Lepas balik ofis, ambil Elyn kat nursery, terus lepak dekat kedai mamak. Cik Li lapar. Ok gak tu, boleh pekena teh tarik.
Budak ni sorang kalau sampai kedai ni tak minta gula2 tak sah. Tak bagi bising mulut dia minta. Dpt sebiji pun jd la.
Dalam banyak2 kedai kat area rumah saya ni, memang teh tarik kat sini saja yg sedap kat tekak saya. Kedai lain tu kelat la, terlebih manis la, kurang susu la...Roti canai kat sini pun sedap. Tetambah kalau yg garing...phuhhhh saya boleh makan 2 keping...
Esha dpt roti canai sekeping, teh tarik segelas dah cukup. Malam tak mau makan dah. Sebelum tidur saya bancuh segelas susu kat dia dah cukup dah.
Cik Li pun mlm dah tak nak makan. Dia takut perut dia boncet..hikhikhik. Saya pulak memang dah lama tak mkn malam. Sejak lepas raya haritu. Bukan la tak mkn langsung. Jarang kami dinner yg heavy2....kalau makan pun mkn buah ke roti ke gitu saja la. Saya pun dah jarang masak mlm. Kalau masak pun tak berbaloi. Tak habis. Kalau weekend, lunch saja saya masak.
Bukan saya malas masak ok...saya rajin oo tp laki dan anak2 saya tak rajin makan..he he he.
No comments:
Post a Comment