Monday, March 30, 2009

Tetamu Ahad

Mak & Bapak saya dtg dari Aloq Setaq. Hari Ahad semua berkumpul kat rumah saya. Masak2 makan2 ramai.

Menu semua yg bakar2. Ikan bakar, ayam bakar, air asam, sambal belacan ulam2. Makan memang tak ingat dunia la....bertambah2...punah dietku selama berbulan2 huhuhuh.

Tuan rumah selaku ketua bakar membakar juga.

Ulam-ulaman, sambal belacan dan air asam Mak Tok yg boleh membuatkan kita tambah nasik berkali2 tanpa sedar.

Elyn dengan bibik bibiknya wahahaha...gigih ok Mak Njang buatkan dandan lipan segala. Kejap pastu dia bukak...

Waktu mkn paling best skali. Sila abaikan saprah saya yg very unik itu. Bentang hidang dari ujung sini smpai ujung sana. Periuk belanga semua keluar...yg best lauk abih...perrhhh bagus2 tak membazir.
Fahim yg debab....budak ni buat peluk sedap....cam bantal.
Lepas makan semua pengsan. Petang bangun buat cekodok bilis ngan goreng pisang pulak. Tp lupa pulak nak amik gambar sebab sebok sgt makan he he he.....
Seronok adik beradik ramai nih. Kalau berhimpun meriah. Setiap ruang kat rumah penuh jdnya. Saya selalu bayangkan saya ni banyak duit, boleh beli rumah besar2, bangelooo la tuh supaya mudah sedara mara dtg nak berkumpul. Tp setelah dipanggg diri sendiri sedas dua baru saya sedar diri. Rumah yg ada sekarang pun dah alhmdulillahhhh.....bersyukurlah apa yg ada kan...alhmdulilahhhhhh.






2 comments:

Anonymous said...

kadang2 hani terasa mcm nak benti kolej.. sbb klu wat majlis mcm ni, mesti x dpat kumpul sekali.. x tau pun.. sedyh r mak ndak tgk entry ni.. da la x dpat nak jumpa mak tok tok wan.. waa...!

Cik Jah said...

hani - aikk kakak tak tau ke?...hohhh mama tak btau ka?.dia ckp kat mak ndak kakak ada kat putrajaya.tp tak ckp soh mak ndak jmput pun huhuhu....alah lenkali bley kumpul2 lagi..takyah la smpai nak benti kolej...pingsan tokwan kalau dia tau hiksss.