Tuesday, December 2, 2008

Happy 7th Birthday Esha.....

Happy birthday to you....
Happy birthday to you.
Happy birthday to Farisha.
Happy birthday to you..........

Selamat hari lahir sayang....Mama dan Ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Esha. Mama harap Esha akan jadi anak yang baik, pandai, bijak, rajin, solehah dan contoh yg terbaik untuk adik-adik Esha InsyaAllah. Mama nak Esha tau, walaupun Mama ada anak-anak yang lain selepas Esha, Esha tetap anak sulung kesayangan Mama dan Ayah. Esha sangat istimewa pada Mama dan Ayah.

7 tahun dulu, masa mula-mula Mama mengandungkan Esha Mama rasa satu perasaan yang tak boleh nak diungkapkan. Happy tp dlm masa yang sama takut. Mama takut tak dpt nak bagi yg terbaik untuk Esha. Tp alhamdulillah. Esha anak yg baik dan senang nak jaga masa kecik. Skarang je nakal sikit. Sebab tu selalu kena 'belasah' he he he. Tp marah ke apa ke tu tandanya Mama dan Ayah sayangkan Esha. Kami nak Esha jadi budak baik.

Masa Mama mengandungkan Esha Mama muda lagi. Umur baru 21thn. Pengalaman mengandung tu agak sukar pada Mama. Mama kuat meragam waktu tu. Nasib Ayah sabar. Agaknya sebab tu jugak sekarang ni Esha 'berangin' hahahaha....Ada ja benda yang tak kena. Salah sikit marah, ngamuk, menangis. Heheheh buruk perangai kan. Sepanjang mengandungkan Esha pun macam2 hal yang Mama lalui. Esha ni dlm perut Mama dulu songsang duduknya. Tulah tak reti diam. Dah terbelit, lepas tu dah tak boleh pusing2 lagi dah. Duduk la songsang gitu smpai 9 bulan.

Dah cukup 9 bulan, Mama balik kg. nak bersalinkan Esha. Pagi 2.12.2001 tu dlm pukul 8, Mama pun siap2 nak pegi checkup dan set date untuk bersalinkan Esha. Dah tau tak ada cara lain melainkan ceaser. Dlm bersiap2 tu, tiba2 Mama terasa ada air keluar mencurah2...basah2 kain lantai semua. Lama-lama air tu dah macam bercampur2 dengan darah skit. Panik....Ayah lagi panik. Kelam kabut ke hospital. Smpai, Dr pun check dah ada bukaan 1 cm. Tak lama lepas tu dah jd 4 cm. Sakit dah ada sikit2. Sejam jugak lebih kurang lepas tu baru masuk bilik bedah. Masa tu memang Mama berserah ja. Harap semuanya selamat saja. Terasa2 lagi ngilu Dr. cucuk tulang belakang untuk epidural. Lepas tu tak sedar. Khayal sangat...sedar2 Dr ckp Esha dah selamat dikeluarkan. Alhamdulillah....

Berpantang pulak lagi satu cabaran. Dengan sakit kesan ceaser, bengkak susu smpai bentan2, demam semua tu Mama rasa. Smpai phobia nak bersalin lagi. Mama tak dpt nak menyusukan Esha lama sebab sakit sangat. Apapun, pengalaman mengandungkan dan melahirkan Esha adalah satu pengalaman yg paling bermakna dalam hidup Mama.....



Masa ni Esha 6 bulan. Pandai senyum & gelak2 bila diagah2.


Ni dah sethn lebih kurang....cam anak cina rupa...


Masa ni Esha 2 thn lebih. Esha memang suka dengan camera dan pandai bergaya. Semua-semua gambar ni Esha yg gayakan sendiri. Mungkin jugak sebab masa mengandung Mama suka sgt ambil gmbar, walaupun rupa Mama masa tu 'buruk'..hahaha kembang, berkarat.



Macam muka sapa arr???



Masa ni dah 4 thn. Kurus sebab Esha tak suka makan....seksa kalau nak bagi Esha makan.


Suka gambar ni....


Ni gambar Mama muda-muda..hahahahaha ok ok tak dak kena mengena.....hahahahaha.

6 comments:

syeka sweetheart said...

comey nya esha masa kecik..tembam..
la pon comey tp kurus sgt..
gambaq hat last tu pasaipa..
hik hik hik

Cik Jah said...

haa hampa tak caya ka kami muda2 rupa tu??? haaa tu saja la tu...baik percaya lekaih...hahaha

EraNaZeErA.. said...

happy besday to esha... wah gambaq dia masa kecik2... pun dah pandai bergaya... ikut mak ke ikut abah ???

KaSiH said...

eh yg last tu bkn gamba ko ke...alahaiii baru nk puji...bkn rupanya...ciss ciss...

Cik Jah said...

Kak ngah - esha kata terima kasihhh....hehehe ikut mama dia la...he he.

kasih - tak caya???? ishh la hai...aku la tuh...masa belasan thn dolu...

Mya said...

happy belated birthday esha! jadi anak yang solehah tau! meh aunti sayang sikit.. muahss muahss...

gambar last tu tak boleh blah la cik jah oi! sakit perut aku gelak..