Friday, December 26, 2008

MC

Saya MC harini. MC yang ke 5 untuk tahun 2008. Harap-harap juga yang terakhir thn ni. Saya ingat saya boleh bertahan tak ambil MC, tp tak boleh. 3 hari daripada MC yg saya dtp untuk thn ni adalah sebab penyakit yg sama. Semalam lepas maghrib, Cik Li paksa juga ke klinik. Kalau ikut saya, mkn ja ubat yg memang sedia ada. Tp tak ok juga terpaksa la saya pegi mengadap dr. Dr. bagi dos yg lebih kuat + MC. Rehat katanya.

Hmmm....kata saja la rehat. Tp saya tak boleh duduk diam. Tambah2 bila Cik Li kena outstation ni. Saya kena jd kuat. Untuk anak2. Alhamdulillah juga lepas ambil ubat semalam, bila bangun tidor pagi ni, sakit di dada dah kurang. Batuk-batuk sikit tu biasa la. Gigil-gigil tu saya anggap saya tengah bersenam seni hehehehe boley?. Memang effectnya begitu, tak boleh nak buat apa. Tunggu sajalah gigilnya hilang.

Saya nak lelapkan mata sekejap....mengantuk sangat rasanya. Amelyn saya hantar ke sekolah juga harini. Esha saja yg temankan saya. Kalau Amelyn ada sama, takut juga saya tak terlayan kehendak dia. Lebih baik dia duduk kat skolah. Ptg saya ambil. Hmmmm mungkin ubat yg saya ambil pg tadi dah berkesan. Mata saya dah rasa beratttt sgt....kalau rajin saya update lagi. Doakan saya baik cepat ya....

No comments: