Wednesday, December 17, 2008

MAJLIS BERTUNANG PAK USU

Lepas zohor, dah siap2, kami pun berangkat ke rumah bakal pengantin perempuan di Tandop. Anak2 dara semua tak bawa. Yg kecik pun Elyn dengan Fahim saja yg ikut, lain semua tinggal rumah. Mak Tok kata, pegi meminang, anak dara tak boleh ikut, tak manis...Esha pun kena la tinggal sebab geng semua tak pegi. Lagi la dia suka. Boleh enjoy katak dengan kakak2 sepupu kat rumah.


Elyn pun sebab kecik lagi. Kalau dah besar pun Cik Jah tinggalkan ja kat rumah he he he. Tp budak ni bagus satu, kalau org ramai2 automatik dia jd diam skit. Skit la....tp kalau dah lama2 dah mula bosan, boleh tahan juga.....



Cik Jah tak disuruh bawa dulang hantaran sebab Cik Jah kena kelek dulang yg ada kaki nih...lagi penat woo.



Jurucakap wakil pihak lelaki, Paksu Cik Jah, yg pakai kopiah putih tu. Paksu ni adik Tok Wan yg ke...errkk yg ke 4 ke 5 ntah..hahahah boley centu?. Sebelah Paksu yg kiri kanan tu abg ipar Cik Jah.

Cik Jah sumbat Elyn ngan biskut nak bagi dia leka.. hehehehe menjadi ok...Sebelah Cik Jah tu Maksu yg pandai gubah menggubah.

Mulut dia diam, tp kaki tangan tak diam ok...dia jalan p kat Mak Njang (Kak Abok) pulak.


Bincang2, sembang2, lepas tu sarung la cincin, suap pemanis. Meterai la janji.

Bakal ipar

Makan time. Kueh2 yg disaji semua sedap2.....bihun singapore pun sedap.


Sila abaikan yg berkemeja hitam tu ya. Bini dia garang!!!!...Yg baju biru ni adik cik jah yg single & available. Ada sapa2 nak buat calon menantu, ipar???? he he he.


Sapa lagi chunn????.....wahahaha ok tak yah jwb. Saya tau saya lawa kahkhakkhakaka ya saya sangat perasan. Ada masalah??? :P



Masa ni enjin dia dah panas....tak diam seminit...naik kerusi turun kerusi...Muka Cik Jah dah start kelat sebab penat....

Pass kat bapak dia pulak...sekejap ja la pun.


Dia geram Cik Jah dukung dia, dia korek2 mata idong, cubit pipi...hehehehe

Lasakkk ok...

Selesai la sudah majlis bertunang Pak Usu. Baliknya kami buat belated birthday untuk Esha pulak....entry lepas ni la pulak. Letih la nak publish entry kat blog skarang. Satu2 gambar nak upload pun seksa....

Kawan-kawan ada masalah yg sama tak???

2 comments:

Anonymous said...

mak ndak!!
hani lom kawin lagi laa..
anak dara gak..
huhu....

Cik Jah said...

alohaiii sowyyy hahaha lupa pulak ada gak anak dara sorang nih..kuangkuangkuanggg...