Sejak balik petang smalam smpai la pgi ni, Amelyn memang habis habisan buat prangai. Dah tu dia tak mau dengan org lain, 'nak ikut mama' tu jalah yg dia ckp. Selalunya kalau Cik Li hantar Esha p mengaji mlm2, dia yg awal sekali tunggu depan pintu. Dah ready. Tak bwk dia, siaplah dia meraung cam kena dera. Tp dua harini pelik pulak. Masuk kereta pulak meraung. Sebab saya tak ikut. Selalunya waktu tulah saya nak kemas dapur, basuh pinggan apa yg patut, basuh kain baju ke kan. Semua waktu tu.
Semalam lepas maghrib dah siap2 semua, tanya dia 'nak ikut ayah tak?'. Dia jwb 'ikut ayah, ikut mama'...errkk cemana tu sayang?..ok takpa pasrah jalah. Sebab saya ada banyak kerja nak buat, so saya letak dia dlm kreta siap2, dia ckp 'naik maa naik', hehehehe...'ok ok sat mama p pakai tudung sat', saya jwb hek hek hek. Konon nak tipoo dia la nih. Sekali Ayah dia dah masuk, dah undur pun kereta, saya lambai2 sat pehtu terus masuk dlm, tutup pintu. Tak smpai 5 minit, saya dengar bunyi kereta masuk balik. Dengar org bukak pintu, 'Mamaaaa ambik adik ni, menangis mcm sakit!, dia tanak ikut la. ambik lah' huhuhuhu....ohooo cubaan adalah gagal!.Trick nak menipu tak jadi la pulok.
Dah masuk dlm rumah, tak mau duduk pulak, 'dukung maa dukung' hahhh sudahhh. Mama banyak keroje ni anak oit. Sebab dah macm2 cara buat tamau juga, so saya pun dukung la. Bagi chaannn la kannn.....so terpaksa la saya basuh pinggan smbil dukung budak yg dah berbelas kilo tu ok. Belah kiri kilik dia, tangan belah kanan bilas2 pinggan. Sila la kagum kat kehandalan saya. Nasib la pinggan mangkuk tu bukan yg kena minyak ka apa. Pinggan lapik roti pg tadi ja. So selamat kat situ.
Dah sudah basuh pinggan, try la letak dia kat dpn tivi...letak ja terus dia kata 'baring ma baring'...smbil tepuk2 kusyen...hik hik hik hik....alah Elynnnn salah timing la....mama ajar soh buat mcm ni kat kg....wakhakhakhakhkahakhak....kt rumah kita jgn la buat mcm ni, susah la mamaaa....hahaha boley ajar anak mcm tu??? ;))
Dan smpai kesudah la dia suruh saya baring sama dia. So mlm tu satu hapa pun saya tak buat. Selalunya malam2 dah siapkan beg baju dia untuk esok, beg baju kakak untuk sekolah KAFA, baju saya semua dah siap iron mlm tu. Tp dah dua mlm pun mcm ni jugak huhuhu...Pg tadi lagi teruk, dia suruh saya dukung, tp saya buat derk sebab saya iron baju. Yalah dah smlam tak smpat kan. So saya biar ja dia buat senaman suara pg2 tu. Tp makin lama makin tinggi pitchingnya...makin lama makin kuat. Lepas tu saya pass kat Cik Li. Cik Li bwk ke bwh, bukakkan tv. Pun tak mau jugak, lagi kuat dia melalak. Lepas tu muntah terus. Terus bapak dia tukar jd HIJAU.....kena la saya ambil balik, bagi mandi terus. Tersedu2 ok menangis. Betul2 mcm baru lepas kena dera hahahahaha...lakonan semata cisss. Bila tanya kenapa nangis, cepat ja dia jwb 'ayahhhh buaaattt'...dengan sedu2...ohh kesiannya...hahahahaha panggg sebijik kangg haaaa :p
Catatan CJ : Kalau diberi pilihan antara anak lasak dengan kuat menangis, saya rela lasak lagi dari kuat menangiss..huhhuuuh sakit telinga ok budak nangis2 ni. Tp anak saya pakej hak hak hak. Dia dtg lasak sekali ngan pandai nangis....:D
4 comments:
anak saya plak super lasak okkkk
ateh-biarkan ja. jatuh angkat, hahahaha boleh dak centu?...jgn nangis ja. rimasss ok.
kot2... dia dah tau mama dia nak bgi adik kat kot..hehehe..
kak ngah - hak hak hak....aku rsa kalau centu la gaya cam kena postponed ja dulu hahaha...matik la penat.
Post a Comment