Saturday, January 31, 2009

lepak @ mamak

Lepas maghrib Cik  Li ajak lepak  kat mamak. Rindu kan sehari tak  tengok  mamak tu. Tak pg, petang sure pegi mamak, tak petang malam mesti smpai. Mamak pun dah kenal. Kalau time bayar, gula2 yg selalu Amelyn ngan Esha amik sure pree. Bagusss.....mcm tu la jaga regular customer....


Kepala Amelyn tinggal sikit ja hahaha dia nak pose mcm kakak tp tak sedar dia tu haluih, hilang terus...tinggal la kepala sikit. 

Ok, lagi sekali....peace...dah semua jari pulak keluar...khakhakah belasah jalah anak  oit.

Lepak kat mamak  mlm2 ni best...bukan makan banyak pun. Teh tarik ja pun sorang segelas ngan roti canai untuk Esha. Layannn....

Dlm banyak2 kedai kat area PP ni, Cik Jah rasa kedai ni ja teh tarik sedap. Roti canai pun sedap. Garing...

Dah sudah mkn, terus balik. Elyn dah start buat bunyi mcm2. Petang tak  tidor kan. Mlm baru pkul 8 pun dah jd pelik....

Catatan CJ : Saya suka laki ajak jalan dari pg bwk ke malam ni sebab dia bagi saya cuti memasak...lagi dan lagi hahahahah

futsal

*Entry ni akan jd  entry yg paling banyak  gmbar....

Pagi tadi kami  ngikut Cik Li ke Kelab Komuniti Cyberjaya. Ada lawan futsal. Awal pagi bangun, siap2 terus keluar. Konon nak breakfast dulu, tp cam dah terlambat ja, kawan Cik Li dah berkali2 telefon. So terus ke tmpat kejadian....

Harini kami anak beranak tema kelabu....

Elyn sarapan dlm  kereta. Susu saja la...ehh Amelyn adalah tidak mengikut tema..he he he. overr nak bertema bagaii...

Semangat ni berjalan. Abih anak bini dia tinggai belakang. Laju ja dia tolak stroller Amelyn. Jauh ok kena jalan. Penuh kreta kiri kanan jalan. Punyalah ramai orang....bagus org mesia ni suka bersukan ;))  

Cik Jah terserempak ngan Ernie masa baru smpai. Dia kan hantu netball he he he.....Sempat la Cik Jah tengok dia main satu game. GS team dia punyalah tinggi. Asal dpt ja bola gol dpt ja gol...melopong ja team lawan hahahaha...Tiang gol tu lebih setengah depa ja dari kepala dia. Dia angkat ja tangan tinggal sejengkal. Mau tak terus gol...

Dulu masa Esha sorang2 belum beradik, Cik Jah selalu ikut Cik Li  pegi main bola. Almost every week kalau dia ada game ke training ke akan ada la muka kami dua beranak tepi2 padang. Masa ngandung pun selalu juga Cik Jah ikut dia p tengok bola kat stadium. Sejak ada Elyn ni jarang dah. Sebab takut kacau masa tidur anak. Tp skarang ni Elyn dah besar sikit, dah boleh la ikut. Cuma tengok masa dan keadaan juga.  Pagi2 mcm ni atau petang2 boleh la.  Kalau malam2 tu tak ikut la.

Cik Jah bwk bekal biskut untuk anak2. Manalah tau bapaknya dpt bola terus kenyang....so bawak la bekalan untuk anak2.

Team Cik Li (APFC) kena game pertama. Seri game ni...0-0

Cik Li pakai jersey no. 4...Satu game 6 menet je...hiss tak dan keluar peluh langsung. Sebab banyak sgt team kot so terpaksa dipendek2kan masa perlawanan bagi setiap game.

Habis ja satu game, sempat la bawak anak2 main kat playground kat luar...

Sekejap gelongsor, sekejap buai.....layan jalah, hari kerja tak sempat semua ni, hari cuti la semua nak pulun. Nak bersukaria untuk diri sendiri, nak spent masa ngan anak bini lagi. Hah pulun semua sekali. Penat belakang kira. 

Heboh bila dia boleh gayut kat menda ni. Apa nama benda ni????

Bapaknya dah kena ready nak lawan lagi, tinggal la kami 3 beranak....

Lepas main kat playground, jalan2 tepi tasik pulak. Mama dah naik lembik tp depa dok segar bugar lagi...adoiiihh stamina saya amat hancus skarang nih.

Sampai masa dia nak tidor, dia tidor jugak....Penat ngelupur sana sini, terus tergolek. Dia dah tak peduli dah wisel bunyi nyaring2 ke, org bersorak bagai nak rak ka, tdor tetap tidor....hehehehe mcm Mama la nih.

Sementara dia nak tdor nyenyak, saya kipas2 la bagi dia cepat skit tidor...

Esha pun dah letih. Mata dah layu. 

Tp dia ni tak macam Elyn yg senang tdor. Dia ni susah sikit, nak tmpat sedap2, selesa2 baru lena. Kalau tidak jgn harap la....

Dah tunggu punya lama, baru lawan lagi satu game. Pun seri 1-1...tp tak dpt pegi stage seterusnya dah...abih takat tu ja. Mata kurang ke cemana tah kira. Cik Jah tak reti...Dah tak dak game dah pastu nak tunggu apa lagi. Balik la....

Masa p berbaju, balik dah separuh bogel dah hahahaha...wei wei sapa kata bdn Cik Li maintain???...ada spare tyre tu nampak....hahahaha matikklah ngata laki sendiri...tp tak pa tetap henggshemmm dimataku ini ;))

Balik tu terus singgah makan kat Puchong Perdana....lapaqq gila wei. Pgi tak makan, terus belasah tengahari saja. Time kami  makan tu ujan lebat....smpai rumah kalau ikut hati nak lena sepanjang petang. Tp apa nak buat, kita hanya merancang, Tuhan yg menentukan...Amelyn langsung tak mau tidor, sebab dia dah puas tidor tadiiiii uwaaaaaa....

Friday, January 30, 2009

lambat lagi....

Saya lambat lagi harini......bukan dtg lambat. Balik yg lambat. Skarang dah pukul 6 lebih tak balik lagi. Opis saya dah sunyi sepi...huhuhu sini dah la banyak momokkkk...Semua yg lalu depan saya tadi hairan bila tengok saya tak balik lagi. Pecah rekod depa kata..banyak la hampa punya rekod!!!
Kalau tunggu kat bwh, dah tentu2 lagi bosan, kat atas ni boleh jugak bertenet.
Radio saya pulak kejap channel sinar fm kejap lagu tamil. Pehtu dua2 versi saya dengar. Tak tentu arah bunyinya. Nak baca blog pun tak concentrate...macam2 bunyi ada kat belakang tu. Dengar bunyi pintu dibukak tutup la. Tak renti2. Ada lagi ka yg tak balik. Abih yg balik tadi siap tata2 saya ramai2 tu sapa pulak...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sengall betullahh.

salam jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu lagi kita di hari Jumaat yg indah ~ ihiksss ok dak saya punya intro ;))

Sebenarnya nak update tengahari tadi. Tp ngantuk sgt, terus Cik Jah p tdoq. Asikkk tdoq ja saya lately kan...Ok lupakan pasal saya yg kuat tidoq. Pagi tadi Cik Jah p dengar ceramah anjuran puspanita. Tajuk ceramah tu 'Perancangan Pembahagian Harta Pusaka Secara Syariah Bagi Mencapai Kebahagian Duniawi dan Ukhrawi'...

Macam la harta Cik Jah membuak2 sgt kan...tp ceramah ni sgt best. Baru nampak benda2 yg selama ini kita tak perasan atau pun memang tak nampak. Ada la sikit2 Cik Jah take note tadi. Interesting.

Lepas dengar ceramah tu baru Cik Jah terasa pentingnya kita buat wasiat segala tu. Bukannya apa, kalau kita mati ada org yg akan tolong uruskan semua hutang piutang kita, pembahagian harta2 yg kita ada, duit2 simpanan semua. Supaya waris2 tak bergadoh. Kalau waris bergadoh sebab berebutkan harta yg kita ada pun kita akan dipersoalkan di akhirat besok. Sebab kita tak uruskan harta peninggalan kita dengan betul.

Seblom ni Cik Jah ingatkan kalau kita mati, bahagi jalah harta semua tu ikut faraid....heheheh apa kebenda faraid tu pun ala2 kelam2 gitu kan. Bila dah dengar ceramah tadi ooo ok...gitu rupanya faraid. Apa yang Cik Jah paham lah kan, faraid (panduan kepada waris dlm pembahagian harta) dan sebelum kita laksanakan pembahagian ini pun kena ada perkara2 lain yg perlu dititikberatkan.

Keseluruhan harta yg kita ada kena tolak dengan hibah (pemberian dengan kasih sayang, ada akad) dan wasiat atau lain2 amanah yg ada dulu. Lepas dah tolak hibah amanah semua tu, yg lain2 akan jd harta pusaka. Harta pusaka ni pulak kena tolak dulu segala hutang piutang simati, lebih tu baru dikira harta pusaka bersih. Hah yg bersih nilah baru diagih ikut persepakatan dan faraid......kalau saya salah sila betulkan...sebarang pertanyaan lanjut sila rujuk kepada Mr. Lawyer (tu pun kalau dia baca hahahaha)....adik kimi, sorry arr guna nama hang. Hang lagi tererr bab2 nih kan kan kan.

Pada Cik Jah, yg penting kalau Cik Jah 'kiok' dulu seblom Cik Li, sebagai wanita berkerjaya dan berpendapatan sendiri ewaah, Cik Jah nak la nasib anak2 terbela gitu kan. So semua saving dan harta yg Cik Jah ada kalau boleh nak la letak nama anak2. Laki takpa, pandaila dia nak idop.....*Cik Jah dah sound Cik Li, kalau Cik Jah mati, dia cari org lain nanti Cik Jah jd antoo mai kacau dia mlm2...wakakakakakaka ~ gila.

Apapun yg penting, banyak mana pun harta dunia kita, tp harta yg boleh bwk mati ada 3 ja. Sedekah jariah, ilmu (tu pun kalau tak kedekut, share ngan orang lain), anak soleh/solehah yang mendoakan kita. Lain2 tu tinggal la untuk waris2 yg ada. Tu sebab seeloknya buat pembahagian harta sebelum kita mati. Kita nak mati pun kita tak tau bila kan. Sapa2 yg blom buat penama untuk EPF, Tabung Haji, ASB semua tu buat la cepat. Kalau tak buat, semua tu p ke Amanah Raya. Dah kaya raya dah amanah raya tu. Banyak harta yg tak dituntut. Tp penama semua tu pun hanya pemegang amanah saja (wasi)....tetap kena bagi kat org yg selayaknya juga.

Jadi bersiap sedia sajalah......

Catatan CJ : Apapun, sebelum saya tutup mata, saya nak tengok kejayaan anak-anak saya, banyakkan ilmu akhirat, selesaikan semua utang piutang saya...hmm mcm2 la lagi yg perlu saya buat...apapun Wallahualammm...

Thursday, January 29, 2009

blom balik???

Saya blom balik. Dok tunggu laki jemput. Harini saya boleh balik cepat, dia pulak tah mana-mana pegi. Bos saya kluar pegi site dia pesan 'p balik, masak kat laki' ~he he he tu ayat saya sndiri. Tp betul la, mula2 kerja dulu saya dan bos saya dah buat MOU gitu, ecehh mou jdnya. Macam, kalau ada kerja, dan dia nak saya stay, dia akan bitau. Kalau dia diam tu, kerja saya pun memang beres, so saya dipersilakan balik. Bos saya ni memahami. Dia kata waktu kerja, kerja, abih kerja balik... masa untuk rumahtangga pulak. Bagus kan.....
Internet kat office ni dari pagi tadi cam tahik...dah petang ni baru ok. Saja la tu kan, tak bagi saya menyelam + minum air. Dah balik rumah nanti, nak bertenet pun kena tengok anak2 dah tidoq, kerja rumah dah beres baru boleh bertenet.
Semalam, masa Cik Li dtg amik saya, dia bwk Amelyn sekali. Masuk ja kereta, si kecik tu tunjuk mata dia smbil ckp 'akit aterr' (sakit mata). Saya tanya la kenapa, dia ckp 'atuh'...Ayah dia ckp terkinja2 sangat, jatuh kena bucu mata kanan. Dah bengkak merah.
Malamnya pulak, jalan naik tangga nak ke bilik atas, jatuh lagi, kena batang idong pulak. Dah berdarah hidung pulak....menangis bergegar satu rumah. Bapaknya lagi panik. Saya pun panik tengok darah tp bapaknya lagi panik buat saya rasa nak smack down ja dia.....smack down bapaknya lah bukan anaknya....waa Cik Jah ganaz kan, nak smack down laki.... Yalah, jgn la panic, relax la. Cemana nak rescue kalau panic rupa tu. Dah tuam2 idong ngan ais, berenti la darah. Dah dia sambung balik terkinja2. Adoihh nama pun budak kan. Tengah lasak lak tu.
Ok la nak balik dah...tunggu kat bawah jalah...bosan ja dok atas ni......daaaaaaa.

perhimpunan

Pagi ni saya ada perhimpunan. Aduuuhh....ngantuk nih, mata rasa melekat2. Maunya kalau Tan Sri ckp panjang2 nanti ni, saya tidur dengkur2......
Apapun, makan dulu, laporrrrrrrrrrrrr....

Wednesday, January 28, 2009

bosan

Harini tahap bengong internet di office saya adalah tenat. Naik menyampah. Nak upload satu gambar pun terpaksa refresh berulang ulang ulang kali. Last2 saya pangkah semua yg ada. Pehtu duduk termenung. Lama sangat cuti pun masalah juga. Mood nak kerja adalah 0.
Bos pulak harini lah nak  keluar kerja luar. Saja la tu bagi chance saya nak dok menganga.
Sangat bosan. 
Bila bosan, saya lebih cenderung buat kerja-kerja yg tak berfaedah. Contohnya main game burger he he he...

Tuesday, January 27, 2009

meraikan & diraikan

*pesanan tuan punya blog ~ sekali lagi gmbar2 adalah tidak boleh dirotate,  sila regangkan urat2 leher anda....

Sebelah pagi, kami meraikan diri kami sendiri. Beli sebijik kek comel yg dah lama Cik Jah teringin sebab kecik comei (kat La Boheme), tiup sendiri pehtu makan anak beranak. Esha tolong tangkapkan gambar.


Masa ni lawak gila. Boleh Cik Li malu2 gatal bila time nak suap kek kat dia. Sekali Esha sound 'alah Ayah jgn la malu2, buat la macam masa Ayah kawin dulu tu, suap2 kek kat Mama'....weiii masa Mama Ayah kawin dulu, awak mana ada lagi, mana awak tauuu????khakakhakhakha.

Malamnya, lepas balik dari Sunway Lagoon, kami diraikan pulak kat rumah Mak Njang & Pak Njang...kali ni kek mahai he he he...terima kasih...kata2 atas kek ni best...nampak dak?....Depa tulis 'Ulangtahun Hampa Yang ke 8 Cik Li & Cik Jah'. Orang Kedah ckp hampa tu -awak, hang la gitu, bukan hampa = kecewa tu ok...



*Sila abaikan rupa paras kami laki bini yg macam bibik dan pak supir indon tu ya. Dah tengah mlm la....

Monday, January 26, 2009

sunway lagoon

Hari Isnin, kami ke Sunway Lagoon. Tak plan awal pun. Tiba2 ja pagi lepas kami melepak kat mamak, Kak Abok telefon ajak pegi, ok saja lorrh...sebab memang tak ada plan nak kemana pun.
Terus bersiap gedebuk gedebak. Dlm pukul 11 kami smpai sana. Jumpa kat pintu masuk. Orang punya la ramai..ishh la haii...tp anak2 dah terkinja2 seronok nak mandi manda masuk la jugak.


Sessi memanaskan badan. Rendam2 kaki dulu....tengah tengok port mana yg best nak start. Tp dah namapun org ramai, carik la ceruk port mana pun sure berlaga bontot org punyalah.

Amelyn dengan 'babang' Najmi. Semua abg dia panggil babang. Sebelum mandi ok lagi. Tp dia diam ja. Mcm tak excited. Kalau tak, mandi kat bilik air tu dia la juara. Agaknya org ramai sgt kot lepas tu kolam mandi (baldi laaa) kat rumah tu besar mana ja hahahaha, ni cam laut...takut la kot gamaknya. Terus muka cuak.

Esha & Najli la yg paling enjoy sekali. Naik slide, lari sana, lari sini. Kalau tak panggil naik, mau smpai kecut mandi.



Elyn, masuk ja dlm air, menangggiss ja kerjanya. Tension mama hokeyy...mama nak menggedik pun agak terbatas. Tengok cemana dia peluk Cik Jah. So Cik Jah pun kena la gilir2 dengan Mak Njangnya dukung dia. Nak jugak ni gedik smbil dukung anak. Cik Li ngan Pak Njang memang tak mau mandi. So jd photographer kami la hendaknya.


Kami lenjan satu pelampung.

Time ni Elyn dah dipass ke Cik Li. Sebab dia tak mau mandi, pehtu asik menangis ja. Terus bwk naik atas, tukar baju, bagi susu pass kat bapak dia. Dok situ dendiam, mama nak p gedik ni.

Dah puas mandi, gagah pegi naik slide pulak. Anak ada kat laki, apa nak risau kan hahaha... Seee sangat mithali kan suami saya ;))

Amelyn pun lepas salin baju duduk ngan bapaknya happy terus, boleh gelak2 lagi.

Esha & Najli. Dah siap mandi, salin baju, nak main game2 yg lain pulak.

Esha & Kakak Najwa. Time ni Cik Jah dah lembik. Tak lalu dah nak ikut.


Tunggu la kami 3 beranak sementara depa dok bersukaria.

Mula2 dia duduk macam ni....

Lepas tu terus terbaring macam ni hahaha penat sgt la tu. Penat tunggu.

Dah sudah bersukaria semua haruslah lapar kan. Keluar la makan kat luar. Kat dlm tu dah la ramai, MAHAL satu hal. Sungguh tidak logik harganya. Baik mkn kat luar, makan makan smpai kenyang. Time nak bayar pun tak la sakit hati sgt sebab harga berpatutan.

Lepas tu balik la.....dah penat. Malam harus semua terbongkang. Nasib esok sehari lagi cuti. Dpt relax lagi.

Setelah 8 tahun..............

Hari ini 26 Januari 2009....

Setelah 8 tahun hidup bersama, setiap hari kami cuba menjadi yang terbaik untuk satu sama lain, setiap hari adalah hari yang bermakna buat kami.

Setelah 8 tahun, bermacam dugaan yang menimpa, segala susah senang diharungi bersama.

Setelah 8 tahun, kami dikurniakan 2 orang puteri pelengkap hidup kami, apa yang mampu kami ucapkan Syukur Ya Allah atas nikmat yang dikurniakan.

Semoga perkahwinan kami ini terus diberkati dan kehidupan kami sekeluarga dilimpahi rahmat, kasih sayang yang berpanjangan dan sentiasa dibawah lindungan-Nya. Sehingga ke akhir hayat kami. Ameennn.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg ke~8

Catatan CJ : Seolah-olah baru semalam cincin ini disarungkan ke jari manis saya.....

Sunday, January 25, 2009

jalan - jalan.

Kalau nak diikutkan, badan saya masih lemah lagi. Kesan terkena CB dan muntah2. Tp duduk lama2 kat rumah bosan juga. Petang tadi Cik Li ajak keluar, pg JUSCO....ok la. 

Tak ada tujuan pun. Cuma nak jalan2. Layan anak-anak.

Esha ni bukan takat baju nak pink, aiskrim pun kalau pilih jd pink....

Mula tu nak share dengan Mama, tp dah dpt terus bolot sorang....

Selalu dok lalu ja depan fish spa ni, tp harini Cik Li nak try pulak. Khakhak lawak ok pakcik ni, dia masukkan ja kaki, lepas dia terjerit2..kahkhakha lawakkkk. Geli kata dia..hahaha...Mula-mula ja, lepas tu ok dah.  Tp muka berkerut-kerut. Terus Cik Jah tak berani cuba. Cam ngeri ja..saya lagilah tak tahan geli. Mau satu JUSCO tu gempar dengar saya menjerit nanti.

Tengok tu berkerumun ikan kat kaki dia. Masa ni tak dak orang. Cik Li sorang ja. So semua ikan tu bertumpu kat dia...mau tak terjerit hikhikhikhik.

Yg ni tukang gelak....tekekek2 gelak.

Cik Jah penat dok pegang budak ni, takut dia yg terjunam ke dalam. Tu pun sempat juga dia celup2 jari dia. Lepas tu dia ckp 'eeeiii akuttnye maa, akutnya' he he he.

Catatan CJ : Dpt keluar jalan-jalan ni cerah mata. Gelak2 ni ilang sakit2...

Happy Birthday Mak.


Harini, 25 Januari 2009 birthday mak saya yang ke 64 thn. Walaupun Mak saya tak baca blog saya, saya nak juga buat special entry untuk Mak saya.

Selamat hari lahir Mak, semoga panjang umur, sehat tubuh badan, murah rezeki dan diberkati Allah SWT selalu....

Lepas solat subuh pg tadi saya dah telefon sembang2 dengan Mak, dpt dengar suara Mak pun dah mencukupi.  Walaupun saya tak pernah ckp, tp saya yakin, Mak saya tau yg saya sayangkan Mak saya. Walau apa pun pemberian saya kepada Mak, tetap tak akan dpt membalas jasa Mak membesarkan saya selama ni...

Huhuhuh tetiba teremosi sorang2.....

Catatan CJ : Pjah sayang Mak....