Monday, August 20, 2007

wEeKeNdS....

Sabtu, 18 Ogos 2007 / 5 Sya'ban 1428H

Dari pagi bawak ke petang kemas rumah, masak makan, rehat. Petang baru terasa boring. Perlu keluar!..heheheh jalan-jalan cuci mata. Plan nak dinner kat luar. Lagipun nak pegi tukar baju Esha yang baru dibeli. Mama terbeli yang agak besar + terlalu labuh. Makcik sorang tu dah la kurus kering....melorot ke bawah je sluar tu.

Lepas maghrib terus ke Alamanda. Lepas tukar baju Esha tu, terus round-round. Ingat nak cari jam tangan. Belek-belek jam tangan....tengah asyik tu terjumpa pulak dengan Awien. Dia pun tengah ronda-ronda dengan family dia. Sembang-sembang sat, lepas tu babai-babai..hehehe

Round punya round...perut pun dah lapar....terus pegi makan. Lepas tu balik. Sekali tengok jalan nak ke Masjid Putra jemmmmm....pannnnnnjanggggg sangat....ada apa lak nih. Ingatkan sebab malam minggu. Rupa-rupanya ada International Firewoks Competition...tu pun ingat bila dah sampai ke rumah..hehehe....tapi kalau tengok gaya orang ramai-ramai macam tu sure Ayah tanak pegi. Dengan Elyn yg dah mengantuk, hmmm lain kali la.




Lapar sungguh nih....


Sebenarnya, budak baju ijau ni tengah dalam kesakitan. Satu badan dia merah-merah + gatal-gatal. Dia tak boleh makan seafood kecuali yg FRESH!...huh....sunggah susah. Tak bagi makan langsung dia pun teringin jugak. Dah bagi, sakit, susah pulak nak jaga....ni jadi sebab dia makan keropok lekor. Tah apa ikan tah keropok tu. So Esha.....lepas ni tak boleh makan seafood lagi. Kecuali yang betul-betul Mama yakin baru naik dari laut. heheheh....Bahaya alergy ni. Dr. kata kalau tak hilang + masih gatal-gatal kena cucuk....dengar kena cucuk pun dia dah semacam macamana dr. tu nak cucuk???......

Budak ni pulak baru pandai meniarap. Asik nak meniarap ja....pantang letak mesti pusing, dah tu abih satu tilam dia pusing....berguling-guling. Dah tak boleh letak atas katil hishhh takut jatuhhh.....sangat lasak.

No comments: