Friday, September 28, 2007

YeY YeY nAk RaYa....

Mama dah excited nak raya nih....membilang hari nak balik kg. Bila cakap ngan Ayah dia kata "Hmm Abang dah tua-tua ni tak kesah dah raya....asal boleh balik kg tengok orang tua, tengok anak bini happy dah la"...hmmm dia yg tua, Mama blom lagi...khekhekehkheek...
Tunggu-tunggu lagu raya tak main kerap lagi kat redio..ishh...sehari ada la satu @ dua lagu ja. Tp pakat ajak kawan-kawan kat opis hias2 opis bagi lawa skit.....masing2 pun semangat nak raya walaupuan ada suara2 sumbang yang kata "ceh, posa pun tak cukup kalut nak raya". Hahaha sukati kami arrr...hehehehe. Tengok gambar-gambar kat bawah betapa semangatnya kami semua nak beraya.

Mak wan dengan gaya tersendiri menganyam ketupat.

Penganyam ketupat profesional si tudung kuning dan amatur 'Mak Buyung'. Sebok ja tangan si Dayah nih.

Dua orang yg dok tersengih ni tak pandai anyam ketupat, so diarahkan potong kertas jalah...sorang anyam jadi tempe. Sorang anyam tak jadi apa-apa..hahahah...Mama ketupat palas ja Mama reti, lain sorry. Hehehehe

Dan hasilnya tadaaa..............ni tak siap abih lagi ni..ada lagi pasni......ketupat ni baru intro ja. Ada lagi dah siap p carik buluh lemang la ranting kayu nak gantung kad la. Meriah pulak rasanya.
Mak ketupat ngan anak2nya. Mengamuk penganyam ketupat profesional tu tadi bila Mama mintak dia buatkan ketupat yg halus 3 biji nih.

Ketupat purple ni telah dikidnap dari tkt.6..hhehehehe...Saja ja gantung atas redio merah ni. Redio meghah ni antikkk woooo....dari zaman menoreh getah dia dah temankan Mama.

Thursday, September 27, 2007

EshA & PuASa

Skarang dah ok dengan puasa. Tp ada masalah lain pulak. Bila ambik ja petang-petang, tanyalah puasa lagi ke tak. Manalah tau kan kot tengahari tu dah 'selamattt'. Dia jwb macam ni :

"Puasa lagi Maa....dah seven ringgit Ma".

Aikk...seven ringgit????. Apa yang seven ringgit?.

"Kan haritu Mama janji sehari seringgit, Esha dah puasa penuh 7 hari, so seven ringgit la Ma".

Amboihhh...ingat tu. Tapi cam salah konsep ja anak aku ni puasa. Sebab nak dapatkan duit. Hmmm...kena adjust balik nih. Cakap la kat dia puasa bukan sebab nak dapat duit, puasa tu sebab Tuhan suruh, itu ini gitu gini...dia jwb macam ni :

"Ooooo....."

Bila tengok segar semacam, Ayah dia tanya lagi puasa ke tak.

"Kakak puasa la Ayah.....kalau Kakak makan tadi, Tuhan nampak la. Tak baik tau makan sembunyi-sembunyi bulan puasa. Tuhan marah cikgu kata".

Hah ok lah tu. Tp letih kalau setiap hari dia dok mencongak seringgit seringgit....Tp dah tak berani mintak..heheheheh sebab haritu Mama marah dia, "Mama cakap raya baru dpt so jgn tanya sekarang, paham????". Heheheh Mama memang garang. Ermm bukan garang sangat sebenarnya, tp tegas. Untuk kebaikan anak-anak jugak.

bUnGa LaGi...

Lagi bunga baru. Tp bunga kali ni cam kurang berseri. Cantik, cantik tp mungkin sebab warna dia yg putih cam sama ngan warna blind yg kat blakang tu jd dia kurang menyerlah.

SeMOgA PanJaNG uMOr......

HAPPY BIRTHDAY TO YOU....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.........
HAPPY BIRTHDAY TO CIK MADUUUUUU........
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU......

Psss......Cik Madu, nyanyi dengan nada yg sederhana tapi merdu dan nyaring. Haa tudia..hang praktis la sendiri, aku tatau...hehehe.

Selamat Hari Lahir yg ke-tutttt......(27 September 2007). Semoga panjang umor, dimurahkan rezeki selalu, dipertemukan jodoh yg baik, beriman, hensemmmm, kaya...ehh kaya hang mau dak?...tamau eh? sederhana ja?...ok yang sederhana, dilimpahi rahmat Allah selalu dan semoga persahabatan/persaudaraan kita berpanjangan...Amiiinnnnnnnnnn.....

p/s: Terkenang masa mula-mula aku berkenalan ngan hang waktu lapor diri kat poly. "Awak orang mana?". "Aloq Setaq. Awak?". "Saya Parit Buntaq"...khekekhekhekhekhe.....

Friday, September 21, 2007

AL-FATIHAH BUAT NURIN JAZLIN JAZIMIN

Sedihnya.....tak tergambar seksa yang ditanggung oleh anak sekecil ini....Al-Fatihah.

Thursday, September 20, 2007

BuNgA-BuNgAan.....

Campuran Daisy & Carnation.

Esha Ohhh Esha.....

Dia dah dapat puasa penuh 2 hari. Semalam patutnya dpt penuh lagi sehari, so bley jadi 3 hari. Tapi sampai ke pukul 6.40 saja. 6.40 PETANG!...huhh.....Mama sakit ati tauuuu...adeeehhh penat!.
Kesahnya, masa ambik kat daycare tu ok lagi. Tanya dia posa dak, dia jawab dengan bangganya 'Esha puasa lagi la maaa...tak penat pun'. Mama pun 'Oo good girl.....Mama ada beli kueh yg Esha nak tu'(kueh lopes). Dia sengih sesengih sengihnya....Lepas tu pot pet pot per cerita itu ini kat Ayah dia.
Sampai ja depan gate, dah nampak dah ni jiran2 dok melepak ngan anak2. Dah masuk parking kereta, turun ja datanglah yg kenit2 tu. Nak pegang baby lah, nak cium baby lah...Mama layanlah anak2 jiran yg kecik2 tu...sekali terperasan la yg anak jiran yg besar skit dari Esha tu bagi dia keropok sebungkus....cantik la pulak packing kopok tu...warna pink ada gambar2 BARBIE. Sure balance yg party pack masa birthday si Nana haritu. Tak kesahlah sebab tau Esha memang gila dengan barang2 BARBIE.
Pastu sedang Mama leka nyembang pot pet pot pet ngan mak budak2 tu sekali kruppp krappp krupp krapp. Sekali toleh, baiiiikk punya dia dok makan kopok BARBIE tu...ALAMAK!!!! 'Aik!, mana boleh makan, Esha kan posa?'. Pastu dia terdiam sat pastu dia kata 'Esha rasa je'. AGAIN? RASA?. Aduhhh pening..... 'Mana boleh rasa-rasa.....sayanglah, dah pukul brapa nih, sikit ja lagi nak buka' Mama kata. 'Esha laparlah Ma...esok la Esha posa penuh-penuh eh....'. Ya Ampunnnnn. Pastu Ayah kata 'Len kali kalau lapar tengahari lagi mintak nasik kat cikgu, ckp Esha tak tahan. Ni dah pukui berapa dah...Sayang je'.
Adehh penatnya. Patutlah Mama tak bley jadi chekgu. Kurang sabar tau. Hehehehe

Tuesday, September 18, 2007

SeTeLAh 6 BuLAn

Selepas 6 bulan, Elyn dah pandai makan, pandai pegang botol susu sendiri, pandai ngamuk2 + menjerit, pandai jugak tarik rambut kakak.



Dan budak kat bawah ni dah pandai puasa......smalam dapat dah sehari penuh...alhamduillah... Sebelom ni sekerat hari ja. Walaupun kadang-kadang dia cakap tekak dia dah merah (cemanalah dia nampak tekak dia merah eh?), kepala dia dah pening, kaki dia pedih??? (ada ka orang posa kaki pedih???? hahahahaha. Auta auta.)
Tp pujuk-pujuk kata tunggu sekejap ja lagi. Suruh main PS2 dulu nak lengahkan dia biar lupa sekejap perut dia yg keroncong. Suruh baca buku cerita dulu (nasib dia minat baca buku cerita macam Mama, hehehe). Barulah mulut tu diam sat dari menceceh sakit sana sini. Bukan nak dera dia, tapi tau dia ngada lebih. Kalau dia buka posa pun minum skit ja pastu bukan nak makan pun. Baik la puasa.


Dan Mama..........huhhuhuhuhuh...kita hanya merancang tp Tuhan yang menentukan.....

Monday, September 17, 2007

sAMa????

Tengah godek-godek kotak2 dan belek2 CD lama-lama, terjumpalah file/folder yang ada gambar Esha dari baby sampai ke umor dlm 3 thn centu.....bila belek-belek muka dia ngan Elyn. hmmmm sama seiras. Cuma Esha lebih GEBU....Elyn GERHANA skit..Esha sepet skit, Elyn matanya buntang/bulat/besaq hehehe. Esha lahir rambut depan dah takyah cukur. Botak!. Elyn rambut lebat itam. Yang pasti Esha lebih lembut dan manja. Elyn manja tapppiii ganassss + kasar skit. Tak kesahlah, janji anak-anak Mama sehat & harap-harap menjadi anak yg baik. InsyaAllah.....


Sama....

Tak tergambar perasaan bila tengok anak membesar depan mata.....

Friday, September 14, 2007

TRiP tO cAMeROn

Last week (7-9/9/2007) kami bercuti ke Cameron. Ala-ala family day Pak Hassan la ni. Semua pegi kecuali family Pak Ngah, Mak Njang & Pak Uda. Apapun percutian kali ni memang best. Kami sewa apartment 3 bilik kat sana. Tp apartment tu luas dan sungguh selesa. Fully furnish. Sudu apa pun tak yah bawak.
Check in hari Jumaat petang. Sejukkk...Mungkin sebab cuaca yang mendung dan ujan sikit2 tambah la sejuk. Elyn dah dok melekat ja kat Mama, sejuk....Esha enjoy la jumpa sepupu2 dia....lupa langsung ke Mama & adiknya.
Hari Sabtu tu pepagi bangun makan, pastu bersiap nak pg jalan-jalan. Tokwan tanak ikut sebab dia kata penat dan dia nak berehat. Ok, takpa....Terus pegi ke Taman Agroteknologi MARDI kot tak silap nama dia. Bunga kat situ lawa-lawa. Posing-posing kat situ, lepas tu terus ke ladang strawberi pengusaha melayu yang pertama di Cameron. Tn. Hj. apa tah nama dia. Ayah Eshaelyn pernah shooting dia dulu so dah kenal. Pegi situ siap dijamu ice cream strawberi dan buah strawberi yg fresh. Sedapnya.....Tp bila balik sini makan centu tak sedap pulak. Pelik.
Balik dari situ singgah ke Cameron Valley. Mama nak beli teh. Ada orang kirim. Beli jugak kat bos sebagai buah tangan. Ayah Eshaelyn kata rasuah ke bos sebab Bos bagi Mama cuti...hahahah. Semua orang pun dah penat dan rasa sejuk amat. Tengok orang-orang kat sana selamba ja...Mama ni baju dah berlapis-lapis pun sejuk lagi...Elyn lagilah, diam ja....boh ja dalam stroller, tdo, peluk kuat skit tdo....Esha seperti biasa suka dan tahan sejuk macam Ayah. Lepas masing-masing dah bosan kat situ, gerak la balik ke rumah berehat. Petang mak long dan maktok ajak Mama ke pasar malam pun dah tak larat dah. Elyn pun tengah tdoq masa tu. Ayah Eshaelyn pegi dengan Maktok & Mak Long. Also yg lelaki2 semua nak ikut sebab nak beli barang-barang nak buat BBQ malam nanti. Budak2 kena halau g main di taman permainan tepi tu. ishh tak reti sejuk ke budak-budak nih....Ibuk-ibuk yg ada anak kecit ni semua pakat-pakat membuta. Dah la sejuk kan....sedapnya bergulung dalam selimut.....

Malam masa BBQ makan dalam suasana yang sejuk amat, ramai-ramai, selera tak yah ceritalah. Buat steamboat. Sayor pulak fresh memang sedap. Abihlah diet Mama......
Pagi ahad lepas breakfast terus siap2 nak balik. Time ni singgah lagi ke ladang strawberi untuk amik buah strawberi yg ditempah. Kena tempah sebab Mak Long beli macam nak balik berniaga, Mak Uteh ngan Mak Tam pun sama. Mama ada la beli sikit untuk kawan-kawan kat opis dan untuk makan sendiri (konon balik nak celup cekelat...sampai ke sudah gitulah jugak rupa strawberi tu).

Lepas tu singgah pulak Kea Farm....Maktok enjoy betui beli itu beli ini...segala mak nenek bunga dia beli. Tokwan dok ja dalam kereta tak larat jalan. Lepas tu terus gerak balik. Memang percutian yang memenatkan tapi bestttt.......ada plan nanti nak pegi lagi ramai-ramai.
Tengok gambar la pulakkkkk.....

Pak Tam & family. Esha tu menyelit ja...sebab dia suka kawan ngan Nurul Hanani, tua setahun dari dia.


Nampak macam dah ramai sangat, tapi ni belum cukup korum.
Mama & Maktok yang memang suka kamera. Skarang jangkit ke cucu dia Esha yang suka bergambar.
Mak Uteh & Wan Ady Hazim.

Buah strawberi yang baru keluar......puas diintai tak jumpa pun buah yang tengah masak ka apa....semua jumpa yang macam2 ni ja.

Budak-budak ni suka sungguh strawberi.....Amirah, Nurul, Ieqa, Esha & Firdaus.

Sessi makan ice cream.

Elyn pun sebok nganga2 mulut, Maktok pun bagilah rasa skit..hehehe

Esha dengan Kak Amirah, Kak Ieqa dan Nurul posing tepi ladang teh.

Mama & Kak Hani anak buah Mama yg pertama. Dah sama besar ngan Mama dah tu.

Mama & Maktok

Pakcik Eshaelyn. Still single & available. Control control lubang idong....

Paksu Eshaelyn, still single tp dah berpunya heheheh abihlah turun saham...

Maktok & Elyn yang kesejukan.....

Hazim yang comot makan strawberi. Lasak amat budak ni.....
Tokwan dengan newspaper tak berenggang.....Tamau jalan mana-mana dia kata. Nak berehat.
Bergambar sebelom bertolak balik....Ni pun tak cukup lagi. Ayah Eshaelyn & Pak Uteh tak ada dalam itu gambar.

Di Kea Farm. Apalah yang dibelek Esha tu...ralit.

Elyn suka sangat dengan strawberi ni. Dia gigit, cekau sampai senget-senget heheheh.


SaLAm RAmaDHaN

Bulan puasa ni Mama very the lembap gitu....very the slow. Tak tau la pasai apa. Very the bosan, tak cukup tido dan lain-lain lagi gejala negatif. Kerja pun agak banyak sebab last week dah cuti lama g Cameron (gambar-gambar ke Cameron akan diupdate sebentar saja lagi hehehehehe. Ibu Arissa tu asik kaco ja tanya bila nak update bila nak update....). Bila kerja dah banyak, mood nak buat kerja tak ada, amatlah bermasalah. Nasiblah bos pun amat memahami......sebab dia pun tengah sebok. So jadinya dia buat hal dia, Mama buat hal Mama. Boleh centu?...hehehe dia perlukan pertolongan dia panggil. Tak perlu dia buat sendiri...baguih baguih...
Cerita anak-anak pulak, Elyn baru baik demam. Tak taulah demam nak pandai apa ke, nak tumbuh gigi ka. Ada orang kata dia demam nak alih bulan...mungkin la jugak. Nasib la tak jenih merengek-rengek, nangih tak tentu pasal.....diam ja, kita pulak yg risau. Tp masih boleh senyum-senyum bila diagah....Ayah kata, "Okeylah tu....". Hehe okeylah kot. Tp pemantauan dari masa ke semasa masih dibuat. Cam dr. tau Mama nih....Tepon skolah tanya 'Baby dah makan ubat, Baby Ok?, Panas lagi tak?'. Cikgu yg jaga tu pun ok, baik dan alhamdulillah Elyn cepat sembuh dan berrrrtambah lasak. Penattt!
Masa Elyn demam, anak dara yang sorang lagipun ikut demam. Dia kata adik dia yang ikut dia demam, bukan dia yang ikut adik demam. Tak kesahlah sapa ikut sapa. Bley pulak demam main ikut-ikut eh. "Banyak cakap eh awak. Demam pun banyak cakap". Terus dia diam dan lesu balik hahahahha belakon...

Muka Esha masa demam lite2...posing tetappppp.....

Smalam hari pertama puasa, Esha dapat puasa sampai pukul 12.30 saja. Bila tanya kenapa makan dia jawab :

Esha : Esha rasa jer lah Maaa..bukan makan"...okey auta lebih anak dara nih.

Mama: Knapa Esha rasa? kan Esha puasa? Kan Mama kan cakap tak boleh makan, minum, korek tinga, idong semua tak bley korekkkkk........kentut je boleh! (hahah sebab masa Mama kecit2 ada orang bitau tak bley kentut. Gila menahan....kihkihkih)

Esha : Fatin yg rasa dulu, pastu Esha pun rasalah.....Alah maaa skit jer ...

Ya Allah budak ni tak paham rupanya....hhahahahaha

Mama: Oklah, hari ni kira batal....Esok tak bleh buat centu tau. Tu dah buka puasa pun bukan makan, rugi ja. Mama potong singgit (Mama janji ngan dia sehari posa penuh singgit. Ni kira extra dari duit raya yang wajib setiap tahun).

Esha : Alah Maa, kasilah Esha seringgit Maa...Esha tersilap la. Kasilah Ma...kasi lah....

Mama : Tak bolehhhhh......takpalah, esok kalau Esha tahan posa sehari penuh bley la dpt. Tp dapat time rayalah, bukan skarang...ishhh budak nih, pening pala Mama.

*Ayah dah surrender nak cakap ngan anak dara dia yg banyak auta nih......


Selamat Menyambut Ramadhan....Semoga hidup kita semua lebih diberkati dan amak ibadat kita akan bertambah insyaAllah.....

Tuesday, September 4, 2007

SebELOm, sEMAsa, SeLePAs MERDEKA & FLORIA PUTRAJAYA 2007

Kali ni nak buat entry terpanjang + terbanyak gambar..heheheh sekali harung la konon. Semua gambar-gambar kejadian sebelom hari MERDEKA, diambang MERDEKA, hari MERDEKA dan selepas MERDEKA. Ada jugak pose-pose syok sendiri..hehehe dan sekitar FLORIA Putrajaya 2007 yang berlangsung dengan jayanya....masa kat FLORIA tu ada jualan orkid yang lawa2. Tp mama tak beli satu pun sebab tak reti jaga, takut balik mati ja orkid2 tu menyesal pulak. Ni kalau maktok mai tengok ni maunya dia tak mau balik...maktok hantu orkid. Dari daun seurat dia boleh bela sampai orkid tu berbunga besar gedabak....hehehe tp anak dia ni tak menurun ke'terer'an dia.

Bendera Merdeka yang dibuat dari bunga-bungaan...nampak ja bendera ni makcik dorang ni tanak p mana dah. keras kejung je tepi bendera tu selagi Mama tak amik gambar... Teruja amatzzz la tu konon...hehehehe




Jangan tengok orang, tengok bunga kat belakang orang ni..hahahaha...lawa-lawa. Kreatif sungguh orang-orang yg gubah bunga-bunga nih. Masa makcik-makcik ni tengah syok-syok pose kat bunga-bunga ni (asik ambik gambar diorang, gambar Mama yg tak dak ciss) sebenarnya bos masing-masing tengah sebok. Pakat-pakat ambik kesempatan poya-poya kat FLORIA dengan keizinan bos masing-masing.

Tengah round-round terserempak la pulak dengan bos-bos yang lain..hehehehe



'Akak nak tangkap gambar kat sini jugak....' kata Kak Ros sambil hentak-hentak kaki..



Muka Mama yang dah penat layan kerenah Makcik ni sorang. Masa tu panas, peluh meleleh-leleh, letih. Tersilap tak sarung selipar ja.


Geramnya tengok bunga ros ni....rasa cam nak angkut setempayan tu bawak balik.


Cik madu.........tadaaaaaaa.....nah adiah besday hang..hehehe hang nak bath tub kan...ni comei punya dok ada aku bagi kat hang nih amik la...amik....siap ada bunga taboq2 lagi tawww.





Nasib la hari Mama duty 29.8.07 haritu mendung + hujan sebelah petang. Tak la panas terik.

Cameraman & camerawoman yang separuh tauliah..hehehehehe


Seblom ko amik gambar aku, aku amik gambar ko dulu...muhahahahaha


Malam di 'Ambang Merdeka' haritu kitorang cadang nak lepak kat rumah. Nak pegi mana-mana pun malas sebab sure semua jalan jem. Putrajaya lagilah jem. Tapi disebabkan tahap kemalasan Mama untuk masak malam tu agak tinggi, dan cadang nak beli barang-barang dapor sikit, terus la kami tala ke TESCO. Makan-makan kat situ, pastu baru beli barang sebab malam tu TESCO tutup pukul 1. Esha sebok nak naik binatang gajah tu. Mama dah cakap benda tu untuk budak kecik ja, dia bley cakap 'alah maaa, sekali jerrrrr plsssssss'....hah gasaklah..... lepas benda tu dah berenti, dia mai ckp 'best la maa, thank you'...heheheheh. pandai bodek budak nih.


Gambar ni gelap la, awat ntah......


Hari Merdeka tu pagi Mak Intan sefamily datang untuk hantar barang. Makan-makan, sembang-sembang pastu Mama lupa nak snap gambar Aisha & Elyn. Petang, kami jalan-jalan ke JUSCO Equine. Terbeli sehelai baju sejuk untuk Esha sebab dia asik la complaint dia tak dak baju sejuk. Ujung minggu ni nak ke Cameron. So terbeli la sehelaiiii....


Esha ni pantang disuruh pose, sure macam2 aksi dia buat. Tak yah ajar-ajar. Adik asik la dengan tali pinggang dia tu, tak heran dah suasana keliling.


1/9/07 hari Majlis Penutup FLORIA 2007. Kebanyakan staff dari Landscape turun. Pagi pergi kenduri kawin anak Kak Ros di BBB dengan Mak Wan, Ida + Nattrah. Sedap nasi + lauk2nya. Againnnnn Mama tak teringat langsung nak snap gambar pengantin ke, mak pengantin ke apa....dah la masa tu orang ramai yg amat. Makan-makan pastu terus balik ke opis. Tukar baju, biar Elyn rehat kejap. Dalam pukul 3 kitorang gerak ke site FLORIA.


Elyn telah dibuli oleh bibik-bibik hehehehehe




Antara yang meramaikan majlis.

Elyn yang kepenatan. Riuh sungguh masa tu, tapi dia lena dengan nyenyaknya. Sesekali lagu kuat sangat baru dia terkejut. Alhamduillah senang jaga.

Masing-masing dah penat, round-round ngabihkan kupon, tapau pizza seblom balik.

Ada gaya model????

Sekianlah sudah hari-hari yg penat.......baru sekarang boleh rehat. Lepas ni nak sambut Ramadhan pulak.....Ujung minggu ni kami sekeluarga nak cuti-cuti Malaysia ke Cameron. Cuti terakhir sebelom puasa + raya. Tujuan asal nak bawak Tokwan + Maktok berehat alih-alih jadi ala-ala family day Pak Hassan. Bestnya lama tak cuti ramai-ramai.