Hari ni tak keluar mana. Smalam balik kerja dah singgah pasar malam, beli lauk & sayur untuk 2-3 hari. Pagi tadi buat pisang goreng ngan cekodok ikan bilis. Dah siap2 minum semua, belek2 sat pokok2 kat belakang. Dah banyak rumput la pulak....cabut2 rumput sikit, kemas2kan balik pokok2 tu barulah sedap skit mata memandang.
Sebelom cabut rumput yang dah jd semak samun..... Pokok kunyit yg tepi pokok pandan ni pun dah besar.
Lepas dah cabut2 rumput2, baru lah bersih skit. Pokok kari yg dlm polybag tu officemate Cik Jah, Cik Ajit bagi. Pokok cili yg dlm pasu merah kecik tu pun dia bagi skali. Tak carik pasu lagi nak pindahkan pokok-pokok tu. Tengok la petng2 nanti kalau rajin nak p nursery yg selalu kami pg tu nak beli pasu dan tanah.
Tak sangka idop pulak pokok bawang ngan daun sup yg Cik Jah cucuk dlm pasu kunyit haritu.
Biji2 cili yg MIL Cik Jah tabur haritu pun dah tumbuh pokok. Tak taulah boleh idop semua ke tdak. Rasanya haritu MIL tabur biji cili merah yg besar2 tu, bukan cili api.
Nursery pokok yg slalu kami p tu ok la harganya. Kami selalu beli pasu yg harga rm 10 dpt 3 biji pasu atau rm10 dpt 4 biji pasu, yg 4 biji tu kecik skit la. Kalau yang RM10 dpt sebijik pun ada, cantik jugak. RM 9 pun dah boleh dpt yg cantik dan besar dah. Tanah pun murah ja. RM1.50 satu bag. Kalau pasu kecik tu cukup la 1 beg tanah. Tp kalau amik 7beg dpt RM 10 saja. Untung la 5 kupang....Pasu yang besar2 tu pun semua boleh tawar jugak. Kalau RM 10 sebijik, kalau amik banyak dpt la RM 8 ka gitu. Kalau kita beli cecah RM100 atau lebih dia boleh hantar ke rumah. Yg area dekat situ la kot. Tp kami tak pernah la beli cecah seratus lg. Sebab selalu beli sikit2. Paling banyak pun beli dlm RM 80 lebih. So hangkut la sendiri.
Ok Cik Jah nak berehat2 sat. Sedang Elyn pun tengah tdo nih. Lagipun kekenyangan mkn nasik. Tadi menu kami sambal belacan, sayur bayam tumis air, ikan goreng ngan ikan gelama masin goreng....hohohoh selera la pulak...gigih ni tahan nafsu jgn tambah, cukup mkn sepinggan. Takuttt..berat tak turun2..heheeh.
Masa Cik Ajit bagi pkok cili ni, pokok ni dah besar dah pun. Dah ada buah pun. Tp sekali belek2 tadi rupanya ada yg dah merah. So boleh la petik. Org kata kalau tak petik nanti tak tumbuh la bunga baru. Heheh bagus2 boleh buat sambal belacan satgi nih.
Dapt la bnyak ni. Jadilah sekali buat sambal. Tp kena campor ngan cili lain la mana cukup banyak ni. Cik Li kalau makan nasik tak dak benda pedas ni dia tak suka. Kalau sambal belacan ala2 ja pedasnya bising ok mulut dia. Dia kuat pedaih....kadang kita dah meleleh2 air mata dia kata tak pedas lagi....
Tak sangka idop pulak pokok bawang ngan daun sup yg Cik Jah cucuk dlm pasu kunyit haritu.
Biji2 cili yg MIL Cik Jah tabur haritu pun dah tumbuh pokok. Tak taulah boleh idop semua ke tdak. Rasanya haritu MIL tabur biji cili merah yg besar2 tu, bukan cili api.
Sejak memasak hari2 ni, selalu la Cik Jah siram pokok2 ni ngan air basuhan beras dan air ikan. Petua nak bagi pokok tu idup subur kata MIL. Dulu pun Cik Jah tengok mak Cik Jah buat centu gak. Skarang ni Cik Jah pun buat la petua tu...alhamdulillah pokok2 tu segar bugar hehehehe...seronok pulak rasa. Ni baru la semangat skit nak bercucuk tanam. Nampak hasilnya. Lepas ni nak carik benih pokok limau kasturi pulak la nak tanam. Limau purut jugak. Semua nak tanam dlm pasu besar/tempayan. Terasa nak guna ja petik...wohhh best...best.
Pernah dulu terasa nak buat kari, belilah daun kat kedai mamak kat rmah tu. Adalah dlm 4-5 helai ja kot tp besar2 la. 5 kupang ok......50sen la 5 kupang tu. Mahai ok....huhhh gilo. Tunggulah esok2 pokok kari ai dah besar, pokok cili besar hohoh...kot bosan2 kerja, meniaga ja cabai kan..heheheh Cik Jah Cabai Burung..ewahhh..ahahahahahah. Berangan tak ingat nih..hikss.
Pernah dulu terasa nak buat kari, belilah daun kat kedai mamak kat rmah tu. Adalah dlm 4-5 helai ja kot tp besar2 la. 5 kupang ok......50sen la 5 kupang tu. Mahai ok....huhhh gilo. Tunggulah esok2 pokok kari ai dah besar, pokok cili besar hohoh...kot bosan2 kerja, meniaga ja cabai kan..heheheh Cik Jah Cabai Burung..ewahhh..ahahahahahah. Berangan tak ingat nih..hikss.
Nursery pokok yg slalu kami p tu ok la harganya. Kami selalu beli pasu yg harga rm 10 dpt 3 biji pasu atau rm10 dpt 4 biji pasu, yg 4 biji tu kecik skit la. Kalau yang RM10 dpt sebijik pun ada, cantik jugak. RM 9 pun dah boleh dpt yg cantik dan besar dah. Tanah pun murah ja. RM1.50 satu bag. Kalau pasu kecik tu cukup la 1 beg tanah. Tp kalau amik 7beg dpt RM 10 saja. Untung la 5 kupang....Pasu yang besar2 tu pun semua boleh tawar jugak. Kalau RM 10 sebijik, kalau amik banyak dpt la RM 8 ka gitu. Kalau kita beli cecah RM100 atau lebih dia boleh hantar ke rumah. Yg area dekat situ la kot. Tp kami tak pernah la beli cecah seratus lg. Sebab selalu beli sikit2. Paling banyak pun beli dlm RM 80 lebih. So hangkut la sendiri.
Ok Cik Jah nak berehat2 sat. Sedang Elyn pun tengah tdo nih. Lagipun kekenyangan mkn nasik. Tadi menu kami sambal belacan, sayur bayam tumis air, ikan goreng ngan ikan gelama masin goreng....hohohoh selera la pulak...gigih ni tahan nafsu jgn tambah, cukup mkn sepinggan. Takuttt..berat tak turun2..heheeh.
No comments:
Post a Comment