Thursday, May 29, 2008

balik kg part 1

Jumaat lepas balik kerja ja terus berdesup balik kedah. Nak jengok Tokwan yg baru kuar spital. Sampai dah tengah malam. Terus tdo. Bangun pagi2 hari Sabtu tu ajak Maktok p market..orang kdah kata pasar tu market la. Nak ngada2 soh mak masak sambal tumis ikan tengahari ngan nak makan cucur udang petang nanti. huhhh meleleh ayaq lioq cik jah teringat nih.

Petang tu lepak kat rumah ja. Biarkan Elyn meronda sesuka ati kat laman Tokwan. Abih dia cubit2 pokok bunga Maktok huhuh penat nak ligan.

EshaElyn ngan sepupu sepapat. Pak Tam pun balik time tu. Kecoh la sat rumah Maktok.

Tengok makcik kecik tu sebok ikut orang p sana sini.


Dah penat cubit pokok bunga, dia punggah batu dlm pasu hiasan Maktok ni pulak. Tp lepas tu dia simpan blik dlm tu. Gasak la...rumah Mama tak dak batu ni, cam jakun la skit hiks.

Ingat Cik Jah je gila camera????....anak2 buahnya pun sama tau....pantang suruh pose....menjadi aja.
Sekian dulu setakat ini. Entry seterusnya akan menyusul...heheheh cam la ada yg menunggu gitu kan..prasan kau ni cik jahhhhh....

No comments: