Tuesday, September 4, 2007

SebELOm, sEMAsa, SeLePAs MERDEKA & FLORIA PUTRAJAYA 2007

Kali ni nak buat entry terpanjang + terbanyak gambar..heheheh sekali harung la konon. Semua gambar-gambar kejadian sebelom hari MERDEKA, diambang MERDEKA, hari MERDEKA dan selepas MERDEKA. Ada jugak pose-pose syok sendiri..hehehe dan sekitar FLORIA Putrajaya 2007 yang berlangsung dengan jayanya....masa kat FLORIA tu ada jualan orkid yang lawa2. Tp mama tak beli satu pun sebab tak reti jaga, takut balik mati ja orkid2 tu menyesal pulak. Ni kalau maktok mai tengok ni maunya dia tak mau balik...maktok hantu orkid. Dari daun seurat dia boleh bela sampai orkid tu berbunga besar gedabak....hehehe tp anak dia ni tak menurun ke'terer'an dia.

Bendera Merdeka yang dibuat dari bunga-bungaan...nampak ja bendera ni makcik dorang ni tanak p mana dah. keras kejung je tepi bendera tu selagi Mama tak amik gambar... Teruja amatzzz la tu konon...hehehehe




Jangan tengok orang, tengok bunga kat belakang orang ni..hahahaha...lawa-lawa. Kreatif sungguh orang-orang yg gubah bunga-bunga nih. Masa makcik-makcik ni tengah syok-syok pose kat bunga-bunga ni (asik ambik gambar diorang, gambar Mama yg tak dak ciss) sebenarnya bos masing-masing tengah sebok. Pakat-pakat ambik kesempatan poya-poya kat FLORIA dengan keizinan bos masing-masing.

Tengah round-round terserempak la pulak dengan bos-bos yang lain..hehehehe



'Akak nak tangkap gambar kat sini jugak....' kata Kak Ros sambil hentak-hentak kaki..



Muka Mama yang dah penat layan kerenah Makcik ni sorang. Masa tu panas, peluh meleleh-leleh, letih. Tersilap tak sarung selipar ja.


Geramnya tengok bunga ros ni....rasa cam nak angkut setempayan tu bawak balik.


Cik madu.........tadaaaaaaa.....nah adiah besday hang..hehehe hang nak bath tub kan...ni comei punya dok ada aku bagi kat hang nih amik la...amik....siap ada bunga taboq2 lagi tawww.





Nasib la hari Mama duty 29.8.07 haritu mendung + hujan sebelah petang. Tak la panas terik.

Cameraman & camerawoman yang separuh tauliah..hehehehehe


Seblom ko amik gambar aku, aku amik gambar ko dulu...muhahahahaha


Malam di 'Ambang Merdeka' haritu kitorang cadang nak lepak kat rumah. Nak pegi mana-mana pun malas sebab sure semua jalan jem. Putrajaya lagilah jem. Tapi disebabkan tahap kemalasan Mama untuk masak malam tu agak tinggi, dan cadang nak beli barang-barang dapor sikit, terus la kami tala ke TESCO. Makan-makan kat situ, pastu baru beli barang sebab malam tu TESCO tutup pukul 1. Esha sebok nak naik binatang gajah tu. Mama dah cakap benda tu untuk budak kecik ja, dia bley cakap 'alah maaa, sekali jerrrrr plsssssss'....hah gasaklah..... lepas benda tu dah berenti, dia mai ckp 'best la maa, thank you'...heheheheh. pandai bodek budak nih.


Gambar ni gelap la, awat ntah......


Hari Merdeka tu pagi Mak Intan sefamily datang untuk hantar barang. Makan-makan, sembang-sembang pastu Mama lupa nak snap gambar Aisha & Elyn. Petang, kami jalan-jalan ke JUSCO Equine. Terbeli sehelai baju sejuk untuk Esha sebab dia asik la complaint dia tak dak baju sejuk. Ujung minggu ni nak ke Cameron. So terbeli la sehelaiiii....


Esha ni pantang disuruh pose, sure macam2 aksi dia buat. Tak yah ajar-ajar. Adik asik la dengan tali pinggang dia tu, tak heran dah suasana keliling.


1/9/07 hari Majlis Penutup FLORIA 2007. Kebanyakan staff dari Landscape turun. Pagi pergi kenduri kawin anak Kak Ros di BBB dengan Mak Wan, Ida + Nattrah. Sedap nasi + lauk2nya. Againnnnn Mama tak teringat langsung nak snap gambar pengantin ke, mak pengantin ke apa....dah la masa tu orang ramai yg amat. Makan-makan pastu terus balik ke opis. Tukar baju, biar Elyn rehat kejap. Dalam pukul 3 kitorang gerak ke site FLORIA.


Elyn telah dibuli oleh bibik-bibik hehehehehe




Antara yang meramaikan majlis.

Elyn yang kepenatan. Riuh sungguh masa tu, tapi dia lena dengan nyenyaknya. Sesekali lagu kuat sangat baru dia terkejut. Alhamduillah senang jaga.

Masing-masing dah penat, round-round ngabihkan kupon, tapau pizza seblom balik.

Ada gaya model????

Sekianlah sudah hari-hari yg penat.......baru sekarang boleh rehat. Lepas ni nak sambut Ramadhan pulak.....Ujung minggu ni kami sekeluarga nak cuti-cuti Malaysia ke Cameron. Cuti terakhir sebelom puasa + raya. Tujuan asal nak bawak Tokwan + Maktok berehat alih-alih jadi ala-ala family day Pak Hassan. Bestnya lama tak cuti ramai-ramai.

No comments: