Thursday, August 9, 2007

KONVENSYEN & KARNIVAL PENYUSUAN SUSU IBU

Selasa 7 Ogos 2007 / 23 Rejab 1428H

Mama pegi konvensyen yg kat atas tu dengan Mamadeela. Bagus untuk ibu-ibu yang tengah menyusukan bayi, ibu-ibu mengandung dan yang akan mengandung. hehehehehe..sebab lepas dapat pendedahan buat mama lagi berkobar-kobar nak menyusukan Elyn. Kesian Esha dulu tak menyusu lama. Banyak sebabnya, antaranya kurang knowledge dan keduanya tak tahan SAKIT!!. Minggu-minggu pertama menyusu agak menyakitkan. Bengkak susu la, berdarah la, infection la. aduihhh.....so Esha sempat menyusu hanya 2 minggu.

Kali ni dari mengandungkan Elyn lagi mama dah bertekad nak cuba sehabis baik. Nak menyusu selama yang boleh. Ermmm 2 thn la maksima, tak dapat 2 thn at least 6 month pun dah ok la. Dan sekarang Elyn dah hampir 5 bulan. Walaupun masa dalam hari hampir2 give up sebab kena infection dan demam sebab bengkak susu, berkat kesabaran alhamdulilah semuanya kembali ok. Sekarang di nursery ada jugak campor susu formula. Elyn dah kuat menyusu dan stok tidak mencukupi hehehehe.

Bila dan terbuka minda ni, barulah tau teknik sebenar nak simpan susu, bila patut mula buat stok dan macam-macam lagilah. Kawan-kawan yang masih menyusukan anak masing-masing pun slalu bagi support. Especially Mamadeela ni la. Dia ni banyak betul information pasal breasfeeding nih, cam buku panduan bergerak..hehehehe. Dan.......amatlah terasanya kesal tak menyusukan Esha dulu. 'Tapi takpalah Esha, at least mama sempat menyusukan Esha 2 minggu kan....ayat nak menyedapkan hati sendiri'.

Antara pamplet dan brosure yg dikidnap masa konvensyen tu.......simpan boleh buat rujukan.....

Panduan-panduan berguna....

Ada jualan masa konvensyen tu. Berkenan dengan gaun ni, terus sambar. Ingat nak cari baju warna pink jugak untuk Esha. Tp tak jumpa yg berkenan lagi...

No comments: