Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu lagi kita di hari Jumaat yg indah ~ ihiksss ok dak saya punya intro ;))
Sebenarnya nak update tengahari tadi. Tp ngantuk sgt, terus Cik Jah p tdoq. Asikkk tdoq ja saya lately kan...Ok lupakan pasal saya yg kuat tidoq. Pagi tadi Cik Jah p dengar ceramah anjuran puspanita. Tajuk ceramah tu 'Perancangan Pembahagian Harta Pusaka Secara Syariah Bagi Mencapai Kebahagian Duniawi dan Ukhrawi'...
Macam la harta Cik Jah membuak2 sgt kan...tp ceramah ni sgt best. Baru nampak benda2 yg selama ini kita tak perasan atau pun memang tak nampak. Ada la sikit2 Cik Jah take note tadi. Interesting.
Lepas dengar ceramah tu baru Cik Jah terasa pentingnya kita buat wasiat segala tu. Bukannya apa, kalau kita mati ada org yg akan tolong uruskan semua hutang piutang kita, pembahagian harta2 yg kita ada, duit2 simpanan semua. Supaya waris2 tak bergadoh. Kalau waris bergadoh sebab berebutkan harta yg kita ada pun kita akan dipersoalkan di akhirat besok. Sebab kita tak uruskan harta peninggalan kita dengan betul.
Seblom ni Cik Jah ingatkan kalau kita mati, bahagi jalah harta semua tu ikut faraid....heheheh apa kebenda faraid tu pun ala2 kelam2 gitu kan. Bila dah dengar ceramah tadi ooo ok...gitu rupanya faraid. Apa yang Cik Jah paham lah kan, faraid (panduan kepada waris dlm pembahagian harta) dan sebelum kita laksanakan pembahagian ini pun kena ada perkara2 lain yg perlu dititikberatkan.
Keseluruhan harta yg kita ada kena tolak dengan hibah (pemberian dengan kasih sayang, ada akad) dan wasiat atau lain2 amanah yg ada dulu. Lepas dah tolak hibah amanah semua tu, yg lain2 akan jd harta pusaka. Harta pusaka ni pulak kena tolak dulu segala hutang piutang simati, lebih tu baru dikira harta pusaka bersih. Hah yg bersih nilah baru diagih ikut persepakatan dan faraid......kalau saya salah sila betulkan...sebarang pertanyaan lanjut sila rujuk kepada Mr. Lawyer (tu pun kalau dia baca hahahaha)....adik kimi, sorry arr guna nama hang. Hang lagi tererr bab2 nih kan kan kan.
Pada Cik Jah, yg penting kalau Cik Jah 'kiok' dulu seblom Cik Li, sebagai wanita berkerjaya dan berpendapatan sendiri ewaah, Cik Jah nak la nasib anak2 terbela gitu kan. So semua saving dan harta yg Cik Jah ada kalau boleh nak la letak nama anak2. Laki takpa, pandaila dia nak idop.....*Cik Jah dah sound Cik Li, kalau Cik Jah mati, dia cari org lain nanti Cik Jah jd antoo mai kacau dia mlm2...wakakakakakaka ~ gila.
Apapun yg penting, banyak mana pun harta dunia kita, tp harta yg boleh bwk mati ada 3 ja. Sedekah jariah, ilmu (tu pun kalau tak kedekut, share ngan orang lain), anak soleh/solehah yang mendoakan kita. Lain2 tu tinggal la untuk waris2 yg ada. Tu sebab seeloknya buat pembahagian harta sebelum kita mati. Kita nak mati pun kita tak tau bila kan. Sapa2 yg blom buat penama untuk EPF, Tabung Haji, ASB semua tu buat la cepat. Kalau tak buat, semua tu p ke Amanah Raya. Dah kaya raya dah amanah raya tu. Banyak harta yg tak dituntut. Tp penama semua tu pun hanya pemegang amanah saja (wasi)....tetap kena bagi kat org yg selayaknya juga.
Jadi bersiap sedia sajalah......
Catatan CJ : Apapun, sebelum saya tutup mata, saya nak tengok kejayaan anak-anak saya, banyakkan ilmu akhirat, selesaikan semua utang piutang saya...hmm mcm2 la lagi yg perlu saya buat...apapun Wallahualammm...
2 comments:
hang nih ngarut la..
ada plak nak jadi antoo kacau hubby...
ish ish ish..
Sone - hahahahah
Post a Comment