Wednesday, September 30, 2009

makan kenduri raya ke 2

Hari raya kedua kami dpt jemputan kenduri di kg sebelah keluarga FIL saya. Saya seblom tu dah terbayang bestnya lauk2 kenduri kg nih....Tp bila dah smpai sana, dengan panasnya org pun ramai aduih terbantut skit selera....

Tang ramai tu tak heran la sgt kan sebab dah kenduri sure la ramai. Tp tang panas tu yg tak tahan tu. Nak mkn pun jd tak lalu. Peluh dari atas smpai ke betis hahahahaha. Sudahnya saya amik nasik suap dua2 anak dara saya skali pehtu saya cuit2 skit2 dah....Kat kg, diorang asingkan khemah jemputan laki dan pompuan, lagi la Cik Jah kalut nak mkn pun leceh. Esha tak ngacau sgt. Si Elyn tu ha adeehh...makin lasak pulak skarang nih. Kalau tak dah tentu2 saya boleh duduk tunggu Cik Li je amikkan nasik lauk segala.

Kenduri ni katanya tumbang smpai 4 ekor lembu tudiaaaa.....dah tu siap ada ayam golek yg pusing2 tu lagi....lauk memang best tp tak selera nak mkn pasal terlalu panas berbahang.


Time ni dah nak balik pun. Tp tunggu nak tengok pengantin kejap...Katanya pengantin pompuan satu opis ngan Cik Li tp Cik Li tak kenal...hekk hek hekkk...betui ke bangg????....asal tanya pompuan je tak kenal, pompuan je tak kenal....baik sungguh nih...mushkil cik jah tau. Bila siasat2 hahah siasat peginya...sungguh la mungkin dia tak kenai sebab pengantin tu kat bahagian latihan kat Bangi....Cik Li kat Putrajaya ok ok boleh terima. logik logik...

Penat tekelepek dah time ni. Main capai ja apa bangku yg ada nak duduk. Peluh smpai dah basah2 baju.

Aksi anak dara dua orang ni kat bwh khemah kenduri waktu panas lit lit...

Sengaja saya beli baju depa sama...hehehe suka. Bekenan sgt kat renda smoking (cemana tah eja ni) yg didada tu. Kalau ada yg besar lagi saya pun nak, tp tak ada hahahahaha brangan cik jah.

Ni la rupa parasnya pengantin....

Dah sudah salam2 tuan rumah semua, balik la kami. Pengsan smpai ke petang he he he......Raya ke dua habis gitu ja....tak pegi beraya ke mana pun. Makan kenduri sebuah rumah ja pun dah pengsan...

2 comments:

madulebah said...

size aku ada tak baju cam esha tu? he he he..

Cik Jah said...

hak hak hak p cari kat HP pi...kot ada bley la jd anak angkat aku hahahaha