Monday, November 19, 2007

HARI-HARI YG PENAT.....

Dah lama tak update. Sebok....sungguh sebok. Kerja kat ofis tak abih2. Kena kursus, anak2 sakit. Huhh.....sungguh mencabar. Rasa tak cukup 24jam. Rabu Khamis last week Mama kursus. Konon nak ilangkan stress tajuk kursus tu. Tp stress makin bertambah. Dah la hari kedua kursus Bos buat perangai. Tak sempat nak p ke dewan kursus dah kena tahan. Alih2 masuk kursus dah tengahari. Dengan muka sardin, hati yg dah memberontak, Mama teruskan jugak kursus.
Elyn demam lagi masa tu. Ayah jaga kat rumah. Bagus, dah boleh ngasuh. Esha pun dah abih exam so dok umah tolong ayah jaga adik. Petang tu Esha pulak tunjuk kat badan dia jd apa tah gatal2.....Mama sapu cream gatal ja. Hari jumaat tu dah nekad nak cuti. Bosan nak p ofis. Sakit hati, malas.....tambah anak tak berapa sehat. Mood nak kerja ilang. Baik dok umah jaga anak. Ayah pun tak bley cuti Jumaat ada kerja. Ok takpa, Mama take turn.
Esha complaint gatal2 tu makin gatal + sakit. Bawa ke klinik, Dr. kata kayap???..huh...bahaya nih. Tepon Maktok kat kg. tanya apa nak buat, Tepon Nenek...semua pesan benda yg sama, jgn makan benda bergoreng, goreng2 dlm umah pun tak bley. Tah la apa relevantnya dengan penyakit tu. Ikut jalah petua orang tua kan. Bwk jugak p klinik. Dr. bagi ubat untuk sapu dan ubat minum untuk ilang gatal. Esha dok rengek2 sakit maa, sakit...huhuhuh sedihnya Mama rasa...dia nangih, Mama pun ikut nangih...Tak tau dah nak buat cemana.
Hari ni tengok dah ok skit. Ayah jaga, esok mama pulak. Nasib Elyn pun dah baik demam. Batuk2 ja skit lagi. Tp yg buat Mama susah hati dia kurang nak makan. Dah halus dah budak tu...ringan ja kalau dukung. Dah pandai meragam, pandai milih orang. Sehari dua ni baru boleh duduk dengan jayanya. Tenggek sana, tenggek sini. Dah aktif skit2, tp makan kurang lagi...
Selama anak2 sakit ni kepala otak Mama tak dak langsung di opis. Mak buyung yg ganti selama Mama tak dak kat opis kejap2 tepon tanya itulah inilah, kepala Mama blur2....last2 soh dia godek la PC ni sesuka ati dia. Kalau benda baru bley la ingat, ni benda yg dah tok kaduk pun tetiba Bos nak jugak aduuii..hah cariklah dlm folder2 mana yg patut.
Ujung mggu ni Mama kena kursus lagi kat Melaka. Semua anak branak + bapak anak Mama angkut ke sana. Ayah amik cuti 2 hari tolong jaga anak2 waktu Mama berkursus. Ada waktu2 senggang tu bley kuar tengok2 diorang. Lagipun Elyn masih menyusu tak tergamak nak tinggal2 kan. Siannn....takut diorang tak heran, Mama yg tak bley tdoq malam teringat kat anak2..huhuhuhu. Tengok jadual kat sana pun ok, tak pack sangat. Esha pun tengah cuti skolah, so anggaplah ni holiday kita untuk ujung thn nih. Last year pun g Melaka. Gasaklah kan every year cuti skolah kita p Melaka ja kan...heheheheh. Bosan tu bosan la tp nak buat cemana. Takpa next month kita p Langkawi pulak. Nak p lagi jauh2 tadak rezeki lagi.
Ada gambar2 yg terperap tak post2.....gambar g makan2 open house, gambar suka2....gambar bunga.....BUNGAKU DICURIIIII!!!!....benci benci...baru tak der kat opis berapa hari ja dah ilang!....huhhhh.
P open house kat Bangi. Muka-muka yang makan tak hengattt....


Cik Natt, tengok orang diet makan cendol je tau.....Tengok mana der pipi aku tembam????...tengok, mana der????

Letih mlayan makcik ni sorang. Pala dia tak bley tahan gila-gila....

Dan dia jugak amaatttzzz gilakan kamera. Baru Mama nak pose, dia pun nempell..bosan tau.

Seee kan betul dia gila camera..hahahahaha...ni jamuan di hari lain pulak.

Seblom demam2....Ayah ajar dia pagi2 seblom hantar g skolah tengok bird la, cat la, car la...ishh kalau la Ayah outstation, kan haru jadinya Mama nih...mana der masa semua tu. Ishhh saja je tau. Sejak dia demam tak derlah kluar2 nak tengok bird segala....tp pagi bangun tdor je rengek2, dok kat depan pintu diam. Hah sudaaahhh....tp dlm rumah bila sebut bird, dok tengok2 siling..hehehe padahal orang tunjuk bird dlm buku. Issh dah salah pahaman.
P shopping complex pantang la jumpa menatang nih. Sure meronta2 nak naik.

Bunga ni dpt mggu lepas, lepas...2 mggu lepas la. Tak suka sebab putih nampak kosong ja. Sama kaler ngan blind.
Bunga ni dpt Selasa lepas....nasib baik smpat snap gambar dia. Hari ni tengok dah ilang. Cissss.....Kononnya kan ada orang amik sebab nak bagi kat kawan dia kat spital yg kena kanser...ya ampunnn kedekutnya..beli la bunga lain yg baru, cantik. Ni bunga meja aku ko kebassss????... cis. Ni bukan khabar angin, En. Bos yg btau sendiri. Dia yg bagi permission orang tu amik bunga tu...cisss cisss cissss....

No comments: