Saturday, January 31, 2009

futsal

*Entry ni akan jd  entry yg paling banyak  gmbar....

Pagi tadi kami  ngikut Cik Li ke Kelab Komuniti Cyberjaya. Ada lawan futsal. Awal pagi bangun, siap2 terus keluar. Konon nak breakfast dulu, tp cam dah terlambat ja, kawan Cik Li dah berkali2 telefon. So terus ke tmpat kejadian....

Harini kami anak beranak tema kelabu....

Elyn sarapan dlm  kereta. Susu saja la...ehh Amelyn adalah tidak mengikut tema..he he he. overr nak bertema bagaii...

Semangat ni berjalan. Abih anak bini dia tinggai belakang. Laju ja dia tolak stroller Amelyn. Jauh ok kena jalan. Penuh kreta kiri kanan jalan. Punyalah ramai orang....bagus org mesia ni suka bersukan ;))  

Cik Jah terserempak ngan Ernie masa baru smpai. Dia kan hantu netball he he he.....Sempat la Cik Jah tengok dia main satu game. GS team dia punyalah tinggi. Asal dpt ja bola gol dpt ja gol...melopong ja team lawan hahahaha...Tiang gol tu lebih setengah depa ja dari kepala dia. Dia angkat ja tangan tinggal sejengkal. Mau tak terus gol...

Dulu masa Esha sorang2 belum beradik, Cik Jah selalu ikut Cik Li  pegi main bola. Almost every week kalau dia ada game ke training ke akan ada la muka kami dua beranak tepi2 padang. Masa ngandung pun selalu juga Cik Jah ikut dia p tengok bola kat stadium. Sejak ada Elyn ni jarang dah. Sebab takut kacau masa tidur anak. Tp skarang ni Elyn dah besar sikit, dah boleh la ikut. Cuma tengok masa dan keadaan juga.  Pagi2 mcm ni atau petang2 boleh la.  Kalau malam2 tu tak ikut la.

Cik Jah bwk bekal biskut untuk anak2. Manalah tau bapaknya dpt bola terus kenyang....so bawak la bekalan untuk anak2.

Team Cik Li (APFC) kena game pertama. Seri game ni...0-0

Cik Li pakai jersey no. 4...Satu game 6 menet je...hiss tak dan keluar peluh langsung. Sebab banyak sgt team kot so terpaksa dipendek2kan masa perlawanan bagi setiap game.

Habis ja satu game, sempat la bawak anak2 main kat playground kat luar...

Sekejap gelongsor, sekejap buai.....layan jalah, hari kerja tak sempat semua ni, hari cuti la semua nak pulun. Nak bersukaria untuk diri sendiri, nak spent masa ngan anak bini lagi. Hah pulun semua sekali. Penat belakang kira. 

Heboh bila dia boleh gayut kat menda ni. Apa nama benda ni????

Bapaknya dah kena ready nak lawan lagi, tinggal la kami 3 beranak....

Lepas main kat playground, jalan2 tepi tasik pulak. Mama dah naik lembik tp depa dok segar bugar lagi...adoiiihh stamina saya amat hancus skarang nih.

Sampai masa dia nak tidor, dia tidor jugak....Penat ngelupur sana sini, terus tergolek. Dia dah tak peduli dah wisel bunyi nyaring2 ke, org bersorak bagai nak rak ka, tdor tetap tidor....hehehehe mcm Mama la nih.

Sementara dia nak tdor nyenyak, saya kipas2 la bagi dia cepat skit tidor...

Esha pun dah letih. Mata dah layu. 

Tp dia ni tak macam Elyn yg senang tdor. Dia ni susah sikit, nak tmpat sedap2, selesa2 baru lena. Kalau tidak jgn harap la....

Dah tunggu punya lama, baru lawan lagi satu game. Pun seri 1-1...tp tak dpt pegi stage seterusnya dah...abih takat tu ja. Mata kurang ke cemana tah kira. Cik Jah tak reti...Dah tak dak game dah pastu nak tunggu apa lagi. Balik la....

Masa p berbaju, balik dah separuh bogel dah hahahaha...wei wei sapa kata bdn Cik Li maintain???...ada spare tyre tu nampak....hahahaha matikklah ngata laki sendiri...tp tak pa tetap henggshemmm dimataku ini ;))

Balik tu terus singgah makan kat Puchong Perdana....lapaqq gila wei. Pgi tak makan, terus belasah tengahari saja. Time kami  makan tu ujan lebat....smpai rumah kalau ikut hati nak lena sepanjang petang. Tp apa nak buat, kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan...Amelyn langsung tak mau tidor, sebab dia dah puas tidor tadiiiii uwaaaaaa....

No comments: