Tuesday, January 20, 2009

bersukan

Tadi petang saya main netball. Setelah lama tak bersenam ptg tadi turun melompat2 yg tak berapa nak boleh lompat. Berat oo bdn. Sebelum2 ni takat senaman kat rumah saja la. Naik turun tangga yg sehari tah berapa puluh kali, ligan (kejar) Amelyn time nak bagi pakai baju & makan, dan lain2 kerja rumah yg biasa seorang ibu dan surirumah buat. Tp senaman mulut ya hari2 pun saya buat....saya suka!. Tp kadang2 org yg tak berapa suka nak dengar kalau saya senaman mulut.

Tp alhamdulillah saya tak rasa sakit2 badan. Eerrkk ka blom lagi kot kan... harap2 jgn la. Beria-ia Cik Aetot ajar buat stretching tadi. Sebelum dan selepas main netball. Bagus bagus. Esok Kak M ajak saya main ping pong pulak. Hat ni yg saya tak tahan gelak nih. Dia ajak saya main ping ponggg?????.....apa mimpi la haih. Tp saya ok ja. Belasah jalah. Boleh tak boleh belakang kira. Saya dah ckp awal2, saya takat boleh pukul ja bola tu, masuk kat mana, kira mcm mana, itu saya tak reti. Nak suruh saya main kena redha...jgn migrain pulak nanti he he he.

Cik Li lagi la, bila saya ckp kat dia saya nak main ping pong selamba ja dia sound 'mama reti ke main ping pong??' ~ huhhh tak bagi semangat langsunggg!. Tp lepas tu dia ckp pulak dia boleh tolong ajarkan + dia pun nak joint sekaki. Hah boleh boleh, dipersilakan. Tp saya tau, kalau dia kata nak ajar tu sure la satgi over garang. Macam la saya nak masuk sukan olimpik. Ni sukan suka2 ja lah....jgn la serius sgt. Saya kalau bab2 nak timba ilmu ni tak boleh ngan Cik Li, dia garang gila. Dulu seblom dpt lesen bwk keta, dia yg ajar saya drive, hari2 saya drive smbil nangih muhahahaha....

Ok, kita tengok esok macamana kah keadaannya. Adakah saya akan berminat dengan sukan ping pong setelah mencubanya...adakah saya akan surrender terus, dan adakah juga saya akan membelasah coach saya kerana dia garangggg!. Kita nantikan keadaannya petang esok.

3 comments:

saya said...

owhh..saya tak reti main netball.. tapi bila tgk org main nmpk mcm best la pulak

nn said...

muahahahahahaha...
kahkahkahkahakah...
wakakakakakakaa

Cik Jah said...

saya - ya ya best oo...try la.

nn - awat hang gelak2 nih.....cisss