Balik kerja smalam, Cik Li ajak makan kat QThai di Cyberjaya. Cik Jah ok saja. Cik Jah cadang nak ratah2 lauk saja. Tp terjebak belasah nasik sama. Tumpang nasik Esha skit he he he....nak sedapkan hati sendiri la nih, kata makan skittt....
Sebab yg kelaparan dua2 orang ni ha...Tak makan tengahari punya kes. Esha sehari ada kat rumah, boleh tak makan, malas katanya.... Sama la dengan Cik Li. Tak sempat dia kata. Heran Cik Jah. Makan pun boleh malas & tak sempat. Kalau Cik Jah lapar, jangan harap satu kerja pun boleh jalan. Perut harus diutamakan gitu.
Tengok menu kat sini ok la juga. Tak mahal sgt. Tempat pun best. Tenang sebab banyak pokok2 hijau. Org tak ramai sebab Cik Jah dtg petang kot. Kalau tengahari mau ramai rasanya nih.
Kami order tomyam seafood, chicken lemon, butter prawns, kailan ikan masin dengan telor dadar (ni esha punya favourite). Semua minta yg small plate je pun. Sedapppp, tp pun tak abih makan. Siap tapau udang tu lak lagi. Diorang ni memang tau....kesudahannya nanti Cik Jah ni la yg macam DBKL.
Dalam kedai ni ada banyak gajah2 kecik ni tepi2 dinding. Elyn asik nak amik 'epant' ni he he he..naik letih menepis.
Esha dah start sakit perut. Dia ni bukan boleh makan lmbat, sakit..Colic. Tp degil. Time makan suruh makan tak nak. Sakit, bising. Hoohhhh.....
No comments:
Post a Comment