Tuesday, November 25, 2008

aktiviti ahad

Cik Li ada appointment. Kami pun menyebok sama. Sementara dia buat kerja dia, kami melepak la anak beranak.

On the way, charge bateri dulu.....
Dah full charge pun tanak pandang camera juga.....hmmm moncong ja muka dia.

pagi minggu

Macam biasalah kan cik jah ni suka update cerita yg dah basi. Gambar-gambar ni hari sabtu lepas kat mamak area Puchong juga tp apa kenama tah taman ni. Dah boring kat area Putra Perdana tu kami pegi jauh sikit. Puchong Perdana ke Puchong Prima tah tak sure. Asal ada tmpt lepak yang best pagi2 sambil pekena teh tarik, sambil baca paper, layan budak2 sekejap dah ok la tu.

Budak yg memang payah ambil gambar ni asal org pegang camera je dia pun beria, tp bila org snap je jd la mcm ni, sure dia pandang ke lain. Mula tu dia tunduk siap 'epiii epi....' hehehe dia kata 'tepi tepi'..waahh belagak....pehtu kena paksa gak 'tengok sini, tengok sini amelyn....' dia jeling la sekejap lepas tu paling tmpat lain.


Susah la sangat....abih tu ambil la gmbar org yang suka bergambar ni. Asik la dia dia dan dia lagi he he he.


Semua pose adalah atas kehendak sendiri ya Tuan-tuan dan Puan-puan...heheh.

Wednesday, November 19, 2008

Apa perasaan awak, bila anak yg awak hantar ke nurseri pada sebelah pagi, yg sehat tanpa sebarang kecederaan, tp sewaktu diambil pada petang hari ada kesan cubit-cubitan (lebam)....tu baru lebam, kalau tak pantau mungkin akan jd lebih lagi. Kecederaan serius barangkali?..nauzubillah. Minta dijauhkan dari menimpa anak-anak kita.

Saya nak cerita satu kes yg pernah terjadi kat Esha. Masa tu dia baru 5 thn lebih kurang. Pra-tadika. Ada seorang guru India, dia ni mengajar English & Math. Memang bagus. Tp garang. Esha selalu ckp dia kena cubit. Tp pada saya waktu tu mungkin cikgu tu nak mengajar, so anak kita ni pun bukan la baik sngt, ada masa nakal juga kan. Kita pun kadang cubit anak juga kan. Tp selagi tak berbekas ok la.

Tp satu petang, masa saya ambil dia di nursery, dah smpai ke rumah pun, baru saya perasan, di pipi kanan dia cam lebam sikit. Telek2 memang lebam yang masih merah2. Kulit budak kan, merah sikit pun kita boleh trace. Tanya dia, dia kata 'teacher cubit'....tanya lagi kenapa teacher cubit?...dia jwb sebab dia main-main dengan kawan dia, kawan dia pun kena cubit....hmmm mula la rasa tak puas hati.

Takkan sebab main-main pun smpai lebam2 dicubit kan. Tanya2 lagi, gitu juga jawapan dia. Dia main2, lepas tu cikgu tu marah, so cubit kedua-duanya. So saya decide pg2 esok saya nak jumpa cikgu tu. Pagi esoknya awal saya pg ke taska. Tp tunggu punya tunggu tak smpai2....kawan Esha yg sama kena cubit tu pun bapaknya dah berdiri cekak pinggang depan sekolah. Anak dia punya kesan cubit lagi besar. Esha ni skit secoet ja pun saya dah rasa satu mcm punya marah. Inikan bapak budak tu.

Smbil tunggu2 tu siasat la dulu dengan cikgu2 lain yg ada, memang smalam diorang ada dengar cikgu india ni marah2, tp selalu pun marah2, so diorang tak menjengok tengok apa jadi. Dan tak perasan pulak anak2 ni dicubit smpai lebam. Sebab dah lama sgt tunggu, saya pegi office dulu, konon sekejap lagi nak dtg balik. Siap pesan ngan cikgu2 yg ada tu tolong telefon kalau cikgu india tu dah smpai. Lepas sejam lebih kurang smpai ke office, dpt call dari teacher india tu, menangih2 minta maaf, dia ckp dia lost control gitu. Smpat la saya sound, kot ya pun lost control kenapa lepas kat budak2, tak layak jd guru kalau tak sabar. Tambah dengan budak2 besar tu yg memang dunia diorang maiiinnn saja. Tp dah dia minta maaf tu dah la, saya pun nak buat apa lagi, takan nak penampar dia balik. Silap-silap saya pulak yg 'ke dalam'....Cuma saya pesan tolong jgn buat lagi, bukan setakat kat anak saya saja, kat anak sapa2 pun....
Lepas dah selesai urusan di office, saya balik ambil Esha, dan saya dimaklumkan Cikgu India tu dah diberhentikan. On the spot!.....Pengetua taska tu tak mau nama dia buruk hanya sebab seorang guru yg 'garang' tak tentu hala. Betul juga kan. Nak mendidik bukan mcm tu caranya.

Kali ni saya berdepan lagi dengan situasi yg lebih kurang sama. Tp bukan pada anak-anak saya, tp anak2 kawan2 saya. Di taska yg lain. Yg memang saya 'tidak suka' dengan ownernya yg berlagak......tp saya harus berurusan juga dengan dia sebab saya salah seorang ajk taska. Walaupun kadang2 tengok muka dia pun saya tak mampu. Pada saya, org yg tak ada kesabaran & tak ada kasih sayang ni amatlah tidak layak untuk menjadi pendidik. Sebab tu saya tak mau jd cikgu, bukan sebab saya tak ada kasih sayang, tp saya rasa saya bukanlah seorang yg sabar dengan karenah budak2 yg macam2....Kalau dah memang lumrah budak2 yg berumur 1-5 thn yg memang time tu terkinja2, happy ja memanjang, adakah adil kita nak suruh dia berdiri tegak, duduk belajar mcm nak ambil SPM?.....seolah-olah menggangu proses pembesaran semulajadi saya rasa...hmmm.............

p/s: Hmmm tp kalau dah 'dia' kata anak2 dia semua 'menjadi' dengan kaedah pengajaran seperti itu, pelik jugak la saya. Tengok dari gaya dia ckp dengan budak2 tu pun mengerikan. Jerit2, rentap tangan suruh duduk, budak bergerak skit marah....hohhh...sungguh tak sesuai. Lagi satu, umor2 yg mcm 'dia' tu baik dok rumah berehat!.....kalau teringat nak mengajar jugak lagi, ajar la cucu sendiri. Kot 'terdera' sekali pun dera darah daging sendiri, bukan darah daging org.....
Mood saya tak stabil pg nih. Kejap rasa nak menangis, kejap rasa nak marah. Baca cerita kelakar bodoh rasa nak gelak terbahak2....Tp bila tengok balik tak la lawak sgt pun....

Saya cuba untuk tidak bercakap sgt pg nih. Takut akan melukakan hati org2 disekeliling saya. Memang kalau saya tengah down saya lebih suka diam dan dok senyap2. Haiihhhh tak sukanya rasa mcm nih.

:< :< :<....masam eh muka saya mcm nih...ok saya cuba senyum. Tp saya rasa cam plastik!...tipu, tidak ikhlas.

Ada satu siasatan yg harus saya buat di TJB. Tp dengan mood yg mcm ni, saya takut saya terlebih 'garang'. Susah pulak nanti. So saya ambil keputusan untuk buat siasatan lepas lunch. Harap time tu nanti emosi saya dah stabil.
Saya akan story pasal kes itu kemudian.......

Tuesday, November 18, 2008

arrrgghhhh tak selesanya dengan keadaan ini. rasa nak marah saja. jangan la salah ckp dengan saya waktu nih, memang saya mengamukkkk...grrrrrrrrrr makan orggg ooo saya nih.

bukan bukan sebab penyakit bulanan....tp sebab idong saya tersumbat. saya kena bernapas dari mulut. aircond ni pulak sejuk gedi rasanya cam dlm peti ais.

tamau keja boleh????boss, saya nak balikkkkk.........................(tp dlm hati ja la). kalau tanya gitu, silap2 sekali bos jwb 'boleh, hantaq surat resign sekali!' wakakakakakaka, padan muka!.

Monday, November 17, 2008

lepak

Cik Li ajak ke Alamanda petang Ahad(smalam). Lepak2 katanya. Lepak la kami anak beranak kat kedai kopi.

Enjoy katak Cik Li tertenet.....

Esha dengan buku2.....

Tp Cik Jah x rasa 'melepak' langsung....melepek ada. Kejar Elyn ke sana sini, lari...di luar kedai la pun. Try nak download video dia 'melarikan' diri tak dpt la pulok....hishhh...

Walaupun penat, melepek, tp dengar anak2 ketawa, happy ja rasa..............

Masa kecik dulu, cik jah tak jumpa benda2 ni. So bila anak-anak minta nak main, ok la sesekali. Sebenaqnya mak dia yg teringin wahahahaha.....

Elyn naik, muka cam tak ada perasaan he he he.

Zaman cik jah kecik2 dulu, tak pernah la tokwan bawak kami adik beradik jalan2 kat shopping mall tanpa tujuan. Kalau bertujuan pun selalunya kami jarang dibawa sama. Ramai kan.....adik beradik 9 org. Pernah la sekali dua kami ke funfair....kira hebat sgt dah la waktu tu kalau dpt p funfair hehehe...tp dulu tokwan suka bawah kami p berkelah. Merata tmpat kami p berkelah. Ramai2 pun boleh ja muat satu keta ooo....bestnya kalau ingat balik zaman kanak2 dulu....

Friday, November 14, 2008

melentur buluh.....

Orang kata melentur buluh biarlah dari rebung kan. So tiap kali cik jah solat, cik akan bentang sejadah kecik kat sebelah. Kalau tidak tak senang nak solat. Makcik kecik sorang ni suka ngacau. Tarik telekung la, tetiba suruh nyanyi2 lagu dari buku la tetiba nak cium2 la..semua time tu lah.
Tp bila dah bentang sejadah mcm ni la rupanya.....org dah selesai solat dia baru kalut...
Tetiba duduk centu, smbil tangan cam berdoa. Sudu tak lepas dari tangan sebab sambil2 main masak-masak he he he.

Tengah-tengah tu boleh pulak sujud...tiba-tiba. Mulut tu tak renti kumat kamit...lakkhakhakhak lawak kalau tengok prangai dia.

Bangun pulak.....

Tiba2 pulak baru kiam tangan....dah smpai tepi dinding..abih sejadah kemana-mana.

p/s: Esha dulu pun mcm ni jugak. Alhamdulillah skrang dah boleh solat sendiri. Bacaan pun semakin bagus...cuma kena rajin suruh.

sembang-sembang

pagi ni cik jah borak-borak dengan cik madu yg manis melecaih itttu.....gini la lebih kurang dialognya.

cik madu : mungkin aku kurang minat terhadap penulisan yg ala2 obsess terhadap diri dalam gaya penceritaan yang pelik kot....

cik jah : apakah kriteria pelik hang tu????mak kurengg paham.

cik madu : ahahaha... mak pun susah nak explain...tp kan lain orang lain kecenderungannya.. ahaks.. macam apa motip kau berblog?? sebab trend? sebab semua orang ada blog? sebab kawan? sebab syok sendiri? sebab nak dapat duit?Apa yg kau nak cerita dalam blog? pasal diri sendiri? puji laki? kutuk dan maki orang? pasal alam sekitar? politik? isu semasa? hal2 sekitar? atau apa saja yg lahir dari fikiran?macam mana nak cerita? bersahaja? ilmiah? lawak? hantam kromo? tersirat? tersurat?motip?? nak menunjukkah? apa yg nak ditulis? xdak bahan - tiru cerita orang? hahaha... eeerrr adakah mak lagi buat ngko pening cik jah??

cik jah : Ya ya hampir….dan bukan takat pening saja…..lapaq sekali.... ha ha ha...

so skarang saya nak p bancuh milo cicah ngan biskut pat segiii....

Thursday, November 13, 2008

Elyn tdo tercebik2....tengok tangan dia he he he...masa ni dlm kereta, lepas amik cik jah kat opis pehtu tunggu ayahnya isi minyak. Penat melonjak sana sini, terus tertido. Nak tidokan si adik sebenarnya, tp dengan kakak2 sekali jalan. Penat sangat gamaknya....nanti besar2 kalau dorang tengok balik gambar ni sure best..so sweet....

rezeki



Smalam Cik Li p memancing kat kolam air masin di Sg. Long. Dpt ikan siakap nih...dia tpon ckp dpt ikan siakap. Ok la. Dlam kepala ni cam biasa2 ja la besarnya. Sekali tengok MasyaAllah....besaqnya weiii penuh sinki. Nasib la Cik Li dah suruh org kat kolam pancing tu siang siap2....Kalau dak, mau bini dia yg amat handal/pakar/rajin memasak ni akan merosakkan rupa bentuk ikan yg besar itu he he he. Ikan biasa2 sedang saiznya boleh arr. Ni besar godang centu...hohoho..

So smalam saya memasak. Belah kepala untuk kitorang laki bini makan, belah ekor cik jah nak bwk ke opis, makan ngan kengkawan. Kebetulan harini nak buat pot luck kaum2 ibu nih....boleh la.


Ni dinner kami smalam. Ikan siakap masak pedas (pesen sukahatiperut cik jah nama masakan ni), sayur kobis ngan ayam goreng. Tp semua pun tak abih. Bwk lagi ke opis semuanya sekali he he he. Sebenarnya, dari lepas puasa haritu kami dah lama tak dinner nasi . Kalau Esha mkn pun just beli nasi ayam sebungkus centu jalah. Tak dak nak masak beria mcm nih. Ikan tu amatlah lazat, isi lembut manis. tp kami berdua rasa tak tertelan.....sebab dah lewat mlm ka (baru pkul 930 dah rasa lewat oooo) atau sebab memang dah lama tak dinner heavy mlm2 pun tak tau la.

Bahagian ekor yg memang khas untuk dibawa ke opis....nyumm nyumm.....rezeki kawan2 nih....

Wednesday, November 12, 2008

less is more

Selama ni saya berpegang pada pepatah 'more is merrier'. tp kadang2 merrier ni jd messy. Sakit pala otak. Saya perlukan sesuatu yg baru....fresshhhh....tenang, sesuatu yg lebih natural...waahhh...saya bincangkan perkara ini dengan kawan saya. Dia boh saya sebijik!...cemni dia kata:

"Haa sedaq-sedaq skit diri tu dah tua....less is more..."gitu la lebih kurang dia kata.

Maka oleh sebab saya sedaq diri saya thn dpn dah 30thn, anak pun dah besar, dan sememangnya saya perlukan sesuatu yg baru, jd saya tukar skin blog saya.
Tp jiwa saya memberontak. Sebab 'more is merrier' masih tebal dlm hati saya. Saya memang suka yg meriah.....jd saya sedang dlm proses untuk menceriakan blog saya ini :P

Tuesday, November 11, 2008


payah btoi la nak ambik gmbar makcik ni sorang. dah elok2 posing, sekali tekan ja button dia lari dekat.

Ambil gmbar kakak la senang. senyummm................


kuku pak imam kuku, kuku di atas kaki, apa pak imam tunggu, mak minah dah dpt laki.......

Tak tau la betul ka tidak lagu ni. tp dari kecik smpai ke besar, dari anak buah sorang, smpai dah beranak sendiri 2 orang memang mcm ni jalah lirik yg cik jah nyanyi. cik jah pun tatau siapakah itu mak minah & pak imam. dan apakah kaitannya sehingga mereka menjadi pelakon utama he he he. Baik Esha, masa kecik dulu maupun Elyn suka la sangat kalau timang2 atas kaki mcm nih.

Kalau Elyn skarang, pantang org dok melentang ja, sure dia dtg 'mama, kukkuu'..hehehehe tomeiiinyeeee....Tp rasanya anak saya dah besarrr, dah pndai ckp.....nanti kalau dia besaq skit lagi sure dah tamau ditimang2 gini kan....hmm....saya nak baby lagi.....memang saya nak baby. Lagi sorang ka dua org ka ok, tak kisah. Kalau diizinkan Tuhan.

Bley ke masuk dlm list azam thn depan he he he....

suatu masa dulu.....

Di suatu masa dulu...............

wakhahkhakh...opss..................dah cik jah, dah jgn gelak lebey2....dosa...hikhikihikakhakh..........

Masa ni baru belasan /awal 20 thn rasanya, baru abih skolah.....zaman rock kangkang la kot nih...Kalau la Cik Jah kenai dia waktu tu, mau Cik Jah bwk dia p kat mamak, "kasi potong pendek, no. 2 punya pisau".....hik hik hik.

p/s : ampunnnnn bangg...ni namanya gurau senda dipagi hari hik hik hik.