Harini saya bagi Esha bwk bekal 'burger telor' dengan pisang. Burger la sangat. Sebenarnya telur goreng ja pun. Kapit la dgn roti. Dia ni bab makan payah sikit. Mee goreng ke, bihun goreng ke kurang gemar. Nasi goreng ok tp sekali. Kalau selalu, tak jalan juga.
Baru 3 hari sekolah saya dah pening nak pikir bekal budak ni. Smalam saya gulung sosej dlm roti, celup telur, goreng. Hari isnin bawa nugget. Besok..huhuh tak tau lagi. Saya ckp dengan dia, kalau boleh tak payah la beli makanan kat kantin tu. Duit yg mama bagi tu simpan dlm tabung. Saya kurangkan duit sekolah dia thn ni. Bagi 50sen ja. Last yr bagi seringgit, bekal bawa jugak, dah dia dok sedekah duit kat pakcik kantin tu. Beli barang, bagi duit barang tak ambil la. Bagi duit ambil barang, tak ambil balance la. Macam2 hal. Saya rasa mana2 parents pun ada masalah yg sama dengan saya kan kalau anak baru masuk sekolah ni.
Skarang saya asyik masuk site yg ada banyak resepi2...heheheheh cari idea nak masak apa....gigih ni hari2 nak buat bekal. Kalau boleh tak mau beli. InsyaAllah......harap2 tak la hangat2 taik ayam...doakan saya ok.....
No comments:
Post a Comment