Thursday, September 4, 2008

puasa la.....

Lama tak update. Ada cerita..banyyyaakkk.....majlis bbq, mula puasa bla bla bla banyak la nak story. Tp malas la. Bley?. Balik rumah on laptop untuk main game. Puasa2 ni mood amatlah 'mandom'...hikss.

Esha, alhamdulillah thn ni blom tinggal puasa lagi. Ingat cam dia tak tahan jugak sebab dah sekolah. Tp so far so good. Petang2 ja la melepek skit. Dah pkul 6 lebih gitu. Tp pujuk2 tanya apa yg dia nak makan, belikan, bodek2 skit ok la. Thn ni tak janjikan ganjaran pun. Duit raya tetap dpt, cuma nak suruh berpuasa tu tak janjikan ganjaran. Nak dia tau, puasa tu wajib bagi orang yg mampu laksanakan. Sehat tubuh badan, kena puasa la kiranya. Ok paham. Harap2 boleh penuh sebulan.

Elyn pun dah berapa hari tak sehat. Demam, batuk, selsema, complete. Dah tu tak mau makan, tak mau minum susu. Tekak dia merah dr. kata. Dah kurus dah pun. Huhuhhhh siannn.....Harini Cik Li jaga. Demam dah kurang, batuk pun dah kurang. Alhamdulillah. Tp masih tak berapa lalu nak makan.
Hari ni nak berbuka apa arr?.....mula la otak ni pikir pikir.....Saya masak waktu sahur dan hari mggu je ya he he he....petang2 beli ja lagi senang. Takat nak makan bertiga tu seketul ayam pun tak habis. Rugi ja masak. Smalam berbuka beli ayam percik seketul, ayam goreng untuk Esha seketul. Sup daging satu, asam pedas ikan pari seketul. Popia. Tu ja. Cukup la. Tu pun ayam percik separuh ja laku, separuh lagi makan waktu sahur.

Hmmm...rasa nak makan A&W la harini.....makan burger..hmm...sedap sedap.

4 comments:

atty's said...

salam bagus esha..rajin posa.

KaSiH said...

a&w x sedap la wei..kenny rogers la...aku nk jugak ek...nk 3...

saya said...

bagusnya sikecil tu rajin puasa..

MAMA ESHAELYN said...

atty - salam...alhamdulillah

kasih - hahh nanti aku bagi saploh...special untuk hang.

saya - alhamdulilah senang pulak dia puasa....agaknya sebab memang dia jenis yg kurang makan.