Rutin Mama skarang bermula seawal jam 5 pg (kalau tak terbabas cam ari tuh..hikss). Buat sarapan + bekal untuk Esha. Mama akan cuba jugak masak bekal tuk dia tiap pagi. Sebabnya dah la malam tak masak, jarang sngat la masak. Takan pg pun nak bgi makan beli jugak. Langsung tak rasa air tangan Mama. Nak jampi2 skit bagi dengar ckp ka hapa ka kan. He he orang kata doa ibu ni menjadi. So selain dlm solat, masa masak pun konon Mama tiup2 la skit....heheheh.
Lepas antar Esha & Elyn ke skolah ngan ke nursery, Mama ke Opis. Kalau Ayah ada dia antar la kami2 ni semua. Kalau dia tak ada baru Mama take over. Petang balik keja amik Esha di skolah / tmpat transit pastu amik adik Elyn di nursery. Balik ja rumah, lepas mghrib Mama start enjin balik. Bagi Esha makan, tengok2 dia buat homework skit, smbil2 buat siap bubur nasik Elyn tuk esoknya, basuh baju, lipat baju, iron baju (huhuhuhuhuh antara kerja2 yg paling saya tak sukaaaaa). Siapkan beg anak2 dan letak siap2 kat pintu. Kalau Ayah ada, dia tengok bola, bola dan bola lagik...huhh..very the bos. Tp ok lah dia tolong enjutkan buai adik Elyn. Jaga adik kalau dia bangun so Mama buleh buat kerja ngan aman tanpa gangguan gitu.
Pastu semua akan pengsan smpai keesokkan harinya. Ulang balik la rutin yg sama. Smpai ujung mggu. Tp Mama tak boring. Sebab tak sempat pun nak boring. Prong prang prot pret sana sini dari pagi bwk ke malam jadikan Mama tak sempat nak pikir pasal boring. Cuma penat. Bila pikir2 balik, terasa puas sebab Mama boleh uruskan semua InsyaAllah.....Nak ada kerjaya, nak family teratur, penat pun tak pa, hati puas. Weekend kalau Ayah tak kerja, masa tuk kami sefamily jalan2, rehat2 dirumah, lepak2.
Esok cuti sempena Awal Muharram, kami akan ke Kuantan dengan Nenek. Pak Ngah akan dpt baby baru harini. Mak Ngahnya akan dioperasi nanti tghari sebab ngak bisa melahirkan secara normal. Pegi pagi balik malamnya. Nanti kita tengok baby baru Pak Ngah no.......daaa....
No comments:
Post a Comment