2 kecik yg lain tak ada. Semua pun ada retreat kat tmpat sejuk atas bukit kat pahang sinun.....maka oleh itu saya beryaribba yariba di opis. Saat entry ini ditaip hanya ada 5-6 ketul makhluk di opis. Tp masing2 pun buat hal sendiri.

Minggu ni kandungan saya genap 9 bulan. Berat saya pun dah jd 73 kg......tp saya idaklah kelihatan kembang sgt kecuali di muka yg nampak sembap. Hudoh sungguh rasanya. Tak sabar rasanya nak melahirkan bb nih. Dah penat + tak larat sebenarnya. Nak keja pun malas2 ja. Hari2 mai kerja pun mcm terpaksa. Apa jd pun ntah. Tp malas sungguh. Ada yg teka saya bersalin lagi 2 mggu la, 3 mggu la. Tadak pun yg teka mggu ni.....kalau dpt tarikh 10.01.10 huihhh cantikk ooo. Tak kesah la bila pun janji selamat semuanya sudah la kan.
Skarang ni saya dah malas nak bergambar. Camera langsung terperap dlm laci kat rumah. HP pun jarang2 dah nak guna amik gmbar. Masa ngandungkan Elyn ngan Esha dulu rajin gak la bergambar. Tp kali ni memang tak lalu rasanya. Dengan muka kembang2 huhuhuhhhh tengok diri sendiri pun tak selera. Masa cuti Maal Hijrah haritu kawan saya kawin....ohh blom terlmbat nak ucap 'SELAMAT PENGANTIN BARU CIK MADU' semoga berbahagia dan kekal ke akhir hayatlah hendaknya.....Saya tak pegi masa tu sebab satunya memang tak berani nak jalan jauh2 sgt dah. Dan masa tu jugak family saya dari Kedah dtg ramai2. Konon asalnya nak bercuti + lepak di morib. Dah booking bilik segala. Sekali bila hari nak check in boleh pool di morib tu bocor....air kolam lagi keruh dari air laut ok...huhuh apa kes p dok hotel kolam tak bley guna. Bawak budak2 pun sebab nak bagi depa mandi kolam ja pun. Mak pak boleh la rehat2. Sekali kolam tak bley pakai kannnn...buang karan sungguh.
Terus abg ipar Cik Jah gigih tepon sana sini yg dekat2 morib tu nak cari bilik ka apartment kosong nak stay semalam dua. Last2 smpai ke Glory Beach Resort di PD. Ada la apartment pehthouse katanya kosong. Dok bayangkan besar la. Ok la untuk 4 family kami. Sekali pegi tak la besar sgt, boleh la muat2 kami sekeluarga. Dan sebabkan cuti umum + cuti skolah tmpat itu adalah sgt sesak. Parking keta smpai ke luar2. Kolam adalah melaut ngan org. Walaupun kureng selesa, tp dpt la lepas gian anak2 mandi pool dan main2 tepi pantai jugak. Planning last minit gitulah jd. Semua tmpat pun full house. Next time nak p cuti2 plan awal2 skit ye kakak2ku....
Minggu lepas Cik Jah outing berdua ngan Esha. Elyn hantar ke nursery. Beli barang2/baju & kasut skolah segala. Lepas tu Esha gediks2 nak tengok Princess & The Frog...layankan jalah. Seawal pg dlm pukul 10.00 gitu Cik Li antar kami bedua ke IOI mall.....escalator pun tak jalan lg. he he he he...Jusco bukak je pukul 10.30 terus g beli baju/kasut skolah dulu. Setengah jam je siap semua dah beli. Org tak dak la katakan pepagi tu...sales assistant pun masih dok nyusun2 barang lagi kami dah memilih2 nak beli. Dah siap2 beli semua que nak beli tiket wayang pulak. Dpt la show pukul 12.15 lebih kurang....sementara wayang nak start sempat la lagi jalan2 kat dlm tu. Dalam tak larat tak larat tu pun gigih gak ni satu kedai ke satu kedai Cik Jah tawaf. Penat jalan duduk kejap, pehtu smbung jalan lagi.
Abis tengok wayang, jalan lg. Dalam pukul 3 lebih kurang baru Cik Li jemput kami balik. Smpai rumah terus Cik Jah pengsan......time tulah rasa sakit sana sini. he he he masa berjalan tak sedar diri kann hehehe amik habuan.
Skarang ni jalan sikit pun dah segah senak segala macam. Tp dlm hati tu dok teringin lg nak tawaf alamanda, jusco segala. Tak insaf2.........apapun kalau inilah update terakhir dari saya, kawan2 doakan lah saya selamat melahirkan ok....nanti rajin saya update la lg....bye.
Catatan CJ : 2/1/10 ni sorang lagi kawan saya akan kawin. Dah kawin, nak kenduri kekdahnya...Tahniah pada Puan Mya. Sorry tak dpt pegi, tp apapun saya mendoakan dari jauh....Semoga berbahagia dan bekekalan juga hingga ke akhir hayat....

Wednesday, December 9, 2009

Update cepat2....laju2

Hek hek hek...mcm la kalau cik jah tak update ada yg heran kan....tp tak kesah la. Sukati Cik Jah la gitu kan...

Dari pg bwk ke ptang Cik Jah nak update asik terbantut je...ada ja gangguan yg menyebok2. Ujung2 thn ni pepaham jalah. Ngan borang LNPT tak siap isi lagik, ngan senarai kursus blom update, ngan tiba2 time ni lah semua meeting nak dibuat. Time2 ni jugak lah boss tetiba dpt idea yg maha brilliant + hebat + tah hapa2 lagi soh create itu dan ini. Jd kesimpulannya disini sapa lagi hebat? bos ke Cik Jah wakakaka?....ehhh lari topic pulak tiba2. Kadang macam Cik Jah ni ada 8 tangan cam sotong kurita depa buat. Tp redha jalah kan. Kita ni kuli...melawan nanti kendian kendian LNPT markah kureng sapa yg rogi???? diri sendiri jugak kan kan kan.
Smalam Cik Jah p check up sempena perut memboyot 8 bulan.....walaupun perut Cik Jah dikatakan kecil pada pandangan org tp rasa berat dan tegang tu diri sendiri sajalah yg tau. Kalau duduk lama2 kompem satgi bangun jalan cam kingkong langkahnya. Hudoh....so kalau agak2 nak cat walk segala, bangun awal2 praktis jalan dulu selangkah dua baru pehtu boleh nak catwalk segala.
Smalam sejarah Cik Jah check up tak smpai 2 jam..seriyes punya cepat. Smpai rasa mcm klinik tu dah nak tutup gayanya. Org tak ramai sepasai, nurse amatlah bersopan santun sehal...huhhh kalau selalu2 mcm tu bahagia oo idop. Berat Cik Jah skarang dengan bangganya diumumkan telah mencecah 71.02 kg. OHHH MY GOD!!!!...........serius ngeri. Time ni la rasa cam mengelabah nak pikir sendayu tinggi....nona roguy, nyonya meneer??? ada lagi ka brand tu?....ubat bersalin tak pikir lagi nih. Barang2 baby semua dah siap. Tunggu budaknya keluar dan boh atas tilam ja, settle. Lain2 belakang kira. Ohhh breast pump blom carik. Nak kena beli baru sebab yg lama mcm trompet tu dah kedaung....rasa mcm tak boley harap ja lagi dah. Dlm2 tak boley harap dulu masa Elyn, pump tu la yg berjasa selama sethn Elyn menyusu.
Baby ok, amat aktif......kalau tepuk2 panggil2 pun ada respon oo.....suka la pulak. Ceh bunyi cam baru ngandung sekali kan...nyampppahhh hua hua hua. Cuma skarang Cik Jah ada masalah kebas2 tangan esp malam2. Sejuk kot. Kebas2 tu kadang2 smpai sakit2.....Dr. kata sebab kurang kalsium. Ya saya tau la.....sebab saya tak minum susu....tp tak lalu nak buat cemana. Dah try ganti ngan benda lain cam soya, mkn bayam banyak2 tp mungkin tetap tak sama ngan minum susu kan.....what to do...dulu2 ngandung tak pa pun...skarang ja pulak....agaknya Cik Jah dah makin tua??? huhuhuh...
Apapun, tak sabar la sgt rasa nak bersalin. Cuma skarang fokus pada kerja yg harus disiapkan seblom Cik Jah cuti bersalin. Kalau tidak mau ada yg jd hulk kena cover kerja2 yg tak siap kan hik hik hik....tp tidak lah Cik Jah kejam sgt nak tinggalkan kerja tak siap, sepah2 gitu kan...sempat lagi nih.
Ok sudah dulu takat ni. Stress2 buat keja, hadap blog sat ilang skit stress kan.......babai everybodi.

Monday, December 7, 2009

Akhirnya.....

Akhirnya saya dah dpt keputusan yg pasti pasal kes PTK saya dulu tu......

Setelah bertahun2 (hampir 4 tahun) dah letih, penat bercakap dan meluat nak berurusan pasal benda ni, akhirnya saya hanya layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat yg tah sebila2nya boleh dpt (tunggu la sesapa rasa nak pencen dan sebila masanya bos rasa nak naikkan gred saya). Untuk pelarasan gaji tak boleh katanya. Alasan diorang sebab tokey penoreh getah saya dulu tu tak memperakukan saya. Alasan tidak diperakukan sebab saya dah keluar dari ladang getah itu. Walaupun saya mendapat pelepasan dengan izin. HR kat sini hanya boleh buat pelarasan bila tmpat lama perakukan saya. Hujah HR sini dikuatkan dengan pengesahan dari JPA. So semuanya berpunca dari ladang getah lama saya la ni.

Ok saya terima la dengan redha. Cuma apa yg saya boleh katakan, kalau org2 kat getah tu tak perakukan saya atas alasan2 yg tak munasabah dan dia tak jujur buat kerja dia sebagai Pegawai HR kat sana, tak palah. Itu antara dia dengan Tuhan. Jwb la esok2 kat akhirat. Saya boleh ambil exam sekali lagi di sini. Tak ada masalah. Mungkin bukan rezeki saya walaupun saya dah lulus aras IV.....Mungkin Tuhan dah tentukan sesuatu yg lebih baik untuk saya dari pelarasan gaji tu kan....Bukan nak sedapkan hati sendiri. Tp saya sesungguhnya dah jemu dengan karenah yg payah dan menyusahkan ni. Jd saya redha.

Ok kita tutup la pasal kes PTK saya tu. Bosan!.

Saya nak story pasal Amelyn pulak. Dia sekarang kan kebosanan sebab kakak dia tak ada. Jadi kadang2 dia jd pelik2 skit sebab bosan. Malam Jemaat lepas, lepas mandikan dia, saya tengah2 pakaikan baju dia smbil2 la layan dia bercakap/menyanyi bagai. Masa tu saya perasan la ada seketul butang baju baby kat tangan dia. Mana dia jumpa pun tah la. Dah ckp dah sblom tu suruh buangkan benda tu. Tp sekejap dia tepek kat dahi, pehtu tepek kat pipi. Pehtu nampak dia letak kat atas idong dia.

Lepas tu saya paling sekejap ja nak ambil bedak, paling sekali lagi tengok2 butang tu dah masuk dlm lobang idong dia....HOHHHHH...panik ok....Terus saya menjerit. Cepat2 cuba nak amik, sekali butang tu masuk lagi dalam. Lepas tu tengok2 dah tak nampak....WAAAAAAAAA....rasa nak menangis...Saya dah terjerit2 dah suruh dia hembus2....Dia pulak tengok saya kalut gitu dah buntang2 dah mata dia. Tekejut kot. Serius, jgn ikut peel saya...Tak elok. Patut kena bertenang. Tp Cik Jah dah kalut, tak sempat pikiaq nak bertenang lagi dah. Pehtu saya amik lampu suluh nak tengok, tak nampak. Sebab butang tu nipis ja, tp melengkun bulat.....Sekali panggil Cik Li pulak suruh tengokkan....Puas la jugak ayah dia suruh hembus2. Pehtu terkeluar sikit, cepat2 Cik Li amik sepit dan tarik keluar.Phewwww.......................Ok, diakui org laki lebih bertenang...

Aduihhh Elyn.....bikin sakit jantung ja lah. Butang tu walaupun nipis tp besar dari lobang idong dia woo...cemanalah boleh masuk. Saya dah pot pet pot pet kat dia.....kebil2 dia pandang saya. Saya ckp len kali bubuh la hanger ke penyapu ke dlm lobang idong tu besar skit. Senang skit mama nak tarik keluar kot tersangkut hua hua hua...kannnn Cik Jah dah merapu. Sakit ati punya pasal. Dah la mama dia ni bab menyelamat ni superb.....jd benda gitu pun gabra ok.

Esha pulak, dah makin kurang merungut nak balik rumah. Dah enjoy dok kg. Kawan pun dah ramai. Kalau balik sini pun dah confirm kena tinggal sorang2, tadak kawan. So biarlah dia duduk kg. Semggu dua lagi insyaAllah kami akan balik ambil dia. Persiapan baju sekolah bagai pun silap2 buat kat kg saja.

Ok, sudah la, tiba2 rasa penat menaip...... hiksss Cik Jah memang suka buat emergency brek nih.

Wednesday, December 2, 2009

HAPPY BIRTHDAY ESHA........


Harini, 2 Disember 2009 birthday Esha....yg ke 8.

First time selama 8 tahun sejak dia lahir, dia celebrate birthday jauh dari kami. Sedih.....


Anyway, happy birthday sayang. Semoga Esha jd anak yg baik, bijak pandai, rajin, solehah, sihat tubuh badan, murah rezeki dan dilindungi Allah selalu. Mama, Ayah & Adik sayang Esha....


Catatan CJ : Walaupun harini nenek buat suprise birthday party untuk Esha di kg, tp Mama tau feelnya tak sama macam kalau Mama, Ayah & Adik ada sama dengan Esha. Walaupun kita celebrate hanya berempat.....