Heheh sukanya bila tengok di nuffnang ada $$$$..heehehe. Walaupun hanya cukup beli gula-gula sebiji dua tp itulah pemangkin kepada semangat juang saya nak update blog hahaha....semangat juang jdnya.....sangat kepahlawanan ya cik jah.
Saya selalu ckp ngan Cik Li, apalah hobi merangkap bisness yang boleh saya buat untuk dpt income sampingan. Nak kata menjahit, takat jahit seluar, baju koyak, jahit lencana baju skolah anak tu ok la kot. Tp nak ambil upah buat baju orang tak gamak la pulak kan. Tak tentu arah nanti naya ja. Dulu saya pernah jahit sendiri langsir rumah . Masa baru2 kami kawin dulu, duduk rumah sewa, saya jahit la sendiri. Tp Maktok tolong2 la serba sikit. Kagum jugak la dengan tahap 'kepandaian' saya tu he he he. Saya minat sebenarnya cuma tak belajar nak buat betul2. Kalau nak main belasah saja sapa pun boleh kan.
Nak meniaga makan2... hahaha ni lagi lawak. Dapor kat rumah tu pun smggu sekali ja berasap cemana pulak nak masak jual kat org kan. Saya boleh masak, tp takat makan sendiri, kawan2 mai rumah skit2 tu boleh la. Kalau nak menjual, tak berani la pulak. Tp belum cuba belum tau kan. Kadang yg kita beli kat gerai2 tu pun bukan sedap sgt. Tawar la tak ada perisa la...hmmm bagus bagus...boleh cuba..hahahaha.
Saya ckp ngan Cik Li nak jd compare kat TV dia ckp gigi saya tak lawa. Cisss....terhina sungguh ok. Ada ja saya tengok org yg jd compare kat TV tu 'mancong' ja gigi dia. Laku je jugak. Oooo saya tau, Cik Li cemburu. Takut saya glamer, nanti saya ramai peminat...kahkahkaha boley pikir centu.....tp kan kalau ada peluang saya rasa saya pula tak berapa boleh kot..hahahah saya ni kalau bab naik pentas ka, kena kedepan ke sure gagap on the spot. Gagap tu kira ok la lagi ada bunyi. Buatnya sepi terus?? haa naya hahahaha. Tak boleh tak boleh, cancel...
Smalam saya belek2 pokok cili belakang rumah, sekali tengok2 cili hijau yg besar tu ada 7 biji....terus kata nak meniaga cili pulak..hahahahah tak tentu arah sungguh la cik jah ni tau...Sebenarnya saya rasa bosan ja makan gaji. Nak ada hobi yg mendatangkan pendapatan. Untung2 lumayan Cikkk Jahhhh juga yg kayo kan...haaa.....
Hmm...ok ok cik jah nak berangan sat na...
p/s : Berangan Cik Jah berangan....preee ja berangan...berangan, tumpang bos tak ada nih..haahahahaha.
No comments:
Post a Comment