Wednesday, November 19, 2008

Apa perasaan awak, bila anak yg awak hantar ke nurseri pada sebelah pagi, yg sehat tanpa sebarang kecederaan, tp sewaktu diambil pada petang hari ada kesan cubit-cubitan (lebam)....tu baru lebam, kalau tak pantau mungkin akan jd lebih lagi. Kecederaan serius barangkali?..nauzubillah. Minta dijauhkan dari menimpa anak-anak kita.

Saya nak cerita satu kes yg pernah terjadi kat Esha. Masa tu dia baru 5 thn lebih kurang. Pra-tadika. Ada seorang guru India, dia ni mengajar English & Math. Memang bagus. Tp garang. Esha selalu ckp dia kena cubit. Tp pada saya waktu tu mungkin cikgu tu nak mengajar, so anak kita ni pun bukan la baik sngt, ada masa nakal juga kan. Kita pun kadang cubit anak juga kan. Tp selagi tak berbekas ok la.

Tp satu petang, masa saya ambil dia di nursery, dah smpai ke rumah pun, baru saya perasan, di pipi kanan dia cam lebam sikit. Telek2 memang lebam yang masih merah2. Kulit budak kan, merah sikit pun kita boleh trace. Tanya dia, dia kata 'teacher cubit'....tanya lagi kenapa teacher cubit?...dia jwb sebab dia main-main dengan kawan dia, kawan dia pun kena cubit....hmmm mula la rasa tak puas hati.

Takkan sebab main-main pun smpai lebam2 dicubit kan. Tanya2 lagi, gitu juga jawapan dia. Dia main2, lepas tu cikgu tu marah, so cubit kedua-duanya. So saya decide pg2 esok saya nak jumpa cikgu tu. Pagi esoknya awal saya pg ke taska. Tp tunggu punya tunggu tak smpai2....kawan Esha yg sama kena cubit tu pun bapaknya dah berdiri cekak pinggang depan sekolah. Anak dia punya kesan cubit lagi besar. Esha ni skit secoet ja pun saya dah rasa satu mcm punya marah. Inikan bapak budak tu.

Smbil tunggu2 tu siasat la dulu dengan cikgu2 lain yg ada, memang smalam diorang ada dengar cikgu india ni marah2, tp selalu pun marah2, so diorang tak menjengok tengok apa jadi. Dan tak perasan pulak anak2 ni dicubit smpai lebam. Sebab dah lama sgt tunggu, saya pegi office dulu, konon sekejap lagi nak dtg balik. Siap pesan ngan cikgu2 yg ada tu tolong telefon kalau cikgu india tu dah smpai. Lepas sejam lebih kurang smpai ke office, dpt call dari teacher india tu, menangih2 minta maaf, dia ckp dia lost control gitu. Smpat la saya sound, kot ya pun lost control kenapa lepas kat budak2, tak layak jd guru kalau tak sabar. Tambah dengan budak2 besar tu yg memang dunia diorang maiiinnn saja. Tp dah dia minta maaf tu dah la, saya pun nak buat apa lagi, takan nak penampar dia balik. Silap-silap saya pulak yg 'ke dalam'....Cuma saya pesan tolong jgn buat lagi, bukan setakat kat anak saya saja, kat anak sapa2 pun....
Lepas dah selesai urusan di office, saya balik ambil Esha, dan saya dimaklumkan Cikgu India tu dah diberhentikan. On the spot!.....Pengetua taska tu tak mau nama dia buruk hanya sebab seorang guru yg 'garang' tak tentu hala. Betul juga kan. Nak mendidik bukan mcm tu caranya.

Kali ni saya berdepan lagi dengan situasi yg lebih kurang sama. Tp bukan pada anak-anak saya, tp anak2 kawan2 saya. Di taska yg lain. Yg memang saya 'tidak suka' dengan ownernya yg berlagak......tp saya harus berurusan juga dengan dia sebab saya salah seorang ajk taska. Walaupun kadang2 tengok muka dia pun saya tak mampu. Pada saya, org yg tak ada kesabaran & tak ada kasih sayang ni amatlah tidak layak untuk menjadi pendidik. Sebab tu saya tak mau jd cikgu, bukan sebab saya tak ada kasih sayang, tp saya rasa saya bukanlah seorang yg sabar dengan karenah budak2 yg macam2....Kalau dah memang lumrah budak2 yg berumur 1-5 thn yg memang time tu terkinja2, happy ja memanjang, adakah adil kita nak suruh dia berdiri tegak, duduk belajar mcm nak ambil SPM?.....seolah-olah menggangu proses pembesaran semulajadi saya rasa...hmmm.............

p/s: Hmmm tp kalau dah 'dia' kata anak2 dia semua 'menjadi' dengan kaedah pengajaran seperti itu, pelik jugak la saya. Tengok dari gaya dia ckp dengan budak2 tu pun mengerikan. Jerit2, rentap tangan suruh duduk, budak bergerak skit marah....hohhh...sungguh tak sesuai. Lagi satu, umor2 yg mcm 'dia' tu baik dok rumah berehat!.....kalau teringat nak mengajar jugak lagi, ajar la cucu sendiri. Kot 'terdera' sekali pun dera darah daging sendiri, bukan darah daging org.....

No comments: