Thn ni raya pertama di rumah Tokwan dulu. Tp tak kesah sebab rumah Tokwan ngan rumah Nenek dekat ja...tak sampai 10 menet. Masa balik haritu, sampai ja dari KL hari khamis tengahari, terus ke rumah Maktok sat letak barang. Pastu p pulak rumah nenek. Nak buka puasa kat sana. Hari Jumaat pagi baru balik rumah Tokwan balik.
Thn ni semua kakak/abang/adik Mama ada. Baru cukup korum. Pakat2 memasak untuk esok. Buat siap2 petang tu. Esok hari raya dah tak buat apa, cuma panaskan lauk dan buat nasik tomato. Tu pun lauk dah siap dimasak. Ketupat palas semua dah ready. Best masak ramai2, meriah cam kenduri. Adik beradik Mama ada 9 orang, gedebuk gedebak campur cucu 21 orang, menantu 7 orang, tu dia penoh rumah.
Hari Raya pertama lepas salam2 raya, tangkap2 gambar, terus pegi rumah Nenek pulak. Salam2 raya sebelah sana pulak. Tangkap2 gambar pulak ngan adik beradik Ayah. Sana tak ramai, Ayah ada 5 beradik ja. Cucu pun baru 3. Thn depan jd la 4 InsyaAllah. Aish bakal dpt adik.
Lepas dah makan2, kuar beraya rumah kawan2 ayah. Pg dengan Pak Ngah & family. Mula2 g Kangar dulu. Pastu ke Pauh, pastu pegi Kodiang, pastu balik rumah Tokwan. Elyn dah lembik. Walaupun 3 rumah saja tp penatnya....Thn ni Mama dah tak dak tok-tok sedara yang nak dilawat. Kebanyakkan dah meninggal. Makcik2 & Pakcik2 ada tp kat Langkawi nun. Ujung thn ni la lawatan akan dibuat.
Esoknya pepagi dah pegi rumah Nenek. Nak pegi raya lagi. Tp satu rumah ja. Sebab tengahari ke petang balik rumah Tokwan, ada sedara/kawan2 nak dtg. Sampai ke malam melayan orang yg dtg. Penat tp sekali sekala best. Malam balik rumah Nenek. Mentang-mentang la umah mak metua ngan umah mak dekat kan, sana sini kami p balik hehehe.
Raya ketiga dah slow skit. Tunggu kat umah Nenek ada sedara belah sana pulak nak bertandang. Tengahari balik rumah Tokwan sat sebab ada sedara dari Langkawi sampai. Raya keempat dah mula packing2 sikit2 barang2 yg nak di bawak balik. Lepak2 kat rumah nenek tak pegi mana2. Ujan lagipun. Layan tv la sikit. Hari Rabu dah gerak balik ke Puchong. Maktok & Tokwan nak ikut balik ke Puchong. Boring katanya dok rumah tinggai berdua ja. Abih dah semua orang dah balik.
Mama ngan 9 orang adik beradik. Yg sulong pompuan. Yg bongsu laki. Susun le sendiri ikut turutan cemana yg suka hehehehe....Tp yg sebenornya dari kiri Mak Long(no. 1), Mak Njang(no. 4), Pak Tam (no. 5), Pak Usu (no. 9, bongsu ler tu), Pak Ngah(no. 2), Pak Cik (no. 8), Pak Uda(no.6), Mama(no.7) and yg katiksss skali tu Mak Uteh (no.3)...Katik???..hehehe ampun kakakku....
Kesemua cucu Pak Hj. Hassan & Mak Hjh. Maranah. Paling tua umor 18th. Paling kecik yg dok atas riba Tokwan & Maktok tu. Sorang 5 bulan, Elyn no 2 kecik, 7 bulan. Tp yg 5 bulan tu lagi debob dari yg 7 bulan. Semangat sungguh si Shaif tu. Tp sorang tak cukup. Itu budak Ammar Hariz....punyalah seksa Abah dia nak soh tangkap gambar. Dia nak Abah @ Umi dia ada sama. Kesudahannya tadaklah dia dlm gambar tu.
Hehehe jenoh woo nak bagi semua dok diam gitu nak amik gambar....satgi sorang ni lari, satgi sorang ni nak bangun.Sorang tengok sana, sorang tengok sini. Mak pak masing2 kat depan tu kalut dok panggil anak2 masing2 nak soh tengok camera. Ada lagi gambar2 candid kat camera Pak Njang...tp tak dpt lagi...lagi best tengok gambar candid.Nantilah kendian.
Tema thn ni sebenarnya warna oren. Tp alihnya tudung Mama ja yg jd oren, lain tu jadi warna cekelat.
4 orang anak pompuan Maktok & Tokwan. Mama yang bongsu pompuan
Dengan Maktok & Tokwan
Family sebelah Ayah. Masa ni adik Elyn tengah terbongkang depan tv . Orang kehulu hilir tangkap gambaq pun dia bantai tdoq tak sedar diri.
Dengan Nenek. Adik Elyn baru bangun tdo...muka blur-blur hehehe.
Hari raya pertama.
Hari Raya kedua. On the way nak p raya rumah kawan Ayah. Try nak tangkap gambar sendiri. tp Elyn nampak mata + idong ja, Ayah nampak seblah ja..heheheh tak jadi la pulak.
Raya Ketiga. Tema pink...heheheh abih ke Ayah pun Mama paksa beli baju pink.
Budak yg bergaya senget ni berjaya puasa penuh 18 hari.
Budak ni pulak balik kg haritu terus pandai merangkak dan memanjat-manjat sana sini. 2-3 kali gak terbalik. Suka suka hati dia ja, panjat, try nak berdiri pastu lepas tangan..huhhh..kusss semangat.
Kat rumah Nenek ada la kerusi kecik nih. Bekenan sungguh ke kerusi nih. Bagi duduk suka kemain.
Dah puas balik raya, dah ready nak balik ke Puchong...bosan ja rasa. Ada dak kerja yang tak yah kerja tp dpt duit En. Ayah?????....Ada tak?. Hehehe....
Posing ngabihkan masa sementara tunggu Ayah masukkan barang dlm bonet keta.
Ayra Khairina. Seblom balik p rumah Tok Umi Ayra dulu (seblah rumah Maktok). Sebab seblom tu masing2 pun kalut beraya, jiran sebelah tak sempat nak menjengah. Masa Mama kecik2 dolu2 kala, Umi ngan Mak Long si Ayra ni la rakan sepermainan Mama.
Ayra & Elyn. Cam sama besar ja. Tp Ayra dah 11 bulan kalau tak silap Mama.
No comments:
Post a Comment