Monday, December 31, 2007
SeLaMaT TaHuN BaRu 2008
wEeKeNd Yg bOriNG
Lepa je smpai ke ujung ni pulak. Kacau tong cat ayah nih. Kesah tong cat ni kan, haritu kan orang tu nak cat rumah seblom dia outstation....tp kannnn smpai ke harini tong cat tu dok tang tu la jugak lagi....kita tengok la sampai bila eh....
Lepa lagi smpai pulak ke pintu. Geram ja dia dengar suara kakak kat luar tu kan. Apalagi laju ja dia....Sesekali Mama tanak boh dia dlm walker, bagi dia buat aktiviti bebas kat bawah. Merangkak memanjat. Tp Mama pun akan penat sama. Tp yg heran tu tak gak kurus2....huh!!!!
Friday, December 28, 2007
oReNtASi
Hari ni ada orestasi pelajar thn 1. Excited nak p skolah. Asik tanya, esok Esha dah Darjah 1 ke. Tengah carik jalan cemanalah nak bagi dia bersiap pepagi tu laju skit...alahai very the slow larrr..letih. Rambut tu rasanya cam perlu di pendekkan so pagi2 Mama tak yah kelam kabut nak keringkan rmbut dia pastu nak tocang segala.
Tp budak yg kuat melaram ni tamau berambut pendek. Dia nak rambut 'sunsilk'....boleh kibas2 gitu. Ayah pun suka anak dara dia berambut panjang, lebih sweet kata dia. Okey okey, tp kena bangun a bit early. Kalau tidak i dont care!.... potong pendek. Dah besaq esok dah pandai jaga, simpan la sampai ke lutut sekali pun. Mama tak kesah.
Hari ni ja Mama ngan Ayah hantar smpai depan kelas tau. Nanti Esha kena masuk sndiri. Mama hantar kat gate ja. Tp rasanya dia ok. So far tadak masalah. Senang bergaul dan dpt kawan baru. Lagipun harini Mama ngan Ayah pun excited lebih. Ayah menjalankan tugas2nya dengan jaya. Snap sana sini..hi hi hi hi.
Dalam dewan. Esha dpt kelas 1 Amanah.
Orentasi berjalan lancar. Budak2 cikgu class amik bawak jalan2 tunjuk persekitaran skolah. Mak Bapak diberi ceramah kat tmpt lain. Pastu sessi bayar2 yuran. Bila time ni Mama terpikir, ishh cemanalah orang yg anak ramai2 tu. Kena sekali naik skolah 2-3 orang anak uishh parah gak tu. Nasiblah Esha sorang. Semuanya duit. Walaupun yuran skit sana skit sini, bila dicongak2 makan beratus jugak.
Ayah tak abih2 kata 'ishh tak sangka anak kita dah darjah 1 kan....'. Mama tengok dia tadi rasa cam sayu, terharu semua cukup...betui cam ayah kata cam tak pcaya dia dah darjah 1. Sekejap sngt rasa masa berlalu. Emosi lak tau...Apapun semoga Esha maju dan cemerlang dlm pelajarang dan jd anak yg baik. Mama ngan Ayah sentiasa mendoakan kebaikan & kesempurnaan dlm hidup Esha....
Time ni tengah beratur kat dataran apa kenama tah... sementara tunggu cikgu bawk masuk kelas. Dah habih round2. Masa ni Mama dah lembik lutut, pening2...dari pagi tak jamah apa.
Abih ja sessi orentasi, terus Mama ajak Ayah g makan dulu. Dah nak kelam mata dah. Dah pkul 10.30. Mama memang jenis yg perlu breakfast, kalau tak breakfast cenni la jadi. Boleh gigil2. Lepas dah siap makan baru masuk opis.
Skarang Mama nak p lena sat, rehat kan lama...kepala sakit!.
Thursday, December 27, 2007
mAmaDeeLa & ChcKn CHop
Merengek2 ajak orang teman dia g makan chckn chop...cam orang ngidam. Orang dah ckp orang diet nih, dia nak gak ajak makan. Sekali ni je, esok aku diet terus smpi thn depan. Hang jgn nak ngada2 ajak aku p makan. Pasni hang bwk bekal no.
Sebabkan Mama dah kembang sana sini, Mama jamah la seketui kebab ni.....iskhh ingat target 55kg...55kg.
Dan sebab dia kata badan dia selim melim lagi, banyak lagi ruang2 yg boleh diisi ngan lemak segala, so dia makan la chckn chop nih. Ishhh tengok cam sedap la pulak...Sedap nad???
rAbuN
Tua ke??? sedih saya tawww.....tp takpa, biarlah janji mata saya slamat + sehat!.
eNtRy tERtAnGGuH - haRi RaYa aiDilaDha
Balik kg. baru ni Elyn betul2 buat perangai. Langsung tak mau kat orang, Ayah dia pun dia reject!. Nak berkepit ngan Mama ja. Satu kerja tak bley nak buat. Masa nak kenduri kendara tu, time dia lena ja kelam kabut buat apa yg patut. Dia jaga ja jgn harap la Mama nak tolong memasak bagai. Sanggup dia pegang kaki sluar tak lepas2. Alih2 Mama mintak kat Mak Long, part yg potong2 past kat Mama sebab boleh duduk. So Elyn akan melepek sebelah Mama sambil main pinggan mangkuk periuk belanga sudip segala. Very the leceh nooo...
Esha seperti biasa kalau balik rumah Maktok ilang....sukar dikesan. Kena Mama jerit bagi satu taman dengar baru dia nyahut. Main ngan sepupu sepapat sampai tak ingat makan minum. Sebb tu dia kurang gemar balik rumah Nenek skarang nih. Rumah nenek tak ramai sepupu. Asik2 gado ngan Pak Su & Mak Teh dia. Boring sangat Mak Langnya pun boleh jd hal...
Bahagianya lah dia dpt duduk macam nih. Mama berdiri dia nakberdukong, Mama duduk dia nak berriba. Letih seyy.....
Muka budak comot....berlubang2 muka dia kesan chckn pox.
Monday, December 24, 2007
CuTi...x CuTi...CuTi...x CuTi....
Tuesday, December 11, 2007
eLyN & ChiCKen pOx....
Muka dia sampai merah. Letak dlm buai pun kena sentiasa berenjut buai tu. Stop ja ek ...ek...so Esha la mangsa mengenjutkan buaian itu. Orang tua2 kata tak bleh goreng2 kat dlm umah. So semenjak dua tiga menjak Elyn sakit ni semua yg Mama masak ala2 rebus. Singgang la, stim la....nak lagi terrer Mama beli...bab tu memang Mama terrer.
Our trip to Langkawi dengan ini cancel..uhuksss. Tak palah, kalau p pun anak tak sehat tak best jugak. Tp kami akan tetap balik kg Tmn Uda untuk sambut Aidiladha. Langkawi, next time akan p jugak . Harus....dah lama Mama tak balik sana. Last balik Masa Esha umor 2thn tak silap..Masa tu Tokwan Mama sakit. Memang ralat la tak bley balik mggu depan. Lagipun sepupu Mama yg nak kawin tu harap sangat la Mama balik...sorry la...cannot make it. so so sorry.
Untuk suamiku :'abanggggg (dengan nada sengau2 skitt).....ai tak mintak you bawak ai p kepulauan hawaii ke bali ke, ai cuma mintak you bwk aii p Langkawi jerrk....Cuti skolah bulan 3 nanti na???. Janji na???'
Friday, December 7, 2007
sUkA DuKA.....
Wednesday, December 5, 2007
aRRRgghHHHH..............
Mggu ni dpt bunga ni. Ros ngan carnation. Cantik tp lagi cantik bila semua dah kembang nanti ...sejuk skit mata memandang... ilang penat berlari larian dlm opis nih. Nasib bos takdak kat opis. Kalau tidak huh sure terkejut dia bila opis ni gegar2...heheheh. Dah lama tak bersenam, lari2 gitu pun semput, mengah, lelah....
fAriSha & KoNSeRt
Smalam skolah Esha ada Hari Anugerah & Konsert Tahunan. Tp anugerah tak berapa anugerah sebab result exam tak kuar lagi. Ujung mggu ni baru dpt. Boley centu?. Heheh gasaklah cikgu oit. So konsert ja lah.
Petang smalam Mama mintak kat bos nak balik awal sebab konsert tu buat di KDE Ampang. Jem la pulak sementara nak sampai tu nanti...Bos kata 'baliklahhh'...'TQ bos'. Hehehe laju la Mama balik. Amik Elyn dulu kat skolah. Masa tu Esha tengah dimake up2 oleh chegunya...so tinggal la dia dulu...sekali dah siap ni lah rupanya.
Dah abih semua, baru penyampaian sijil. Esha dengan Chekgu Besarnya.
Esha dpt cabutan bertuah jugak malam tu. Tp hadiahnya lawak la pulak. Wet tissue. Tak paham tak paham....bagilah buku ke, pensil ke kan....ishh banyak lak bunyi Mama ni kan. Dpt gak.
Monday, December 3, 2007
HaPPy BiRtHdaY SaYaNg....
Happy birthday to you....
eNTrY bASI - kURsUs D mELAka
Masing2 ingat dinner biasa ja sekali kena catwalk bagai kot atas titi kat tepi pool tu. Dinner pun buat kat pool side. Hah gasak kauu..hahahaha...sessi mamalukan diri sendiri la kononnya malam tu. Siap yg tak pernah2 joget karaoke bagai pun kena gak. Naik sheh la semuanya.
Tp sebab Ayah ikut, so Mama cam malu2 kucen la skit kan..hahahah....tu pun balik bilik siap kena gelak lak lagi...ingatkan dia tak bley tengok dari atas, rupanya bila balik Mama tengok dari atas, mak aihh clearrrr...malluuuuuuuuuuuuuuu....Esha ckp Ayah dia gelak sampai tekan2 perut. Ciss...Tak pa takpa....
Nama skarang Everly Resort Hotel Melaka. Nama dulu Rivera Bay Resort kalau tak salah. Cantik tmpt ni. Lenkali kena mai lagi. Untuk berehat sahaja...
Group Mama. Semua best2 + sporting. Kak Sue, Kak Ruby, Kak Sidah + Kak Siti. Yer semua kakak2...saya sorang je adik yer...hiks prasan muda taw.
Siannn dia, penat sampai pengsan. Ampunn Nini....hikhiks.
Suka la tengok gambar nih. Kak Ros asik tesengih ja....
Seblom sessi memalukan diri sendiri, semua jamu2 perut dulu.
Malam tu Mama bertuah, seblom ni kalau ada function, cabut la berapa bnyak pun.Jarang nak dpt...hehehe tp malam tu dpt...besttt.
Muka-muka bertuah. Kak kmal....apahal akak nyer kotak lagi besar dari kita?????. Sungguh tak adilll!. Mamadeela malam tu tidoq pun senyum sebab dpt adiah....
Penceramah yg sporting + best....tp kan asal dia pegang ja mickrophone dia balun lagu dangdut. Asal pegang ja lagu dangdut. Mas Idayu lak tu..hahahah sakit perut malam tu gelakkan orang. Selamba ja mmekak tp kolam tu.
Gruop ni klakar....sakit perut gelak. Nama kumpulan ni 'the gelllitersss' baca cam ejaan tu. Ampunnn june...ampun..Ibu AfiffArissa, aku tak tahan dengan ko nyer 'aaahah!'
Dia kan...dia kaann..bley ke ckp kak???. Bley eh...dia kan tengah bahgia gitu....dah tu malu orang masuk blog dia sebab bnyak puisi2 jiwang katak puru dlm tu. hiksss....
Breakfast pg....Dia akan round tengok semua dulu pastu alih2 itulah jugak yg dia amik. Tak jemu2....p la hotel mana sekali pun itu jerlah yg dia angkut.