Friday, September 14, 2007

TRiP tO cAMeROn

Last week (7-9/9/2007) kami bercuti ke Cameron. Ala-ala family day Pak Hassan la ni. Semua pegi kecuali family Pak Ngah, Mak Njang & Pak Uda. Apapun percutian kali ni memang best. Kami sewa apartment 3 bilik kat sana. Tp apartment tu luas dan sungguh selesa. Fully furnish. Sudu apa pun tak yah bawak.
Check in hari Jumaat petang. Sejukkk...Mungkin sebab cuaca yang mendung dan ujan sikit2 tambah la sejuk. Elyn dah dok melekat ja kat Mama, sejuk....Esha enjoy la jumpa sepupu2 dia....lupa langsung ke Mama & adiknya.
Hari Sabtu tu pepagi bangun makan, pastu bersiap nak pg jalan-jalan. Tokwan tanak ikut sebab dia kata penat dan dia nak berehat. Ok, takpa....Terus pegi ke Taman Agroteknologi MARDI kot tak silap nama dia. Bunga kat situ lawa-lawa. Posing-posing kat situ, lepas tu terus ke ladang strawberi pengusaha melayu yang pertama di Cameron. Tn. Hj. apa tah nama dia. Ayah Eshaelyn pernah shooting dia dulu so dah kenal. Pegi situ siap dijamu ice cream strawberi dan buah strawberi yg fresh. Sedapnya.....Tp bila balik sini makan centu tak sedap pulak. Pelik.
Balik dari situ singgah ke Cameron Valley. Mama nak beli teh. Ada orang kirim. Beli jugak kat bos sebagai buah tangan. Ayah Eshaelyn kata rasuah ke bos sebab Bos bagi Mama cuti...hahahah. Semua orang pun dah penat dan rasa sejuk amat. Tengok orang-orang kat sana selamba ja...Mama ni baju dah berlapis-lapis pun sejuk lagi...Elyn lagilah, diam ja....boh ja dalam stroller, tdo, peluk kuat skit tdo....Esha seperti biasa suka dan tahan sejuk macam Ayah. Lepas masing-masing dah bosan kat situ, gerak la balik ke rumah berehat. Petang mak long dan maktok ajak Mama ke pasar malam pun dah tak larat dah. Elyn pun tengah tdoq masa tu. Ayah Eshaelyn pegi dengan Maktok & Mak Long. Also yg lelaki2 semua nak ikut sebab nak beli barang-barang nak buat BBQ malam nanti. Budak2 kena halau g main di taman permainan tepi tu. ishh tak reti sejuk ke budak-budak nih....Ibuk-ibuk yg ada anak kecit ni semua pakat-pakat membuta. Dah la sejuk kan....sedapnya bergulung dalam selimut.....

Malam masa BBQ makan dalam suasana yang sejuk amat, ramai-ramai, selera tak yah ceritalah. Buat steamboat. Sayor pulak fresh memang sedap. Abihlah diet Mama......
Pagi ahad lepas breakfast terus siap2 nak balik. Time ni singgah lagi ke ladang strawberi untuk amik buah strawberi yg ditempah. Kena tempah sebab Mak Long beli macam nak balik berniaga, Mak Uteh ngan Mak Tam pun sama. Mama ada la beli sikit untuk kawan-kawan kat opis dan untuk makan sendiri (konon balik nak celup cekelat...sampai ke sudah gitulah jugak rupa strawberi tu).

Lepas tu singgah pulak Kea Farm....Maktok enjoy betui beli itu beli ini...segala mak nenek bunga dia beli. Tokwan dok ja dalam kereta tak larat jalan. Lepas tu terus gerak balik. Memang percutian yang memenatkan tapi bestttt.......ada plan nanti nak pegi lagi ramai-ramai.
Tengok gambar la pulakkkkk.....

Pak Tam & family. Esha tu menyelit ja...sebab dia suka kawan ngan Nurul Hanani, tua setahun dari dia.


Nampak macam dah ramai sangat, tapi ni belum cukup korum.
Mama & Maktok yang memang suka kamera. Skarang jangkit ke cucu dia Esha yang suka bergambar.
Mak Uteh & Wan Ady Hazim.

Buah strawberi yang baru keluar......puas diintai tak jumpa pun buah yang tengah masak ka apa....semua jumpa yang macam2 ni ja.

Budak-budak ni suka sungguh strawberi.....Amirah, Nurul, Ieqa, Esha & Firdaus.

Sessi makan ice cream.

Elyn pun sebok nganga2 mulut, Maktok pun bagilah rasa skit..hehehe

Esha dengan Kak Amirah, Kak Ieqa dan Nurul posing tepi ladang teh.

Mama & Kak Hani anak buah Mama yg pertama. Dah sama besar ngan Mama dah tu.

Mama & Maktok

Pakcik Eshaelyn. Still single & available. Control control lubang idong....

Paksu Eshaelyn, still single tp dah berpunya heheheh abihlah turun saham...

Maktok & Elyn yang kesejukan.....

Hazim yang comot makan strawberi. Lasak amat budak ni.....
Tokwan dengan newspaper tak berenggang.....Tamau jalan mana-mana dia kata. Nak berehat.
Bergambar sebelom bertolak balik....Ni pun tak cukup lagi. Ayah Eshaelyn & Pak Uteh tak ada dalam itu gambar.

Di Kea Farm. Apalah yang dibelek Esha tu...ralit.

Elyn suka sangat dengan strawberi ni. Dia gigit, cekau sampai senget-senget heheheh.


No comments: