Friday, September 14, 2007

TRiP tO cAMeROn

Last week (7-9/9/2007) kami bercuti ke Cameron. Ala-ala family day Pak Hassan la ni. Semua pegi kecuali family Pak Ngah, Mak Njang & Pak Uda. Apapun percutian kali ni memang best. Kami sewa apartment 3 bilik kat sana. Tp apartment tu luas dan sungguh selesa. Fully furnish. Sudu apa pun tak yah bawak.
Check in hari Jumaat petang. Sejukkk...Mungkin sebab cuaca yang mendung dan ujan sikit2 tambah la sejuk. Elyn dah dok melekat ja kat Mama, sejuk....Esha enjoy la jumpa sepupu2 dia....lupa langsung ke Mama & adiknya.
Hari Sabtu tu pepagi bangun makan, pastu bersiap nak pg jalan-jalan. Tokwan tanak ikut sebab dia kata penat dan dia nak berehat. Ok, takpa....Terus pegi ke Taman Agroteknologi MARDI kot tak silap nama dia. Bunga kat situ lawa-lawa. Posing-posing kat situ, lepas tu terus ke ladang strawberi pengusaha melayu yang pertama di Cameron. Tn. Hj. apa tah nama dia. Ayah Eshaelyn pernah shooting dia dulu so dah kenal. Pegi situ siap dijamu ice cream strawberi dan buah strawberi yg fresh. Sedapnya.....Tp bila balik sini makan centu tak sedap pulak. Pelik.
Balik dari situ singgah ke Cameron Valley. Mama nak beli teh. Ada orang kirim. Beli jugak kat bos sebagai buah tangan. Ayah Eshaelyn kata rasuah ke bos sebab Bos bagi Mama cuti...hahahah. Semua orang pun dah penat dan rasa sejuk amat. Tengok orang-orang kat sana selamba ja...Mama ni baju dah berlapis-lapis pun sejuk lagi...Elyn lagilah, diam ja....boh ja dalam stroller, tdo, peluk kuat skit tdo....Esha seperti biasa suka dan tahan sejuk macam Ayah. Lepas masing-masing dah bosan kat situ, gerak la balik ke rumah berehat. Petang mak long dan maktok ajak Mama ke pasar malam pun dah tak larat dah. Elyn pun tengah tdoq masa tu. Ayah Eshaelyn pegi dengan Maktok & Mak Long. Also yg lelaki2 semua nak ikut sebab nak beli barang-barang nak buat BBQ malam nanti. Budak2 kena halau g main di taman permainan tepi tu. ishh tak reti sejuk ke budak-budak nih....Ibuk-ibuk yg ada anak kecit ni semua pakat-pakat membuta. Dah la sejuk kan....sedapnya bergulung dalam selimut.....

Malam masa BBQ makan dalam suasana yang sejuk amat, ramai-ramai, selera tak yah ceritalah. Buat steamboat. Sayor pulak fresh memang sedap. Abihlah diet Mama......
Pagi ahad lepas breakfast terus siap2 nak balik. Time ni singgah lagi ke ladang strawberi untuk amik buah strawberi yg ditempah. Kena tempah sebab Mak Long beli macam nak balik berniaga, Mak Uteh ngan Mak Tam pun sama. Mama ada la beli sikit untuk kawan-kawan kat opis dan untuk makan sendiri (konon balik nak celup cekelat...sampai ke sudah gitulah jugak rupa strawberi tu).

Lepas tu singgah pulak Kea Farm....Maktok enjoy betui beli itu beli ini...segala mak nenek bunga dia beli. Tokwan dok ja dalam kereta tak larat jalan. Lepas tu terus gerak balik. Memang percutian yang memenatkan tapi bestttt.......ada plan nanti nak pegi lagi ramai-ramai.
Tengok gambar la pulakkkkk.....

Pak Tam & family. Esha tu menyelit ja...sebab dia suka kawan ngan Nurul Hanani, tua setahun dari dia.


Nampak macam dah ramai sangat, tapi ni belum cukup korum.
Mama & Maktok yang memang suka kamera. Skarang jangkit ke cucu dia Esha yang suka bergambar.
Mak Uteh & Wan Ady Hazim.

Buah strawberi yang baru keluar......puas diintai tak jumpa pun buah yang tengah masak ka apa....semua jumpa yang macam2 ni ja.

Budak-budak ni suka sungguh strawberi.....Amirah, Nurul, Ieqa, Esha & Firdaus.

Sessi makan ice cream.

Elyn pun sebok nganga2 mulut, Maktok pun bagilah rasa skit..hehehe

Esha dengan Kak Amirah, Kak Ieqa dan Nurul posing tepi ladang teh.

Mama & Kak Hani anak buah Mama yg pertama. Dah sama besar ngan Mama dah tu.

Mama & Maktok

Pakcik Eshaelyn. Still single & available. Control control lubang idong....

Paksu Eshaelyn, still single tp dah berpunya heheheh abihlah turun saham...

Maktok & Elyn yang kesejukan.....

Hazim yang comot makan strawberi. Lasak amat budak ni.....
Tokwan dengan newspaper tak berenggang.....Tamau jalan mana-mana dia kata. Nak berehat.
Bergambar sebelom bertolak balik....Ni pun tak cukup lagi. Ayah Eshaelyn & Pak Uteh tak ada dalam itu gambar.

Di Kea Farm. Apalah yang dibelek Esha tu...ralit.

Elyn suka sangat dengan strawberi ni. Dia gigit, cekau sampai senget-senget heheheh.


SaLAm RAmaDHaN

Bulan puasa ni Mama very the lembap gitu....very the slow. Tak tau la pasai apa. Very the bosan, tak cukup tido dan lain-lain lagi gejala negatif. Kerja pun agak banyak sebab last week dah cuti lama g Cameron (gambar-gambar ke Cameron akan diupdate sebentar saja lagi hehehehehe. Ibu Arissa tu asik kaco ja tanya bila nak update bila nak update....). Bila kerja dah banyak, mood nak buat kerja tak ada, amatlah bermasalah. Nasiblah bos pun amat memahami......sebab dia pun tengah sebok. So jadinya dia buat hal dia, Mama buat hal Mama. Boleh centu?...hehehe dia perlukan pertolongan dia panggil. Tak perlu dia buat sendiri...baguih baguih...
Cerita anak-anak pulak, Elyn baru baik demam. Tak taulah demam nak pandai apa ke, nak tumbuh gigi ka. Ada orang kata dia demam nak alih bulan...mungkin la jugak. Nasib la tak jenih merengek-rengek, nangih tak tentu pasal.....diam ja, kita pulak yg risau. Tp masih boleh senyum-senyum bila diagah....Ayah kata, "Okeylah tu....". Hehe okeylah kot. Tp pemantauan dari masa ke semasa masih dibuat. Cam dr. tau Mama nih....Tepon skolah tanya 'Baby dah makan ubat, Baby Ok?, Panas lagi tak?'. Cikgu yg jaga tu pun ok, baik dan alhamdulillah Elyn cepat sembuh dan berrrrtambah lasak. Penattt!
Masa Elyn demam, anak dara yang sorang lagipun ikut demam. Dia kata adik dia yang ikut dia demam, bukan dia yang ikut adik demam. Tak kesahlah sapa ikut sapa. Bley pulak demam main ikut-ikut eh. "Banyak cakap eh awak. Demam pun banyak cakap". Terus dia diam dan lesu balik hahahahha belakon...

Muka Esha masa demam lite2...posing tetappppp.....

Smalam hari pertama puasa, Esha dapat puasa sampai pukul 12.30 saja. Bila tanya kenapa makan dia jawab :

Esha : Esha rasa jer lah Maaa..bukan makan"...okey auta lebih anak dara nih.

Mama: Knapa Esha rasa? kan Esha puasa? Kan Mama kan cakap tak boleh makan, minum, korek tinga, idong semua tak bley korekkkkk........kentut je boleh! (hahah sebab masa Mama kecit2 ada orang bitau tak bley kentut. Gila menahan....kihkihkih)

Esha : Fatin yg rasa dulu, pastu Esha pun rasalah.....Alah maaa skit jer ...

Ya Allah budak ni tak paham rupanya....hhahahahaha

Mama: Oklah, hari ni kira batal....Esok tak bleh buat centu tau. Tu dah buka puasa pun bukan makan, rugi ja. Mama potong singgit (Mama janji ngan dia sehari posa penuh singgit. Ni kira extra dari duit raya yang wajib setiap tahun).

Esha : Alah Maa, kasilah Esha seringgit Maa...Esha tersilap la. Kasilah Ma...kasi lah....

Mama : Tak bolehhhhh......takpalah, esok kalau Esha tahan posa sehari penuh bley la dpt. Tp dapat time rayalah, bukan skarang...ishhh budak nih, pening pala Mama.

*Ayah dah surrender nak cakap ngan anak dara dia yg banyak auta nih......


Selamat Menyambut Ramadhan....Semoga hidup kita semua lebih diberkati dan amak ibadat kita akan bertambah insyaAllah.....

Tuesday, September 4, 2007

SebELOm, sEMAsa, SeLePAs MERDEKA & FLORIA PUTRAJAYA 2007

Kali ni nak buat entry terpanjang + terbanyak gambar..heheheh sekali harung la konon. Semua gambar-gambar kejadian sebelom hari MERDEKA, diambang MERDEKA, hari MERDEKA dan selepas MERDEKA. Ada jugak pose-pose syok sendiri..hehehe dan sekitar FLORIA Putrajaya 2007 yang berlangsung dengan jayanya....masa kat FLORIA tu ada jualan orkid yang lawa2. Tp mama tak beli satu pun sebab tak reti jaga, takut balik mati ja orkid2 tu menyesal pulak. Ni kalau maktok mai tengok ni maunya dia tak mau balik...maktok hantu orkid. Dari daun seurat dia boleh bela sampai orkid tu berbunga besar gedabak....hehehe tp anak dia ni tak menurun ke'terer'an dia.

Bendera Merdeka yang dibuat dari bunga-bungaan...nampak ja bendera ni makcik dorang ni tanak p mana dah. keras kejung je tepi bendera tu selagi Mama tak amik gambar... Teruja amatzzz la tu konon...hehehehe




Jangan tengok orang, tengok bunga kat belakang orang ni..hahahaha...lawa-lawa. Kreatif sungguh orang-orang yg gubah bunga-bunga nih. Masa makcik-makcik ni tengah syok-syok pose kat bunga-bunga ni (asik ambik gambar diorang, gambar Mama yg tak dak ciss) sebenarnya bos masing-masing tengah sebok. Pakat-pakat ambik kesempatan poya-poya kat FLORIA dengan keizinan bos masing-masing.

Tengah round-round terserempak la pulak dengan bos-bos yang lain..hehehehe



'Akak nak tangkap gambar kat sini jugak....' kata Kak Ros sambil hentak-hentak kaki..



Muka Mama yang dah penat layan kerenah Makcik ni sorang. Masa tu panas, peluh meleleh-leleh, letih. Tersilap tak sarung selipar ja.


Geramnya tengok bunga ros ni....rasa cam nak angkut setempayan tu bawak balik.


Cik madu.........tadaaaaaaa.....nah adiah besday hang..hehehe hang nak bath tub kan...ni comei punya dok ada aku bagi kat hang nih amik la...amik....siap ada bunga taboq2 lagi tawww.





Nasib la hari Mama duty 29.8.07 haritu mendung + hujan sebelah petang. Tak la panas terik.

Cameraman & camerawoman yang separuh tauliah..hehehehehe


Seblom ko amik gambar aku, aku amik gambar ko dulu...muhahahahaha


Malam di 'Ambang Merdeka' haritu kitorang cadang nak lepak kat rumah. Nak pegi mana-mana pun malas sebab sure semua jalan jem. Putrajaya lagilah jem. Tapi disebabkan tahap kemalasan Mama untuk masak malam tu agak tinggi, dan cadang nak beli barang-barang dapor sikit, terus la kami tala ke TESCO. Makan-makan kat situ, pastu baru beli barang sebab malam tu TESCO tutup pukul 1. Esha sebok nak naik binatang gajah tu. Mama dah cakap benda tu untuk budak kecik ja, dia bley cakap 'alah maaa, sekali jerrrrr plsssssss'....hah gasaklah..... lepas benda tu dah berenti, dia mai ckp 'best la maa, thank you'...heheheheh. pandai bodek budak nih.


Gambar ni gelap la, awat ntah......


Hari Merdeka tu pagi Mak Intan sefamily datang untuk hantar barang. Makan-makan, sembang-sembang pastu Mama lupa nak snap gambar Aisha & Elyn. Petang, kami jalan-jalan ke JUSCO Equine. Terbeli sehelai baju sejuk untuk Esha sebab dia asik la complaint dia tak dak baju sejuk. Ujung minggu ni nak ke Cameron. So terbeli la sehelaiiii....


Esha ni pantang disuruh pose, sure macam2 aksi dia buat. Tak yah ajar-ajar. Adik asik la dengan tali pinggang dia tu, tak heran dah suasana keliling.


1/9/07 hari Majlis Penutup FLORIA 2007. Kebanyakan staff dari Landscape turun. Pagi pergi kenduri kawin anak Kak Ros di BBB dengan Mak Wan, Ida + Nattrah. Sedap nasi + lauk2nya. Againnnnn Mama tak teringat langsung nak snap gambar pengantin ke, mak pengantin ke apa....dah la masa tu orang ramai yg amat. Makan-makan pastu terus balik ke opis. Tukar baju, biar Elyn rehat kejap. Dalam pukul 3 kitorang gerak ke site FLORIA.


Elyn telah dibuli oleh bibik-bibik hehehehehe




Antara yang meramaikan majlis.

Elyn yang kepenatan. Riuh sungguh masa tu, tapi dia lena dengan nyenyaknya. Sesekali lagu kuat sangat baru dia terkejut. Alhamduillah senang jaga.

Masing-masing dah penat, round-round ngabihkan kupon, tapau pizza seblom balik.

Ada gaya model????

Sekianlah sudah hari-hari yg penat.......baru sekarang boleh rehat. Lepas ni nak sambut Ramadhan pulak.....Ujung minggu ni kami sekeluarga nak cuti-cuti Malaysia ke Cameron. Cuti terakhir sebelom puasa + raya. Tujuan asal nak bawak Tokwan + Maktok berehat alih-alih jadi ala-ala family day Pak Hassan. Bestnya lama tak cuti ramai-ramai.

DAH BASI DAAA......

Tak tau apa yg sebok sangat. Entry ni tersimpan tak dipublish.

Masa Perhimpunan Dwi Bulanan dengan Y.Bhg. Tan Sri Presiden (27/8/2007). Majlis belum mula.....orang lain tengah dok dendiam...dia tangkap2 gambar pulak...
Tak tau la apa kena mengena kaki @ kasut ni dengan entry ni...

Pagi perhimpunan ngan Tan Sri, tengahari perhimpunan dengan kawan2 KUTU. Aksi-aksi teruja Cik Madu kita membelek kataloq dalam sessi mengabihkan duit, sambil Pn. Intan tengah mempromosikan jualannya hehehehe....Jumpa kat Alamanda, pastu lepak2 kat Mc'D. Sembang-sembang kosong, belek2 katalog, pastu balik opis.