Friday, November 23, 2007

PeNAt!

Ahad sampai Selasa depan Mama kursus di Melaka. Satu hapa pun tak packing lagi. Kalau p seorang diri takpa. Ni semua bala tentera akan diangkut bersama, so barang akan jadi cam nak balik kg. Esok kena iron semua benda yg perlu di iron. Mcm akan jadi hari yg penat smpai mggu depan.
Balik ja dari Melaka mggu depan, malam Selasa tu Ayah akan outstation ke Utara pulak smggu. Uwaaaa......penatttttt. Banyak orang tanya knapa tak amik maid. Mama tak ready lagi nak sakitkan kepala segala nak pikir kerenah maid nih. Bukan terus amik bley dpt yg bagus, elok. Buat yg dpt tu perangai pelik2....kita yg jd bibik lak nanti. Baik tak yah. Lagipun Mama memang suka buat kerja sendiri. Skarang semua masih undercontrol....cuma kadang2 ja baju tak sempat nak dilipat, kain baju nak iron tak sempat buat. Lain2 no hal...rumah pun tak pernah la sepah sampai tak bley nak jalan.
Esha dah diajar untuk bantu apa yg patut. Lepas makan pun dia akan basuh pinggan dia sendiri. Tak suruh, tp sebab suka nak main air kan....mainan buku dia semua dia simpan elok2 dlm bilik. Cermat, dan kadang2 kedekut..hehehe.....Simpan sampai orang lain tak bley sentuh. Kalau Mama lipat kain tu kadang-kadang dia mai la dok sendeng2....lipat la benda2 yg senang cam panties dia sendiri, towel kecik adik dia dan benda2 yg senang2 la. Ok lah....
Thn depan Esha dah nak masuk skolah, baju skolah pun blom beli....Balik Melaka ni la semua nak buat. Penatt penatt....Tp demi anak, family tak palah.

Wednesday, November 21, 2007

BuNGa LaH....

Smalam bunga baru sampai. Suka gak la sebab ada merah, kuning, purple. Orang tu tanya, bunga lama mana?. Mama jwb je 'Bos amik!'...terus dia tak tanya apa dah. Kalau sebut orang lain nanti banyak lak soal dia kan...sebut jalah Bos yg amik, abih cerita.

kERjA BuDaK eSHa.....

Smalam petang patutnya Ayah amik Esha. Tp sampai ke balik tak amik2....alasan dia shooting lambat abih....ooo ngelat yer....Nasib baik Esha tak kacau, bagi hp bagi camera hah gasaklah Esha nak buat apa pun. Jangan kacau Mama ye. Dok dendiam.

Kejap2 dia bangun p toilet, satgi bangun p belakang...tanya nak p mana dia kata 'haus la Maa'. Ok dah pandai carik air sendiri kat pantry. Ok, good. Satgi2 dia tanya 'Awak nama sapa?'...erkk "sapa???" Mama tanya dia balik. 'Awak la'. Ooo belakon rupanya. Jwb la ala kadar. Siti Nurhaliza Mama kata 'hik hik hik..' kekeh2 dia gelak. 'Siti Nurhaliza, awak kena makan ubat ni 3 kali satu hari. Jgn main panas, jgn peluh2 nanti awak sakit'..hehehe ooo konon jd dr. la dia tu...Bantai la Esha oitt...

Dah jemu jd. dr. dia godek hp pulak. Semua game dia main. Satgi jemu tangkap gambar pulak. gambar kerusi la, gambar Mama dia la. Jemu ngan hp main camera pulak....time ni shiaapp..shiappp bunyi flash camera....tengok dia fokus situ, fokus sini....Mama biarkan ja. Sekali tengok heheheh ni la hasilnya.

Dia kata dia nak tangkap gambar patung kecik tu ja, bukan nak tangkap gambar beg... blom pandai main2 butang zoom tu heheheh.


Dah pandai skit..hehehe. Siap tahan patung tu ngan bantal nak bagi dia dok diam.


Hat ni yg tak tahan..hahahaha sessi perasan sendiri.


Tah sebila dia snap pic ni. Mama tengah khusyuk perati PC.


Kalau gini gaya duduk tak baca email sure baca blog..hahahahaha....bukan curi tulang. Tp rehatkan minda sekejap.


Kalau sampai dah kerut2 kening mata segala ni sure tengah pikir apa2 nih...tak taulah tengah buat apa masa ni. Bos dah ada petang, kerja pun banyak.


Heheheh tengah ckp ngan Bos pun dia snap..bukan Bos Mama dok atas siling yer buatkan Mama dongak centu. Bos tu berdiri Mama duduk centu la jd. Bos Mama memang rajin mai menyerangguh kat depan meja ni ha.... kadang sembang kosong je pun. Tp ni gayanya tengah bagi arahan la kot, tangan Mama tu kan ada pen tu..

Tunjuk la gambar2 yg Esha amik ni kat Ayah. Dia kata 'hmm good, nak ikut jejak Ayah dia la nih'. Cehh prasannnn.....tak tahan...tak tahan...

Tuesday, November 20, 2007

BoSaN NaK KEjA LaHHHH...

Bosannya nak kerja......tp kena la gak buat. Takan nak makan gaji buta kan. Buatlah apa yg patut. Bos tadak kat opis, petang baru ada. Hehehehe kureng la skit bosan.

Hari ni bawak Esha dtg opis. Sebab nak monitor bagi ubat. Esok dah bley pg nursery. Sakit dia dah ok tengok. Cuma harini kena monitor skit lagi. Ubat kena sharp 4 jam sekali. Kat nursery takut lak chekgu tak sempat nak melayan semua tu. Smalam Ayah jaga, hari Mama tak bley cuti, cuti dah ellekkk..so bawak la ke opis. Petang nanti Ayah dah sudah shooting Ayah amik la dia. Petang ni Bos Mama ada. Payah pulak nak buat kerja nanti. Dia tak kacau, tp banyak sungguh soalan dia. Kalau bos ada rasanya tak sempat Mama jawab semua soalan2 tu nanti.....malahan boleh mendatangkan amarah. So baiklah Ayah yg amik alih tugas suci murni itu.

Adik Elyn pun dah ok, Alhamdulillah. Dah pandai sebut 'Maaa...' bestnya. Teringat masa Esha mula2 sebut Mama...huhuhuh syoknya. Bahagia yg tak terucap.
Dia dah duduk tegap...setonggok je..hehehehe
Sorang demam2 sorang gatal2.....Tp alhamdulillah semakin sembuh.

Bwk mai opis ada jalah barang Mama yg dia nak punggah. Nak cop la, nak kertas, la pen la.

Tah apa la dia merepek. Soh baca story books yg di bawak baca sebaris, tamau dah. Buat maths, sehelai dah tak mau dah. Hahh....gasak lah...bagi can. Dah sehat besok siap kau....

Monday, November 19, 2007

HARI-HARI YG PENAT.....

Dah lama tak update. Sebok....sungguh sebok. Kerja kat ofis tak abih2. Kena kursus, anak2 sakit. Huhh.....sungguh mencabar. Rasa tak cukup 24jam. Rabu Khamis last week Mama kursus. Konon nak ilangkan stress tajuk kursus tu. Tp stress makin bertambah. Dah la hari kedua kursus Bos buat perangai. Tak sempat nak p ke dewan kursus dah kena tahan. Alih2 masuk kursus dah tengahari. Dengan muka sardin, hati yg dah memberontak, Mama teruskan jugak kursus.
Elyn demam lagi masa tu. Ayah jaga kat rumah. Bagus, dah boleh ngasuh. Esha pun dah abih exam so dok umah tolong ayah jaga adik. Petang tu Esha pulak tunjuk kat badan dia jd apa tah gatal2.....Mama sapu cream gatal ja. Hari jumaat tu dah nekad nak cuti. Bosan nak p ofis. Sakit hati, malas.....tambah anak tak berapa sehat. Mood nak kerja ilang. Baik dok umah jaga anak. Ayah pun tak bley cuti Jumaat ada kerja. Ok takpa, Mama take turn.
Esha complaint gatal2 tu makin gatal + sakit. Bawa ke klinik, Dr. kata kayap???..huh...bahaya nih. Tepon Maktok kat kg. tanya apa nak buat, Tepon Nenek...semua pesan benda yg sama, jgn makan benda bergoreng, goreng2 dlm umah pun tak bley. Tah la apa relevantnya dengan penyakit tu. Ikut jalah petua orang tua kan. Bwk jugak p klinik. Dr. bagi ubat untuk sapu dan ubat minum untuk ilang gatal. Esha dok rengek2 sakit maa, sakit...huhuhuh sedihnya Mama rasa...dia nangih, Mama pun ikut nangih...Tak tau dah nak buat cemana.
Hari ni tengok dah ok skit. Ayah jaga, esok mama pulak. Nasib Elyn pun dah baik demam. Batuk2 ja skit lagi. Tp yg buat Mama susah hati dia kurang nak makan. Dah halus dah budak tu...ringan ja kalau dukung. Dah pandai meragam, pandai milih orang. Sehari dua ni baru boleh duduk dengan jayanya. Tenggek sana, tenggek sini. Dah aktif skit2, tp makan kurang lagi...
Selama anak2 sakit ni kepala otak Mama tak dak langsung di opis. Mak buyung yg ganti selama Mama tak dak kat opis kejap2 tepon tanya itulah inilah, kepala Mama blur2....last2 soh dia godek la PC ni sesuka ati dia. Kalau benda baru bley la ingat, ni benda yg dah tok kaduk pun tetiba Bos nak jugak aduuii..hah cariklah dlm folder2 mana yg patut.
Ujung mggu ni Mama kena kursus lagi kat Melaka. Semua anak branak + bapak anak Mama angkut ke sana. Ayah amik cuti 2 hari tolong jaga anak2 waktu Mama berkursus. Ada waktu2 senggang tu bley kuar tengok2 diorang. Lagipun Elyn masih menyusu tak tergamak nak tinggal2 kan. Siannn....takut diorang tak heran, Mama yg tak bley tdoq malam teringat kat anak2..huhuhuhu. Tengok jadual kat sana pun ok, tak pack sangat. Esha pun tengah cuti skolah, so anggaplah ni holiday kita untuk ujung thn nih. Last year pun g Melaka. Gasaklah kan every year cuti skolah kita p Melaka ja kan...heheheheh. Bosan tu bosan la tp nak buat cemana. Takpa next month kita p Langkawi pulak. Nak p lagi jauh2 tadak rezeki lagi.
Ada gambar2 yg terperap tak post2.....gambar g makan2 open house, gambar suka2....gambar bunga.....BUNGAKU DICURIIIII!!!!....benci benci...baru tak der kat opis berapa hari ja dah ilang!....huhhhh.
P open house kat Bangi. Muka-muka yang makan tak hengattt....


Cik Natt, tengok orang diet makan cendol je tau.....Tengok mana der pipi aku tembam????...tengok, mana der????

Letih mlayan makcik ni sorang. Pala dia tak bley tahan gila-gila....

Dan dia jugak amaatttzzz gilakan kamera. Baru Mama nak pose, dia pun nempell..bosan tau.

Seee kan betul dia gila camera..hahahahaha...ni jamuan di hari lain pulak.

Seblom demam2....Ayah ajar dia pagi2 seblom hantar g skolah tengok bird la, cat la, car la...ishh kalau la Ayah outstation, kan haru jadinya Mama nih...mana der masa semua tu. Ishhh saja je tau. Sejak dia demam tak derlah kluar2 nak tengok bird segala....tp pagi bangun tdor je rengek2, dok kat depan pintu diam. Hah sudaaahhh....tp dlm rumah bila sebut bird, dok tengok2 siling..hehehe padahal orang tunjuk bird dlm buku. Issh dah salah pahaman.
P shopping complex pantang la jumpa menatang nih. Sure meronta2 nak naik.

Bunga ni dpt mggu lepas, lepas...2 mggu lepas la. Tak suka sebab putih nampak kosong ja. Sama kaler ngan blind.
Bunga ni dpt Selasa lepas....nasib baik smpat snap gambar dia. Hari ni tengok dah ilang. Cissss.....Kononnya kan ada orang amik sebab nak bagi kat kawan dia kat spital yg kena kanser...ya ampunnn kedekutnya..beli la bunga lain yg baru, cantik. Ni bunga meja aku ko kebassss????... cis. Ni bukan khabar angin, En. Bos yg btau sendiri. Dia yg bagi permission orang tu amik bunga tu...cisss cisss cissss....

Monday, November 5, 2007

ElYn KeMbAli

Hari Ahad badan dia dah ok. Petang p open house rumah kawan Ayah, pastu p umah Cik Madu. Tp tak dok lama, singgah sat ja. Sebab dia mcm tak selesa. Balik tengok dia diam lagi. Tukar baju semua nak bagi tdoq. Sekali tengok dia punya panjat sana sini. Abih satu baby coat tu dia round.

Merangkak pun baru boleh ada hati tu dah nak melata. Betuilah orang kata demam nak pandai jalan hehehe.

Alamak....dah bley pnjat la. Sikit ari lagi sure tak bley dok dlm ni dah.
Hehehe nampak dak dia disebalik gambar katun tu?, tengah panjat2.
Tak bila la ambik gambar ni...si kecit ni kalau dok dlm ni, zroom sana, zroom sini. Tp bunga kaca Mama yg kat penjuru dinding tu tak pulak dia kacau. Jangan kacau tau....p main tang lain ye adik....

eLyN Yg dEmAM

Khamis last week Mama MC. Tak shat. Tak la hantar adik ke nursery sebab rasa badan dia dah suam2. Dok la ngan Mama. Kakak kena p skolah sebab exam dah nak dekat. Mai ja petang, badan adik dah panas.... Mama lap, check suhu dah tinggi dah demam. Ubat tu cam tak kesan ja. Lap lagi....pastu dia dah start gigil2...panic dah Mama ni. Bwk p klinik lagi. Terus dr. bagi ubat kat bontot. Pastu dr. kata lap ja lagi bila demam dia naik. Ubat kena tukar.
Hari jumaat tu dah ok sikit. Tp Mama amik cuti lagi. Biar dia sembuh betul dulu. Dah duduk ngan Mama ngada skit budak ni. Tak bley berenggang. Mama p dapor dia ke dapor, Mama ke depan dia kedepan. Mama duduk dia pnjat riba. Takpalah sian, bagi can la. Mai petang dia takmau dok dlm umah dah. Ek sana, ek sini. Itu tak kena ini tak kena. Bila berdiri depan pintu diam....wooo nak kuar eh?. Bosan eh dok dlm umah.
Ajak ayah round lepas amik kakak kat skolah. P taman kat rumah. Lepak2 sat pastu balik. Malam tu panas balik badan dia. Lagilah Mama ni lap lap lap dan lap. Risaunyalah bila anak demam ni. Dengan batuk selsemanya lain. Gilir2 ngan Ayah bangun check suhu, bagi ubat. Tp kan time ayah nyer turn, Mama tetap kena bangun....Mana accccciiiiiiiiii...ngelat Ayah nih. Tp si adik ni pun, cam tau2 ja Ayah kalau tengah malam buta, mata tak berapa celik. Cam tak confident kot dia hahaha, dia nak Mama jugak.
Hari Sabtu dia dah ok skit. Tp just dok umah tak p ke mana. Sebab nak make sure dia sehat btul2.....Bagi dia tdor puas2...Alhamdulillah dah ok. Cuma ada batuk2 sikit2 ngan selsema sikit2 lagi.
Kemaruk nak kuar jalan. Dpt pegang stereng bukan takat pegang, gigit2 lagi hehehe.

Dia punya suka la dpt kluar.....

Yg ni pun suka la dpt p ke tmn. Dah lama dok mintak ngan Ayah. Nak p sorang sorry memang Mama tak bagi walaupun dekat dengan rumah. Nak pg tunggu Mama / Ayah p skali.

Sambil kakak main2 buaian, Mama layan adik makan. Dah 2 hari adik tak lalu makan. Kurus pulak anak Mama ni nanti.

Tak senang budak ni nak makan. Kakak dia asik la panggil2.

Makan dulu. Satgi kita p la main ngan kakak tu.



'Alamak dik, pipi kita dah sama tembam la dik.....' huhuhuh takuttttnyaaa...diet diet...

Suka yer...mggu depan exam yer cik kak...

Buai laju2......

Ayah pun teringin nak naik buai nih hikhikhikhi dah berebut ngan kakak.

Sian budak ni demam.
"Dah...dah jom balik...adik dah start cranky2 nih............"