Tuesday, October 9, 2007

07.10.07

Ahad 7 Oktober 2007 / 25 Ramadhan 1428H

Alhamdulillah.....umor dah mencecah 28thn, Mama masih diberi kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, dikelilingi kawan-kawan yang baik-baik, rezeki yang cukup dan persekitaran kerja yang mengembirakan. Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu diucapkan.

InsyaAllah Mama akan terus cuba menjadi seorang Mama yang baik untuk anak-anak, isteri mithali kepada En. Ayah, anak/menantu yang baik kepada Maktok & Tokwan jugak Nenek, adik/kakak yang baik kepada kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, pekerja yang baik, kawan yg baik, muslimah yang baik dan semuanya yang baik-baiklah. InsyaAllah.

Pagi hari Ahad tu bangun sahur, En. Ayah wish birthday. Mama pun tanya 'Aikkk adiahnya mana???'..hahahaha....saja buat2 lupa hadiah yang dah dpt sebulan lepas. Manalah tau kot ada hadiah lain la pulak kan. Dia sengih2 ja. Sengihan tu bermakna, kan adiah dah dapat...he he. Lepas tu Esha pulak wish birthday....hmmm cukup terharu. Siap peluk cium lagi. Sungguh anak Mama dah besar. Matang sungguh cara dia wish birthday kat Mama, mungkin gak dia tiru cara Mama wish birthday dia setiap thn.

Hari Ahad tu pegi buka puasa di rumah Cik Madu, merangkap nak celebrate besday Mama la kononnya. Tp awal-awal lagi Mama dah pesan jgn nyanyi-nyanyi...maluuuuu...hahahaha...tp si Alya beria gak nyanyi walaupun pitching dan lirik ke Laut China Selatan halanya. Comei ja bunyi dia nyanyi hehehehe.

Potong-potong kek, ehh buka puasa dulu baru potong kek. Makan-makan, sembang-sembang sat, pastu sessi mengira kueh raya. Thn ni thn kedua Mama tolong Mama Aliaisya meniaga kueh raya. Thn ni jualan agak merosot berbanding thn lepas. Thn ni separuh dari thn lepas, agaknya sebab orang tak dpt bonus so tak byk la membeli. Mama pun tak gigih cam thn lepas round sana sini tanya sapa nak beli kueh. Thn ni pakai email pastu bagi sample untuk rasa kat orang2 yang terdekat ja. Yang dah pernah rasa tak mintak sample dah terus order ja. Apapun alhamdulillah, rezeki raya.

Tp harini amatlah penatnya ngan si Elyn....tamau dok diam. Penat + kalut semacam jadinya. Hyper pulak malam ni. Nak makan pun jenoh menepis tangan dia yang sebok nak pegang pinggan jugak.

Muka gembira 'birthday girl' potong kek..hahahaha rasa cam baru 18 thn ja..kihkihkih
Penat ngan Elyn. Sat nak dok atas riba, sat nak tarik pinggan, satgi nampak pulak garfu sudu segala nak capai. Tp heran dia tamau usik pulak kek tu hehehe. Sat nak p sana sat sini, sekali dia terlentang, berdentum bunyinya...pastu terdiam. Tunggu gak dia nangih. Tp tak pulak. Diam kejap lepas tu mengganas balik.
Ni baru cukup korum geng kutu. Haritu masa di Alamanda MamaAlya tak bley joint. Thn ni thn ketiga kami berbuka sama... Sekali dlm bulan Ramadhan mesti akan cuba berbuka sama2. Thn depan rumah MamAlya plak tau hehehe. Nak murtabak singapore lagikkkk.....Sedap lip lap la...Esha asik makan tu ja. Cik Madu masak spagetti & daging black papper yg sedap & mak intan buat puding yg sedap yang amat. Siap dibekalkan bawak balik makanan-makanan yg berlebihan hehehe. Mama just bwk kek ja. Sebab ada la orang tu kann, orang tuuuuu ngidam kek chocolate indulgence ka apa ka tuh....so Mama bawak kek tu jalah.

Anak-anak yang memeriahkan keadaan. Nasib la rumah Auntie Cik Madu tak banyak barang lagik. Kalau dak jenoh la segala bawah kerusi meja depa masuk gak kot.

Makan, makan dan makan lagi.


Beg comel hadiah dari kawan-kawan geng kutu.. Terima kasih hampa semua....doakan persahabatan/persaudaraan kita berkekalan sampai bila-bila. Aminnn......

Elyn dah balik rumah pun energy penuh lagi sedangkan Mama dah lembik dia kerjakan...skarang pantang pegang mcm ni sure dia akan terlompat-lompat, langkah besar2...hehehe pastu gelak kekek2....suka sangat la tuh konon.

Muka-muka gumbira. Ni masa on the way ke rumah Auntie Cik Madu.

No comments: