Friday, January 9, 2009

lepak

Tengahari tadi, masa Cik Li p semayang jemaat, kami dua beranak melepak kat alamanda. Tak tau dah nak pegi mana. Alamanda pun alamanda lah....Esha ni hari Rabu dan Jumaat dia tak ada sekolah agama petang, patutnya dia kena lepak kat nursery (transit) di Wisma Tani, tp tak register pun lagi. Minggu depan la mula.  Nanti lepas Cik Li siap semayang Jumaat, Cik Li bwk la dia balik. Kebetulan harini Cik Li tak ada shooting.

Ajak dia makan dekat RASA tp dia tak mau, nak makan bun & cookies ja. Huhh...budak ni memang perut minah salleh sikit. Layan western memanjang. Asal tanya nak makan apa sure nasik tu pilihan yg lassstt sekali. Ikutkan sajalah janji dia  kenyang. Lepak la kami kat bangku depan Parkson tu smbil tunggu dia sudah mkn. 

Dia ajak pegi MPH pulak....ikutkan ajalah. Dia kalau belek buku, berejam jam....hannah montana la, wannababes la apa tah lagi la dia sebut ntah. Tp tak beli pun, org que nak  bayar panjang.....malas nak menunggu. Ckp ngan dia lain kali  kita dtg lagi. Saja jugak Cik Jah tak mau beli. Sekolah kan baru buka, kalau beli buku nanti homework tak buat. Ngadap buku cerita saja. So nak beli novel/cerpen centu tunggu cuti panjang2 skit....kalau takat weekend beli ASUH ka CELIK ka cukuplah.

Satu rak ke satu rak dia pusing. Belek tu belek ni. Lepas dah banyak kali 'kejap ma, kejap ma' baru boleh keluaq dari MPH tu.

Tunggu Cik Li ambil kat depan parkson. Nampak  sungguh muka Cik Jah boring kan... mengantuk  sgt sebenarnya. Tengahari mcm ni sedap tidoq nih....Lepas dah sekian lama tunggu, sampai juga lakiku itu...penat ok tunggu. Dulu masa bercinta laju ja dia. Dah lama kawin makin slow pulak...hiksss iklan...

Lepas tu apa lagi, balik office smbung kerja la.....

No comments: