Friday, May 30, 2008

Melaka part 4

Entry ni khas untuk MamaAlya sebab dia nak tau rupa paras Everly Resort Hotel nih. Tp tadak la gmbar bilik pulak...gambar depan hotel ni ja ada. Tak teringin la pulak nak amik gambar bilik hotel haritu.

Dulu nama dia Reveira Bay Resort ka hapa tah....ni ala2 cam promote la pulak. Harus Cik Jah mintak diskaun kat hotel tu lagi pasni. Best gak la tmpt ni. Masa dok baru ni Cik Jah dpt diskaun 70%. Kami amik family suite. Lega la dpt diskaun. Tp tatau la pasai pa tah. Dah orang nak bagi murah, sebat jalah kan. Ni kali kedua kami stay sini. Mula duduk dulu tadak la dpt diskaun apa pun. Rate biasa jalah.

Makan pun sedap....bilik pun ok, semua ok la.....

Ok Mama Alya, kalau p Melaka pasni, beli ole2 kat Cik Jah taww...tp tamau belacan, tamau cencalok, tamau key chain & tamau kipas kain..muahahahahahah.....ok?????

Melaka part 3

Hari Rabu tu Elyn bangun awal sungguh. Dari malam pun dia tak lena tdoq sangat, meracau2. Seronok sngat agaknya smalam. Sepanjang malam tdoq, Ayah bukak surah Yassin. Subuh tu dia dah tanak tdo. Kacau orang sana sini. Pastu asik la ke tingkap tunjuk ke bawah. Terus Mama angkut dia turun, ronda2lah kami dua beranak tepi2 pantai tu.

Kami pun buatlah aktiviti syok sendiri.....posing2, guling-guling heheh tipu tipu.

Pastu Elyn asik nak tala ke tmpat ni je, layannn. Seblom tu jenoh dok kejar, dia asik nak tala ke kolam.

Lepas tu kitorang pun naik, Elyn ngantuk la pulak. Haa kan smalam tanak tdo. Time Elyn tdo Esha pulak turun ke kolam ngan life guardnya Cik Li & Paksu Boboy. Lama kemain depa berendam. Pas depa naik, terus kemas nak check out, nak balik dah...

Sebelom balik Puchong, singgah tmpat2 yg jual-jual belacan, jajan segala tu, Nenek nak beli bwk balik. Lepas beli2 singgah makan kat tmpt tu tah hapa ke nama tah....perut dah lapar. Pastu singgah Dataran Pahlawan. Ada shopping mall kat situ, pening... luar panas, dok dalam aircond la pulak.

Bagi Elyn layan mendalah ni, suka dia...orang yg memegang tu yg patah pinggang..hahahaha...kalau lepas dia cam nak terbalik je jdnya.

Esha pulak nak layan benda ni. Dia kalau pg mana supermarket pun kalau jumpa benda yg kaler2 guna serbok ni sure nak buat...pandai lak tu pilih2 kaler. Tp nak korek2 kertas tu Mama la kena tolong.

Pas dah jalan2 penat, singgah Jonny's pulak. Pekena steamboat. Kalau banyak bejalan ni perut laparrr ja kan. Asik makannnn saja. Belasah jalah. Elyn tengah tdo time ni. So kami pun lepak2, makan pelan2, bagi dia lena lama skit.

Pastu lepak kat taman sebelah Dataran Pahlawan ni jap.

Elyn dah meragam. Baru bangun tdo nih. Sapa nak dokong pun dia tanak. Terselit je celah ketiak Mama.

Pastu terus balik...Nenek singgah Nilai, tp kami sefamily terus balik...penat dah tak lalu dah nak singgah2.

Percutian yg biasa2 ja bagi Mama. Sebab dah banyak kali p Melaka. Ada sesapa nak amik Cik Jah jd Duta Melaka?????sila email ye..ecece hehehehe....Pas ni ai nak p london la, ostrolia ka, hawaii ka, boleh tak Cik Li??????

Melaka part 2

Lepas dah check in hotel, rehat2 sat. Konon nak bagi Elyn tdo dulu. Tp makcik ni seronok sgt berjalan sana sini. Baringkan atas katil dia punya menjerit cam kena dera. Tanak tdo ok..huh..Mama dia bateri dah weak, lip lap lip lap lampu dah nyala...penat nak pengsan semua ada, yg dia dok ngelupur sana sini. Pastu siap terantuk sana terantuk sini. Meja kusi semua dia langgar, tahan mata punya pasal.
Dlm pukul 4.30 centu dah tamau tdo gak, tukarkan baju, jommm turun....acara yg ditunggu2 oleh Esha. Sekali Elyn pun kemain, smpai tanak naik. Tp dia ni cepat kena batuk selsema, so tak boleh mandi lelama.

Baju mandi Esha dulu elok lagi. Sekali ngam ja ngan dia. Tengok muka tak sbar2 nak mandi. Mama yg tamau2 mandi ni pun basah la sekerat. Life guard @ Cik Li tak turun lagi masa ni, dok lepak kat atas lagi.


Makcik ni mandi smpai kecut2.

Mentang2 la ada orang pegang, baik punya dia buat macam2 pose kat dlm kolam tu. Tp kalau biarkan dia pun suka ati dia ja nak berlari dlm kolam tu...uhuhuhu seriau Cik Jah tau...memang tak lepas langsung.

Ok life guard dah turun, Cik Jah pun pose2 la tepi kolam tu. hiksss...auuuwww seksinya Cik Li.
Malam tu mulanya nak p makan ikan bakar, tp last2 makan kat gerai2 dekat2 Everly Resort tu ja. Semua dah keletihan....balik hotel semua zzzzzz....

Melaka part 1

Hari Selasa lepas kami bertolak ke Melaka. Dlm pukul 7 pg lebih kurang dari Puchong. Singgah breakfst dulu kat PP. Pastu terus ke Melaka. Smpai2 ja tuju zoo dulu sebab nak check in hotel pukul 3 centu kan, so smpat round2 dulu.

Ok tak senyum cam ni??? belasahh jelah Esha..

Rombongan Cik Jah melawat Zoo Melaka. Yg baju biru tu MIL Cik Jah. Yg lain2 tu adik ipor...

Baguih gak jalan2 bawak banyak dayang2 nih. Elyn dah tentu ada orang tolong dokong. Tak bwk turun stroller pun, dokong ja senang. Kalau lepas, dia asik nak berlari, pastu tergolek dogg..ohhhh tidak.
Elyn pun kemain seronok bley tengok binatang2...tp semua benda yg dia tengok dia bunyi cam kucing..he he he...eaauww eeaaww he he he.

Esha tengah nak bagi gajah makan tebu. Apa ke nama tah gajah ni, Teh ke apa tah. Elyn tu peluk Mak Teh tak ingat, takut.

Jalan-jalan, round smpai penat.

Relax jap kat luaq zoo...pastu carik kedai makan. Lapar grrrr...gigil pala lutut ok...jalan tak hengat2. Pastu dah kenyang segah perut, check in hotel. Rehatt.....

bersambungg..

Thursday, May 29, 2008

balik kg part 2

Pepagi buta hari Ahad, Pak Tam kecoh ajak jalan2. Kat aloq setaq tu apa jalah tmpat yg boleh jalan-jalan kan. Dia ajak p Muzium Padi. Ok la tak pernah smpai pun lagi kan. On jalah. Kot2 la Esha naik skolah nanti Cikgu soh buat karangan pasal cuti skolah bejalan mana adalah dia idea kan. Tp memang dia happy la. Tersengih2 je kerjanya.



Elyn ngan Maktok. Time ni Mama baru tehegeh2 dok besiap.

Esha ngan Nurul anak Pak Tam. Beza sethn ja umor depa ni. Kamceng la nih. Buai ni tmpat Tokwan dok layan feeling..heheheh sekali anak cucu balik dia dok la kat kerusi malas, buai dah kena conquer ngan anak cucu.

Elyn kalau orang lain ada dlm keta, sorry la dia nak dok ngan Mama. sure nak menempek belakang punya. Cam orang besar gayanya. Time kami jalan2 ni, Tokwan dok rumah ngan Pakcik. Dia tak larat jalan, nak rehat katanya. Oklah. Ada orang jaga boleh la kami bawak Maktok jalan2 sat, kalau tidak boring gak Maktok tak kemana.

Tadaaa....dah smpai..dekat ja muzium padi ni ngan rumah Maktok. Tak smpai pun doploh menet. Masuk pun murah saja RM 3 untuk dewasa, budak 5-12 thn kot RM 1, nak bawak kamera masuk RM 2 satu kamera, murah lorhhh.


Tmpt yg kami berdiri ni berpusing sebenarnya. Keliling tu ada la gambar2 yg cantik sawah bendang segala.

Makcik ni pantang lepas nak lari ja kerjanya....aduihhhh
Orang ramai, tmpt duduk tak cukup. Kami pun bersilalah kat bawah ja....cam berkelah gitu.


Lawak arrr gambaq nih. Paktam & family.....gambar Maktam ngan Nurul tu cam sesuai ja.

Nak masuk tangkap gambar belakang tali merah tu sekali kena marah daaa...hehehehe

Kami semua pinky2, Cik Li tak geng dia nak ijo gak....nyampah.

Antara gambar2 yg cantik kat dlm muzium padi. Banyak lagi sebenarnya. Kena buat special entry la kot hikssss. Anak Kedah kan kenalah promote sikit kedah kasi up....

Dah sudah, nak balik dah. Pak Tam ajak naik menara Alor Setar pulak...pun Cik Jah tak pernah naik ok..he he he...dolu2 masa dok lepak situ tmpt tu tak siap pun lagi. Tp sebab kami sefamily dah nak balik KL petang tu idaklah kami ikut. Pak Tam je yg pegi bawak Maktok. Kami nak balik rumah kejap, jumpa Tokwan, pastu terus ke rumah Nenek. Nenek nak konvoi balik KL jugak.....

Next entry, percutian ke Melaka....

balik kg part 1

Jumaat lepas balik kerja ja terus berdesup balik kedah. Nak jengok Tokwan yg baru kuar spital. Sampai dah tengah malam. Terus tdo. Bangun pagi2 hari Sabtu tu ajak Maktok p market..orang kdah kata pasar tu market la. Nak ngada2 soh mak masak sambal tumis ikan tengahari ngan nak makan cucur udang petang nanti. huhhh meleleh ayaq lioq cik jah teringat nih.

Petang tu lepak kat rumah ja. Biarkan Elyn meronda sesuka ati kat laman Tokwan. Abih dia cubit2 pokok bunga Maktok huhuh penat nak ligan.

EshaElyn ngan sepupu sepapat. Pak Tam pun balik time tu. Kecoh la sat rumah Maktok.

Tengok makcik kecik tu sebok ikut orang p sana sini.


Dah penat cubit pokok bunga, dia punggah batu dlm pasu hiasan Maktok ni pulak. Tp lepas tu dia simpan blik dlm tu. Gasak la...rumah Mama tak dak batu ni, cam jakun la skit hiks.

Ingat Cik Jah je gila camera????....anak2 buahnya pun sama tau....pantang suruh pose....menjadi aja.
Sekian dulu setakat ini. Entry seterusnya akan menyusul...heheheh cam la ada yg menunggu gitu kan..prasan kau ni cik jahhhhh....

cuti + jalan = bz lorhh

cik jah bz. tak dan nak apdet blog. kendian2 la cik jah boh gmbar banyak2....

tp best balik kg. bley makan mcm2 yg mak masak...nikmatttnya....

esha dah tentulah nikmat bley p jalan2 tengok segala mak nenek binatang kat zoo, mandi kolam...tulah yg paling dia suka.
kendian2 la story. la ni tak best kerja tengah banyak.

Wednesday, May 21, 2008

sehatkan tubuh badan kita

Harini Cik Jah attend ceramah kesihatan cam tajuk kat bwh nih anjuran PUSPANITA...bagus gak la, bley cek darah free, pap smear free, cek breast free...semua free la untuk ahli la. Kalau bukan ahli kena bayar la skit kot, tp still murah.




Nampak dak?...kelabu asap la pulak.



Ngan Nadia @Mamadeela....dia ni kan dah pemalaih update blog tau....bukan takat sawang ja, dah tumbuh lalang, lumut segala dah nih.



Ngan Kak Ros.



Ngan ibu2.



Check lobang idong sapa lagi besaq?..hehehe



Kalau amik paras ni je memang nampak kurus.....tp...



Amik full, hohhh sungguh la debabnya Cik Jah..berat Cik Jah dah jd 59.9kg okey...hohohoh..takuttt..bukan makin turun, makin naik lak nih. Yg turun kandungan gula dlm darah. 3.5 je..ishh ni la masalah yg Cik Jah alami dari dulu. Kalau ngandung lagilah darah rendah jdnya....tu yg senang pitam2 tu.




Konon kalau tangkap gambar itam putih bley nampak kurus la konon..hahaha dak la jugakkkk...


Nak amik gambar siling yg nadia kata cantik sgt tu.....tp kena la enterframe tuan punya camera skali kan hehehe.