10hb Disember 2008, majlis bertunang adik Cik Li pulak. Sebabkan adik Cik Li pompuan, so sambutan kat rumah kena la lebih lagi kan sebab org yg dtg bertandang. So sehari suntuk sebelum kenduri memang seharian kami kat rumah Nenek, tolong apa yg patut. Semua Nenek masak sendiri.
Eila ni adik Cik Li yg ketiga dlm family.
Cam lain pulak rupa dia bila dah dimake up....
Hantaran yg disediakan memang banyak....17. Sebabnya pihak lelaki kata nak hantar 15 dulang. Jenoh tambah2 apa yg patut. Pagi seblom org sampai pun Cik Jah sempat siapkan 1 bekas lagi. Majlis bertunang mula lepas zohor. Tp org yg datang cam kenduri kawin. Dari pukul 11 dah ada yg datang.
Keluarga sebelah Cik Li banyak yg ada kat Selangor nih. Cik Li pulak anak sulung. So kat Kedah tak la banyak sedara mara. Asalnya jemputan sikit ja, tp yg datang ramai la pulak, tak menang tangan. Nasib Maktok ada jugak tolong2 apa yg patut. Ni first time Nenek nak terima kunjungan org meminang.
Cik Jah, Maktok & Naela.
Serius Cik Jah rasa cam org tua haritu hahahaha....selalunya kan kalau kenduri kendara kan org2 tua ja yg jaga lauk2 pauk kalau kenduri masak sendiri nih kan. Tp dah tak ada sapa yg ada terpaksa la Cik Jah yg jaga lauk pauk untuk hidang. Tp Maktok ada dan kawan Eila pun ada yg membantu. Pakat2 la kami hidang, basuh pinggan & kemas rumah. Alhamdulillah kenduri berjalan lancar.
Lepas kenduri semua pengsan kepenatan....
No comments:
Post a Comment