Monday, December 31, 2007

wEeKeNd Yg bOriNG

Sejak Ayah outstation ke Penang hari Sabtu, kami semua dilanda boring. Mama pulak style malas nak kuar2 kalau bertiga. Penat. Lagipun ngan mata yg kurang nampak ni jd lagilahhh malaih. Pakai spek pun tak best. Agaknya power dah lain, atau masa buat spek ni mata Mama dah ada selaput. So bila dah pakai ubat ni selaput dah kurang, power sebenarnya lain. Apapun kena tunggu next appointment untuk check power b4 buat spek baru.

Hari ni Mama drive ke opis dengan susah payah. Pakai spek lagi haru jadinya. So Mama tawakal saja. Laluan tu memang dah jadi rutin setiap hari so agak mudah nak agak simpang mana nak masuk simpang mana nak terus, lobang mana nak elak, lubang mana bley langgaqqqq saja..hahahaha pengsan kalau Ayah baca.

Ok berbalik kepada cerita weekend. Ayah pegi lepas breakfast hari Sabtu. So sepanjang petang tu kami anak beranak lepak ja. Petang kluaq la sat jalan2 depan rumah. Excercise la konon kan. Hari Ahad pagi Esha nak makan roti canai, so Mama drive la jugak ke kedai mamak kat PP walaupun malas yg hamattt. Lagipun Mama nak beli kicap. Ye saya penggemar kicap, tanpa kicap idop saya tak bermakna hehee....Makan apa pun saya mesti nak letak itu kicap. Orang kedah kata toyu kehkhekehe....

Balik tu kemas rumah, basuh baju yg bertimbun2, sambil sesekali bersilat ngan Elyn yg asik la pegang sluar Mama kehulu kehilir. Sebab dia dok dlm walker so laju la Mama bley tarik.


Daripada dia tak buat apa2, Mama soh dia kapur kasut dia sendiri. Punyalah lama. 3 pasang kasut tatau la berapa jam dia dok depan pintu tu. Elyn pulak geram ja dok tengok kakak dia buat kerja. Kaki dari dlm walker tu terkuis2...hehehe

Masak tengahari pun simple2 saja. Goreng ikan ngan buat sayor untuk Esha ngan Mama makan & bubur nasik untuk Elyn.


Sebab dah tamau p mana, so bagilah dia main mendalah ni kat depan rumah. Mama lepak ngan Elyn kat tepi tu. Elyn pun skrang pantang dah petang, mesti tak diam dah nak dok dlm umah. Sekejap2 nak ke pintu, sekejap2 nak ke pintu. Pegang tangan dia dah pandai nak berjalan. Gigi pun blom tumbuh....


Bila Mama dah tak larat lepak luar, bwk la si kecik ni masuk dlm sambil nak lipat2 kain. Banyak kerja dia, panjat sana sini. Bila dah panjat kerusi tu lps tangan lak tu...eksen sungguh.


Lepa je smpai ke ujung ni pulak. Kacau tong cat ayah nih. Kesah tong cat ni kan, haritu kan orang tu nak cat rumah seblom dia outstation....tp kannnn smpai ke harini tong cat tu dok tang tu la jugak lagi....kita tengok la sampai bila eh....



Lepa lagi smpai pulak ke pintu. Geram ja dia dengar suara kakak kat luar tu kan. Apalagi laju ja dia....Sesekali Mama tanak boh dia dlm walker, bagi dia buat aktiviti bebas kat bawah. Merangkak memanjat. Tp Mama pun akan penat sama. Tp yg heran tu tak gak kurus2....huh!!!!

No comments: