Tuesday, January 22, 2008

EsHa & OuR aNnIvErSarY

Sejak Esha sekolah, weekend kami dah tak macam dulu. Hari2 biasa pun dah berubah. Bukan takat dia penat bersekolah, Mama pun penat mengelola rumah dan tangga sekaligus urusan di pejabat. Semua nak dibalancekan. Kalau En. Ayah ada, kurang la sikit penat Mama. At least dlm keta pegi dan balik kerja Mama boleh lelap2 mata, layan2 blues sementara nak smpai destinasi.

Esha kalau sekolah pagi ptg, ambik ja dari skolah KAFA memang dia pengsan awal. Kadang otw nak balik rumah pun dia dah terbongkang dlm keta. Kalau tak dak skolah agama petang dia ok lagi, boleh lagi berckp sepanjang jln balik ke rumah non stoppp. Smpai kadang Mama kena kata 'ok, satgi kita smbung....Esha rehat sat mulut tu'....heheheh.

Tp ada gak bestnya. Mama ada masa dating2 ngan Ayah pagi2. Lepas hantaq Esha p skolah, kami lepak2 kedai mamak ka mana2 gerai, minum2 seblom Ayah antaq Mama p opis. Gado2 pasai roti canai keraih ka, nasik lemak telebih pedas ka kan.....

Ujung mggu ni anniversary kami yg ke-7....Kami kawin bulan 1, dua bulan pastu Mama ngandung, bulan doplas Mama lahirkan Esha. Masa tu kami sama2 muda. Mama baru 22 thn. Ayah 25 thn. Tp alhamdulillah kami dpt lalui susah senang sama2..Gado2 tu biasalah. Tak gado tak best la pulak kan. Tu sebab pasai roti canai pun bley gado. Saja kasik hingaq skitt..hikkk. Tp kami gado tak lama. Paling sat tak smpai sejam. Paling lama ada 2-3 jam..hahahaha....Sebab Ayah jenih tak tahan tak ckp ngan Mama. Dia akan provoke smpai Mama berckp. Mama memang kalau marah satu hapa pun tak bunyi. Tu kira dah marah nak mampuihhh la tuh kan. Baik diam. Dari ckp nanti kluar yg bukan-bukan, dosa lak kan. So diam!.

Mama ada plan nak celebrate anniversary kami ujung mggu nih. Aktiviti bersama anak2. Nak poya2 kat genting. Teringin nak pengsan p genting. Tatau la awatnya dlm banyak2 tmpt, Mama teringin nak p sana. Seblom ni Ayah kureng bekenan p sana. Alih2 dia ajak p Melaka/PD. Naik jemu. So kali ni dia setujuk saja tanpa bantahan.

Mama ada tanya dia nak apa untuk hadiah anniversary, dia kata 'tak yah la beli apa2...simpan duit.....' hehehe ini sudah cukup baikkk. Tp Mama cam nak bagi gak sesuatuu kat dia kan. Sekali dia jwb dia nak t-shirt ja...TSHIRT?????...tshirt putih lak tu...'baju pagoda tu ka????' Mama buat-buat blur...heheheh. Dia kata 'tak kesah lah kalau Mama nak bagi baju pagoda pun pagoda lah, Ayah terima ja' ...alahai kesiannya....Ala2 tak materialistik la tu konon. 'Hmm nanti Mama carik tisert putih yg sepeselll tuk Ayah ok'. Sengih- sengihhh...

Tp awat Ayah tak tanya pun Mama nak apaaa???????????????...ishh bosan tawww.....tak romantik la Ayah nihhhhhh... busan busannn.....tak romentikk taww!. Tak romentik2 pun dah 7 thn dah kan...gasakkk lah.

Kenangan pada 26.1.2001.

No comments: