Dah sarapan?...saya dah mkn dengan Cik Li tadi kat Wisma Tani. Awal kami harini. Pkul 730 saya dah punch card. Tak tau nak buat apa pulak awal sgt. Cik Li ajak minum saya ok saja. Tp bila smpai kat cafe WT tak tau pulak nak makan apa. Ambil kueh ja 4 ketul, share 2 orang. Teh sorang secawan. Muak jugak kalau hari2 belasah nasik lemak, roti canai. Harini mkn kueh saja pun dah rasa kenyang.
Saya cam malas pulak skarang ni nak makan kat pantry office. Sebab haritu ada bau2 yg kureng menyenangkan. Yalah budak2 laki kat sini (sorry to say) malasss...dah minum, cawan/mug sendiri pun malas nak basuh. Ingat ada bibik kat opis kot tolong basuhkan cawan diorang. Last week yg paling teruk, lepas cuti raya cina naik kerja hari Rabu, tengok kat sinki penuh pinggan mangkuk, mug cawan segala. Diorang buat kenduri ke hapa tah la. Tp penuh la sinki. Kami yg pompuan2 ni buat derk ja. Tak berbasuh. 2 hari. Saja. Sebelum ni asal ada pinggan cawan tak berbasuh sapa sempat dia la basuh. Tp haritu kami biarkan. At last ada la sorang kakak ni baik hati tolong basuhkan semua. Siap sental sinki tu bagi bersih. Hmmm lagi lemak la budak2 nih....melampau ok.
Saya bukan apa, pada saya laki ka perempuan ka apalah salahnya setakat basuh sendiri pinggan cawan yg sendiri guna. Benda tu disiplin diri. Tak rugi apa pun. Bos saya pun kadang kalau saya bancuh air kat dia, esoknya saya tengok cawan dia tu dia dah siap basuh tau. Siap lap letak balik kat meja kopi dia. Maknanya mak dia ajar berdikari. Bagus. Kalau saya pun, insyaAllah saya akan ajar anak lelaki (kalau ada satu hari nanti) dan anak perempuan saya sama saja. Kalau anak perempuan basuh sidai baju, anak lelaki pun kena buat. Kalau anak perempuan kena basuh pinggan, anak lelaki pun sama. At least bila diorang besar, diorang tak mengharapkan org lain untuk buat semua. Boleh buat sendiri tak dak hal.
Kalau ada adik2/kawan2 lelaki office saya ni yg terbaca, sorry lah yer. Benda ni dah lama diperkatakan. Kita kerja kat tmpat yg sama, sama2 la kita jaga apa saja yg kita guna sama2 kat office nih. Pantry tu kan tmpt kita duduk minum lepaskan penat waktu tengah sibuk2 buat kerja. Apalah salahnya kita sama2 jaga bagi bersih selalu. Saya tak mau salah guna kuasa untuk bagitau bos perkara ni dan nanti bos bising2. Tak elok. So jaga la sama2.
Ok kawan2, selamat berkerja semua.....
4 comments:
kat opis aku ni...mana2 mug tak basuh letak kat tepi tong sampah..aku suka wat camtu pijah..biar diorg rasa nk minum takde mug...geram sgt kan...
kasih - ikut hati memang nak humban ja semua ke tong sampah. Tp tak terbuat2. Tahan tu diorang tengok tak der mug nak minum diorang beli air dlm plastik. pehtu tinggal2 kat atas mejaa...ohhh apakah....
kat sini pun sama jugak pijah..
aku naik geram kadang2..rasa nak mengamuk..
tapi duk tahan tak mau depa kata aku nih kuat marah
Sone - hah tulah kan. banyak2 kali ckp kata mak nenek pulak. Tp aku memang buat derk ja. aku basuh cawan pinggan aku ja. nasib la hampa.
Post a Comment